Sunday, December 4, 2011

A million stars falling from the sky




A million stars falling from the sky adalah sebuah drama yang diterbitkan dalam tahun 2002. Ini adalah drama jepun yang dibintagi oleh Kimura Takuya yang mebawa watak Ryo. 

Saya tergerak hati untuk menonton drama ini selepas mendapat tahu bahawa drama korea Bad Guy meniru plot cerita drama jepun ini. Drama Bad Guy diterbitkan pada tahun 2010 yang sepatutnya 20 episod tetapi telah dipendekkan kepada 17 episod selepas Kim nam Gil diarahkan mengikuti latihan tentera selama 2 tahun.

Drama jepun A million stars falling from the sky hanya 11 episod. cerita dimulakan dengan pembunuhan seorang pelajar wanita kolej yang terjun dari bangunan. Cerita Bad Guy juga dimulakan dengan watak wanita yang terjun dari bangunan apartment. Siasatan dilakukan oleh seorang detektif iaitu Kanso Chan atau Kan-chan bersama rakan setugasnya. Dalam Bad guy juga siasatan dilakukan oleh 2 detektif.




Kimura Takuya membawa watak Ryo lelaki yang berwatak 'devil' dan tidak mempunyai perasaan. mempunyai pegangan hidup bahawa didunia ini tiada tuhan dan dia adalah tuhan manakala kehidupan adalah papan catur dan manusia adalah buah catur yang boleh diatur.

Ryo sebagai seorang chef pelatih begitu senang membuat wanita jatuh cinta kepadanya. Kisah perkenalan dengan puteri kesayangan hartawan bernama Miwa di kapal persiaran. Dengan begitu mudah Ryo menawan hati Miwa dan begitu mudah Miwa bercumbu dengan lelaki yang baru dikenalinya. Hebat betul tarikan Ryo.

Ryo memilki kekasih iaitu Yuki......wanita pemalu yang bekerja di kedai aiskrim. Yuki terlalu cintakan Ryo dan terlalu taksub dengan cintanya kepada Ryo sehingga sanggup melakukan apa sahaja. Yuki tahu Ryo tidak pernah cintakan dia dan Ryo tidak pernah cintakan sesiapa.


Fukitsu Eri membawa watak Yuko......adik perempuan detektif Kanso. Yuko adalah rakan rapat Miwa dan beliaulah yang menjadi orang tengah antara Miwa dan Ryo. Ada tarikah dalam diri Yuko sehingga menyebabkan Ryo sentiasa ingin menjadi rakan kepada Yuko. Yuko adik yang taat kepada abangnya Kanso telah pergi pertemuan 'blind date' dengan seorang lelaki direstoran dimana Ryo bekerja. 

Yuko sentiasa menjadi teman baik Miwa.....mengatur pertemuan antara Ryo dengan Miwa....menjadi orang tengah antara Ryo dan Miwa. Yuko mengetahui tentang hubungan Ryo dengan wanita lain.....bila Yuko menanya Ryo siapa sebenarnya yang Ryo suka.....Ryo telah menunding jari kearahnya "awak adalah orang yang paling saya suka".....dengan wajah yang serius dan kemudian Ryo tersenyum mengejek. Sebenarnya perkataan Ryo itu betul kerana Yuko adalah orang yang paling Ryo ambil berat....teman wanita Ryo iaitu Yuki tidak cemburukan Miwa kerana dia tahu Ryo hanya 'bermain' dengan Miwa tetapi apabila melihat cara Ryo memandang Yuko dan berbual dengan Yuko....beliau cemburu dan cuba menikam Yuko tetapi dihalang oleh Kanso.

