A million stars falling from the sky adalah sebuah drama yang diterbitkan dalam tahun 2002. Ini adalah drama jepun yang dibintagi oleh Kimura Takuya yang mebawa watak Ryo.
Saya tergerak hati untuk menonton drama ini selepas mendapat tahu bahawa drama korea Bad Guy meniru plot cerita drama jepun ini. Drama Bad Guy diterbitkan pada tahun 2010 yang sepatutnya 20 episod tetapi telah dipendekkan kepada 17 episod selepas Kim nam Gil diarahkan mengikuti latihan tentera selama 2 tahun.
Drama jepun A million stars falling from the sky hanya 11 episod. cerita dimulakan dengan pembunuhan seorang pelajar wanita kolej yang terjun dari bangunan. Cerita Bad Guy juga dimulakan dengan watak wanita yang terjun dari bangunan apartment. Siasatan dilakukan oleh seorang detektif iaitu Kanso Chan atau Kan-chan bersama rakan setugasnya. Dalam Bad guy juga siasatan dilakukan oleh 2 detektif.
Kimura Takuya membawa watak Ryo lelaki yang berwatak 'devil' dan tidak mempunyai perasaan. mempunyai pegangan hidup bahawa didunia ini tiada tuhan dan dia adalah tuhan manakala kehidupan adalah papan catur dan manusia adalah buah catur yang boleh diatur.
Ryo sebagai seorang chef pelatih begitu senang membuat wanita jatuh cinta kepadanya. Kisah perkenalan dengan puteri kesayangan hartawan bernama Miwa di kapal persiaran. Dengan begitu mudah Ryo menawan hati Miwa dan begitu mudah Miwa bercumbu dengan lelaki yang baru dikenalinya. Hebat betul tarikan Ryo.
Ryo memilki kekasih iaitu Yuki......wanita pemalu yang bekerja di kedai aiskrim. Yuki terlalu cintakan Ryo dan terlalu taksub dengan cintanya kepada Ryo sehingga sanggup melakukan apa sahaja. Yuki tahu Ryo tidak pernah cintakan dia dan Ryo tidak pernah cintakan sesiapa.
Fukitsu Eri membawa watak Yuko......adik perempuan detektif Kanso. Yuko adalah rakan rapat Miwa dan beliaulah yang menjadi orang tengah antara Miwa dan Ryo. Ada tarikah dalam diri Yuko sehingga menyebabkan Ryo sentiasa ingin menjadi rakan kepada Yuko. Yuko adik yang taat kepada abangnya Kanso telah pergi pertemuan 'blind date' dengan seorang lelaki direstoran dimana Ryo bekerja.
Yuko sentiasa menjadi teman baik Miwa.....mengatur pertemuan antara Ryo dengan Miwa....menjadi orang tengah antara Ryo dan Miwa. Yuko mengetahui tentang hubungan Ryo dengan wanita lain.....bila Yuko menanya Ryo siapa sebenarnya yang Ryo suka.....Ryo telah menunding jari kearahnya "awak adalah orang yang paling saya suka".....dengan wajah yang serius dan kemudian Ryo tersenyum mengejek. Sebenarnya perkataan Ryo itu betul kerana Yuko adalah orang yang paling Ryo ambil berat....teman wanita Ryo iaitu Yuki tidak cemburukan Miwa kerana dia tahu Ryo hanya 'bermain' dengan Miwa tetapi apabila melihat cara Ryo memandang Yuko dan berbual dengan Yuko....beliau cemburu dan cuba menikam Yuko tetapi dihalang oleh Kanso.
Dengan wanita lain....Ryo tidak pernah hendak berbual panjang....Ryo tidak pernah memberi peluang wanita-wanita meluahkan rasa hati mereka....Ryo tidak berperasaan.....Ryo hanya tidur dengan mereka. Miwa yang terlalu cintakan Ryo telah sanggup melarikan diri dari rumah......memujuk Ryo untuk melarikan diri bersamanya. Ryo sedar Miwa sudah tidak berguna lagi jika keluar dari keluarga hartawan itu.....Ryo memanipulasi Miwa supaya membunuh tunangannya...kerana kata Ryo tunangan Miwa itu adalah penghalang kepada hubungan mereka.
