Sepanjang minggu lepas saya sempat menonton 3 movie. Movie pertama adalah The Allure of tears (China) terbitan Dec 2011. Filem yang dikatakan sebagai filem yang menyentuh perasaan. Filem ini mengandungi 3 kisah percintaan yang menyayat hati.
Kisah percintaan pertama adalah 2 orang pesakit kanser ini. Gadis yang mengidap kanser tulang dan akan meninggal dunia dalam tempoh terdekat jika penderma sum-sum tulang tidak ditemui. Gadis ini digelar sebagai power girl kerana semangatnya untuk hidup dan kemampuan dia untuk menceriakan semua pesakit di hospital. Kehadirannya memberikan semangat dan keriangan dalam hospital yang dipenuhi dengan pesakit yang hanya menunggu maut. Muncul seorang pemuda, anak orang kaya yang agak sombong yang mengidap barah otak. Tidak dapat menerima kenyataan bahawa beliau mengidap penyakit maut tersebut maka dia memberontak. Keadaannya berubah apabila dia mula menerima kehadiran power girl. mereka berkawan dan mereka mula berkongsi minat yang sama iaitu merakam video mengunakan video kamera.
Apabila menonton filem ini saya mula merasakan ia meniru jalan cerita filem Tada Kimi Wo Aishiteru (2006). Persamaan kedua-dua filem mula ketara apabila sigadis mengambil keputusan untuk meninggalkan kekasihnya. Sebagaimana Shizuru mengambil keputusan untuk meninggalkan Makato apabila menyedari bahawa beliau terlalu menyintai Makato dan ingin melihat lelaki yang dicintainya meneruskan hidup. Begitu juga power girl mengambil keputusan untuk meningalkan kekasihnya supaya kekasihnya bersetuju untuk meneruskan hidup dengan menjalani pembedahan otak. Mereka berhubung melalui email sahaja. Apabila saya melihat adegan email ini.....terlintas dihati saya bahawa power girl sebenarnya telah mati dan yang membalas email pemuda tersebut bukanlah powergirl sebagaimana kad dan surat yang diterima oleh makato....bukan dikirim oleh Shizuru sebab Shizuru telah mati.
Oleh kerana saya telah menonton Tada Kimi Wo Aishiteru, maka tiada kejutan atau kesedihan dirasai apabila menonton filem ini. Saya dah boleh agak kesudahannya......saya sudah boleh agak apa yang akan berlaku apabila pelakon lelaki memasuki galeri fotografi. Filem arahan Barbara Wong ini bagi saya....amat-amat lemah. Filem ini hanya layak 2 bintang sahaja. Walaupun dalam filem ini, tangisan pelakon lelaki apabila mengetahui kekasihnya iaitu power girl (saya guna nama powergirl sahaja sebab tak ingat nama watak tersebut) telah mati dan mengabadikan fotofrafi dan rakaman video yang dibuat oleh mereka dengan mengadakan galeri fotografi sebagaimana impian pelakon lelaki itu begitu menyayat hati....tetapi ia hanya ssekadar sedih sahaja tiada kejutan sebagaimana Tada Kimi Wo Aishiteru.
Dalam filem TKWA, penonton tidak menyangka Shizuru juga mengidap penyakit maut yang meragut nyawa ibu dan adik lelakinya dan penyakit tersebut juga akan meragut nyawanya. Shizuru tinggalkan Makato supaya Makato dapat meneruskan hidup bersama gadis yang disukainya dan berbahagia tanpa menyangka bahawa Makato menyintai dirinya. Dia menghantar kad dan surat kepada Makato....penonton masih tidak menduga apa-apa dan berharap agar Makato dapat menemui Shizuru dan tidak sabar untuk melihat perubahan yang berlaku pada diri Shizuru. Penonton gembira dan teruja bersama dengan watak Makato yang pergi ke New York untuk menemui Shizuru. penonton tergaman dan menangis bersama Makato apabila mengetahui bahawa Shizuru telah mati dan yang mengirim kad dan surat itu bukanlah Shizuru tetapi rakannya.....Shizuru sebelum mati telah menulis beberapa surat dan mengadakan galeri fotografi yang tarikhnya adalah beberapa bulan selepas kematiannya serta meninggalkan kad jemputan untuk dikirimkan kepada Makato. Air mata akan mengalir apabila melihat Makato menatap gambar Shizuru yang telah berubah menjadi wanita yang sangat cantik dan Makato teringat akan kata-kata Shizuru bahawa satu hari nanti dia akan dewasa dan akan menjadi wanita yang sangat cantik...ketika itu Makato akan menyesal kerana tidak memilihnya.
