Monday, August 15, 2011

Ramadhan 14

Dua hari saya tidak mengupdate My Diary TBLC sebab terlalu sibuk dengan kehadiran tetamu saya yang hampir 8 orang pada hari sabtu dan ahad. Ketika nie memang rosak diet terutama bila berbuka puasa beramai-ramai dan pelbagai jaudah disediakan. Walaupun hari ahad sibuk melayan tetamu saya tetapi masih sempat saya lari sekejap masuk bilik dan timbang. Wahhhhhh....minggu nie tak turun.....naik 0.1kg. Bila lihat angka kat mesin timbang bertambah....hati dah sedih sangat tapi kembali ceria apabila saya ambil ukuran badan.....ukurlilit pinggang saya turun 4cm minggu ini. Oklah itu matlamat asal saya.....ukur lilit pinggan.




Friday, August 12, 2011

Ramadhan 11


 Menu puasa ke 11 nie agak extravaganza sedikit....eh bukan sedikit tapi banyak.....banyak dengan kalori dan kolesterol. Nasi putih bersama kari udang harimau dan sayur peria katak goreng. lepas tu beli kuih bangkit kat kawan ofis.....lepas terawaih kononnya nak rasa satu....pastu dua....pastu terus jadi 4. Hari nie kalori masuk memang berlebihan.....lebih dari 1500.


Thursday, August 11, 2011

Ramadhan 10

 Menu hidangan untuk berbuka pada hari puasa ke 10 nie adalah simple sangat-sangat. Nasi putih bersama sayur petola masak air, ikan kembong goreng dan sambal tomato. Sedap makan macam nie sampai terbabas sehingga menambah nasi lagi sedikt jadi nasi ambil lebih semalam.

Dekat ofis saya nie, rakan-rakan sekerja (wanita) tengah mengamalkan diet protein sahaja iaitu makan lauk sahaja dan tidak ambil kabohidrat seperi nasi, tepung gandum, pasta dll yang berkaitan dengan kabohidrat. Ini adalah program diet yang melibatkan satu produk pelangsingan badan yang dibeli oleh mereka. Satu tin minuman kesihatan itu berharga lebih RM100 untuk tempoh seminggu. Mereka ajak saya join, mereka kata "kalau u amalkan diet guna cara nie mesti u boleh turun lebih 2 kg seminggu sebab u nie orang yang sangat berdisplin". Tertarik.....pada saat awal ye memang tertarik....tapi bila fikir sampai bila nak dikorbankan kabohidrat tu. yang paling tak sanggup adalah untuk keluarkan duit beli produk. Kawan saya kata "kalau u ambil produk nie....u nak makan ayam seekor pun tak pe asalkan jangan ambil nasi dan makanan yang melibatkan gandum". Tak pelah....saya selesa dengan cara makan macam nie......saya bukan nak berdiet sahaja tapi nak makan secara sihat lengkap dengan semua sumber nutrition yang diperlukan badan.




Pengambilan kalori saya pada petang nie di rosakkan oleh Kuih cara manis durian ini. Buat 12 biji, kalau tak makan semua nanti sapa nak makan kan so tuan punya blog nie pun makanlah semua. Kalori sebijik kuih cara nie 31 kalori sebab tambah durian kalau 12 maka dah 372 kalori. Haiii rosak kalau asyik rajin nak buat kuih bila berbuka, tak buat teringin sangat-sangat. Resepi cara nie boleh didapati diblog saya resepidaria.com.

Wednesday, August 10, 2011

Tersilap kira

 Ini adalah mug saya sering saya guna untuk minum. Bila isi dalam diari TBLC, saya selalu letakkan pengambilan air suam (tap water) sebagai 1 gelas untuk satu mug ini. Setiap hari saya paksa diri saya minum air sebanyak 8 gelas sehari (minimun) sekurang-kurangnya (jika tidak ke gym). Dalam bulan puasa lebih sukar sebab tempoh minum air adalah antara waktu bersahur dan waktu malam. Waktu sahurlah yang paling sukar sebab tempoh singkat tambahan pulak jika saya minum banyak maka setiap 5 minit saya akan ke toilet. Paling tension bila tengah drive nak pergi kerja pagi-pagi.....kat Kota damasara nie memang banyak trafik light dan jam kat jalan menghala ke Surian Tunnel so ketika tu memang mengigil tahan nak buang air kecil. tension je....tiba2 je jadi marah dan tak sabar.....sampai ofis kena lak berebut lif....aduhhhhh angin je bila lif berhenti setiap tingkat sebelum sampai ke tingkat saya iaiatu 17. Tiap-tiap pagi sepanjang bulan puasa saya alami keadaan begitu.

Pagi tadi lepas sahur, saya terfikir untuk sukat air dalam mug saya saya guna tu. 1 gelas adalah bersamaan 250ml air. Kalau minimum 8 gelas maka lebih kurang 2000ml air perlu masuk dalam tubuh kita sehari-hari. Jom tengok berapa sebenarnya sukatan air yang telah saya ambil sepanjang bulan puasa.