Miwa terpengaruh dengan kata-kata Ryo telah menembak mati tunangnya dan Ryo sampai ditempat kejadian dan cuba untuk menjadikan dirinya sebagai pembunuh tersebut. Ryo sangat bijak.....dia meninggalkan tanda-tanda curiga kepada pihak polis....Ryo tahu bahawa dia akan terlepas.....Miwa yang rasa bersalah telah membunuh diri dengan terjun dari bangunan tinggi. Ryo sekali lagi telah berjaya menghapuskan miwa....wanita yang menganggu hidupnya.
Ryo terus berhubung dengan Yuko.....Detektif Kanso cuba beri amaran kepada Ryo supaya menjauhkan diri dari adiknya itu. Ini episod yang paling saya tidak lupa....yang tidak disangka-sangka......ketika Ryo menyeberang jalan menghala ke arah Yuko yang sedang menunggunya dihadapan cinema, Detektif Kanso pula berjalan dari arah bertentangan.....mereka bertembung ditengah-tengah jalan dan kemudian melepasi satu sama lain.....tiba-tiba Ryo terhuyung hayang di seberang jalan. Rupanya detektif Kanso telah menikam Ryo dengan pisau. Memang mengejutkan tindakan seorang detektif yang sangat berdidekasi....tindakan ini tidak disangka oleh penonton. inilah kelebihan drama Jepun......drama jepun amat bijak dalam memasukkan elemen suspen dan kejutan.
Tidak seperti Bad Guy.....drama jepun ini tidak banyak flash back.....penonton tidak dapat menduga kejutan yang akan diberikan. Yuko dan Ryo telah benar-benar jatuh cinta....Yuko telah berjaya menukar Ryo menjadi 'manusia semula'. Ryo pertama kali menangis dihadapan Yuko....memaparkan sifat sedih, takut dan kecewa dihadapan Yuko. Sifat yang disembunyikan dan tidak langsung dipaparkan diwajahnya.....hanya Yuko yang nampak semua sifat tersembunyi itu. Yuko...wanita pertama yang dibenarkan menjejaki ke rumah Ryo.....wanita yang gagal ditiduri oleh Ryo ketika pertemuan pertama sedangkan wanita-wanita lain begitu senang mengajak Ryo ke tempat tidur. Ketika Ryo dan Yuko gembira sebagai pasangan kekasih.....kejutan telah dilakukan oleh drama ini sehingga penonton akan berkata.....oh noooo.....tidak mungkin.....janganlah....sebab mereka adalah pasangan yang menpunyai chemistry antara satu sama lain.
Ending A million stars falling from the sky adalah seperti ending Bad Guy....sad ending. Ryo ditembak mati oleh Yuko. Bila Yuko menanyakan kepada Ryo adakah selama ini Ryo mempermainkan dirinya dan mempergunakan dirinya untuk membalas dendam kepada abangnya detektif Kanso yang telah menyebabkan kematian bapa Ryo. Ryo melutut dan menangis.....Ryo berkata " I love You"....Yuko terus melepaskan tembakan tepat kearas Ryo. Ryo mati dan Yuko mengambil surat yang berada dipoket Ryo...surat yang ditujukan kepada Kanso.....ketika membaca surat tersebut dan mengetahui rahsia yang disimpan oleh Ryo (suspen yang saya tinggalkan untuk anda tengok sendiri) menampakkan perubahan wajah Yuko sehingga Yuko mendukung mayat Ryo dan mengheretnya kearah sungai. Memasukkan mayat Ryo kedalam perahu dan berdayung ketengah sungai......Kanso mengejar adiknya itu. Yuko senyum kepada abangnya dan berkata ' maafkan saya'....memegang tangan Ryo dan melepaskan tembakan tepat ke arah jantungnya sendiri dan mati disisi Ryo.
