Monday, April 9, 2012

Princess Ja Myung Go


 Drama korea berunsur sejarah yang saya tonton sepanjang 2 minggu lepas. Drama 39 episod, endingnya adalah tragik atau sad ending. Sepatutnya drama yang mempunyai penghujung penuh tragik harus membuatkan airmata kita mengalir tetapi drama ini tidak memberikan impak begitu. Saya tidak menangis sedangkan sepatutnya drama ini boleh membuatkan kita menangis terutama apabila melihat sengsaranya percintaan Puteri Ja Myung Go dengan Putera Hodong. Mungkin watak yang dibawa oleh 2 pelakon ini tidak memberikan kesan yang mendalam....sepatutnya drama ini harus membuatkan penonton menangis terutama episod2 dipenghujung drama. Jika diberikan penilaian dalam kadar 5 bintang....drama ini hanya mampu memperolehi 2.5 bintang sahaja. Sayang sekali....plot dan jalan cerita sudah cantik tetapi tiada feeling. Walaupun saya adalah peminat drama tetapi saya bukan peminat drama korea....drama korea seronok ditonton sebab ia menghiburkan tetapi dari segi kualiti...drama jepun lebih berkualiti dan dibuat dengan teliti. Drama ini sepatutnya 50 episod tetapi telah dipendekkan kepada 39 episod sahaja sebab mendapat low rating....sayang sekali sebab plot dan jalan cerita drama ini sebenarnya amat menarik tetapi tidak dibangkitkan dengan bagus dalam drama.


Drama ini sepatutnya berkisar tentang drum mistik yang dimiliki oleh kerajaan Nakrang yang berbunyi sendiri apabila musuh cuba menyerang tetapi drama ini lebih menumpukan kepada watak Puteri Ja Myung Go yang mengilhamkan drum tersebut. Untuk lebih memahami berkenaan dengan sejarah kerajaan Goguryeo, 2 drama ini saya syorkan untuk anda tonton iaitu Jumong (Moyang kepada Putera Hodong) dan Kingdom of the wind. Drama ini yang sepatutnya berkisar berkaitan dengan drum mistik tersebut telah menjadi drama yang berkisar cinta tiga segi antara Puteri Ja Myung Go, Putera Hodong dan Putera Lahee (kakak Ja Myung Go).

Apabila anda menonton drama ini....anda akan menemui persamaan ketara dalam setiap drama korea....orang baik adalah manusia yang paling bodoh, tidak bijak, sentiasa dibuli dan mereka bertahan hanya sebab bernasib baik.....watak jahat pula adalah manusia yang sangat licik, terlalu bijak tetapi rancangan mereka pastilah akan gagal akhirnya sebab nak bagi orang baik menang. Bila saya tonton drama nie.....wahhhhhhh konsep yang sama jugak pengarah cuba tonjolkan. Letih tengok orang baik dalam drama nie.