Ini mug Ikea yang saya sering guna (ini je yang ada kat umah tu....kalau tetamu datang ramai-ramai....memang masalah sbb ada 4 ketul mug aje)

Rupanya 1 mug tu mengandungi 400ml air. Jadi sebenarnya saya dah ambil 8 mug (termasuk milo) X 400ml =3200ml. Saya dah ambil 3200ml air dalam sehari sepanjang bulan puasa. jadi mulai sahur esok tak perlulah saya paksa diri minum 3 gelas air. Selesailah masalah saya yang asyik nak buang air kecil setiap 5 minit selepas sahur. Saya cuma perlu minum 1 mug milo dan 1 mug air suam.

Ramadhan 9

Hari Selasa iaitu semalam, saya tidak masak sendiri sebaliknya pergi ke Pasar Malam Paya Jaras. Hari sabtu nie ada tetamu yang akan datang berbuka puasa dirumah so petang semalam saya kenalah cari barang-barang untuk dimasak nanti. Setelah selesai shopping barang mentah, saya cari jaudah untuk berbuka sebab dah lewat untuk balik rumah dan masak. Saya beli 5 ketul tepung pelita dan sebungkus laksa penang. Mujur saya mampu kawal nafsu nak beli semua makanan kat pasar ramadan tu....semua kuih kegemaran saya ada kat situ tepung bungkus, kuih koci, lopes, pengat pisang.....wahhhhh masa tu tawaf 2/3 kali kat depan gerai tu tapi hati kata 'jangan.....beli sejenis kuih saja' sebab tu saya beli tepung pelita paya jaras (kononnya ia dikatakan paling sedap).

Barang banyak kat tangan, kiri kanan penuh plastik yang mengandungi ayam, ikan, sotong, sayur, buah-buah, makanan berbuka. Masa tu saya tak sedar yang saya letak bungkusan kuih pelita terbalik sbb banyak sgt barang nak kena pegang. Sampai kat rumah, tak perasan lagi....bila nak berbuka lepas makan kurma dan minum air....huhhhhh berkobar-kobar nak makan tepung pelita....bukak plastik bungkusan ohhhhhhh tidak tepung pelita saya dah tak nampak rupa.....isi dalamnya tumpah habis atas plastik.....sedihhhhhhh....buang terus kat dalam tong sampah.

Mujur laksa penang nie sedap so tak adalah terkempunan sangat malam semalam. Saya goreng telur sebagai tambahan gravy kat laksa nie. Jadi kalori yang diambil seharian semalam hanyalah 1200 sahaja.






Tuesday, August 9, 2011

Ramadhan 8

Selamat berpuasa kepada anda semua. hari nie dah 9 hari kita semua berpuasa, cepatkan masa berlalu. Ini hidangan yang saya ambil pada hari semalam. Pulang sahaja dari kerja....ada jugak jeling kat pasar ramadan dekat rumah tu (dalam hati teragak-agak nak singgah atau tidak sebab tak ada mood nak masak). Sampai sahaja kat rumah, terus bukak peti ais tengok apa yang hendak dikeluarkan untuk dimasak. Baki ayam panggang dahulu ada lagi tersimpan dalam tupperware so ambil keluar untuk defrost. Saya keluarkan semua sayur yang ada dalam peti ais sebab hari nie nak pergi sayur baru kat pasar Paya Jaras.

Untuk jaudah berbuka, saya buat nasi goreng ayam panggang bersama dengan sayur-sayur yang banyak. Banyak sayur daripada nasi. Nasi saya kukus hanya 1/2 cawan beras dan kemudian hanya guna 1/2 dari nasi tu. Seperti biasa bila berbuka, saya dahulukan dengan 3 biji kurma dan 3 gelas air suam kemudian masuk sembahyang. Selalunya saya rehat sebentar sebelum memakan makanan berat supaya perut saya tidak terkejut terima makanan mendadak. Saya akan habiskan drama kasih Alia. Masa nie saya akan ambil lagi segelas air suam dan minum sambil tengok tv. Lepas tu batulah ke meja makan dan makan nasi goreng. Mesti mak saya sedih bila tahu anak dia berbuka dengan nasi goreng je.....kalau berbuka dengan mak....semua makanan kegemaran saya, saya mintak dia buat. Lepas terawih saya ambil rockmelon 2 hiris dan minum lagi air suam. Masa nie terus terang saya katakan saya teringin nak makan makanan manis. Akhirnya saya pergi kedapur dan ambil sekeping tart shell yang dibuat sebelum ini dan makan.....ahhhhh hilang rasa teringin tu. Dasyatkan.