Sebagai penonton.....kejutan besar berlaku diepisod ke 9. Cerita jepun amat bijak menjadikan penonton tergamam dan terkejut......sesuatu yang langsung tidak diduga....tiada hints langsung dari episod awal. Ryo mengaku memanipulasi wanita disampingnya dan mengaku menyebabkan kematian gadis kolej yang terjun dari bangunan, kematian Miwa. Semua kematian ini bukan beliau yang lakukan secara langsung....tetapi dilakukan dengan memanipulasi wanita yang mencintai dirinya tetapi hanya satu pembunuhan yang dilakukan oleh dirinya sendiri iaitu menembak mati sakuri (saya kurang ingat nama wanita ini) sebanyak 3 kali demi melindungi rahsia dari pengetahuan Yuko. Anda akan merasa suspen disaat-saat Ryo tidak semena-mena mencapai pistol dan menembak kearah Sakuri ......tembakan yang tidak dirancang langsung.....ia berlaku tanpa anda duga.
Saya tidak ceritakan suspen terbesar dalam cerita drama ini. Jika saya cerita.....tiadalah keseronokan menonton drama ini. So cubalah anda tonton drama jepun ini......plot ceritanya lebih hebat dari Bad Guy. Saya tinggalkan adegan suspen ini untuk anda.....jika anda tahu rahsia antara Yuko dan Ryo....anda akan faham mengapa Yuko bunuh diri dan mati bersama Ryo. Jika anda sering menonton drama jepun.....anda tahu cara cerita digarapkan dalam drama jepun selalunya bermula dengan keadaan yang membosankan pada awal tetapi jika anda ikuti.....anda akan temui satu kejutan yang tidak disangka....itulah keistimewaan cerita jepun. Drama korea pula memang menarik untuk ditonton tetapi kadang-kadang ia terlalu melodidrama.....kejutan tiada....hilang lojik....contohnya, ketika Shim Gun Wook mengunjungi rumah lama yang ditinggalkan lebih 20tahun.....rumah tersebut tidak terusik malah bumbung rumah tersebut kelihatan baru bagi sebuah rumah yang telah terbiar selama 20tahun berbeza dengan AMSFFS......ketika Ryo pergi kerumah keluarganya yang telah terbiar selama 25tahun.....rumah tersebut memang kelihatan terlalu usang dan walaupun barang-barang tidak terusik tetapi kita dapat lihat ia benar-benar telah usang.
Watak Ryo dan Shim Gun Wook sebagai lelaki 'devil' yang tidak berperasaan mempermainkan dan memanipulasi wanita....akhirnya mati ditembak. Penulis Bad Guy masih mengekalkan ending drama AMSFFS.....tetapi kematian Gun Wook tidak begitu trajis berbanding dengan kematian Ryo. Ketika Ryo ditembak oleh Yuko.....penonton akan tergaman dan akan menangis.
Persamaan antara Bad guy dengan AMSFFS adalah watak yang meyebabkan kemusnahan hidup 2 lelaki iaitu Ryo dan Shin Gun Wook tidak menerima balasan. Detektif Kanso....lelaki yang telah 'memusnahkan' hidup Ryo dan menyebabkan ia membesar sebagai lelaki tanpa perasaan kecuali dendam...tidak menerima apa-apa balasan begitu juga Mrs Shin....wanita jahat yang menjadikan Shim Gun Wook sebagai manusia yang tiada identiti dan penuh dendam.
Dari segi suspen.....drama jepun ini lebih berjaya berbanding dengan Bad Guy. Versi korea lebih banyak flash back....kejutan kurang kerana penonton telah tahu motif dendam Shim Gun Wook.
Dari segi menghayati watak lelaki devil....Kimura dan Kim Nam Gil mempunyai keistimewaan mereka masing-masing. Kehebatan Kim Nam Gil telah menjadikan saya salah seorang peminatnya yang terbaru hehehehe. Watak lelaki nakal Kim Nam Gil memang mampu menjadikan semua penonton wanita jatuh hati kepadanya.
Sila kesini untuk menonton A Million Stars Falling From The Sky dan mengetahui suspen yang saya tinggakan untuk anda.
No comments:
Post a Comment