Wednesday, June 20, 2012

Ulasan 3 filem

Sepanjang minggu lepas saya sempat menonton 3 movie. Movie pertama adalah The Allure of tears (China) terbitan Dec 2011. Filem yang dikatakan sebagai filem yang menyentuh perasaan. Filem ini mengandungi 3 kisah percintaan yang menyayat hati.
Kisah percintaan pertama adalah 2 orang pesakit kanser ini. Gadis yang mengidap kanser tulang dan akan meninggal dunia dalam tempoh terdekat jika penderma sum-sum tulang tidak ditemui. Gadis ini digelar sebagai power girl kerana semangatnya untuk hidup dan kemampuan dia untuk menceriakan semua pesakit di hospital. Kehadirannya memberikan semangat dan keriangan dalam hospital yang dipenuhi dengan pesakit yang hanya menunggu maut. Muncul seorang pemuda, anak orang kaya yang agak sombong yang mengidap barah otak. Tidak dapat menerima kenyataan bahawa beliau mengidap penyakit maut tersebut maka dia memberontak. Keadaannya berubah apabila dia mula menerima kehadiran power girl. mereka berkawan dan mereka mula berkongsi minat yang sama iaitu merakam video mengunakan video kamera.

Apabila menonton filem ini saya mula merasakan ia meniru jalan cerita filem Tada Kimi Wo Aishiteru (2006). Persamaan kedua-dua filem mula ketara apabila sigadis mengambil keputusan untuk meninggalkan kekasihnya. Sebagaimana Shizuru mengambil keputusan untuk meninggalkan Makato apabila menyedari bahawa beliau terlalu menyintai Makato dan ingin melihat lelaki yang dicintainya meneruskan hidup. Begitu juga power girl mengambil keputusan untuk meningalkan kekasihnya supaya kekasihnya bersetuju untuk meneruskan hidup dengan menjalani pembedahan otak. Mereka berhubung melalui email sahaja. Apabila saya melihat adegan email ini.....terlintas dihati saya bahawa power girl sebenarnya telah mati dan yang membalas email pemuda tersebut bukanlah powergirl sebagaimana kad dan surat yang diterima oleh makato....bukan dikirim oleh Shizuru sebab Shizuru telah mati.

Oleh kerana saya telah menonton Tada Kimi Wo Aishiteru, maka tiada kejutan atau kesedihan dirasai apabila menonton filem ini. Saya dah boleh agak kesudahannya......saya sudah boleh agak apa yang akan berlaku apabila pelakon lelaki memasuki galeri fotografi. Filem arahan Barbara Wong ini bagi saya....amat-amat lemah. Filem ini hanya layak 2 bintang sahaja. Walaupun dalam filem ini, tangisan pelakon lelaki apabila mengetahui kekasihnya iaitu power girl (saya guna nama powergirl sahaja sebab tak ingat nama watak tersebut) telah mati dan mengabadikan fotofrafi dan rakaman video yang dibuat oleh mereka dengan mengadakan galeri fotografi sebagaimana impian pelakon lelaki itu begitu menyayat hati....tetapi ia hanya ssekadar sedih sahaja tiada kejutan sebagaimana Tada Kimi Wo Aishiteru.

Dalam filem TKWA, penonton tidak menyangka Shizuru juga mengidap penyakit maut yang meragut nyawa ibu dan adik lelakinya dan penyakit tersebut juga akan meragut nyawanya. Shizuru tinggalkan Makato supaya Makato dapat meneruskan hidup bersama gadis yang disukainya dan berbahagia tanpa menyangka bahawa Makato menyintai dirinya. Dia menghantar kad dan surat kepada Makato....penonton masih tidak menduga apa-apa dan berharap agar Makato dapat menemui Shizuru dan tidak sabar untuk melihat perubahan yang berlaku pada diri Shizuru. Penonton gembira dan teruja bersama dengan watak Makato yang pergi ke New York untuk menemui Shizuru. penonton tergaman dan menangis bersama Makato apabila mengetahui bahawa Shizuru telah mati dan yang mengirim kad dan surat itu bukanlah Shizuru tetapi rakannya.....Shizuru sebelum mati telah menulis beberapa surat dan mengadakan galeri fotografi yang tarikhnya adalah beberapa bulan selepas kematiannya serta meninggalkan kad jemputan untuk dikirimkan kepada Makato. Air mata akan mengalir apabila melihat Makato menatap gambar Shizuru yang telah berubah menjadi wanita yang sangat cantik dan Makato teringat akan kata-kata Shizuru bahawa satu hari nanti dia akan dewasa dan akan menjadi wanita yang sangat cantik...ketika itu Makato akan menyesal kerana tidak memilihnya.