Baru-baru nie saya ada menonton drama korea. Cerita pendek tu berkisah tentang seorang puteri yang sangat gemuk sehingga dayang2 cakap belakang mengatakan ia puteri lembu. Satu hari ketika bersiar-siar, si puteri nampak seekor anak burung atas pokok dan dia cuba naik pokok tu untuk ambil anak burung. Oleh kerana dia gemuk sangat, dahan yang dia pijak patah dan jatuh kebawah tapi disambut oleh seorang pemuda yang kebetulan lalu disitu. Puter jatuh cinta pada pemuda itu dan minta abang dia (raja) kahwinkan dia dengan pemuda tu. Pemuda tu tak suka pada puteri sebab gemuk tapi disebabkan takut atas lawan perintah raja dia terpaksa berkahwin jugak. malam perkahwinan mereka, putera tu mabuk dan bila pandang puteri tu dia nampak macam seekor babi berada dihadapannya sehingga dia memanggil puteri itu babi. Puteri cuba pelbagai cara supaya suaminya suka pada dia. Puteri minta suaminya beritahu padanya mengapa beliau tidak pernah hendak memandang diri dia. Suami dia kata tak ada apa-apa (bimbang puteri berang dan mengadu pada raja)

Satu hari puteri terserempak suaminya tengah berasmara dana dengan dayang beliau. Suaminya memburukkan puteri dan menghina puteri dengan gelaran yang buruk sambil gelak ketawa bersama dayang. Puteri menangis disebalik pokok dan esoknya dia arahkan orang tangkap dayang tersebut dan dibunuh. Puteri berjumpa dayang dan bertanya mengapa dayang mengkhianati dirinya sedangkan dia amat baik melayan mereka. Dayang dengan berani mengatakan 'lihatlah diri tuan puteri....gemuk macam lembu, tuan puteri fikir dengan membunuhnya akan merubah hati suami puteri. Suami puteri akan cari dayang-dayang lain yang cantik kat istana dan adakah puteri akan bunuh mereka semua.". Puteri menangis mendengar kata-kata dayang dan berikrar untuk diet. Raja mengupah seorang pakar untuk tolong puteri. Puteri tidak tahan dengan godaan makanan dan sentiasa curi-curi makan. Wp hati puteri sakit dengan penghinaan yang diterima tapi ia masih belum dapat melawan godaan makanan yang sedap-sedap.

Pengasuh puteri dapat menangkap puteri ketika puteri sedang mencuri-curi masuk ke dapur untuk mencuri makan. Pengasuh bawak puteri ke tempat suami puerti berasmaradana bersama dayang. Puteri sekali lagi diperdengarkan dengan kata kejian dari mulut suaminya. Pengasuh itu berkata puteri harus balas balik penghinaan itu dengan menjadikan dirinya cantik dan kurus sebagaimana yang didamkan oleh suaminya dan kemudian puteri boleh hukum suaminya dengan hukuman sepatutnya. Puteri menangis dan kali ini azam puteri bertambah kuat dan dia mula berdisplin dalam berdiet. Akhirnya dia kurus dan suaminya mula tergila2 kat dia tapi dia tolak sebagai hukuman kepada suaminya dan halau suaminya dari istana bersama dengan dayang tu. Sebenarnya cinta puteri amat tulus pada suaminya, diakhir cerita beliau terima kembali suaminya yang telah insaf dan hidup bahagia dan puteri jadi gemuk semula selepas lahirkan 2 putera tapi kali nie suaminya sudah boleh terima dirinya sebagai wanita gemuk. Tamat.

Jadi pengajaran cerita nie, hanya keazaman yang kuat sahaja yang dapat menjadikan diet kita berjaya. Ia bukan perkara mudah.....ia amat susah nak dapat tapi bila anda sudah dapat azam ini....anda akan dapat mengawal diri anda dari mengambil makanan yang tidak sihat dan hanya makan yang sihat sahaja bukan hanya untuk kurus tetapi untuk kesihatan diri. Jika anda gagal dalam diet anda...ini kerana anda gagal dapatkan keazaman itu so usahalah cari keazaman anda sendiri. Saya tak kata ia mudah.....saya sendiri sedar ia amat susah dan yang paling susah adalah untuk kekal kurus bila dah kurus.......





Dalam minggu nie saya dapati TBLC telah mengurangkan kadar metabolisma saya kepada 1989 sahaja sehari. Kadar metabolisma saya telah turun. Memang saya sedar kadar metabolisma rendah sebab berat badan saya turun hanya 0.9kg sahaja minggu lepas. Bila kadar metabolisma rendah begini memang sukar untuk turun 1 kg seminggu jika tiada disertakan senaman. Rindu nak pergi gym tapi bulan puasa nie saya 'bekukan' keahlian kelab so tak boleh masuk gym. Senaman boleh dilakukan tetapi harus di waktu petang kira-kira sejam sebelum berbuka. Saya pernah masuk dalam satu forum kelab diet, seorang ahli forum beritahu dia hadkan kalori kepada 800 sahaja dalam bulan puasa. Wahhhhhh.....nekad gila. Jangan biarkan diet buat anda stress.

Monday, August 8, 2011

Kalori kuih cara manis

Pagi tadi masa saya nak isi diari TBLC.....dok tercari-cari kalori kuih cara kat food search TBLC. manalah nak ada kan sbb ini bukan laman web malaysia. Sebab itu saya kenalah kira sendiri berapa kalori kuih cara. Ini saya tujukkan cara mengira kalori kuih cara atau kalori kuih-kuih lain.

