Ok ini satu lagi movie arahan Lee Hyun Seung dan lakonan Ji Hyun. Filem yang diterbitkan dalam tahun 2000. Bila saya tonton filem nie saya terus teringat pada satu filem Inggeris yang saya tonton lama dulu kat TV. Bila google barulah saya tahu bahawa filem ingeeris lakonan Sandra Bullock dan keanu Reeves iaitu The Lake House terbitan 2006 adalah sebuah filem yang diadaptasi dari filem II Maree.
Oleh kerana saya tonton The Lake House dahulu sebelum II Mare, maka komen saya adalah II Mare adalah paling feeling. Very touching movie......lakonan Jeon Ji Hyun memang hebat. Saya suka II Mare.
Filem ini adalah berkenaan Eun Joo ( Jun Ji Hyun) seorang wanita cantik yang menjadi artis alih suara. Daripada filem ini kita dapati bahawa demi untuk mengejar cita-cita sebagai artis alih suara maka ia kehilangan sesuatu yang amat bermakna dalam hidupnya. Eun Joo adalah penyewa kedua rumah yang bernama II maree. Dia berpindah keluar diawal filem ini
Sung Hyun (Lee Jung Jae) pula adalah lelaki muda yang pertama menduduki rumah yang dibina tersebut. Dia duduk dirumah itu dalam tahun 1997. Dia adalah seorang architect yang berbakat tetapi berkerja sebagai pekerja binaan.
Cerita dimulakan dengan Eun Joo berpindah keluar dari rumah tepi laut yang bernama II Maree. Sebelum dia tinggalkan rumah tersebut, dia masukkan kad krismas didalam peti surat merah dihadapan rumah itu. Dia mengucapkan selamat hari krismas dan meminta supaya penyewa baru II maree dapat menghantar surat kepadanya sebab dia menunggu surat penting. Dia berkata didalam rumah ada tapak kaki anak anjing so diharapkan penyewa baru dapat menerima kehadiran tapak kaki tersebut.
Sung-Hyun, pelajar architectural telah membuka peti surat tersebut dan bila dia membaca kad tersebut yang bertarikh december 1999, dia tertanya-tanya bagaimana penulis kad ini mengetahui nama rumah tersebut II maree sebab dia baru sahaja mengecat perkataan II Maree di depan rumah dan dia adalah pemilik pertama rumah tersebut. Rumah tersebut siap dibina beberapa bulan yang lepas oleh keluarganya dan dia adalah orang pertama yang menduduki rumah tersebut. Sudah tentu dalam rumah baru tersebut tiada tapak kaki anak anjing. Dia membalas kad tersebut dengan menyatakan bahawa penulis kad mesti tersilap alamat kerana dia adalah penyewa pertama dan diakhir kad dia menulis Sung-Hyun, 1997.
Eun-Joo merasa pelik menerima kad yang bertarikh December 1997. Dia menulis sekali lagi dengan menyatakan bahawa surat yang dia tunggu adalah amat penting dan dia juga menyetakan bahawa selepas krismas sehingga awal tahun 1998 salji akan turun tanpa henti dan itulah tahun yang paling sejuk. Dia berharap Sung hyun memakai baju yang tebal dan tidak terkena demam sebab suhu sejuk. Sung Hyun telah menemui seekor anak anjing yang terbiar dan ketika sedang mengecat, tiba-tiba anak anjing tersebut melanggar tin cat dan kemudian dengan kaki yang terkena tumpahan cat dia berlari masuk dalam rumah. Sung Hyun kejar anak anjing tersebut dan bila dia lihat kesan tapak kaki anak anjing diatas lantai ditepi pintu....dia terus teringat akan kad krismas Eun Joo. Bila malam menjelang tahun baru....cuaca menjadi terlalu sejuk dan salji turun dengan lebat. Sekali lagi apa yang Eun Joo tulis berlaku.
Selepas beberapa kali 'back and forth correspondences', Eun Joo dan Sung-Hyun menyedari bahawa mereka hidup dalam 2 tahun yang berbeza. Eun Joo dalam tahun 2000 dan Sung Hyun dalam tahun 1998. Selepas Eun Joo cuba meletak pencekak rambut didalam peti surat, Sung Hyun yang berdiri di tepi surat dalam masa yang sama tetapi dalam tahun berlainan menerima cekak rambut tersebut dan peti surat merah itulah yang membolehkan mereka berhubung antara satu sama lain.