Barbara Wong cuba meniru plot TKWA tetapi sayang feeling dan kejutan tidak dalam filem The Allure Of Tear. 2 cerita lain juga tidak begitu menyayat hati sebagaimana sinopsis filem.
Filem kedua yang saya tonton adalah A brand new Life. Filem ini tiada pelakon kacak dan cantik dan tiada pelakon-pelakon terkenal tetapi lakonan pelakon yang berusia 9 tahun iaitu Kim Sae Ron amat menyayat hati dan ia adalah filem yang hebat.
Jin Hee yang berusia 9 tahun telah dibawa oleh ayahnya untuk membeli baju baru sebab mereka akan pergi melawat satu tempat yang jauh. Si ayah telah membelikan baju yang cantik untuk anaknya ini....siayah membawa anak ini masuk kekedai makan dan sianak kecil ini menyanyi lagu dengaan gembiranya kepada si ayah. Gembiranya anak kecil ini mendapat baju baru...memeluk erat pinggang bapanya yang menunggang basikal untuk pulang kerumah.
Keesokkan harinya...sianak dan siayah menaiki bas untuk pergi ketempat yang jauh. Sabarnya siayah dan betapa sayangnya siayah melayan kerenah anak berusia 9 tahun ini. Siayah meminta anak memilih sebiji kek untuk dihadiahkan kepada orang yang mereka hendak lawati. Akhirnya mereka sampai ke sebuah rumah yang dipenuhi dengan kanak-kanak dan kelihatan beberapa orang paderi wanita bersama anak-anak yang ramai itu. Hati kita sebagai penonton terluka apabila melihat kejamnya ssiayah meninggalkan anaknya dirumah anak yatim dengan menipu sianak tersebut dan berjanji akan datang mengambil dia semula.
Jin Hee tidak dapat menerima hakikat bahawa ayahnya tinggalkan dia disitu....dia cuba melarikan diri....dia cuba memberontak.....dia sentiasa berkata ayahnya akan datang balik. Jin Hee jadi pendiam dan dia tidak bersuara. Sedihnya melihat keadaan Jan hee. Pelakon kanak-kanak ini amat bijak menunjukkan emosi dan mimik wajah sedih, gusar, marah dan keliru. Apabila Jin Hee mula menerima keadaan dirumah anak yatim itu dan mula berkawan tetapi emosinya mula terganggu kembali apabila setiap anak yatim menunggu untuk diambil sebagai anak angkat. Jin Hee menjadikan dirinya pasif....dia tidak mahu dijadikan anak angkat sebab berkata dia bukan anak yatim dan dia masih ada ayah yang akan kembali mengambilnya. Apabila seorang doktor bertanya kepada Jin Hee mengapa agaknya Jin Hee dihantar ke rumah anak yatim oleh ayahnya, Jin Hee berkata bahawa ayahnya telah berkahwin baru dan ibu barunya telah membawa bayi serta nenek tua duduk bersama mereka. Satu hari Jin Hee ingin mendukung bayi tersebut....ketika dia angkat bayi tersebut, bayi itu menjerit menangis sekuat hati. Jin Hee berkata tangisan itu telah menyebabkan ibu baru dan ayahnya berlari ke arah mereka dan ibu barunya mengambil bayi tersebut dan berkata bahawa Jin Hee cuba mencederakan bayi tersebut sebab kaki bayi itu berdarah akibat tercucuk pin. Jin hee berkata sebab itu dia dihantar ke rumah anak yatim.
Jin Hee kehilangan rakan baiknya dan kemudian pengetua rumah anak yatim berkata bapanya sudah berpindah ketempat lain dan beliau tidak mengetahui kemana bapa Jin Hee pergi. Jin Hee kesedihan....dia teringat akan anak burung yang telah mati dan dia telah tanam anak burung itu. Dia pergi ketempat anak burung itu ditanam dan mula mengali lubang. Sehari demi sehari dia mengali lubang disitu sehingga dalam dan kemudian dihari semua orang pergi ke gereja....dia tanam dirinya dalam lubang tersebut. Hati kita sebagai penonton berkata janganlah mati Jin Hee.