 Watak jahat drama ini adalah permaisuri ke dua, ibu tiri Puteri Ja Myung Go iaitu Wang Ja Sil. Watak Wang Ja Sil adalah penghidup drama ini.....tanpa watak manusia berhati syaitan ini......drama ini pudar. Dalam setiap drama korea....saya salute pada watak jahat.....wang Ja Sil adalah perempuan yang amat cantik dan pengoda telah berkahwin dengan Choi Ri atas dasar politik sebab Wang Ja Sil adalah adik perempuan kepada ketua yang menguasai 7 puak yang berkuasa di Nakrang. Wang Ja Sil mengetahui bahawa abangnya akan bunuh suaminya telah mengatur rancangan licik untuk menbunuh abang kandungnya itu bagi membolehkan suaminya menjadi raja. Tanpa wanita ini.....Choi Ri tidak mungkin menjadi raja sebab Choi Ri adalah watak baik yang sentiasa mengalah "orang baik kena bagi peluang kat orang lain"....konsep yang diterapkan dalam setiap drama korea. Dia menjadi wanita berhati syaitan hanya untuk selamatkan suami dan anaknya dan letakkan suaminya diatas tahta. Wanita berhati syaitan ini juga tidak menyerah pada nasib dan menangis merantapi nasib malang (keadaan yang selalu dilakukan oleh watak baik) apabila bayi yang dilahirkanya harus dibunuh. Pawang meramalkan bahawa choi Ri akan dikurniakan 2 orang anak perempuan. Salah seorang anak perempuan tersebut akan menghancurkan kerajaan Nakrang dan salah seorang lagi yang akan menyelamatkan kerajaan Nakrang. Wang Ja Sil telah mengunakan kuasa pengodanya dengan menyerahkan dirinya kepada pawang bagi mempengaruhi pawang untuk menyatakan bahawa anak yang dilahirkan olehnya adalah penyelamat Nakrang tetapi anak yang dilahirkan oleh Mo Ha So (isteri pertama Choi Ri) adalah pemusnah Nakrang. Rancangan Wang Ja Sil berjaya.....dia gunakan peluang tersebut untuk bunuh anak Mo Ha So yang hanya mampu menangis (apa yang kita harapkan untuk watak baik) apabila melihat Wang Ja Sil menikam dada bayi tersebut dengan pencucuk rambut dihadapan Choi Ri dan Mo Ha So. 

Bayi tersebut telah dihanyutkan dilaut bersama dengan seorang bayi lelaki (anak pembantu Mo Ha So). Bayi ini masih hidup dan menangis....Mo Ha So berharap supaya bayi ini akan terus menangis bagi membolehkan orang mendengar dan mengambil bayi ini dan dia namakan bayi ini sebagai Ja Myung Go (yg bermaksud terus menangis untuk selamat nyawa). Bot yang mengandungi bayi ini dan budak lelaki terdampar di sebuah pulau dan ditemui oleh pasangan suami isteri yang memiliki sarkas.....dua watak manusia yang berhati separuh syaitan. Mulanya suami isteri ini hanya membiarkan bayi tersebut dan cuba mencuri pencucuk sanggul sebab ia mahal tetapi hati mereka tersentuh apabila melihat budak lelaki yang berusia 4 tahun itu cuba melindungi bayi tersebut.

Episod awal drama mula berkisar tentang kesengsaraan hidup bayi tersebut yang dinamakan sebagai Puku dan budak lelaki tersebut Hangkai di sarkas manakala bayi perempuan Wang Ja Sil yang dinamakan Lahee membesar dengan jagaan Mo Ha So. Lahee membesar sebagai budak perempuan yang terlalu dimanjakan. Bagi kerajaan Gorguyeo pula....Putera Hodong iaitu cicit kepada Jumong telah membesar dengan ajaran supaya tidak mempunyai sifat baik dalam hati jika ingin menjadi penganti raja. Ayahnya Mungyi adalah raja yang sangat kejam dan ibu tirinya pula adalah wanita yang sentiasa ingin membunuhnya....keadaan ini menjadikan Putera Hodong membesar dengan matlamat untuk mewarisi tahta dan belajar seni lawan pedang untuk bunuh darah daging sendiri bagi mempertahankan haknya mewarisi tahta. Hodong yang ketika itu berumur 7 tahun mula tidur bersama pedang selepas ibu tirinya cuba mencekiknya ketika beliau tidur.....pada malam itu dia ketakutan dan menagis sendirian sebab ketika itu dia tidak mempunyai tempat untuk mengadu....semua orang ingin bunuh dia termasuk ayahnya sendiri.

Hodong sejak kecil telah mula target Puteri Lahee sebagai permaisurinya bagi membolehkan dia merampas kerajaan Nakrang dan serahkan kepada ayahnya. Matlamat Hodong dalam hidup adalah tahta dan mendapatkan sedikit kasih sayang dari ayahnya. Sejak kecil lagi Hodong mula menunjukkan ciri-ciri lelaki pengoda......dia akan mengoda Lahee walaupun dibelakang Lahee dia benci kepada budak perempuan yang sombong dan angkuh itu.