Mereka mula berhubung antara satu sama lain. mengutuskan surat....mencerita masalah masing-masing. Kedua-dua manusia yang kesunyian ini menemui kegembiraan dalam hidup mereka dengan berhubung dengan satu sama lain. Sung Hyun cuba untuk mengenali Eun Joo, Eun Joo meminta supaya dia pergi ke stesyen keretapi sebab pada tarikh dan masa yang tertulis dalam diarinya, dia kehilangan perakam suara dibangku stesyen keretapi. Sun Hyun pergi ke stesyen tersebut.....melihat seorang gadis cantik yang berlari masuk kedalam keretapi dan meninggalkan perakam suara. Dia ambil perakan suara tersebut dan tersenyum.....dia menemui Eun Joo dalam tahun 1998 walaupun bagi Eun Joo dia adalah orang asing.
Eun Joo dan Sung Hyun cuba untuk 'date'. Mereka pergi ke tempat yang sama dan melakukan perkara yang sama walaupun sebenarnya mereka melakukan perkara tersebut dalam tahun yang berbeza. Ketika giliran Sung Hyun mengaturkan date, dia meminta supaya Eun Joo berjalan di taman yang dia suka berjalan dan kemudian masuk kedalam sebuah kedai Wine sebab dia telah memesan dan membayar sebotol wine untuk orang istimewa yang akan tiba dalam tahun 2000. Wine tersebut ditempah dalam tahun 1998. So touching.
Sung Hyun rindukan Eun Joo, dia telah pergi ke stesyen keretapi dimana ketika itu Eun Joo seorang pelajar sering menunggu keretapi disebuah bangku. Sung Hyun duduk dibangku tersebut bersebelah seorang pelajar lelaki. Eun Joo datang ke arah mereka berdua sambil tersenyum, Sung Hyun bangun dan tersenyum tetapi gadis itu tidak menghiraukan dia sebaliknya pergi ke arah pelajar lelaki yang duduk disebelahnya. Masa itu baru dia terasa sedih, Eun Joo tidak mengenali dia sebab itu baru tahun 1998 dan Eun Joo hanya mengenalinya dalam tahun 2000.
Eun Joo selama ini menunggu surat dari tunangnya (pelajar lelaki di stesyen keretapi tersebut) tetapi selama 2 tahun tunangnya itu langsung tidak membalas suratnya. Akhirnya satu hari, tunangnya datang dan mengaku bahawa hubungan jarak jauh mereka tidak berjaya sebab dia kesunyian berada di USA seorang diri dan menemui wanita lain. Dia menyalahkan Eun Joo sebab tidak mengikutnya untuk menyambung pelajaran bersama. Eun Joo yang kecewa telah menulis surat kepada Sung Hyun dan meminta tolong beliau supaya melakukan sesuatu untuk menyelamatkan hubungan cinta Eun Joo dengan tunangnya.
Sebelum peristiwa surat meminta tolong itu, Eun Joo dan Sung Hyun menetapkan satu tarikh dalam tahun 2000 dimana mereka akan bertemu untuk pertama kalinya. Eun Joo mencadangkan bahawa mereka bertemu ditepi laut dikampungnya dan dia sukakan lokasi tersebut dengan berkata bahawa dia berharap satu hari nanti dia akan dapat membina rumah impiannya disitu dan hidup bersama lelaki yang dicintainya. Pada Eun Joo dia hanya menunggu tarikh pertemuan itu hanya seminggu kedepan tetapi pada Shun Hyun, tarikh itu adalah 2 tahun kehadapan.
Pada tarikh pertemuan mereka dalam tahun 2000, Eun Joo telah pergi ke tepi laut tersebut, dia lihat sebuah rumah sedang dibina. Dia singgah menjenguk dan melihat lakaran plan rumah diatas meja, seorang wanita datang kepadanya dan berkata bahawa rumah ini dibina oleh seorang lelaki untuk wanita yang amat dicintainya. Eun Joo tersenyum dan berkata bahawa wanita itu seorang wanita yang bertuah. Eun Joo menunggu kedatangan Shun Hyun dari jam 3 sehingga ke malam tetapi Shun Hyun tidak muncul. Eun Joo pulang dengan kecewa dan beranggapan bahawa 2 tahun Shun Hyun menunggu bukan satu tempoh yang singkat dan beranggapan Shun Hyun lupa.
