Friday, August 5, 2011

Ramadhan 4

 Hari ini sudah 4 hari kita berpuasa. Godaan dalam bulan puasa nie tak lah teruk sangat dirasai.....kerja dalam aircon memanglah tak terasa letih....balik pulak terus ke rumah, dah tak singah kat mana-mana. saya suka masak sendiri sebab ia boleh menyibukkan saya sementara hendak menunggu masa berbuka. Saya dah decide lauk apa nak masak so sebelum keluar rumah...saya akan keluarkan ayam/ikan dari tempat beku ke dalam tempat sejuk sahaja. Bila balik rumah taklah lama menunggu ayam/ikan hendak nyahbeku.

Saya pernah mengikuti satu seminar makanan sihat dari seorang pensyarah universiti. Beliau nie sudah berusia 50-an tapi masih nampak cantik dan langsing. Kalau pandang dari belakang kita agak dia berusia 30an. Prof nie kata bila dia masak dirumah untuk anak dan suaminya....dia akan pastikan ikan/ayam hanya seorang seketul sahaja. Nasi juga dimasak ikut sukatan contohnya dia hanya ambil 1/2 cawan nasi, anak dia 1/2 cawan dan suami dia 1 cawan nasi jadi nasi yang dimasak adalah 2 cawan nasi sahaja (1 cawan beras). Keluarga dia tidak digalakkan/dibolehkan menambah....makan setakat itu sahaja. Masa dengar tu kami semua pandang satu sama lain......teruknya kalau saudara mara dia bertandang ke rumah dia kalau semua makanan kena catu macam tu. Time rehat....kami tengok dia ambil makanan....memang seperti yang dijangkakan....sikit sahaja makanan yang diisi dalam pinggan (sikit sini bukan sikit sangat....sederhanalah...bukan penuh membumbun dengan lauk pauk). Bila saya dah belajar berdiet mengikut kiraan kalori barulah saya faham mengapa dia kata begitu....dia biasakan anak dan suami dia makan ikut keperluan diri sahaja dan tidak berlebihan.

Sebenarnya bulan puasalah badan kita susah nak kurus sebab kesilapan semasa berbuka....ketika nie nafsu makan kita amat besar....semua makanan kita nak makan dan kalau diikutkan kita akan ambil 2 kali ganda makanan dari masa kita tidak berpuasa. Inilah yang saya rasai bila mengisi diari The BiggestLoserClub.....setiap makanan yang saya makan, saya dah rasa macam sikit tetapi bila dimasukkan dalam diari rupanya saya dah makan hampir mencapai limit 1500 kalori sehari.

Waktu Sahur

1 cawan milo kosong
1 mangkuk kecil oat (35gm) + Susu HL + Kismis + Kurma + Madu
2 gelas air suam

Ini sahaja dah 480 kalori


Waktu berbuka/Iftar

3 biji kurma
3 cawan air suam
1 mangkuk kecil bubur kacang semalam yang dihangatkan

Ni sahaja dah 350 kalori

Waktu makan malam (dalam jam 8)

1/2 cawan nasi             199 kalori
1 ketul ayam bakar
1 mangkuk sayur goreng
1 cawan air suam

Ayam bakar nie bukan semua saya makan ye. saya cuma ambil 1/2 daripad ketulan nie. Bakinya disimpan.
Selepas terawaih/makan lewat malam


2 slice tembikai
1 cawan air suam


Bila sudah disi dalam diari pagi tadi....rupanya saya dah ambil 1486 kalori semalam. Jika anda lihat tak banyak saya makan.....untuk memastikan saya makan dalam kalori yang dihadkan, saya tidak menyediakan air manis. Keperluan kalori dalam badan sehari adalah 2100 (wanita) dan saya hadkan 1500 maka badan akan membakar 600 dari simpanan lemak. kalau sehari hanya 600...seminggu baru 4000. kalau nak turunkan 1 kg kena bakar lebih 3000(bergantung kepada metabolisma






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...