Diawal drama ini, saya suka kepada watak Puku....dia membesar menjadi budak perempuan yang berani dan bijak. Dia berani pertahankan haknya....lakonan pelakon kecil yang membawa watak Puku dalam drama ini lebih hidup daripada lakonan pelakun dewasa Puku. Saya lebih mencintai Puku kecil ini dan seronok melihat dia membesar dikalangan masyarakat bawahan dan menjadikan dia puteri yang berani malah watak Hangkai yang Puku panggil abang begitu hidup sekali. Drama Korea.....watak ketika kanak-kanak selalunya amat bagus tetapi dirosakkan oleh penulis apabila mereka dewasa dengan menjadikan mereka lemah. 


Pertemuan antara Hodong dengan Puku bermula ketika Hodong yang berusia 11 tahun melihat Puku yang berusia 7 tahun memutuskan rantai besi yang besar (yang sebenarnya rantai besi itu dibuat dari tepung)....dia begitu kagum dengan Puku sebab menyangkakan budak perempuan itu memiliki kekuatan yang luar biasa. Pertemuan kedua berlaku ketika Putera itu melawat jajahan Han untuk mengadap maharaja Han. Puteri Lahee yang baru dilantik sebagai Puteri mahkota Nakrang telah memulakan tugasan pertama dengan mengadap Maharaja Han. Disini ketiga-tiga watak utama bertemu. Putera hodong ambil kesempatan lawatan ini untuk mengoda Puteri Mahkota....dia membeli gelang di pasar tempatan dan menghadiahkan kepada Puteri itu dengan kata-kata romantik untuk mengodanya. Puteri Lahee pada mulanya menunjukkan sikap jual mahal wp sebenarnya dia telah tertarik kepada putera itu sejak kecil lagi. Puku pula cuba untuk pergi ke Nakrang tetapi tidak boleh melepasi sempadan kerana tidak mempunyai pass.....dia menyamar dengan pakaian lelaki dan cuba mencuri pas yang dibawa oleh dua lelaki kacak di pasar. Hodong dan pengawalnya mengejar Puku untuk mendapatkan semula pas tersebut....disini Hodong tidak menghukum Puku tetapi sebaliknya dia menjadi kawan Puku sebab dia kagum dengan ketangkasan Puku.

Rancangan Puku untuk ke Nakrang terganggu apabila menteri Han mengugut ketua sarkas dan isterinya supaya membunuh Puteri mahkota Nakrang ketika mereka membuat persembahan. Puku ditugaskan untuk membunuh Puteri tersebut bagi menyelamat isteri pemilik sarkas.