Barbara Wong cuba meniru plot TKWA tetapi sayang feeling dan kejutan tidak dalam filem The Allure Of Tear. 2 cerita lain juga tidak begitu menyayat hati sebagaimana sinopsis filem.  



Filem kedua yang saya tonton adalah A brand new Life. Filem ini tiada pelakon kacak dan cantik dan tiada pelakon-pelakon terkenal tetapi lakonan pelakon yang berusia 9 tahun iaitu Kim Sae Ron amat menyayat hati dan ia adalah filem yang hebat.

Jin Hee yang berusia 9 tahun telah dibawa oleh ayahnya untuk membeli baju baru sebab mereka akan pergi melawat satu tempat yang jauh. Si ayah telah membelikan baju yang cantik untuk anaknya ini....siayah membawa anak ini masuk kekedai makan dan sianak kecil ini menyanyi lagu dengaan gembiranya kepada si ayah. Gembiranya anak kecil ini mendapat baju baru...memeluk erat pinggang bapanya yang menunggang basikal untuk pulang kerumah.

Keesokkan harinya...sianak dan siayah menaiki bas untuk pergi ketempat yang jauh. Sabarnya siayah dan betapa sayangnya siayah melayan kerenah anak berusia 9 tahun ini. Siayah meminta anak memilih sebiji kek untuk dihadiahkan kepada orang yang mereka hendak lawati. Akhirnya mereka sampai ke sebuah rumah yang dipenuhi dengan kanak-kanak dan kelihatan beberapa orang paderi wanita bersama anak-anak yang ramai itu. Hati kita sebagai penonton terluka apabila melihat kejamnya ssiayah meninggalkan anaknya dirumah anak yatim dengan menipu sianak tersebut dan berjanji akan datang mengambil dia semula.

Jin Hee tidak dapat menerima hakikat bahawa ayahnya tinggalkan dia disitu....dia cuba melarikan diri....dia cuba memberontak.....dia sentiasa berkata ayahnya akan datang balik. Jin Hee jadi pendiam dan dia tidak bersuara. Sedihnya melihat keadaan Jan hee. Pelakon kanak-kanak ini amat bijak menunjukkan emosi dan mimik wajah sedih, gusar, marah dan keliru. Apabila Jin Hee mula menerima keadaan dirumah anak yatim itu dan mula berkawan tetapi emosinya mula terganggu kembali apabila setiap anak yatim menunggu untuk diambil sebagai anak angkat. Jin Hee menjadikan dirinya pasif....dia tidak mahu dijadikan anak angkat sebab berkata dia bukan anak yatim dan dia masih ada ayah yang akan kembali mengambilnya. Apabila seorang doktor bertanya kepada Jin Hee mengapa agaknya Jin Hee dihantar ke rumah anak yatim oleh ayahnya, Jin Hee berkata bahawa ayahnya telah berkahwin baru dan ibu barunya telah membawa bayi serta nenek tua duduk bersama mereka. Satu hari Jin Hee ingin mendukung bayi tersebut....ketika dia angkat bayi tersebut, bayi itu menjerit menangis sekuat hati. Jin Hee berkata tangisan itu telah menyebabkan ibu baru dan ayahnya berlari ke arah mereka dan ibu barunya mengambil bayi tersebut dan berkata bahawa Jin Hee cuba mencederakan bayi tersebut sebab kaki bayi itu berdarah akibat tercucuk pin. Jin hee berkata sebab itu dia dihantar ke rumah anak yatim.

Jin Hee kehilangan rakan baiknya dan kemudian pengetua rumah anak yatim berkata bapanya sudah berpindah ketempat lain dan beliau tidak mengetahui kemana bapa Jin Hee pergi. Jin Hee kesedihan....dia teringat akan anak burung yang telah mati dan dia telah tanam anak burung itu. Dia pergi ketempat anak burung itu ditanam dan mula mengali lubang. Sehari demi sehari dia mengali lubang disitu sehingga dalam dan kemudian dihari semua orang pergi ke gereja....dia tanam dirinya dalam lubang tersebut. Hati kita sebagai penonton berkata janganlah mati Jin Hee.

Keesokkan hatinya bila kamera menghala ke arah wajah Jin Hee yang sedang bersiap cantik untuk menerima kedatangan agen anak angkat....hati kita lega. Jin Hee bangkit dan mula untuk membina hidup baru....dia boleh terima kenyataan bahawa ayahnya buang dia dan orang dewasa adalah penipu...dia hendak mulakan hidup baru. Jin Hee tinggalkan rumah anak yatim dan dibawa ke lapangan terbang untuk terbang ke sebuah negara barat bagi menjadi anak angkat kepada satu pasangan dari Itali. Jin Hee turun ke lapangan terbang seorang diri....matanya mencari pasangan suami isteri yang akan menjadi ibu dan bapanya. Jin Hee memulakan hidup barunya.

