Thursday, April 26, 2012

Tada Kimi Wo Aishiteru(J-Movie)

 Tada Kimi Wo Aishiteru (Heavenly Forest) adalah sebuah filem adaptasi dari novel tulisan Takuji Ichikawa. Sebuah filem yang telah mencapai kutipan box office dalam tahun 2006. Saya ingin kongsi sebuah filem yang boleh buat anda tergamam dan menyebut 'haaaaahhh'. Anda ingat filem The Sixth Sence terbitan 1999, saya bertuah sebab ketika nie saya menonton filem ini di pawagam so saya bersama-sama puluhan penonton lain dalam panggung memang sangat tergaman dan menyebut "HAAAAAAHH" apabila Cole Sear memberitahu Dr Malcom Crowe bahawa sebenarnya dia telah mati kerana dari awal filem semua penonton ketika itu menyangkakan bahawa isteri Dr Malcom yang mati. Masa tu saya respect sungguh pada M. Night Shyalam sebab beliau adalah seorang penulis dan pengarah yang sangat bijak sebab berjaya buat kejutan sebegitu. Walaupun filem Tada Kimi Wo Aishiteru tidak mampu mengatasi kejutan The Sixth Sence tetapi sekurang-kurangnya ia sebuah filem yang mampu buat penonton tercengang dan menyebut 'haaaahhh'.

Filem ini dimulakan dengan perjalanan Makoto ke NY untuk melihat Shizuru's debut photography exhibit selepas beliau mendapat jemputan dan surat dari rakannya itu. Saya suka filem nie sebab dia menunjukkan sifat polite seorang kanak-kanak kulit hitam yang tolong kutip surat Makoto. Selalunya filem atau drama asia akan menujukkan orang kulit hitam adalah manusia yang teruk.


 Kejutan dari kanak-kanak itu telah menyebabkan Makoto yang tertidur sebentar tadi terus mengingati bagaimana dia bertemu dengan Shizuru beberapa tahun yang lepas. Ketika itu Makoto adalah fresh junior universiti telah bertemu dengan seorang gadis pelik yang berwajah serta berperangai keanak-anakkan iaitu Shizuru ketika gadis itu cuba memberhentikan kereta untuk melintas dengan hanya mengangkat tangan sahaja. Makoto adalah seorang jurufoto yang sentiasa merasa rendah diri dan malu disebabkan penyakit dibadannya. Setiap hari dia terpaksa menyapu sejenis ubat....ubat tersebut berbau busuk. Makoto akan menjauhkan diri dari berhubung atau bercakap dengan orang. Shizuru adalah gadis dan kawan pertama yang merapati dirinya dan menjadi kawan baik beliau. Gadis pelik atau nerd ini selalu kenakan dia dengan silly lies tetapi dia selesa apabila bersama Shizuku.

 Makoto minat photografi dan selalu menyelinap masuk ke dalam hutan walaupun terdapat tanda larangan masuk di situ. Shizuru mahu bersama dengan Makoto jadi dia mula meminati hobi Makoto iaitu mengambil gambar. Dia belajar photografi dengan Makoto dan mereka berdua selalu menghabiskan masa mengambil gambar dihutan tersebut. Mereka menjadi rakan baik dan sering menghabiskan masa bersama. Makoto tidak lagi menjauhkan diri dari orang lain, sedikit demi sedikit dia mula bergaul dengan para pelajar lain dan membuang sikap inferiority complex yang ada dalam dirinya. Semua ini adalah pertolongan dari Shizuru.

Seperti biasa lelaki akan meminati gadis cantik dan sempurna. Makoto meminati seorang pelajar yang sangat cantik dan sempurna didalam kelasnya iaitu Miyuki. Makoto bertuah apabila satu hari Miyuki mengajaknya supaya makan bersama dengan group beliau. Makoto yang sangat gembira dengan ajakan tersebut telah meninggalkan mejanya dimana dia dan Shizuru sering makan bersama. Makoto membiarkan Shizuku makan sendirian dan dia pula asyik bersama dengan rakan-rakan Miyuki. Apabila rakan-rakan Miyuki bertanya tentang gadis pelik yang sering dilihat bersamanya dan mengejek gadis itu.....Makoto tidak membela Shizuku. Hati Shizuku terluka bukan disebabkan ejekan tersebut tetapi kecewa dengan sikap Makoto yang tidak membelanya.