Dengan wanita lain....Ryo tidak pernah hendak berbual panjang....Ryo tidak pernah memberi peluang wanita-wanita meluahkan rasa hati mereka....Ryo tidak berperasaan.....Ryo hanya tidur dengan mereka. Miwa yang terlalu cintakan Ryo telah sanggup melarikan diri dari rumah......memujuk Ryo untuk melarikan diri bersamanya. Ryo sedar Miwa sudah tidak berguna lagi jika keluar dari keluarga hartawan itu.....Ryo memanipulasi Miwa supaya membunuh tunangannya...kerana kata Ryo tunangan Miwa itu adalah penghalang kepada hubungan mereka.

Miwa terpengaruh dengan kata-kata Ryo telah menembak mati tunangnya dan Ryo sampai ditempat kejadian dan cuba untuk menjadikan dirinya sebagai pembunuh tersebut. Ryo sangat bijak.....dia meninggalkan tanda-tanda curiga kepada pihak polis....Ryo tahu bahawa dia akan terlepas.....Miwa yang rasa bersalah telah membunuh diri dengan terjun dari bangunan tinggi. Ryo sekali lagi telah berjaya menghapuskan miwa....wanita yang menganggu hidupnya.

Ryo terus berhubung dengan Yuko.....Detektif Kanso cuba beri amaran kepada Ryo supaya menjauhkan diri dari adiknya itu. Ini episod yang paling saya tidak lupa....yang tidak disangka-sangka......ketika Ryo menyeberang  jalan menghala ke arah Yuko yang sedang menunggunya dihadapan cinema, Detektif Kanso pula berjalan dari arah bertentangan.....mereka bertembung ditengah-tengah jalan dan kemudian melepasi satu sama lain.....tiba-tiba Ryo terhuyung hayang di seberang jalan. Rupanya detektif Kanso telah menikam Ryo dengan pisau. Memang mengejutkan tindakan seorang detektif yang sangat berdidekasi....tindakan ini tidak disangka oleh penonton. inilah kelebihan drama Jepun......drama jepun amat bijak dalam memasukkan elemen suspen dan kejutan.

Tidak seperti Bad Guy.....drama jepun ini tidak banyak flash back.....penonton tidak dapat menduga kejutan yang akan diberikan. Yuko dan Ryo telah benar-benar jatuh cinta....Yuko telah berjaya menukar Ryo menjadi 'manusia semula'. Ryo pertama kali menangis dihadapan Yuko....memaparkan sifat sedih, takut dan kecewa dihadapan Yuko. Sifat yang disembunyikan dan tidak langsung dipaparkan diwajahnya.....hanya Yuko yang nampak semua sifat tersembunyi itu. Yuko...wanita pertama yang dibenarkan menjejaki ke rumah Ryo.....wanita yang gagal ditiduri oleh Ryo ketika pertemuan pertama sedangkan wanita-wanita lain begitu senang mengajak Ryo ke tempat tidur. Ketika Ryo dan Yuko gembira sebagai pasangan kekasih.....kejutan telah dilakukan oleh drama ini sehingga penonton akan berkata.....oh noooo.....tidak mungkin.....janganlah....sebab mereka adalah pasangan yang menpunyai chemistry antara satu sama lain.  



Ending A million stars falling from the sky adalah seperti ending Bad Guy....sad ending. Ryo ditembak mati oleh Yuko. Bila Yuko menanyakan kepada Ryo adakah selama ini Ryo mempermainkan dirinya dan mempergunakan dirinya untuk membalas dendam kepada abangnya detektif Kanso yang telah menyebabkan kematian bapa Ryo. Ryo melutut dan menangis.....Ryo berkata " I love You"....Yuko terus melepaskan tembakan tepat kearas Ryo. Ryo mati dan Yuko mengambil surat yang berada dipoket Ryo...surat yang ditujukan kepada Kanso.....ketika membaca surat tersebut dan mengetahui rahsia yang disimpan oleh Ryo (suspen yang saya tinggalkan untuk anda tengok sendiri) menampakkan perubahan wajah Yuko sehingga Yuko mendukung mayat Ryo dan mengheretnya kearah sungai. Memasukkan mayat Ryo kedalam perahu dan berdayung ketengah sungai......Kanso mengejar adiknya itu. Yuko senyum kepada abangnya dan berkata ' maafkan saya'....memegang tangan Ryo dan melepaskan tembakan tepat ke arah jantungnya sendiri dan mati disisi Ryo.

