Friday, December 3, 2010

Tutup mulut, pasang telinga dan buka hati

Image credit to:http://www.vision.org

Setiap manusia ada turun naik dalam hidup mereka. Ketika kita tertekan dan kemurungan maka kita perlukan seseorang disisi  untuk mendengar. Adakah kita seorang pendengar?

Saya ceritakan pengalaman saya sendiri. Selepas keluar U, saya boleh dikatakan berjaya dalam kerjaya, ada business sendiri di usia muda, berpangkat tinggi, memiliki kereta dan rumah. Ujian Allah datang, saya kehilangan pangkat, wang dan rumah wp syarikat masih ada tapi saya hanya minoriti shareholder. Ditambah malang lagi sy kehilangan tunang ketika hari bahagia kian hampir, bukan shj kehilangan beliau tapi saya juga kehilangan hampir keseluruhan duit simpanan saya dan dibebankan dengan hutang kredit card yang dibelanjakan oleh beliau. Sudah tentu ketika ini saya mencari teman untuk mendengar. Saya cari keluarga saya....saya drive balik dari KL ke rumah adik ke 2 saya.

Niat saya nak mengadu kepada beliau, saya hendak seseorang menenangkan saya ketika itu sebab saya terlalu serabut dan saya berada dalam kemurungan yang teruk. Adik saya yg hanya beza usia setahun setengah dari saya bukanlah pendengar yang baik. Beliau menyalahkan saya atas segala yang berlaku "padan muka engkau, aku dah cakap dulu, itulah degil....engkau nie paling banyak menyusahkan keluarga etc....etc...etc". malah beliau juga cuba 'menyelesaikan masalah saya' dengan cuba menguruskan perkahwinan saya dgn seseorang yg saya langsung tak kenal. Masalah saya tidak selesai malah bertambah......saya mengalirkan airmata sehingga basah bantal sepanjang malam dirumah beliau dan tunggu sedikit cahaya diluar supaya saya boleh drive keluar dari rumah itu.

Selepas subuh saya keluar dari rumah beliau tanpa diektahui oleh sesiapa, saya bawak kereta tapi saya tak mampu nak drive sebab syaitan menghasut fikiran saya...saya perlu mati....saya perlu mati....saya perlu mati. Saya berfikir bagaimana hendak bunuh diri. Saya berhenti ditepi jalan berhampiran deretan kedai2 makan, parking kereta disitu bila fikiran saya sudah tidak terkawal dan duduk ditepi longkang sehingga beberapa jam. Keadaan saya diperhatikan oleh seorang wanita, dia menghampiri saya. "dik, lama makcik tengok adik termenung kat sini....adik ada masalah ye". Dia senyum dan memegang bahu saya dengan lembut....entah bagaimana saya boleh luahkan semua masalah dan segala kekecewaan saya kepada beliau. Saya tak kenal beliau tapi beliau sudi mendengar. Beliau pendengar yang baik...mendengar dengan penuh perasaan tanpa mengeluarkan suara walau sepatahpun sehingga saya habis bercakap. Beliau tak sehebat pensyarah atau pakar psikologi tapi senyuman beliau dan renungan mata beliau membuatkan saya percaya beliau sedia mendengar masalah saya. Itu yang saya perlukan masa tu. Saya bukan mahu sesiapapun menyelesaikan maalah saya....cuma DENGARLAH......tolong dengar. Tutup mulut anda, pasanglah telinga anda dan bukalah hati anda....tolong dengar. Kepada isteri, ibu, adik, kakak, kawan, kekasih.....jadilah pendengar yang baik....... tutup mulut anda sekejap, pasanglah telinga anda. Anda tak perlu sibuk menyelesaikan masalah kami.....Allah berikan otak kepada kami dan kami akan mampu berfikir dengan waras semula apabila hati kami tenang....cuma tolong dengar.

Saya bercerita dengan wanita tersebut selama lebih 2 jam, apabila sedar matahari makin terik dan saya dapat kembali kewarasan saya.....saya baru terperasan pada beg yang beliau bawa. " makcik meniaga ke". "ye.....makcik meniaga kain baju, kain telekung...mak cik jual kat area sini". Saya minta beli sehelai telekung dari beliau sebagai tanda terima kasih kerana sudi MENDENGAR. Saya guna telekung tu sampai sekarang wp saya mampu beli telekung yang lebih mahal dan cantik tapi telekung yang dijual oleh wanita itu amat bermakna buat saya.

Perkara ini banyak memberikan kesan kepada saya. Saya berjaya bangkit semula walaupun ambil masa 3 tahun....syukur alhamdulillah saya berjaya bangkit semula. Saya sentiasa ingat wanita itu sampai sekarang dan saya berjanji saya akan cuba menjadi seperti wanita ini walaupun tidak sebaik wanita ini tapi saya akan cuba jadi pendengar yang baik.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...