Keesokkan hatinya bila kamera menghala ke arah wajah Jin Hee yang sedang bersiap cantik untuk menerima kedatangan agen anak angkat....hati kita lega. Jin Hee bangkit dan mula untuk membina hidup baru....dia boleh terima kenyataan bahawa ayahnya buang dia dan orang dewasa adalah penipu...dia hendak mulakan hidup baru. Jin Hee tinggalkan rumah anak yatim dan dibawa ke lapangan terbang untuk terbang ke sebuah negara barat bagi menjadi anak angkat kepada satu pasangan dari Itali. Jin Hee turun ke lapangan terbang seorang diri....matanya mencari pasangan suami isteri yang akan menjadi ibu dan bapanya. Jin Hee memulakan hidup barunya.
Filem nie memang menyentuh perasaan sebab ia banyak mengfokuskan kepada emosi anak kecil yang berusia 9 tahun ini. Lakonan terbaik dari pelakon cilik ini. Filem ini saya bagi 4 bintang.
Filem ketiga yang ingin saya buat review adalah An Introduction to architecture, teribitan 2011. Filem korea ini dimulakan dengan kelibat seorang wanita cantik dan seksi yang memasuki rumah usang. Kemudian dia keluar dan terus ke pejabat arketik. Seorang arketik iaitu Seung Min (35tahun) telah tidur dipejabat sebab menyiapkan kerjanya. Bila diberitahu seorang wanita kaya dan seksi ingin berjumpa dengannya. Seung Min keluar dan berjumpa dengan wanita yang tidak dikenalinya itu....wanita itu berkata 'seung min, saya adalah Seo Yeon dari........". Seung Min ulang ayat Seo Yeon dan seolah-olah mengenali wanita itu. Kita sebagai penonton....keliru samaada dia betul-betul kenal atau pura-pura mengenali supaya wanita itu tidak malu.
Seo Yeon mahu membina semula rumahnya di pulau jeju dan dia mahu Seung Min yang membinanya. Seung Min menolak tetapi Seo Yeon tidak putus asa dan terus mendesak sehingga berjumpa boss Seung Min. Seung min serba salah dan kemudian bersetuju. Dari sini kita tertanya-tanya mengapa Seo Yeon begitu mendesak supaya Seung Min juga yang membina rumahnya.
Jin Hee kehilangan rakan baiknya dan kemudian pengetua rumah anak yatim berkata bapanya sudah berpindah ketempat lain dan beliau tidak mengetahui kemana bapa Jin Hee pergi. Jin Hee kesedihan....dia teringat akan anak burung yang telah mati dan dia telah tanam anak burung itu. Dia pergi ketempat anak burung itu ditanam dan mula mengali lubang. Sehari demi sehari dia mengali lubang disitu sehingga dalam dan kemudian dihari semua orang pergi ke gereja....dia tanam dirinya dalam lubang tersebut. Hati kita sebagai penonton berkata janganlah mati Jin Hee.
Keesokkan hatinya bila kamera menghala ke arah wajah Jin Hee yang sedang bersiap cantik untuk menerima kedatangan agen anak angkat....hati kita lega. Jin Hee bangkit dan mula untuk membina hidup baru....dia boleh terima kenyataan bahawa ayahnya buang dia dan orang dewasa adalah penipu...dia hendak mulakan hidup baru. Jin Hee tinggalkan rumah anak yatim dan dibawa ke lapangan terbang untuk terbang ke sebuah negara barat bagi menjadi anak angkat kepada satu pasangan dari Itali. Jin Hee turun ke lapangan terbang seorang diri....matanya mencari pasangan suami isteri yang akan menjadi ibu dan bapanya. Jin Hee memulakan hidup barunya.
Filem nie memang menyentuh perasaan sebab ia banyak mengfokuskan kepada emosi anak kecil yang berusia 9 tahun ini. Lakonan terbaik dari pelakon cilik ini. Filem ini saya bagi 4 bintang.