Sebagai penonton.....kejutan besar berlaku diepisod ke 9. Cerita jepun amat bijak menjadikan penonton tergamam dan terkejut......sesuatu yang langsung tidak diduga....tiada hints langsung dari episod awal. Ryo mengaku memanipulasi wanita disampingnya dan mengaku menyebabkan kematian gadis kolej yang terjun dari bangunan, kematian Miwa. Semua kematian ini bukan beliau yang lakukan secara langsung....tetapi dilakukan dengan memanipulasi wanita yang mencintai dirinya tetapi hanya satu pembunuhan yang dilakukan oleh dirinya sendiri iaitu menembak mati sakuri (saya kurang ingat nama wanita ini) sebanyak 3 kali demi melindungi rahsia dari pengetahuan Yuko. Anda akan merasa suspen disaat-saat Ryo tidak semena-mena mencapai pistol dan menembak kearah Sakuri ......tembakan yang tidak dirancang langsung.....ia berlaku tanpa anda duga.

Saya tidak ceritakan suspen terbesar dalam cerita drama ini. Jika saya cerita.....tiadalah keseronokan menonton drama ini. So cubalah anda tonton drama jepun ini......plot ceritanya lebih hebat dari Bad Guy. Saya tinggalkan adegan suspen ini untuk anda.....jika anda tahu rahsia antara Yuko dan Ryo....anda akan faham mengapa Yuko bunuh diri dan mati bersama Ryo. Jika anda sering menonton drama jepun.....anda tahu cara cerita digarapkan dalam drama jepun selalunya bermula dengan keadaan yang membosankan pada awal tetapi jika anda ikuti.....anda akan temui satu kejutan yang tidak disangka....itulah keistimewaan cerita jepun. Drama korea pula memang menarik untuk ditonton tetapi kadang-kadang ia terlalu melodidrama.....kejutan tiada....hilang lojik....contohnya, ketika Shim Gun Wook mengunjungi rumah lama yang ditinggalkan lebih 20tahun.....rumah tersebut tidak terusik malah bumbung rumah tersebut kelihatan baru bagi sebuah rumah yang telah terbiar selama 20tahun berbeza dengan AMSFFS......ketika Ryo pergi kerumah keluarganya yang telah terbiar selama 25tahun.....rumah tersebut memang kelihatan terlalu usang dan walaupun barang-barang tidak terusik tetapi kita dapat lihat ia benar-benar telah usang.

Watak Ryo dan Shim Gun Wook sebagai lelaki 'devil' yang tidak berperasaan mempermainkan dan memanipulasi wanita....akhirnya mati ditembak. Penulis Bad Guy masih mengekalkan ending drama AMSFFS.....tetapi kematian Gun Wook tidak begitu trajis berbanding dengan kematian Ryo. Ketika Ryo ditembak oleh Yuko.....penonton akan tergaman dan akan menangis.

Persamaan antara Bad guy dengan AMSFFS adalah watak yang meyebabkan kemusnahan hidup 2 lelaki iaitu Ryo dan Shin Gun Wook tidak menerima balasan. Detektif Kanso....lelaki yang telah 'memusnahkan' hidup Ryo dan menyebabkan ia membesar sebagai lelaki tanpa perasaan kecuali dendam...tidak menerima apa-apa balasan begitu juga Mrs Shin....wanita jahat yang menjadikan Shim Gun Wook sebagai manusia yang tiada identiti dan penuh dendam.


Dari segi suspen.....drama jepun ini lebih berjaya berbanding dengan Bad Guy. Versi korea lebih banyak flash back....kejutan kurang kerana penonton telah tahu motif dendam Shim Gun Wook. 