1.  Mula-mula saya dapatkan kalori bagi setiap bahan-bahan yang saya guna untuk buat kuih cara

Tepung gandum          250gm  =  493 calories
Telur sebijik                               =   83 calories
Santan                          200ml   =  292 calories
Gula pasir                     1 tsp     =  16 calories

2)  Lepas tu saya kira kalori ikut sukatan bahan-bahan sebenar untuk resepi tersebut

75 gm tepung gandum              = 148 kalori
1 biji telur                                    = 83 kalori
50ml santan                               = 73 kalori
100ml air                                    = 0 kalori
2 tsp gula pasir                          = 32 kalori

Jumlah keseluruhan kalori dalam bancuhan tu = 336 kalori

3.  Dengan mengunakan sukatan diatas saya dapat 12 biji kuih cara

336 kalori/12 biji = 28 kalori bagi setiap biji

Jadi sekarang kita dah tahu berapa kalori dalam sebiji kuih cara manis. Ini kalori homemade ye....kalau beli kat pasar ramadhan lebih dari nie sebab gula dibubuh banyak dan minyak dimasukkan dalam bancuhan kuih cara untuk mendapatkan kuih cara yang cantik.

Sunday, August 7, 2011

Ramadhan 7

 Alhamdulillah....hari nie weight in setelah 6 hari berbuka puasa dengan kadar sederhana. Minggu lepas berat saya adalah 72.2kg dan minggu nie berat turun sebanyak 0.9kg menjadi 71.3kg. Lega sangat......walaupun penurunan tak banyak sebab saya tak sertakan dengan excersice tapi ok lah atleast turun hampir 1 kg jugak.
 Salah satu sebab mengapa saya begitu tekad untuk turunkan berat badan.......kat bawah inilah penyebabnya. Sebelum ini saya dah berjaya turunkan ukuran pinggang sebanyak 15cm tetapi bila saya tidak mengawal makan beberapa bulan yang lepas makan ukuran pinggang (perut) saya naik sebanyak 8 cm. Perut adalah masalah utama saya.....saya tak kisah berbadan gempal asalkan berperut leper tapi bukann sebaliknya. Kita boleh C & P semua tips2 untuk melangsingkan perut dan tampal kat blog....jadikan sebagai entry menarik tapi apa gunanya jika ia hanya sekadar bahan bacaan tapi tak pernah dipraktikkan. Saya yakin boleh turunkan ukuran pinggan sekuarng-kurangnya lagi 6 cm sebelum raya nie supaya baju-baju yang telah ditempah dan dibeli akan terletak elok pada badan. Biarpun berat badan saya tidak berkurangan tapi ukuran pinggang berkurangan....ia adalah satu kejayaan bagi saya.

 Inilah perkembangan diet saya sejak dari minggu pertama saya menyertai thebiggestloserclub. Saya berjaya turun 12 kg pada minggu ke 18....ketika nie berat saya 66kg lepas tu saya mula selesa dan meninggalkan diary dan rutin diet saya. Faktor persekitaran banyak memyumbang kepada kenaikkan berat badan saya....Allah telah memberikan reseki yang murah keapda rakan-rakan senior dipejabat saya....sejak awal tahun seorang demi seorang rakan senior dinaikkan pangkat atau berpindah ke jabatan lain maka setiap kali itu jamuan diadakan. Masa tu asyik makan....makan....makan sahaja..... Bila dah terbiasa ambil makanan secara berlebihan maka nak kembali semula kepada rutin diet dah mula sukar. Bayangkan pada satu pagi ketika saya hendak bersarapan oat seperti biasa tiba2 rakan sekerja bawak nasi lemak ayam goreng berempah untuk semua staff. Saya boleh tolak mangkuk oat tersebut dan ambil nasi lemak tu. Rakan sekerja lelaki yang ada kat meja makan terkejut tengok saya....bila saya habis makan sebungkus nasi lemak tu dia pun tegur " Bda....saya tak pernah tengok u makan macam nie...apa dah jadi dengan diet u". Masa tu nak balik semua ke rutin asal dah payah.....tapi sekarang alhamdulillah dah dapat balik semangat tu. Bukan senang tau nak dapatkan 'keazaman'....cakap senang tapi nak buat payah.

Ok inilah hidangan berbuka saya pada hari ke 7 berpuasa nie. Saya buat ikan siakap kukus. Saya ratah saya tanpa nasi.....ikan siakap nie saya hanya guna sebelah sahaja. Resepi ikan siakap kukus nie ada saya masukkan kat blog resepidaria.com.
 Lepas terawih saya makan kuih cara manis. Kuih cara yang dibuat sendiri.....boleh kawal kandungan lemak dan gula bila buat sendiri.

Ramadhan 6

Hari nie saya berbuka dengan 3 biji kurma dan 2 gelas air suam kemudian masuk sembahyang maghrib. lepas sembahyang saya ambil 2 gelas lagi air suam. Dalam jam 8 barulah saya makan nasi. Kali nie saya makan nasi putih 1/2 cawan dan sotong masak kicap bersama sayur. Lepas terawih saya hanya ambil 1 gelas air suam dan anggur.