Walaubagaimanapun Makoto tetap suka berkawan dengan Shizuku sebab dia rasa selesa ketika berada bersama gadis pelik ini. Dia telah mengajak Shizuku tinggal bersama dengannya apabila gadis itu tiada tempat tinggal. Shizuku adalah gadis yang sangat baik, dia menyedari tentang minat Makoto terhadap Miyuki....dia sanggup berkawan dengan Miyuki dan membantu Makoto ketika rakannya itu ingin keluar dating. Dia menjauhkan diri dari Makoto apabila berada di universiti supaya Makoto tidak malu apabila bersama dengan kawan-kawan Miyuki.

Satu hari Shizuku memberi hint kepada Makoto bahawa satu hari nanti dia akan membesar menjadi seorang wanita yang cantik dan Makoto akan menyesal sebab tidak memilihnya....makoto hanya gelak sebab menyangka Shizuku bercakap silly lies. Makoto sering melupakan janjinya kepada Shizuku.....dia memberi kegembiraan kepadanya sebentar dan kemudian dia memberikan penderitaan kepadanya.

Satu malam, Makoto bertanya kepada Shizuku apa hadiah harijadi yang dia inginkan (selepas rasa bersalah sebab memungkiri janji dengan Shizuku disebabkan Miyuki). Shizuku menyatakan bahawa dia inginkan satu ciuman dari Makoto. Makoto terkejut dan serba salah....Shizuku menyatakan bahawa dia hanya mahu Makoto menjadi model dalam photografinya...dia ingin mengambil gambar untuk tema ciuman. Mereka bertemu dihutan yang sering mereka kunjungi.....Shizuku menyiapkan kamera dan mereka mula bersedia untuk mengambil gambar tersebut. Mulanya Makoto merasa kekok tetapi selepas itu dia memberikan ciuman dengan penuh perasaan. Shizuku ingin sendirian di tepi sungai didalam hutan itu dan sebelum Makoto melangkah pergi, Shizuku berkata dengan perlahan 'adakah sedikit perasaan cinta dalam ciuman tadi'. Makoto tidak mendengar pertanyaan tersebut dan berlalu pergi tetapi dia kemudian berpaling sambil berkata bahawa malam nanti dia akan memasak untuk Shizuku. Sepanjang perjalanan Makoto untuk ke bilik kuliah dia memikirkan perasaannya terhadap Shizuku....ciuman tadi telah menyedarkan bahawa sebenarnya dia menyintai gadis pelik itu.



Sebagaimana janjinya kepada Shizuku, dia dengan gembira pulang ke rumah bersama barang-barang runcit untuk memasak makan malam mereka berdua. Tiba di rumah dia lihat nota yang dilekatkan oleh Shizuku di pintu peti ais "Selamat Tinggal, terima kasih atas segala-galanya'. Beg pakaian Shizuku telah tiada dan dia mencari Shizuku tetapi gadis itu hilang terus malah gadis itu telah berhenti dari universiti. Makoto jatuh sakit....ketika ini barulah dia tahu bahawa dia tidak boleh hidup tanpa gadis itu. Dia berpisah dengan Miyuki.

Selepas dua tahun tanpa berita dari Shizuku...tiba-tiba satu hari Makoto menerima kad jemputan ke pameran photografi Shizuku dan surat dari Shizuku yang menyatakan bahawa dia telah berubah dan dia telah menjadi wanita yang cantik sebagaimana yang dia beritahu sebelum ini. Dia menjemput Makoto ke NY untuk bertemu dengannya.

Saya tidak mahu menceritakan ending filem ini sebab saya tidak mahu merosakkan kejutan dalam filem ini. Anda tonton sendiri untuk mengetahui kejutan tersebut. Saya tidak mahu rosakkan mood dan saat-saat terbaik filem ini. Anda akan terkejut 'haaaa' dan kemudian menitis airmata melihat ending filem ini. Selamat menonton....saya suka lagu tema filem ini iaitu Ren'ai Shashin (love photograph)....lagu nie berjaya memecah rekod jualan tertinggi di jepun.

Sila kesini untuk menonton



2 comments:

  1. wahhhh..mesti nangis ending dia ni...huhuhu..saya dah lama betul tak layan drama jepun....korea pun sama...hehehhe

    ReplyDelete
  2. Salam quinnie,

    memang sedih giler ending dia. Nie yang gatal tangan nak tulis gak kejutan tersebut. That man terima kad jemputan dari gadis yang ditunggunya selama 2 tahun tetapi rupanya kad itu.....tengoklah sendiri. Rosak suspen jika tulis.....tapi memang melopong mulut dan jatuh airmata. Rasa nak bunuh je penulis cerita nie sbb buat lelaki tu terseksa macam tu.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...