Dari segi menghayati watak lelaki devil....Kimura dan Kim Nam Gil mempunyai keistimewaan mereka masing-masing. Kehebatan Kim Nam Gil telah menjadikan saya salah seorang peminatnya yang terbaru hehehehe. Watak lelaki nakal Kim Nam Gil memang mampu menjadikan semua penonton wanita jatuh hati kepadanya.

Sila kesini untuk menonton A Million Stars Falling From The Sky dan mengetahui suspen yang saya tinggakan untuk anda.




Bad Guy


Lamanya saya tidak mengup-date blog nie. Sebenarnya tidak ada cerita yang hendak saya bualkan. 

Sebulan yang lepas saya telah membeli laptop XPs dell. Dengan laptop baru memang seronok bila tengok movie di internet. My fren minta saya tengok drama korea Bad Guy....katanya drama yang paling best dia pernah tengok.

Drama 17 episod nie saya tengok sehingga habis episod dalam tempoh seminggu. Betul kata kawan saya....ini drama korea terbaik yang saya tonton setakat ini. Bagi pendapat peribadi saya, drama ini bagus disebabkan watak Shim Gun Wook lakonan Kim Nam Gil. Kim nam Gil berjaya membawa watak lelaki 'jahat'/pengoda dengan baik sekali.....lelaki yang terpaksa sembunyikan perasaan cinta, sedih, marah diwajahnya tetapi mata nya mempamirkan semua perasaan tersebut. Mata Shim Gun Wook mempamirkan semua perasaan beliau. beliau cemburu....dapat dilihat dari lirikan matanya walaupun wajahnya seperti tiada perasaan.

Disebabkan lakonan terbaik Kim nam Gil....sekarang saya mula menonton drama-drama lakonan beliau.


Daripada seorang lelaki cute.....beliau berubah menjadi lelaki seksi dan mengoda setiap wanita dengan personalitinya sebagai Shim Gun Wook dalam Bad guy


Plot drama bad Guy dimulakan dengan kisah seorang stunt man iaitu Shim Gun Wook cuba mendekati waris kumpulan Haeshin Group. Dendam terhadap Haeshin Group telah menyebabkan Shim Gun Wook mendekati Hong Mo Ne bagi memusnahkan Haeshin Group. Dendamnya terlalu dalam sehingga akhirnya memusnahkan dirinya.


Hong Mo Ne...anak manja yang sentiasa dapat apa yang dikehendaki. Tergila-gilakan Shim Gun Wook dan  terlalu mudah jatuh cinta. Kesempatan ini diambil oleh Shim Gun Wook untuk mendekati Haeshin Group. Dalam drama ini, Shim Gun Wook hanya memainkan peranannya sebagai pengoda dengan bermain dengan perasaan Mo Ne. 
Han Ga Im pula melakunkan watak Moon Jae In, rakan kepada Mo Ne dan pekerja kepada Mrs Shin...ibu Mo Ne. Moon Jae In membawa watak wanita mata duitan.....mengejar lelaki yang kaya. Salah sangka dengan Shim Gun Wook dengan menyangkakan bahawa beliau adalah Hong Tae Sung....waris Haeshin Group. Watak Moon Jae In dalam drama ini adalah sangat annoying.....wanita yang sentiasa salah sangka. Walaubagaimanapun beliau adalah wanita yang dicintai oleh Gun Wook.


Hong Tae Ra adalah kakak kepada Hong Mo Ne. Beliau wanita kerjaya yang berkelibar dalam Haeshin Group. Terpaksa berkahwin atas kehendak keluarga....sangat taat kepada ibu dan bapanya. mempunyai suami yang tidak dicintainya dan seorang anak perempuan. Bertemu dengan Shin Gun Wook menyedarkan beliau akan cinta. Beliau sanggup bercerai dengan suami dan melawan ibunya semata-mata kerana sangkakan Shim Gun Wook cintakan dirinya. Watak wanita yang kesepian.....dimanipulasikan oleh Shim Gun Wook tanpa disedari bahwa wanita ini adalah kakak tirinya.