Kalori pada hari ini adalah 1345. lebih sikit sebab sotong masak kicap.

Ramadhan 5

 Puasa yang ke 5, hari nie saya buat mee udang sebagai hidangan berbuka. Alhamdulillah setelah 5 hari saya berbuka secara sederhana. Perut saya dah boleh terima berbuka dengan air suam tanpa air manis seperti biasa....mengambil air cukup 7-8 gelas pada mulanya amat sukar tapi akhirnya berjaya jugak.

Pengambilan kalori hari ke 5 adalah 1116 kalori. Bersahur seperti biasa oat dengan madu dan segelas milo kosong.

Friday, August 5, 2011

Ramadhan 4

 Hari ini sudah 4 hari kita berpuasa. Godaan dalam bulan puasa nie tak lah teruk sangat dirasai.....kerja dalam aircon memanglah tak terasa letih....balik pulak terus ke rumah, dah tak singah kat mana-mana. saya suka masak sendiri sebab ia boleh menyibukkan saya sementara hendak menunggu masa berbuka. Saya dah decide lauk apa nak masak so sebelum keluar rumah...saya akan keluarkan ayam/ikan dari tempat beku ke dalam tempat sejuk sahaja. Bila balik rumah taklah lama menunggu ayam/ikan hendak nyahbeku.

Saya pernah mengikuti satu seminar makanan sihat dari seorang pensyarah universiti. Beliau nie sudah berusia 50-an tapi masih nampak cantik dan langsing. Kalau pandang dari belakang kita agak dia berusia 30an. Prof nie kata bila dia masak dirumah untuk anak dan suaminya....dia akan pastikan ikan/ayam hanya seorang seketul sahaja. Nasi juga dimasak ikut sukatan contohnya dia hanya ambil 1/2 cawan nasi, anak dia 1/2 cawan dan suami dia 1 cawan nasi jadi nasi yang dimasak adalah 2 cawan nasi sahaja (1 cawan beras). Keluarga dia tidak digalakkan/dibolehkan menambah....makan setakat itu sahaja. Masa dengar tu kami semua pandang satu sama lain......teruknya kalau saudara mara dia bertandang ke rumah dia kalau semua makanan kena catu macam tu. Time rehat....kami tengok dia ambil makanan....memang seperti yang dijangkakan....sikit sahaja makanan yang diisi dalam pinggan (sikit sini bukan sikit sangat....sederhanalah...bukan penuh membumbun dengan lauk pauk). Bila saya dah belajar berdiet mengikut kiraan kalori barulah saya faham mengapa dia kata begitu....dia biasakan anak dan suami dia makan ikut keperluan diri sahaja dan tidak berlebihan.

Sebenarnya bulan puasalah badan kita susah nak kurus sebab kesilapan semasa berbuka....ketika nie nafsu makan kita amat besar....semua makanan kita nak makan dan kalau diikutkan kita akan ambil 2 kali ganda makanan dari masa kita tidak berpuasa. Inilah yang saya rasai bila mengisi diari The BiggestLoserClub.....setiap makanan yang saya makan, saya dah rasa macam sikit tetapi bila dimasukkan dalam diari rupanya saya dah makan hampir mencapai limit 1500 kalori sehari.

Waktu Sahur

1 cawan milo kosong
1 mangkuk kecil oat (35gm) + Susu HL + Kismis + Kurma + Madu
2 gelas air suam

Ini sahaja dah 480 kalori


Waktu berbuka/Iftar

3 biji kurma
3 cawan air suam
1 mangkuk kecil bubur kacang semalam yang dihangatkan

Ni sahaja dah 350 kalori

Waktu makan malam (dalam jam 8)

1/2 cawan nasi             199 kalori
1 ketul ayam bakar
1 mangkuk sayur goreng
1 cawan air suam

Ayam bakar nie bukan semua saya makan ye. saya cuma ambil 1/2 daripad ketulan nie. Bakinya disimpan.
Selepas terawaih/makan lewat malam


2 slice tembikai
1 cawan air suam


Bila sudah disi dalam diari pagi tadi....rupanya saya dah ambil 1486 kalori semalam. Jika anda lihat tak banyak saya makan.....untuk memastikan saya makan dalam kalori yang dihadkan, saya tidak menyediakan air manis. Keperluan kalori dalam badan sehari adalah 2100 (wanita) dan saya hadkan 1500 maka badan akan membakar 600 dari simpanan lemak. kalau sehari hanya 600...seminggu baru 4000. kalau nak turunkan 1 kg kena bakar lebih 3000(bergantung kepada metabolisma