Filem ketiga yang ingin saya buat review adalah An Introduction to architecture, teribitan 2011. Filem korea ini dimulakan dengan kelibat seorang wanita cantik dan seksi yang memasuki rumah usang. Kemudian dia keluar dan terus ke pejabat arketik. Seorang arketik iaitu Seung Min (35tahun) telah tidur dipejabat sebab menyiapkan kerjanya. Bila diberitahu seorang wanita kaya dan seksi ingin berjumpa dengannya. Seung Min keluar dan berjumpa dengan wanita yang tidak dikenalinya itu....wanita itu berkata 'seung min, saya adalah Seo Yeon dari........". Seung Min ulang ayat Seo Yeon dan seolah-olah mengenali wanita itu. Kita sebagai penonton....keliru samaada dia betul-betul kenal atau pura-pura mengenali supaya wanita itu tidak malu.
Seo Yeon mahu membina semula rumahnya di pulau jeju dan dia mahu Seung Min yang membinanya. Seung Min menolak tetapi Seo Yeon tidak putus asa dan terus mendesak sehingga berjumpa boss Seung Min. Seung min serba salah dan kemudian bersetuju. Dari sini kita tertanya-tanya mengapa Seo Yeon begitu mendesak supaya Seung Min juga yang membina rumahnya.
Apabila rakan Seung Min bertanya bagaimana mereka berkenalan. Disini mereka flashback pertemuan pertama diusia 15 tahun.
Watak Seung Min dan Seo Yeon yang berusia 15 tahun telah dibawa oleh pelakon muda ini. Mereka bertemu dikelas architecture....pensyarah memberikan tugasan kepada semua pelajar dan tugasan itu adalah untuk mengenali kawasan kediaman mereka dengan lebih mendalam. Seung Min adalah pemuda yang amat pemalu.....dia sentiasa menjeling ke arah pelajar cantik bernama Seo Yeon. Kebetulan mereka tinggal dikawasan yang sama. Seo Yeon sengaja mengambil kelas architecture itu supaya dia dapat bertemu dengan seorang senior yang diminatinya. Seung Min dan Seo Yeon mula berkawan rapat apabila mereka membuat tugasan bersama. Seo yeon meluahkan perasaannya dengan menyatakan bahawa dia meminati seorang senior yang mengambil architecture sebab itu dia memasuki kelas tersebut supaya dia dapat berpeluang bertemu dengan senior tersebut.
Seung Min mengenali senior tersebut seorang pelajar yang kaya dan kacak serta terkenal dan diminati oleh semua pelajar wanita kolej mereka. Ketika dia melepak didalam bilik senior tersebut bersama rakannya.....senior tersebut dnegan bangga menceritakan kepada mereka bagaimana dia membawa masuk pelajar wanita kedalam biliknya dengan memabukkan mereka dan kemudian meniduri mereka. Seung min mula panik dan berharap supaya Seo Yeon bukan salah seorang gadis-gadis tersebut.
Kembali kepada zaman ketika kedua-dua mereka yang telag berusia 35 tahun. Seo Yeon menolak setiap cadangan rekabentuk rumahnya....dia memandang Seung Min dan kita lihat diwajahnya....ada sesuatu yang dia mahukan dari Seung Min dan kelihatan seperti lelaki itu telah lupa. Satu hari Seo Yeon mengajak Seung Min keluar makan dan dia membelikan tali leher untuk dihadiahkan kelada Seung Min tetapi wajahnya berubah apabila Seung Min datang bersama rakan sekerjanya dan kemudian dia dikejutkan lagi dengan berita bahawa rakan sekerjanya itu adalah tunangnya dan mereka akan berkahwin tidak lama lagi. Tunang Seung Min bertanya adalah Seo Yeon mengenali kekasih pertama Seung Min yang mana Seung Min telah menyatakan bahwa wanita itu layak mati. Seo Yeon terkejut dan dia pura-pura bertanya Seung Min " adalah saya kenal wanita tersebut".....wajah Seung Min berubah dan berkata Seo Yeon tidak mengenali wanita tersebut. Ini menambahkan lagi keinginan kita sebagai penonton untuk mengetahui apa yang Seo Yeon buat sehingga Seung Min mengharapkan dia mati.
Cerita kembali kepada hubungan Seung Min dan Seo yeon yang berusia 15 tahun. Mereka berkawan rapat....sentiasa bersama. Seung Min pemuda yang terlalu pemalu...dia gagal meluahkan perasaannya terhadap Seo yeon walaupun kita lihat Seo Yeon menyukai Seung Min. Seo Yeon melukis rumah idamannya....diatas sekeping kertas dan berkata bahawa dia mahu Seung Min yang akan membina rumahnya itu. Sebagai deposit dia menyerahkan CD sebagai deposit. Seung Min mengambil CD tersebut dan menyimpan kertas lukisan plan rumah idaman Seo Yeon. Dari sini kita dapat jawapan mengapa Seo Yeon yang berusia 35 tahun kecewa apabila Seung Min gagal mengingati janjinya dan lupa akan rumah idamannya.