 Rancangan Puku digagalkan oleh Penglima Besar Wang Hol dan panglima ini mula memburu pembunuh tersebut (Puku bertopeng tetapi tangannya cedera). Wang Ja Sil mendapat mimpi bahawa anak Mo Ha So cuba bunuh anaknya(hebat orang jahat nie.....dalam mimpi pun boleh tahu ada orang nak bunuh anaknya) dan menulis surat kepada Wang Hol supaya siasat budak perempuan yang mempunyai tanda tikaman didada. Wang Hol menyelinap masuk kedalam bilik Puku yang ketika itu sedang tidur.....membuka baju Puku dan nampak tanda bekas tikaman didada gadis itu....Puku terjaga dan menyangkakan bahawa Wong Hol cuba berbuat jahat kepadanya....dia mengejar Wang Hol dan cuba mendesak Wang Hol memberitahu siapa dirinya sebab dia lihat Wang Hol amat berminat dengan tanda tikaman tersebut dan hanya orang tertentu sahaja yang tahu tentang tanda tikaman itu. Keesokkan harinya sekali lagi Wang Hol mengejar Puku apabila melihat balutan ditangannya....Puku lari menghala ke bilik Putera Hodong dan meminta Putera itu melindungi dirinya dan sanggup menjadi pengawal peribadi Hodong. Mulanya Hodong menolak tetapi Puku terus memujuk dan merayu. Hodong melindungi Puku dan meminta supaya Wang Hol menunjukkan bukti bahwa Puku adalah pembunuh pada malam itu. Wang Hol sentiasa mengikuti Puku (bukan sebab dia pembunuh tetapi tanda tikaman itu menunjukkan bahawa dia adalah puteri Nakrang dan Wang Ja Sil telah tugaskan Wang Hol untuk bunuh gadis itu). Wang Hol sebenarnya telah jatuh hati pada Puku (Puku kenalkan dirinya sebagai Gilbang kepada Wang Hol). Wang Hol walaupun dia adalah panglima besar tetapi dia adalah lelaki yang amat malang....dia adalah adik Wang Ja Sil(dia terperangkap antara kesetiaan terhadap abangnya dan kasih kepada kakaknya yang bunuh abangnya sendiri) dan terpaksa berkahwin dengan bekas kakak iparnya Mo Yang Hye yang seusia dengan ibunya bagi menyelamatkan nyawa wanita itu. Dia berkahwin dengan Yang Hye ketika dia masih budak.....dan hidup dengan wanita itu sehingga dewasa. Cintanya terhadap wanita hanya bermula apabila dia bersama Gilbang(Puku).....dia yang ditugaskan untuk membunuh Puku telah menukar niatnya dan cuba melindungi Puteri malang tersebut.


Mo Yang Hye adalah bekas kakak ipar Wang Hoi dan isteri pertama Wang Hoi. Dia wanita hodoh....gemuk dan tidak menarik langsung tetapi wanita ini adalah wanita kesayangan panglima wang (abang Wang Hol). Abang Wang Hol adalah lelaki yang amat garang di medan perang tetapi apabila melangkah masuk ke pintu kediamannya....lelaki garang itu berubah menjadi seperti kanak-kanak menjerit memanggil Mo Yang Hye dan wanita itu akan berlari ke arahnya. Soooo sweet, inilah kelebihan Mo Yang Hye.....dia tidak cantik tetapi dia adalah wanita kesayangan lelaki paling kacak malah ketika menjadi isteri Wang Hoi.....dia juga adalah wanita kesayangan lelaki itu. Wang Hoi akan menjerit memanggil nama Mo Hyang Hye dan wanita itu akan berlari mendapatkanya sambil memeluk beliau. Setiap orang yang memerhati keadaan tersebut akan menutup mulut tersenyum....sebab begitu jangal wanita tua yang hodoh dan gemuk menjadi kesayang lelaki paling kacak. Saya suka watak Mo Yang Hye.....dia bukan watak baik.....dia juga adalah devil yang dalang dalam rancangan untuk bunuh Choi Ri tetapi hatinya tersentuh dengan kebaikkan Mo Ha So dan berikrar untuk membalas budi wanita itu dengan melindungi Puku. Dia cuba mengahwini Puku dengan suaminya Wang Hoi dan sanggup melepaskan gelaran isteri pertama Wang Hoi sebab dia ingin melindungi Puteri malang itu dan dia mengetahui bahawa Wang Hoi mencintai puteri tersebut.

