Dua drama misteri yang saya ikuti sekarang nie adalah W No Higeki.
Drama ini adalah hasil adaptasi novel misteri yang terkenal iaitu "W No Higeki" tulisan Shizuko. Drama ini berkisar berkenaan dengan seorang gadis yang bernama Satsuki Kurasawa dan Mako Watsuji, yang mempunyai wajah yang seiras tetapi menjalani kehidupan yang bertentangan.
Drama dimulakan dengan Satsuki melacurkan diri kepada seorang lelaki tetapi lelaki tersebut tidak mahu membayar duit selepas menidurinya sebaliknya memukul Satsuki. Satsuki mengejar lelaki tersebut dan kemudian kita dapat lihat mayat lelaki tersebut yang terbaring dilorong sunyi dan tangan Satsuki yang mempunyai kesan darah sambil memegang wang. Detektif Kieiichiro menyiasat kes berkenaan.
Kieiichiro mengikut pergerakan Satsuki tetapi gadis itu menpunyai albi yang kuat iaitu gambar wajahnya yang diambil oleh satu majalah ketika satu pertunjukkan ketika kejadian bunuh tersebut berlaku.
Gadis kedua adalah Mako Watsuji, gadis hartawan yang dibesarkan dengan penuh adap tertib dan kekayaan. Ada sesuatu yang berlaku dalam hidup gadis ini sehingga menyebabkan ia begitu kesunyian dan ingin melarikan diri. Kita dapat lihat bagaimana hidup gadis ini bersama datuk saudaranya yang ketika makan akan meletakkan tangannya diatas paha gadis itu dan memasang kamera didalam bilik gadis itu. Dia mengetahui bahawa terdapat seorang gadis terbiar yang bernama satsuki mempunyai wajah seirasnya dan bekerja di Kelab malam sebagai tukang bersih. Mako minat menari dan dia ingin menari tetapi peraturan keluarganya tidak membenarkan. Dia ingin bebas dari kongkongan keluarga Watsuki dan ingin merasa hidup bebas.
Dia telah bertukar identiti dengan Satsuki dan mereka berjanji untuk mengantikan tempat masing-masing dalam tempoh yang tertentu sahaja. Mako adalah gadis naif yang hidup tanpa mengetahui kejahatan manusia. Satsuki adalah gadis yang amat jahat. Dia mengambil identiti Mako dan tidak bercadang untuk mengembalikan kepadanya. Siapa yang mahu mengembalikan tempat Mako Watsuki, gadis yang akan mewarisi harta yang ratusan billion dan syarikat Watsuki.
Mako yang kehilangan identiti, hilang arah hidup. Hanya Kieiichiro yang mengenali Satsuki dan perasaan ada perbezaan watak Satsuki apabila dia menolak untuk menjual tubuhnya dan ketika kieiichiro cuba menciumnya, 'satsuki' menampar pipinya. Sebelum ini satsuki akan mencium kieiichiro tanpa malu. Daripada situ dia merasakan Satsuki yang berada dihadapannya ketika ini bukan satsuki sebenar. Kieiichoro mencari kebenaran. Satsuki mencari jalan untuk merebut harta Watsuki. Mako pula hilang arah dalam identiti Satsuki....dan hidup ini tidak seindah dan semudah yang dia bayangkan apabila tiada wang.
Ia sebuah drama misteri yang menyeronokkan. Cuba tonton di dramacrazy sebab kat sini selalunya update untuk episod terbaru cepat dilakukan.
Drama misteri kedua adalah Kagi No Kakatta Heya. Ia berkisar pembunuhan didalam bilik yang terkunci. Kei anomoto, Junko Aoto dan Gau Serizawa membongkarkan misteri kematian didalam bilik yang tertutup dan dikelasifikasikan sebagai kes bunuh diri oleh pihak polis sebab tiada bukti mereka dibunuh oleh orang luar disebabkan bilik pembunuhan tertutup rapat seolah-olah dia kunci dari dalam. Setiap minggu, ada episod pembunuhan yang berlaku dan bagaimana kei anomoto dengan dibantu oleh Aoto mengungkai misteri kematian tersebut.
Drama yang menyeronokkan jika anda jenis orang yang suka pada drama siasatan dan misteri. Bagi saya, ia drama misteri yang menyeronokkan sebab diawal episod kita tidak boleh duga siapa pembunuh dan bagaimana pembunuhan berlaku. Kei anomoto seorang yang tenang dan pakar kunci akan merenung dan menganalisa keadaan bilik. Setiap perincian dia ambil kira dan kemudian kaitkan dengan situasi pembunuhan....jika dia berjaya membuka kunci misteri pembunuhan tersebut dia akan buat simbul kunci dibuka. Kita yang menonton ini akan sentiasa tertanya-tanya dan kemudian diakhir episod akan berkata "wahhhhhh pandainya......tak terfikirpun".
No comments:
Post a Comment