Filem nie memang menyentuh perasaan sebab ia banyak mengfokuskan kepada emosi anak kecil yang berusia 9 tahun ini. Lakonan terbaik dari pelakon cilik ini. Filem ini saya bagi 4 bintang.

Filem ketiga yang ingin saya buat review adalah An Introduction to architecture, teribitan 2011. Filem korea ini dimulakan dengan kelibat seorang wanita cantik dan seksi yang memasuki rumah usang. Kemudian dia keluar dan terus ke pejabat arketik. Seorang arketik iaitu Seung Min (35tahun) telah tidur dipejabat sebab menyiapkan kerjanya. Bila diberitahu seorang wanita kaya dan seksi ingin berjumpa dengannya. Seung Min keluar dan berjumpa dengan wanita yang tidak dikenalinya itu....wanita itu berkata 'seung min, saya adalah Seo Yeon dari........". Seung Min ulang ayat Seo Yeon dan seolah-olah mengenali wanita itu. Kita sebagai penonton....keliru samaada dia betul-betul kenal atau pura-pura mengenali supaya wanita itu tidak malu.

Seo Yeon mahu membina semula rumahnya di pulau jeju dan dia mahu Seung Min yang membinanya. Seung Min menolak tetapi Seo Yeon tidak putus asa dan terus mendesak sehingga berjumpa boss Seung Min. Seung min serba salah dan kemudian bersetuju. Dari sini kita tertanya-tanya mengapa Seo Yeon begitu mendesak supaya Seung Min juga yang membina rumahnya.



Apabila rakan Seung Min bertanya bagaimana mereka berkenalan. Disini mereka flashback pertemuan pertama diusia 15 tahun.

Watak Seung Min dan Seo Yeon yang berusia 15 tahun telah dibawa oleh pelakon muda ini. Mereka bertemu dikelas architecture....pensyarah memberikan tugasan kepada semua pelajar dan tugasan itu adalah untuk mengenali kawasan kediaman mereka dengan lebih mendalam. Seung Min adalah pemuda yang amat pemalu.....dia sentiasa menjeling ke arah pelajar cantik bernama Seo Yeon. Kebetulan mereka tinggal dikawasan yang sama. Seo Yeon sengaja mengambil kelas architecture itu supaya dia dapat bertemu dengan seorang senior yang diminatinya. Seung Min dan Seo Yeon mula berkawan rapat apabila mereka membuat tugasan bersama. Seo yeon meluahkan perasaannya dengan menyatakan bahawa dia meminati seorang senior yang mengambil architecture sebab itu dia memasuki kelas tersebut supaya dia dapat berpeluang bertemu dengan senior tersebut.

Seung Min mengenali senior tersebut seorang pelajar yang kaya dan kacak serta terkenal dan diminati oleh semua pelajar wanita kolej mereka. Ketika dia melepak didalam bilik senior tersebut bersama rakannya.....senior tersebut dnegan bangga menceritakan kepada mereka bagaimana dia membawa masuk pelajar wanita kedalam biliknya dengan memabukkan mereka dan kemudian meniduri mereka. Seung min mula panik dan berharap supaya Seo Yeon bukan salah seorang gadis-gadis tersebut.
Kembali kepada zaman ketika kedua-dua mereka yang telag berusia 35 tahun. Seo Yeon menolak setiap cadangan rekabentuk rumahnya....dia memandang Seung Min dan kita lihat diwajahnya....ada sesuatu yang dia mahukan dari Seung Min dan kelihatan seperti lelaki itu telah lupa. Satu hari Seo Yeon mengajak Seung Min keluar makan dan dia membelikan tali leher untuk dihadiahkan kelada Seung Min tetapi wajahnya berubah apabila Seung Min datang bersama rakan sekerjanya dan kemudian dia dikejutkan lagi dengan berita bahawa rakan sekerjanya itu adalah tunangnya dan mereka akan berkahwin tidak lama lagi. Tunang Seung Min bertanya adalah Seo Yeon mengenali kekasih pertama Seung Min yang mana Seung Min telah menyatakan bahwa wanita itu layak mati. Seo Yeon terkejut dan dia pura-pura bertanya Seung Min " adalah saya kenal wanita tersebut".....wajah Seung Min berubah dan berkata Seo Yeon tidak mengenali wanita tersebut. Ini menambahkan lagi keinginan kita sebagai penonton untuk mengetahui apa yang Seo Yeon buat sehingga Seung Min mengharapkan dia mati.