Dalam drama Bad Guy ini, watak yang paling saya suka adalah watak adik kepada Moon Jae In.....watak yang timbul sekali sekala. Hanya watak dia sahajalah yang memaparkan wanita itu bersikap rasional. watak dia sahajalah memaparkan bahwa wanita itu tidak bersikap buruk. Bila berada bersama adik Moon Jae In ini....Shim Gun Wook memaparkan wataknya yang sebenar.....dia senyum dan gembira. Watak ini sahajalah yang begitu menyenangkan......sehingga kadang-kadang terfikir bahawa budak ini lebih matang berfikir berbanding dengan kakaknya Moon Jae In.

Inilah watak jahat dalam drama ini. lakonan Mrs Shin sebagai wanita kejam dan tidak berhati perut. Watak dia terlalu hidup sehinggakan kita boleh rasa perasaan benci yang amat sangat terhadap Mrs Shin. 

Walaubagaimanapun....ending drama ini tidak menyeronokkan. Mrs Shin tidak dihukum atas kesalahannya malah beliau tidak insaf langsung.....kemenangan berada dipihaknya apabila anak perempuan beliau dari hasil perkahwinan terdahulu berjaya dilantik sebagai waris utama Haeshin Group. Anak luar nikah suaminya iaitu Shim Gun Wook dihukum atas kesalahan sendiri.....Shim Gun Wook ingin membalas dendam tetapi akhirnya 'dihukum' apabila ditembak oleh adik perempuannya sendiri iaitu Hong Mo Ne. Shim Gun Wook tidak berjaya dalam membalas dendamnya sebaliknya terpaksa menerima hakikat bahawa perbuatanya itu mengakibatkan dia bermain dengan perasaan adik kandung dan kakak tirinya sendiri. Shim Gun Wook mati tanpa dikesan....beliau yang cuba melindungi adik perempuannya telah membuang semua pengenalan diri dan mati sebagai seorang yang tidak dikenalpasti identiti (tak lojik kan.....mana perginya detektif yang terlalu busybody).

Walaupun tajuk cerita ini Bad Guy tetapi cara plot drama ini digarap....ia hanya memaparkan bahawa wanita yang menyebabkan lelaki jahat. Ibu Shim Gun Wook menjalinkan hubungan luar nikah dengan pengarah Haeshin Group sehingga melahirkan anak lelaki dan kemudian dengan mudah menyerahkan anak lelakinya kepada keluarga ini. Wanita tamak dan kejam seperti Mrs Shin telah menyebabkan Shim Gun Wook hilang identiti sebagai Hong Tae Jung.....membunuh ibu dan bapa nya yang bisu dan pekak. Watak Mo ne.... perempuan yang ingin memiliki semua yang diingini.....merasa telah dicintai apabila sedikit perhatian diberikan....mengejar Shim Gun Wook walaupun berkali-kali tidak diindahkan oleh Shim Gun Wook. Menyalahkan lelaki itu dan kemudian menembaknya. Mo Ne boleh balik kerumah dan kemudian melakukan yoga......sifat jahat semulajadi yang diwarisi dari ibunya Mrs Shin. Moon Jae In pula adalah wanita mata duitan....materialistik.....wataknya amat menjengkelkan.....sebagai wanita yang sentiasa berperangsangka buruk.....pada awal, penonton menjadi menyampah dengan watak Moon Jae walaupun ia adalah watak wanita utama dalam drama ini.

Jika anda ingin menonton boleh kesini....


Jacinda.....gambarnya cantik tetapi ada episod yang broken manakala kat mysoju......terlalu sakit hati nak tengok sebab komen penonton ditayang kat skrin. Ia seolah-olah anda menonton wayang kemudian ada orang duduk memgulas setiap tingkahlaku watak.....terlalu annoying. Kat Maaduu....drama ini tiada dalam list.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...