Thursday, August 4, 2011

Ramadhan 3

Alhamdulillah.....puasa ke 3 nie saya masih mampu menahan godaan makanan. Dalam jam 3.35 petang semalam seorang rakan sekerja telah mengemailkan kupon promosi Pizza Hut 3 keping pizza berharga RM33 sahaja. Promosi bermula dari 1hb hingga 3hb....jadi semalam adalah hari terakhir promosi tersebut. Wahh sapa tak tergoda dengan promosi tu kan. Saya nie excited sungguhlah nak beli pizza tu.....tapi takan nak habiskan 3 pizza tu. Saya tanya kawan2 yang nak kongsi tapi malangnya tak ada orang pulak nak kongsi. Bila tak ada orang nak kongsi saya kata 'tak kisahlah nanti boleh simpan dalam peti'.....huhhhh nak jugak tu. Lepas habis waktu kerja saya drive pergi kat Pizza Hut Kota Damasara Sek.6.....tapi boleh batalkan niat nak beli sebab hati berat sangat nak rosakkan diet.....azam kuat. Alhamdulillah....dalam diet 'keazaman' adalah penting. Bukan senang nak dapatkan 'keazaman' dan kekal dengan azam itu......bila dah dapat azam maka segala usaha jadi senang sahaja. Jika anda tanya saya tak lapar ke berbuka dengan makanan macam nie. Biar saya beritahu pengalaman saya setakat ini....puasa tahun inilah saya rasa tidak terlalu letih, malas, lapar atau mengantuk. Dah 3 hari berlalu tapi saya terasa tidak lapar langsung dan tidak letih serta mengantuk.....saya rasa segar. Mungkin sebab saya jaga pengambilan air yang mencukupi.

Ini adalah makanan yang saya ambil untuk hari ini.

Sahur

1 gelas air suam
1 mangkuk kecil oat segera   +1/2 cawan susu HL+1 sudu makan kismis+1 sudu kecil madu
3 biji kurma
Milo kosong
1 gelas air suam

Iftar

3 biji kurma
2 gelas air suam
1 mangkuk kecil bubur kacang hijau



Makan malam/lepas magrib
2 gelas air suam
1 pinggan kecil sayur campur
1 mangkuk kecil sup ikan merah
1/4 cawan nasi kukus




Makan lewat malam

1 biji Dragon Fruit - 60 cal
1 gelas air suam

Kalori pada hari ini adalah 1420 (sebab makan bubur....bubur nie sahaja dah 350 kalori)

Tips untuk makan sedikit adalah guna pinggan kecil dan mangkuk kecil. Mangkuk kecil dot-dot biru kat atas tu adalah berukur lilit 16sm sahaja. Itulah mangkuk yang saya guna untuk menghadkan pengambilan makanan saya.

Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan 2

Waktu bekerja di pejabat telah dipendekkan 30 minit jadi saya boleh balik dalam jam 4 petang. Hari nie saya ambil kesempatan untuk balik awal dan pergi ke pasar malam Paya Jaras Sg Buloh untuk cari ikan dan sayur. Wahhhhh.....seronok kat sini sebab banyak sayur2 kampung dijual.....selain pergi ke bahagian pasar basah beli ikan, sayur dan buah.....saya langsung ke pasar ramadhan.....kat sini murtabak paling sedap ada dijual, kuih pelita dan bermacam-macam jenis manisan dan kuih muih ada dijual. Apabila sudah ada keazaman dalam diri.....semua jaudah berbuka nie saya tak terasa teringin untuk membeli....saya cari ikan bakar sahaja. Akhirnya jumpa satu gerai yang jual terubuk bakar......saya tengok ramai menunggu turn untuk dapatkan terubuk bakar.....mungkin sedap sangat agaknya sampai ramai sanggup menunggu. Saya pun tunggu jugak......lebih kurang 35 minit jugaklah baru saya dapat ikan terubuk bakar tu. Ini sahaja jaudah berbuka saya. tengok ikan nie besar betulkan....padanlah dengan harganya RM18 seekor.....saya hanya makan separuh sahaja....yang lain masuk peti.

Untuk hari berpuasa yang kedua nie makanan yang saya ambil adalah:-

Sahur

Milo panas + 1/4 cwn susu HL      238 cal
Instant oat                                     168 cal
low fat milk                                     62 cal
Dates                                            122 cal
Air suam-2 gelas

Iftar

Dates/kurma - 3 biji                       60 cal
Air suam - 2 gelas

Makan Malam

Ikan Terubuk bakar                       341 cal
Air suam - 1 gelas

Tengah malam

Watermelon - 4 potong                          161 cal
Air kosong - 1 gelas                            
Kurma/Dates                                          122 cal

Jumlah kalori adalah 1,274

Hari nie saya berjaya minum air sebanyak 7 gelas sahaja.

Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan 1

Hari pertama ramadhan......dah berazamkan untuk menjadikan ramadhan nie satu platfom untuk memulakan semula regim diet yang telah beberapa bulan saya tinggalkan.

Diet dibulan ramadhan tidak berbeza dengan diet biasa cuma perubahan dari segi masa makan dari 6 kali makan kepada 2 kali sahaja....jumlah pengambilan kalori adalah sama iaitu 1500 kalori. Pemakanan yang betul ketika sahur diperlukan bagi memastikan ia membekalkan tenaga untuk menghadapi seharian tempoh berpuasa. Oleh itu ketika sahur, pengambilan makanan yang lambat dihadamkan seperti oat, gandum, beras perang amat penting. Ini adalah kerana ia mengandungi kandungan serat yang tinggi dan ia mengambil masa selama 8 jam untuk dihadamkan.