Cerita kembali kepada hubungan Seung Min dan Seo yeon yang berusia 15 tahun. Mereka berkawan rapat....sentiasa bersama. Seung Min pemuda yang terlalu pemalu...dia gagal meluahkan perasaannya terhadap Seo yeon walaupun kita lihat Seo Yeon menyukai Seung Min. Seo Yeon melukis rumah idamannya....diatas sekeping kertas dan berkata bahawa dia mahu Seung Min yang akan membina rumahnya itu. Sebagai deposit dia menyerahkan CD sebagai deposit. Seung Min mengambil CD tersebut dan menyimpan kertas lukisan plan rumah idaman Seo Yeon. Dari sini kita dapat jawapan mengapa Seo Yeon yang berusia 35 tahun kecewa apabila Seung Min gagal mengingati janjinya dan lupa akan rumah idamannya.

Tapi mengapa Seung Min berkata Seo Yeon patut mati....apa salah gadis itu. Kita mula akan dapat jawapan sedikit demi sedikit melalui flashback hubungan mereka berdua. Seung Min penakut....dia hanya mampu mencium Seo Yeon ketika gadis itu sedang tidur. Dia kecil hati apabila Seo Yeo ketawa apabila senior berkata perkataan Guess di t-shirt seung min dieja Geuss sebab ia adalah T-shirt ciplak murahan. Seung Min yang pura-pura tidur ditempat duduk belakang kereta tiba-tiba terus turun dari kereta dan tinggalkan Seo Yeon bersama senior tersebut. Seo Yeon tidak selesa bersendirian bersama senior tersebut dan memandang kelibat Seung Min yang semakin menjauh....dari situ kita mengetahui gadis itu menyintai Seung Min.


Seo Yeon terpaksa menghadiri satu parti bersama senior tersebut tetapi dia cuba menelefon Seung Min supaya mengambilnya. Seung Min tidak menjawap pager tersebut. Rupa-rupanya Seung Min menunggu Seo Yeon di tepi bangunan apartmentnya dengan membawa replika rumah idaman Seo Yeon berdasarkan lukisan yang dibuat oleh Seo Yeon. Dia menunggu begitu lama diluar bangunan itu. Seo Yeon dipaksa minum arak oleh senior tersebut dan apabila mabuk....dia dibawa pulang ke apartmennya. Seung Min nampak Seo Yeon yang mabuk dipapah keluar oleh senior tersebut. Senoir tersebut cuba mencium Seo Yeon tetapi gadis malang itu cuba menolak. Hati kita sebagai penonton sakit apabila Seung Min hanya melihat sahaja Seo Yeon dipapah masuk dalam apartment tanpa menolongnya. Seung Min nampak bahawa Seo Yeon menolak ciuman itu dan sekarang Seung Min hanya biarkan gadis yang dicintainya itu dirosakkan oleh senoir tersebut.

Selepas peristiwa itu, Seung Min membenci Seo Yeon dan menyumpahnya sebagai wanita yang patut mati sahaja. Apabila Seo Yeon menunggu untuk berjumpa dengannya dia berkata kepada Seo Yeon " u get lost".

Kita kembali kepada Seung Min dan Seo Yeon yang telah dewasa. Apabila Seo Yeon berpindah masuk kedalam rumah yang telah siap dibina tersebut.....Seung Min datang mengucapkan selamat tinggal sebab dia akan berangkat keluar negara bersama bakal isterinya. Ketika hendak keluar dia nampak kotak yang mengandungi replika rumah idaman yang dibuat olehnya ketika berusia 15 tahun. Dia menjerit 'kenapa kamu simpan replika nie". Seo Yeon menjawap "itu adalah hadiah dari lelaki yang dicintainya". Oh....baru sekarang anda tahu bahawa kamu sama-sama menyintai antara satu sama lain....tetapi kebodohan diri sendiri telah menyebabkan cinta itu hilang. Selepas itu kita melihat Seung Min menangis kesedihan atas kesilapan yang dia buat sehingga kehilangan gadis tersebut.

Seung Min tetap tinggalkan Seo Yeon untuk bersama dengan wanita yang tidak dicintainya. Kita sebagai penonton tidak merasa kesal sebab kita tahu Seung Min tidak layak untuk Seo Yeon. Dia bodoh.....dia yang merosakkan peluangnya bersama Seo Yeon. Dia biarkan gadis yang dicintainya dirosakkan oleh lelaki yang dia sendiri tahu bersifat jahat. Kemudian dia menyumpah gadis itu supaya mati dan memintanya supaya 'get lost'. walaupun kebenaran terdedah setelah 20 tahun....Seung Min tetap tinggalkan Seo Yeon.

