Sunday, August 7, 2011

Ramadhan 7

 Alhamdulillah....hari nie weight in setelah 6 hari berbuka puasa dengan kadar sederhana. Minggu lepas berat saya adalah 72.2kg dan minggu nie berat turun sebanyak 0.9kg menjadi 71.3kg. Lega sangat......walaupun penurunan tak banyak sebab saya tak sertakan dengan excersice tapi ok lah atleast turun hampir 1 kg jugak.
 Salah satu sebab mengapa saya begitu tekad untuk turunkan berat badan.......kat bawah inilah penyebabnya. Sebelum ini saya dah berjaya turunkan ukuran pinggang sebanyak 15cm tetapi bila saya tidak mengawal makan beberapa bulan yang lepas makan ukuran pinggang (perut) saya naik sebanyak 8 cm. Perut adalah masalah utama saya.....saya tak kisah berbadan gempal asalkan berperut leper tapi bukann sebaliknya. Kita boleh C & P semua tips2 untuk melangsingkan perut dan tampal kat blog....jadikan sebagai entry menarik tapi apa gunanya jika ia hanya sekadar bahan bacaan tapi tak pernah dipraktikkan. Saya yakin boleh turunkan ukuran pinggan sekuarng-kurangnya lagi 6 cm sebelum raya nie supaya baju-baju yang telah ditempah dan dibeli akan terletak elok pada badan. Biarpun berat badan saya tidak berkurangan tapi ukuran pinggang berkurangan....ia adalah satu kejayaan bagi saya.

 Inilah perkembangan diet saya sejak dari minggu pertama saya menyertai thebiggestloserclub. Saya berjaya turun 12 kg pada minggu ke 18....ketika nie berat saya 66kg lepas tu saya mula selesa dan meninggalkan diary dan rutin diet saya. Faktor persekitaran banyak memyumbang kepada kenaikkan berat badan saya....Allah telah memberikan reseki yang murah keapda rakan-rakan senior dipejabat saya....sejak awal tahun seorang demi seorang rakan senior dinaikkan pangkat atau berpindah ke jabatan lain maka setiap kali itu jamuan diadakan. Masa tu asyik makan....makan....makan sahaja..... Bila dah terbiasa ambil makanan secara berlebihan maka nak kembali semula kepada rutin diet dah mula sukar. Bayangkan pada satu pagi ketika saya hendak bersarapan oat seperti biasa tiba2 rakan sekerja bawak nasi lemak ayam goreng berempah untuk semua staff. Saya boleh tolak mangkuk oat tersebut dan ambil nasi lemak tu. Rakan sekerja lelaki yang ada kat meja makan terkejut tengok saya....bila saya habis makan sebungkus nasi lemak tu dia pun tegur " Bda....saya tak pernah tengok u makan macam nie...apa dah jadi dengan diet u". Masa tu nak balik semua ke rutin asal dah payah.....tapi sekarang alhamdulillah dah dapat balik semangat tu. Bukan senang tau nak dapatkan 'keazaman'....cakap senang tapi nak buat payah.

Ok inilah hidangan berbuka saya pada hari ke 7 berpuasa nie. Saya buat ikan siakap kukus. Saya ratah saya tanpa nasi.....ikan siakap nie saya hanya guna sebelah sahaja. Resepi ikan siakap kukus nie ada saya masukkan kat blog resepidaria.com.
 Lepas terawih saya makan kuih cara manis. Kuih cara yang dibuat sendiri.....boleh kawal kandungan lemak dan gula bila buat sendiri.

3 comments:

  1. salam.. semoga akak akan berjaya.. skrg pun sya sedang berdeit juga.. 1st puasa saya berat : 72.5kg.. skrg (8/8): 70.3kg.. makan macam biasa 1 senduk.. tp kadang2 terlebih juga.. sedap la katakan masak sendiri.. yg pasti air tak < drp 3 liter.. tiap2 hari pgi bila sampai opis saya akan baca catatan/perkembangan akak..

    ReplyDelete
  2. Salam anonymous,

    Terima kasih sbb sudi baca blog akak. tahniah banyak turun tu 2.2kg. Tu menunjukkan anda masih muda dan metabolisma anda tinggi, banyak kalori yang dibakar sehari-hari. Lepas nie update perkembangan anda setiap hari ahad ok.Bagitau akak berapa u turun ahad depan.

    ReplyDelete
  3. bereehhh.. insyaallah.. nanti saya update kat blog akak.. harap dengan memberitahu status terkini, sy akan lebih konsisten & mjdi pesaingan yg sihat utk kita..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...