Puteri Lahee adalah puteri yang dibesarkan oleh Mo Ha So.....walaupun sifat baik berjaya ditanam dalam diri Lahee oleh Mo Ha So tetapi dia tetap mewarisi sifat jahat ibunya Wang Ja Sil. Dia jatuh cinta kepada Putera Hodong.....tidak boleh salahkan dia kerana Hodong amat bijak mengoda....kasihan gadis ini....perasaan dan hatinya dipermainkan oleh lelaki itu.  Dia dicintai hanya kerana politik bukan atas sebab dirinya.
Putera Hodong mencintai Puku..... Puku telah merubah sifat jahat dalam diri Hodong....dia mula berubah menjadi lelaki yang berperasaan. Puku telah menyelamatkan nyawanya ketika diracun (oleh puak ibu tirinya)....ketika ini Puku bukan lagi hambanya tetapi telah menjadi wanita kesayangannya. Dia telah membawa balik Puku ke istana dan hidup di kediamannya....ibu tirinya cuba merosakkan hubungan mereka dengan menghadiahkan Puku kepada konvoi Nakrang yang datang untuk berbincang tentang perkahwinan Putera Hodong dengan Puteri Lahee. Puku dihadiahkan untuk dijadikan isteri oleh Wang Hoi (alasan yang digunakan oleh wang Ja Sil untuk membawa keluar Puku dari istana Goguryeo dan bunuh Puku). Hodong gagal menghalang....dalam perjalanan menghala ke Nakrang, Puku melarikan diri dari konvoi apabila mendengar bahawa Goguryeo menyerang Nakrang apabila Wang Ja Sil cuba membatalkan perkahwinan Putera Hodong dengan anaknya Lahee (sebagai balasan Permaisuri Goguryeo menyerahkan Puku kepadanya). Puku menghala ke aras kem dimana Putera Hodong dan Puteri Lahee berada. Tentera Nakrang cuba menangkap Putera Hodong dan Puku berjaya menghalang dengan membunuh General Nakrang. Puku membantu Hodong untuk menculik Puteri Lahee dan membawa ke istana Goguryeo.

Perasaan cinta Putera Hodong kepada Puku amat kuat (tetapi saya tidak nampak dalam riak wajah pelakon lelaki ini sebab dia gagal memberikan perbezaan riak wajah ketika memandang lahee dan ketika memandang Puku). Hodong hadiahkan Puku rantai milik ibunya dan alat siul yang sentiasa digantung dilehernya untuk memanggil helang bernama Boruk kepada Puku dengan menyatakan bahawa jika Puku merindui dirinya....Puku tiup alat siul tersebut dan dia akan datang kepada Puku walau dimanapun Puku berada. Bila Puteri Lahee berada dalam tawanan Goguryeo...Maharaja Nakrang keluarkan titah supaya Puteri mahkota bunuh diri....titah dibawa oleh panglima Wang Hol dan diikuti oleh pengiring Mo Ha So yang ditugaskan untuk menyiasat tentang Puku. Apabila Puteri mahkota terima arahan tersebut dia cuba untuk melarikan diri dan cuba untuk membunuh Hodong tetapi dia tidak tergamak membunuh lelaki yang dicintainya itu....ketika ini putera hodong membiarkan lahee mencederakan dirinya dan dia berusaha untuk memujuk lahee dan memeluk wanita itu dihadapan Puku sehingga Puku keliru......Hodong mencintai Lahee......Puku melarikan diri sehingga tiba ke kawasan pengiring Mo Ha So dibawa untuk dibunuh (orang baik mesti sentiasa tidak berjaya). Puku menemui kain yang ditulis dengan darah menyatakan bahawa Puku adalah puteri Nakrang yang bernama Ja Myung Go.....kebetulan Wang Hol berada disitu dan dia merampas kain tersebut dari Puku dan menyatakan bahawa Puku jangan jejakkan kaki ke Nakrang jika dia ingin terus hidup. Puku dalam kekeliruan.....beberapa malam sebelumnya Puku sentiasa mendapat mimpi bahwa dia berdiri sendirian dibawah bendera Nakrang dan mengadap ribuaan musuh yang dipimpin oleh Putera Hodong. Jika dia adalah Puteri Nakrang maka Hodong adalah musuhnya. Dia kembali ke istana Hodong tetapi dia tidak masuk sebaliknya dia melarikan diri sekali lagi menghala ke Nakrang.