Anda boleh menonton filem-filem ini di dramacrazy.com

Monday, June 11, 2012

Japanese Drama

 Sejak akhir-akhir ini saya mengikuti drama jepun terbaru ini. Drama jepun nie yang malas nak ikuti adalah sebab ia lambat nak subtitle takan nak tengok raw yang apa satu yang dia cakap langsung tak faham. Selalunya ia ambil masa berhari-hari selepas satu episod drama ditayangkan di TV barulah ia disubtitlekan di internet.

Dua drama misteri yang saya ikuti sekarang nie adalah W No Higeki.


Drama ini adalah hasil adaptasi novel misteri yang terkenal iaitu "W No Higeki" tulisan Shizuko. Drama ini berkisar berkenaan dengan seorang gadis yang bernama Satsuki Kurasawa dan Mako Watsuji, yang mempunyai wajah yang seiras tetapi menjalani kehidupan yang bertentangan.

Drama dimulakan dengan Satsuki melacurkan diri kepada seorang lelaki tetapi lelaki tersebut tidak mahu membayar duit selepas menidurinya sebaliknya memukul Satsuki. Satsuki mengejar lelaki tersebut dan kemudian kita dapat lihat mayat lelaki tersebut yang terbaring dilorong sunyi dan tangan Satsuki yang mempunyai kesan darah sambil memegang wang. Detektif Kieiichiro menyiasat kes berkenaan.



Kieiichiro mengikut pergerakan Satsuki tetapi gadis itu menpunyai albi yang kuat iaitu gambar wajahnya yang diambil oleh satu majalah ketika satu pertunjukkan ketika kejadian bunuh tersebut berlaku.

Gadis kedua adalah Mako Watsuji, gadis hartawan yang dibesarkan dengan penuh adap tertib dan kekayaan. Ada sesuatu yang berlaku dalam hidup gadis ini sehingga menyebabkan ia begitu kesunyian dan ingin melarikan diri. Kita dapat lihat bagaimana hidup gadis ini bersama datuk saudaranya yang ketika makan akan meletakkan tangannya diatas paha gadis itu dan memasang kamera didalam bilik gadis itu. Dia mengetahui bahawa terdapat seorang gadis terbiar yang bernama satsuki mempunyai wajah seirasnya dan bekerja di Kelab malam sebagai tukang bersih. Mako minat menari dan dia ingin menari tetapi peraturan keluarganya tidak membenarkan. Dia ingin bebas dari kongkongan keluarga Watsuki dan ingin merasa hidup bebas.

Dia telah bertukar identiti dengan Satsuki dan mereka berjanji untuk mengantikan tempat masing-masing dalam tempoh yang tertentu sahaja. Mako adalah gadis naif yang hidup tanpa mengetahui kejahatan manusia. Satsuki adalah gadis yang amat jahat. Dia mengambil identiti Mako dan tidak bercadang untuk mengembalikan kepadanya. Siapa yang mahu mengembalikan tempat Mako Watsuki, gadis yang akan mewarisi harta yang ratusan billion dan syarikat Watsuki.

Mako yang kehilangan identiti, hilang arah hidup. Hanya Kieiichiro yang mengenali Satsuki dan perasaan ada perbezaan watak Satsuki apabila dia menolak untuk menjual tubuhnya dan ketika kieiichiro cuba menciumnya, 'satsuki' menampar pipinya. Sebelum ini satsuki akan mencium kieiichiro tanpa malu. Daripada situ dia merasakan Satsuki yang berada dihadapannya ketika ini bukan satsuki sebenar. Kieiichoro mencari kebenaran. Satsuki mencari jalan untuk merebut harta Watsuki. Mako pula hilang arah dalam identiti Satsuki....dan hidup ini tidak seindah dan semudah yang dia bayangkan apabila tiada wang.

Ia sebuah drama misteri yang menyeronokkan. Cuba tonton di dramacrazy sebab kat sini selalunya update untuk episod terbaru cepat dilakukan.