Tapi mengapa Seung Min berkata Seo Yeon patut mati....apa salah gadis itu. Kita mula akan dapat jawapan sedikit demi sedikit melalui flashback hubungan mereka berdua. Seung Min penakut....dia hanya mampu mencium Seo Yeon ketika gadis itu sedang tidur. Dia kecil hati apabila Seo Yeo ketawa apabila senior berkata perkataan Guess di t-shirt seung min dieja Geuss sebab ia adalah T-shirt ciplak murahan. Seung Min yang pura-pura tidur ditempat duduk belakang kereta tiba-tiba terus turun dari kereta dan tinggalkan Seo Yeon bersama senior tersebut. Seo Yeon tidak selesa bersendirian bersama senior tersebut dan memandang kelibat Seung Min yang semakin menjauh....dari situ kita mengetahui gadis itu menyintai Seung Min.
Seo Yeon terpaksa menghadiri satu parti bersama senior tersebut tetapi dia cuba menelefon Seung Min supaya mengambilnya. Seung Min tidak menjawap pager tersebut. Rupa-rupanya Seung Min menunggu Seo Yeon di tepi bangunan apartmentnya dengan membawa replika rumah idaman Seo Yeon berdasarkan lukisan yang dibuat oleh Seo Yeon. Dia menunggu begitu lama diluar bangunan itu. Seo Yeon dipaksa minum arak oleh senior tersebut dan apabila mabuk....dia dibawa pulang ke apartmennya. Seung Min nampak Seo Yeon yang mabuk dipapah keluar oleh senior tersebut. Senoir tersebut cuba mencium Seo Yeon tetapi gadis malang itu cuba menolak. Hati kita sebagai penonton sakit apabila Seung Min hanya melihat sahaja Seo Yeon dipapah masuk dalam apartment tanpa menolongnya. Seung Min nampak bahawa Seo Yeon menolak ciuman itu dan sekarang Seung Min hanya biarkan gadis yang dicintainya itu dirosakkan oleh senoir tersebut.
Selepas peristiwa itu, Seung Min membenci Seo Yeon dan menyumpahnya sebagai wanita yang patut mati sahaja. Apabila Seo Yeon menunggu untuk berjumpa dengannya dia berkata kepada Seo Yeon " u get lost".
Kita kembali kepada Seung Min dan Seo Yeon yang telah dewasa. Apabila Seo Yeon berpindah masuk kedalam rumah yang telah siap dibina tersebut.....Seung Min datang mengucapkan selamat tinggal sebab dia akan berangkat keluar negara bersama bakal isterinya. Ketika hendak keluar dia nampak kotak yang mengandungi replika rumah idaman yang dibuat olehnya ketika berusia 15 tahun. Dia menjerit 'kenapa kamu simpan replika nie". Seo Yeon menjawap "itu adalah hadiah dari lelaki yang dicintainya". Oh....baru sekarang anda tahu bahawa kamu sama-sama menyintai antara satu sama lain....tetapi kebodohan diri sendiri telah menyebabkan cinta itu hilang. Selepas itu kita melihat Seung Min menangis kesedihan atas kesilapan yang dia buat sehingga kehilangan gadis tersebut.
Seung Min tetap tinggalkan Seo Yeon untuk bersama dengan wanita yang tidak dicintainya. Kita sebagai penonton tidak merasa kesal sebab kita tahu Seung Min tidak layak untuk Seo Yeon. Dia bodoh.....dia yang merosakkan peluangnya bersama Seo Yeon. Dia biarkan gadis yang dicintainya dirosakkan oleh lelaki yang dia sendiri tahu bersifat jahat. Kemudian dia menyumpah gadis itu supaya mati dan memintanya supaya 'get lost'. walaupun kebenaran terdedah setelah 20 tahun....Seung Min tetap tinggalkan Seo Yeon.
Anda boleh menonton filem-filem ini di dramacrazy.com
No comments:
Post a Comment