Ini adalah makanan yang saya ambil untuk puasa yang pertama

Sahur

Milo bersama susu HL  - 1 cawan                 238 cal
Nestle Fitnese Honey & Almond cereal         170 cal
3 ulas kurma                                                  122 cal
3 cawan air masak

Iftar

3 ulas kurma                                                122 cal
Jus apple pure (tanpa gula atau air)                 43 cal
2 cawan air masak

Makan Malam

Nasi putih  (1/4 cwn)                                    99 cal
Sup Ikan Haruan (1 mangkuk kecil)            136 cal
Sayur kuchai goreng bersama telur              300 cal
1 gelas air suam

Makan tengah malam

1 biji buah naga                                          90 cal
1 gelas air suam                                           

Pengambilan kalori adalah sebanyak 1320

 
Untuk sahur saya memang sudah biasa mengambil cereal atau oat dari dulu lagi jadi memang tiada masalah sebab memang saya akui....ia mengenyangkan dan saya tidak terasa lapar sangat. Cuma yang jadi masalah adalah untuk menghabiskan 3 gelas air kosong pada waktu sahur. Sebelum makan sahur satu gelas....lepas makan 2 gelas lagi. Kesannya.....saya ulang ke toilet setiap 10 minit sampaikan masa drive nak pergi kerja pun tambah pulak jam kat kota damasara tu masa nie tension sangat-sangat sebab tak tahan nak terkencing. Sampai je kat depan pintu ofis.....berlari masuk toilet dulu sebelum punch in. Inilah perkara yang paling saya menyampah kalau minum air banyak masa sahur.....tak minum tak boleh sebab air kena cukup 8 gelas sehari.

Bila iftar, saya ambil kurma dan minum jus buah. Jus buah nie saya masukkan dalam mesin pemerah jus 5 minit sebelum berbuka. So memang keluar jus yang segar dan tanpa penambahan gula atau air. Lepas tu saya minum 2 gelas air suam kemudian sembahyang maghrib. Rehat seketika sebelum makan malam. Selepas makan malam dan terawih.....inilah saat-saat yang paling sukar sebab saya terlalu teringin nak makan makanan manis. Perut masih terasa lapar......terbayang-bayang donat frozen yang saya buat sebelum puasa. Memang saya akui masa nie saya tak senang duduk.......asyik bangun dan menuju ke pintu peti ais untuk ambil dan goreng donat tu tapi keazaman masih kuat saya tahan jugak. Dugaan sungguh.....

Sebelum tidur saya makan sebiji buah naga dan minum 1 gelas air lagi.Alhamdulillah hari pertama diet saya berjalan lancar.....bukan senang nak diet dibulan puasa sebab makanan penuh dikeliling kita. Sebab itu saya jauhi pasar ramadhan dan masak sendiri. Jika pergi pasar ramadhan dalam keadaan lapar.....memang makanan melambai-lambai suruh kita beli sebab semua nampak sedap. Puasa nie saya cuba jauhkan makanan manis dan bergoreng......satu perkara yang paling sukar nak buat.....puasa pertama berjaya tapi belum tentu esok akan berjaya.

Monday, August 1, 2011

Ramadhan Diet

A Healthy Ramadhan


One of the miracles of Islam is the month of Ramadhan, a month in which we can cleanse ourselves, not only spiritually, but physically as well. Ramadhan is a time of worship, but physical ailments can sometimes cause us to lose our spiritual focus. Here is some useful advice on how to avoid common problems that occur during Ramadhan.
'Detox' yourself
If you are in the habit of drinking several cups of tea, coffee or other drinks that contain caffeine, start cutting back one to two weeks before Ramadhan begins. Tea and coffee contain caffeine which is addictive and can cause severe headaches on withdrawal.
If you are a smoker, start cutting down the amount you smoke one to two weeks before Ramadhan. Ramadhan is an ideal month to stop smoking completely.
Ramadhan Diet
During Ramadhan, your diet should not differ very much from your normal diet and should be as simple as possible. The ideal diet should maintain your normal weight, neither decreasing nor increasing it during the month. However, if you are overweight, Ramadhan is an ideal time to lose weight.
To prepare for a long day of fasting, slow-digesting foods and foods with lots of fibre are better than fast-digesting foods. Slow-digesting foods last between 8 and12 hours, while fast-digesting foods last only for 2 to 4 hours.
- Slow-digesting foods contain grains and seeds. Examples are barley, wheat, oats, millet, semolina, beans, lentils, etc.; whole meal flour; whole meal pasta; unpolished rice. They are also known as complex carbohydrates.
- Fibrous foods contain bran, examples are cereals; whole wheat or whole meal flour; grains and seeds, such as beans and lentils; vegetables such as green beans, peas, marrow, spinach, beetroot leaves which are rich in iron, etc.; fruit with skin, dried fruit, especially dates, dried apricots, figs, prunes, etc.; nuts.
- Fast-digesting foods contain refined carbohydrates such as sugar, white flour, white rice, white pasta, etc.
The ideal diet is well-balanced, containing foods from each food group – fruits, vegetables, meat, chicken or fish, bread, cereals and dairy products.
What to Eat
- Eating complex carbohydrates for suhur will help you fast without feeling too hungry. Examples of complex carbohydrates are muesli, bran-rich cereals, whole meal or brown bread, beans, lentils, etc.;