Drama misteri kedua adalah Kagi No Kakatta Heya. Ia berkisar pembunuhan didalam bilik yang terkunci. Kei anomoto, Junko Aoto dan Gau Serizawa membongkarkan misteri kematian didalam bilik yang tertutup dan dikelasifikasikan sebagai kes bunuh diri oleh pihak polis sebab tiada bukti mereka dibunuh oleh orang luar disebabkan bilik pembunuhan tertutup rapat seolah-olah dia kunci dari dalam. Setiap minggu, ada episod pembunuhan yang berlaku dan bagaimana kei anomoto dengan dibantu oleh Aoto mengungkai misteri kematian tersebut.
Drama yang menyeronokkan jika anda jenis orang yang suka pada drama siasatan dan misteri. Bagi saya, ia drama misteri yang menyeronokkan sebab diawal episod kita tidak boleh duga siapa pembunuh dan bagaimana pembunuhan berlaku. Kei anomoto seorang yang tenang dan pakar kunci akan merenung dan menganalisa keadaan bilik. Setiap perincian dia ambil kira dan kemudian kaitkan dengan situasi pembunuhan....jika dia berjaya membuka kunci misteri pembunuhan tersebut dia akan buat simbul kunci dibuka. Kita yang menonton ini akan sentiasa tertanya-tanya dan kemudian diakhir episod akan berkata "wahhhhhh pandainya......tak terfikirpun".

II Mare (Korean Movie)

 Ok ini satu lagi movie arahan Lee Hyun Seung dan lakonan Ji Hyun. Filem yang diterbitkan dalam tahun 2000. Bila saya tonton filem nie saya terus teringat pada satu filem Inggeris yang saya tonton lama dulu kat TV. Bila google barulah saya tahu bahawa filem ingeeris lakonan Sandra Bullock dan keanu Reeves iaitu The Lake House terbitan 2006 adalah sebuah filem yang diadaptasi dari filem II Maree.


Oleh kerana saya tonton The Lake House dahulu sebelum II Mare, maka komen saya adalah II Mare adalah paling feeling. Very touching movie......lakonan Jeon Ji Hyun memang hebat. Saya suka II Mare.


 Filem ini adalah berkenaan Eun Joo ( Jun Ji Hyun) seorang wanita cantik yang menjadi artis alih suara. Daripada filem ini kita dapati bahawa demi untuk mengejar cita-cita sebagai artis alih suara maka ia kehilangan sesuatu yang amat bermakna dalam hidupnya. Eun Joo adalah penyewa kedua rumah yang bernama II maree. Dia berpindah keluar diawal filem ini

Sung Hyun (Lee Jung Jae) pula adalah lelaki muda yang pertama menduduki rumah yang dibina tersebut. Dia duduk dirumah itu dalam tahun 1997. Dia adalah seorang architect yang berbakat tetapi berkerja sebagai pekerja binaan.

Cerita dimulakan dengan Eun Joo berpindah keluar dari rumah tepi laut yang bernama II Maree. Sebelum dia tinggalkan rumah tersebut, dia masukkan kad krismas didalam peti surat merah dihadapan rumah itu. Dia mengucapkan selamat hari krismas dan meminta supaya penyewa baru II maree dapat menghantar surat kepadanya sebab dia menunggu surat penting. Dia berkata didalam rumah ada tapak kaki anak anjing so diharapkan penyewa baru dapat menerima kehadiran tapak kaki tersebut.

Sung-Hyun, pelajar architectural telah membuka peti surat tersebut dan bila dia membaca kad tersebut yang bertarikh december 1999, dia tertanya-tanya bagaimana penulis kad ini mengetahui nama rumah tersebut II maree sebab dia baru sahaja mengecat perkataan II Maree di depan rumah dan dia adalah pemilik pertama rumah tersebut. Rumah tersebut siap dibina beberapa bulan yang lepas oleh keluarganya dan dia adalah orang pertama yang menduduki rumah tersebut. Sudah tentu dalam rumah baru tersebut tiada tapak kaki anak anjing. Dia membalas kad tersebut dengan menyatakan bahawa penulis kad mesti tersilap alamat kerana dia adalah penyewa pertama dan diakhir kad dia menulis Sung-Hyun, 1997.



Eun-Joo merasa pelik menerima kad yang bertarikh December 1997. Dia menulis sekali lagi dengan menyatakan bahawa surat yang dia tunggu adalah amat penting dan dia juga menyetakan bahawa selepas krismas sehingga awal tahun 1998 salji akan turun tanpa henti dan itulah tahun yang paling sejuk. Dia berharap Sung hyun memakai baju yang tebal dan tidak terkena demam sebab suhu sejuk. Sung Hyun telah menemui seekor anak anjing yang terbiar dan ketika sedang mengecat, tiba-tiba anak anjing tersebut melanggar tin cat dan kemudian dengan kaki yang terkena tumpahan cat dia berlari masuk dalam rumah. Sung Hyun kejar anak anjing tersebut dan bila dia lihat kesan tapak kaki anak anjing diatas lantai ditepi pintu....dia terus teringat akan kad krismas Eun Joo. Bila malam menjelang tahun baru....cuaca menjadi terlalu sejuk dan salji turun dengan lebat. Sekali lagi apa yang Eun Joo tulis berlaku.