Dalam perjalanan ke Nakrang, dia berhenti ditepi sebatang sungai dan duduk disitu sambil mengeluarkan alat siul dan meniupnya beberapa kali sebab dia merindui Hodong. Hodong yang berada di istana terdengar bunyi tiupan itu dan terus menunggang kuda menghala ke arah bunyi tersebut (inilah cerita lawak dalam drama ini......punyalah jauhnya Puku larikan diri tapi Hodong boleh sampai selepas sahaja Puku selesai tiup seolah-olah Puku tiup dekat laman belakang istana sahaja). Hodong sampai ketepi sungai tersebut dan turun dari kuda sambil depakan tangannya.......Puku terkejut dan terus lari memeluk Hodong. Hodong pujuk Puku supaya jangan tinggalkan dirinya. Hodong bawa Puku ke pekan berhampiran dan ketika itu terdapat pertandingan untuk memecahkan bekas yang mengandungi pakaian pengantin lelaki dan wanita. Hodong dan Puku berjaya memecahkan bekas tersebut dan mereka berdua memakai pakaian pengantin tersebut dan dikahwinkan oleh penduduk pekan tersebut dan diarak dengan kuda seperti majlis perkahwinan yang betul. Hodong dan Puku mengistiharkan diri mereka suami isteri dan Hodong berjanji akan menyempurnakan majlis tersebut ketika mereka berdua kembali ke istana. Puku tinggalkan Hodong ketika putera itu sedang tidur dan melarikan diri ke arah Nakrang.....dia menyempurnakan cintanya sebagai Puku kepada Hodong tetapi sebagai Puteri Nakrang......Hodong adalah musuhnya dan takdir yang dia terima bahawa dia patut selamatkan Nakrang dari Hodong.

Ketika dalam perjalanan ke Nakrang, Puku terserempak dengan Wang Hol dan Puteri Lahee yang sedang cuba melarikan diri dari dikejar oleh bala tentera Goguryeo. Puku menyelamatkan Puteri Lahee dan membawa wanita itu melepasi sempadan. Puteri Lahee adalah wanita yang berhati busuk.....sesampai di Nakrang, Puku ditangkap dan dibawa ke istana untuk dihukum bunuh sebab membunuh jeneral perang Nakrang (inilah yang tidak logiknya drama nie....dalam peperangan membunuh adalah halal....Puku bunuh tentera tersebut atas sebab perang  dan Puku tidak mengetahui bahawa dia adalah Puteri Nakrang tapi nak buat macam mana......memang letih jadi orang baik dalam drama korea....dan kelemahan ketara drama ini terlalu banyak plot-plot jahat sehingga kita sebagai penonton letih dan boring nak tengok.....saya selalu forwardkan bahagian yang banyak plot nie). Lahee cuba hapuskan Puku sebab dia nampak perasaan cinta Hodong terhadap Puku. Puku dihukum bunuh diri dengan meminum racun.....Mo Yang Hye cuba menyelamatkan Puku dengan membawa lamaran Wang Hol untuk mengahwini Puku. Puku tolak lamaran tersebut dan meminta maharaja supaya melaksanakan hukuman tersebut dihadapan rakyat dan racun itu adalah bukan racun cuma ubat untuk menampakkan diri seperti mati dan dia meminta supaya dijadikan pawang wanita. Puku menolak lamaran tersebut kerana dia adalah isteri Hodong dan dia tidak sanggup mengkhianati cintanya kepada Hodong. Hanya permaisuri Mo Ha So sahaja yang mengetahui bahawa Puku adalah isteri Hodong.