Selepas itu kelihatan Shun Hyun berada ditepi laut dimana Eun Joo telah berdiri sambil tersenyum. Sebagai penonton kita akan tertanya-tanya mengapa mereka tidak berjumpa....kenapa??????????????.
Eun Joo pergi ke II mare dan lihat tiada surat dari Shun Hyun. Sejak dari hari itu, tiada balasan dari Shun Hyun. Eun Joo ambil keputusan untuk pergi kepejabat Shun Hyun. Dia teringat Shun Hyun memberitahu tempat dia belajar dan bekerja. Ketika sampai dipejabat tersebut, kerani dikaunter sibuk dan meminta dia menunggu sebentar. Dia berjalan melihat lakaran rumah yang tergantung didinding pejabat, lakaran yang sama dengan rumah yang sedang dibina ditepi laut tempat pertemuan mereka.....seorang lelaki bersuara menyatakan bahawa lakaran tersebut dilukis oleh rakannya untuk wanita yang dicintainya yang bernama Eun Joo. Selepas itu kita lihat Eun Joo berlari keluar dari pejabat dengan deraian air mata dan memasuki teksi menunju ke II Mare.
Tahun 2000, Eun Joo yang sampai dihadapan II Mare dan menulis atas kertas "Tolong jangan pergi tempat itu". Dia masukkan kertas itu dalam peti surat sambil meraung menyebut nama Shun Hyun. Dia meraung kesedihan sambil meminta maaf atas kesalahan dirinya.
Tahun 1998, Shun Hyun yang menerima surat Eun Joo yang meminta bantuan daripadanya untuk menyelamatkan hubungan cinta antara Eun Joo dengan tunangnya. Shun Hyun memandang sepasang pelajar lelaki dan wanita yang sedang minum di dalam kedai. Pelajar lelaki tersebut memujuk Eun Joo supaya mengikutinya ke USA. Eun Joo menolak sebab dia ingin menjadi pelakun alih suara dan dia yakin dia akan diterima bekerja. Tiba-tiba kemalangan berlaku, seorang lelaki telah dilanggar kereta ketika sedang melintas jalan menghala ke kedai makan tersebut. Eun Joo memandang lelaki yang terpelanting berhampiran dengan tingkat restoran tersebut. Dia memandang lelaki itu dengan wajah terkejut. Lelaki itu memandang wajah Eun Joo seolah-olah memanggilnya dan air matanya mengalir sebelum menghembuskan nafas terakhir. Sooooooooo Saddddddd. benci ending macam nie.
Now kita dah dapat jawapan mengapa Shun Hyun tidak muncul pada tarikh dimana dia dan Eun Joo sepatutnya bertemu. Dia mati dilanggar kereta sebelum sempat sampai ke restoran dimana dia hendak memujuk Eun Joo supaya mengikuti tunangnya ke USA supaya dia tidak menyesal akhirnya. Dia ingin menyelamatkan hubungan cinta wanita yang dicintainya. Air mata yang mengalir di wajahnya sambil memandang kearah Eun Joo betul-betul membuatkan kita tergaman dan menjerit ' i hate this story" why u kill this man. Whyyyyy.
Dalam tahun 2000, Eun Joo masih meraung sambil memegang peti surat. Dia minta maaf sebab dia meminta Shun Hyun pergi ke restoran itu. Dia minta maaf sebab dia telah menyebabkan Shun Hyun mati.
Kemudian kamera menghala kearah laut dan kemudian kita lihat rumah yang bernama II Mare. Seorang wanita keluar dari rumah tersebut sambill mengangkat kotak barang dan seekor anjing berlari dibelakangnya. Seorang lelaki berjalan diatas titian menghala ke arah wanita itu. Anjing yang bernama Cola berlari ke arah lelaki tersebut. Eun Joo memandang lelaki itu dengan kehairanan, lelaki tersenyum sambil berkata " Eun Joo.....saya Shun Hyun".
Rupanya Shun Hyun membaca surat terakhir Eun Joo. Tamat.
No comments:
Post a Comment