Selepas beberapa kali 'back and forth correspondences', Eun Joo dan Sung-Hyun menyedari bahawa mereka hidup dalam 2 tahun yang berbeza. Eun Joo dalam tahun 2000 dan Sung Hyun dalam tahun 1998. Selepas Eun Joo cuba meletak pencekak rambut didalam peti surat, Sung Hyun yang berdiri di tepi surat dalam masa yang sama tetapi dalam tahun berlainan menerima cekak rambut tersebut dan peti surat merah itulah yang membolehkan mereka berhubung antara satu sama lain.

Mereka mula berhubung antara satu sama lain. mengutuskan surat....mencerita masalah masing-masing. Kedua-dua manusia yang kesunyian ini menemui kegembiraan dalam hidup mereka dengan berhubung dengan satu sama lain. Sung Hyun cuba untuk mengenali Eun Joo, Eun Joo meminta supaya dia pergi ke stesyen keretapi sebab pada tarikh dan masa yang tertulis dalam diarinya, dia kehilangan perakam suara dibangku stesyen keretapi. Sun Hyun pergi ke stesyen tersebut.....melihat seorang gadis cantik yang berlari masuk kedalam keretapi dan meninggalkan perakam suara. Dia ambil perakan suara tersebut dan tersenyum.....dia menemui Eun Joo dalam tahun 1998 walaupun bagi Eun Joo dia adalah orang asing.

Eun Joo dan Sung Hyun cuba untuk 'date'. Mereka pergi ke tempat yang sama dan melakukan perkara yang sama walaupun sebenarnya mereka melakukan perkara tersebut dalam tahun yang berbeza. Ketika giliran Sung Hyun mengaturkan date, dia meminta supaya Eun Joo berjalan di taman yang dia suka berjalan dan kemudian masuk kedalam sebuah kedai Wine sebab dia telah memesan dan membayar sebotol wine untuk orang istimewa yang akan tiba dalam tahun 2000. Wine tersebut ditempah dalam tahun 1998. So touching.

Sung Hyun rindukan Eun Joo, dia telah pergi ke stesyen keretapi dimana ketika itu Eun Joo seorang pelajar sering menunggu keretapi disebuah bangku. Sung Hyun duduk dibangku tersebut bersebelah seorang pelajar lelaki. Eun Joo datang ke arah mereka berdua sambil tersenyum, Sung Hyun bangun dan tersenyum tetapi gadis itu tidak menghiraukan dia sebaliknya pergi ke arah pelajar lelaki yang duduk disebelahnya. Masa itu baru dia terasa sedih, Eun Joo tidak mengenali dia sebab itu baru tahun 1998 dan Eun Joo hanya mengenalinya dalam tahun 2000.

Eun Joo selama ini menunggu surat dari tunangnya (pelajar lelaki di stesyen keretapi tersebut) tetapi selama 2 tahun tunangnya itu langsung tidak membalas suratnya. Akhirnya satu hari, tunangnya datang dan mengaku bahawa hubungan jarak jauh mereka tidak berjaya sebab dia kesunyian berada di USA seorang diri dan menemui wanita lain. Dia menyalahkan Eun Joo sebab tidak mengikutnya untuk menyambung pelajaran bersama. Eun Joo yang kecewa telah menulis surat kepada Sung Hyun dan meminta tolong beliau supaya melakukan sesuatu untuk menyelamatkan hubungan cinta Eun Joo dengan tunangnya.

Sebelum peristiwa surat meminta tolong itu, Eun Joo dan Sung Hyun menetapkan satu tarikh dalam tahun 2000 dimana mereka akan bertemu untuk pertama kalinya. Eun Joo mencadangkan bahawa mereka bertemu ditepi laut dikampungnya dan dia sukakan lokasi tersebut dengan berkata bahawa dia berharap satu hari nanti dia akan dapat membina rumah impiannya disitu dan hidup bersama lelaki yang dicintainya. Pada Eun Joo dia hanya menunggu tarikh pertemuan itu hanya seminggu kedepan tetapi pada Shun Hyun, tarikh itu adalah 2 tahun kehadapan.