- Soups can be an excellent source of slow-burning food and protein, especially if made from barley and wheat;

- Dates are an excellent source of sugar, fibre, carbohydrates, potassium and magnesium;
- Almonds are rich in protein and fibre and are not fatty. Ground almonds and milk make a healthy drink;

- Bananas are a good source of carbohydrates, potassium and magnesium;

- Eat oven-grilled samosas rather than fried samosas.
What to Drink
Drink as much water or fruit juices as possible between iftar and bedtime so that your body can adjust fluid levels for the next day.
What to Avoid
- Fried and fatty foods should be avoided, they cause indigestion, heartburn, weight problems and blood circulation problems;

- Spicy foods and sauces;

- Foods containing too much sugar and refined carbohydrates;

- Overeating at suhur and iftar;

- Caffeinated drinks like tea, coffee, fizzy drinks, etc.;

- Smoking.
Common Problems
Constipation
Constipation can cause piles (haemorrhoids), fissures (painful cracks in the anal canal) and indigestion with a bloated feeling.
Causes: Eating too many refined carbohydrates, drinking too little water and not eating enough fibre.
Remedy: Eat more fibre and complex carbohydrates, drink more water, use bran for baking, and use brown flour when making bread.
Indigestion and Wind
Causes: Overeating causes indigestion, as does eating too much fried and fatty food, spicy food and food that produces wind, for example, eggs, cabbage, lentils, beans, carbonated drinks.
Remedy: Do not overeat, and drink adequate amounts of water and fruit juices. Avoid fried and fatty foods. Add thymol or celery seeds to lentils and beans.
Lethargy (Low blood pressure)
Symptoms: Weakness, tiredness, lack of energy, dizziness, especially when getting up from a lying or sitting position, a pale appearance and feeling faint. This tends to occur at the end of the day when you need more energy for worship.
Causes: Not drinking enough water, not enough salt in the diet, not eating enough before the fast begins and at iftar.
Remedy: Increase fluid and salt intake. Eat enough to sustain you through the next day. Drink at least one litre of water between iftar and bedtime.
Caution: If you have high blood pressure you may need your medication adjusted for the month of Ramadhan. Diuretics should be avoided.
Headaches
Causes: Caffeine and tobacco withdrawal, doing too much during the day, hunger, stress, lack of sleep etc.
Remedy: Reduce or eliminate caffeine intake one or two weeks before Ramadhan. Herbal teas and decaffeinated coffee can help. Reorganise your schedule so that you have enough time to perform your usual chores and tasks, and make sure you have enough rest.
Low Blood Sugar
Symptoms: Weakness, dizziness, tiredness, poor concentration, trembling, inability to do physical activities, headaches and palpitations.
Causes: Excessive sugary foods, for example, refined carbohydrates especially in the morning before the fast begins (suhur).
Remedy: Reduce the amount of sugary foods and drinks you consume, especially for suhur. Eat more complex carbohydrates. This applies people who are not diabetics. Diabetics will need to adjust their medication during Ramadhan. Please consult your doctor.
Muscle Cramps
Causes: Not enough calcium or magnesium in the diet.
Remedy: Eat foods rich in above minerals, for example fruit and vegetables, dairy products, meat, dried fruit and dates.
Caution: If you are on medication for high-blood pressure or are prone to kidney stones, consult your doctor.
Heartburn, Gastritis, Hiatus Hernia and Peptic Ulcers
Heartburn comes as a burning pain in the stomach area and under the ribs radiating up the chest to the throat. Increased levels of acid in an empty stomach during Ramadhan can aggravate heartburn and ulcers.
Causes: Spicy foods, especially sauces, can cause this, as well as coffee, carbonated drinks, and fatty and fried foods.
Remedy: Avoid all the above foods. Do not overeat. Have a few small meals instead of one big meal, eat a little after iftar and another snack after the tarawih prayer for example.
Medication is available (Gaviscon and PPIs) to control acid levels in the stomach. These should be taken daily for the whole month of Ramadhan.
Kidney Stones
Kidney stones may not be noticed for months or even years after they are formed.
Causes: Some people are prone to produce stones in the kidney. Even if you are not prone, not drinking enough liquids to flush out the kidneys can cause stones to form.
Remedy: Drink lots of water between iftar and bedtime. If you are prone to kidney stones you must also decrease the amount of calcium you eat by avoiding calcium-rich foods such as dairy products.
Joint Pains
Causes: The extra prayers of Ramadhan can often increase the pressure on the knee joints. In the elderly and those suffering from arthritis, this may result in pain, stiffness, swelling and discomfort.
Remedy: Lose weight so that your knees do not have to carry extra load. Exercise your lower body before Ramadhan by walking 30 to 45 minutes three times a week so that your knees will be prepared for the additional strain.
Being physically fit will help you perform your prayers with ease.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...