Pada tarikh pertemuan mereka dalam tahun 2000, Eun Joo telah pergi ke tepi laut tersebut, dia lihat sebuah rumah sedang dibina. Dia singgah menjenguk dan melihat lakaran plan rumah diatas meja, seorang wanita datang kepadanya dan berkata bahawa rumah ini dibina oleh seorang lelaki untuk wanita yang amat dicintainya. Eun Joo tersenyum dan berkata bahawa wanita itu seorang wanita yang bertuah. Eun Joo menunggu kedatangan Shun Hyun dari jam 3 sehingga ke malam tetapi Shun Hyun tidak muncul. Eun Joo pulang dengan kecewa dan beranggapan bahawa 2 tahun Shun Hyun menunggu bukan satu tempoh yang singkat dan beranggapan Shun Hyun lupa.

Selepas itu kelihatan Shun Hyun berada ditepi laut dimana Eun Joo telah berdiri sambil tersenyum. Sebagai penonton kita akan tertanya-tanya mengapa mereka tidak berjumpa....kenapa??????????????.

Eun Joo pergi ke II mare dan lihat tiada surat dari Shun Hyun. Sejak dari hari itu, tiada balasan dari Shun Hyun. Eun Joo ambil keputusan untuk pergi kepejabat Shun Hyun. Dia teringat Shun Hyun memberitahu tempat dia belajar dan bekerja. Ketika sampai dipejabat tersebut, kerani dikaunter sibuk dan meminta dia menunggu sebentar. Dia berjalan melihat lakaran rumah yang tergantung didinding pejabat, lakaran yang sama dengan rumah yang sedang dibina ditepi laut tempat pertemuan mereka.....seorang lelaki bersuara menyatakan bahawa lakaran tersebut dilukis oleh rakannya untuk wanita yang dicintainya yang bernama Eun Joo. Selepas itu kita lihat Eun Joo berlari keluar dari pejabat dengan deraian air mata dan memasuki teksi menunju ke II Mare.

Tahun 2000, Eun Joo yang sampai dihadapan II Mare dan menulis atas kertas "Tolong jangan pergi tempat itu". Dia masukkan kertas itu dalam peti surat sambil meraung menyebut nama Shun Hyun. Dia meraung kesedihan sambil meminta maaf atas kesalahan dirinya.

Tahun 1998, Shun Hyun yang menerima surat Eun Joo yang meminta bantuan daripadanya untuk menyelamatkan hubungan cinta antara Eun Joo dengan tunangnya. Shun Hyun memandang sepasang pelajar lelaki dan wanita yang sedang minum di dalam kedai. Pelajar lelaki tersebut memujuk Eun Joo supaya mengikutinya ke USA. Eun Joo menolak sebab dia ingin menjadi pelakun alih suara dan dia yakin dia akan diterima bekerja. Tiba-tiba kemalangan berlaku, seorang lelaki telah dilanggar kereta ketika sedang melintas jalan menghala ke kedai makan tersebut. Eun Joo memandang lelaki yang terpelanting berhampiran dengan tingkat restoran tersebut. Dia memandang lelaki itu dengan wajah terkejut. Lelaki itu memandang wajah Eun Joo seolah-olah memanggilnya dan air matanya mengalir sebelum menghembuskan nafas terakhir. Sooooooooo Saddddddd. benci ending macam nie.

Now kita dah dapat jawapan mengapa Shun Hyun tidak muncul pada tarikh dimana dia dan Eun Joo sepatutnya bertemu. Dia mati dilanggar kereta sebelum sempat sampai ke restoran dimana dia hendak memujuk Eun Joo supaya mengikuti tunangnya ke USA supaya dia tidak menyesal akhirnya. Dia ingin menyelamatkan hubungan cinta wanita yang dicintainya. Air mata yang mengalir di wajahnya sambil memandang kearah Eun Joo betul-betul membuatkan kita tergaman dan menjerit ' i hate this story" why u kill this man. Whyyyyy.

Dalam tahun 2000, Eun Joo masih meraung sambil memegang peti surat. Dia minta maaf sebab dia meminta Shun Hyun pergi ke restoran itu. Dia minta maaf sebab dia telah menyebabkan Shun Hyun mati.

Kemudian kamera menghala kearah laut dan kemudian kita lihat rumah yang bernama II Mare. Seorang wanita keluar dari rumah tersebut sambill mengangkat kotak barang dan seekor anjing berlari dibelakangnya. Seorang lelaki berjalan diatas titian menghala ke arah wanita itu. Anjing yang bernama Cola berlari ke arah lelaki tersebut. Eun Joo memandang lelaki itu dengan kehairanan, lelaki tersenyum sambil berkata " Eun Joo.....saya Shun Hyun".

Rupanya Shun Hyun membaca surat terakhir Eun Joo. Tamat.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...