Ketika Puku dalam penjara.....Puku telah meniupkan alat siul sebab dia terlalu rindukan Hodong. Hodong mendengar tiupan tersebut (anggap sahajalah hodong dengar melalui suara hatinya sebab Goguryeo dengan Nakrang adalah jauh beribu-ribu batu). Hodong menyelinap masuk ke sempadan Nakrang untuk mencari Puku. Panglima Wang Hol mengetahui hal ini dan cuba memerangkap Hodong....dia telah meminta supaya Puku membuktikan kesetiaan dirinya sebagai Puteri Nakrang untuk menangkap Hodong. Hodong begitu gembira menunggu kedatangan Puku....apabila melihat wajah isterinya....Hodong mendepakan tangannya untuk memeluk Puku tetapi Puku melayannya dengan dingin. Puku menyatakan bahwa dia menemui sesuatu yang berharga di Nakrang iaitu Panglima Wang Hol dan dia akan mengahwini Wang Hol. Puku menyatakan bahawa didalam hatinya....kedudukan Hodong adalah sangat berat berbanding dengan ibu bapanya dan negaranya Nakrang tetapi takdir tidak menyatukan mereka dan itulah mimpi yang dia selalu takuti selama ini. Dia mendapat petunjuk dalam mimpi yang berulang-ulang kali bahawa satu hari nanti dia dan Hodong akan saling menghunus pedang sesama sediri. Habis sahaja dia berkata....pasukan tentera Nakrang mengepung Hodong.....Hodong menangis sebab Puku mengkhianati dirinya dan cuba bunuh dia. Puteri Lahee pula menyangka bahawa Hodong datang berjumpa dengannya telah menghalang pasukan tentera tersebut dan menghunuskan pedangnya kearas pasukan tentera sendiri demi menyelamatkan Hodong. Hodong dilepaskan tetapi Panglima Wang Hol terpaksa bunuh semua tentera tersebut sebab mereka melihat Puteri Mahkota melindungi musuh dan menghunus pedang kearah orang sendiri. Selepas ini sifat Hodong kembali kepada asal iaitu kejam.....lelaki ini rasa dikhianati dan dia ingin membalas dendam dengan menyerang Nakrang untuk merampas kembali Puku dari tangan Wang Hol samaada hidup atau mati kerana dia tidak akan membiarkan wanitanya menjadi milik lelaki lain.

Dua tahun Puku atau Puteri Ja Myung Go bertapa dalam biara. Dia memberikan cadangan supaya Raja Choi Ri membina Drum besar dari 300 ekor kulit kerbau/lembu. Putera Hodong pula mengatur rancangan untuk memasuki Nakrang sebagai spy. Hodong berpakat dengan Maharaja Muhyi dengan menjadikan Hodong sebagai pelarian dan penjenayah yang meminta perlindungan politik dari negara jiran iaitu Nakrang. Rancangan Hodong berjaya dan dia dibawa masuk ke istana Nakrang. Maharaja Goguryeo menghantar titah supaya Hodong dibunuh dan kepalanya dibawa balik ke Goguryeo. Raja Nakrang mula sangsi atas kesetiaan Hodong....dia meminta Pendita (Ja Myung Go) menberi pendapat sebab Pendita pernah hidup dengan Hodong. Pendita (Ja Myung Go- Puku tidak mengunakan gelaran Puteri Ja myung Go sebab dia identiti dirinya dirahsiakan dari umum....dia hanya dikenali sebagai pendita). Pendita/Puku menyatakan bahwa Hodong adalah lelaki yang tidak boleh dipercayai....dalam hidupnya hanya tahta Goguryeo dan ayahnya sahaja keutamaannya adalah mustahil dia berpaling dari kedua-dua ini. Puteri mahkota Lahee menjerit menyatakan bahawa Pendita/Puku berkata begitu sebab cintanya ditolak oleh Hodong dan dia ingin balas dendam. Permaisuri Mo Ha So dan Panglima Wang Hol yang mengetahui hal sebenar hanya mampu memandang pendita/puku dengan simpati....kerana lelaki yang ingin dibunuh ini adalah suami dan kekasihnya. Kali kedua Puku membahayakan nyawa Hodong tetapi lakunan Hodong dan campur tangan Lahee.....akhirnya Raja Choi Ri mengambil keputusan melindungi Hodong dari Goguryeo dan menjadikannya sebagai Putera Nakrang dan mengahwini Hodong dengan Puteri Lahee.

Putera Hodong berlindung di istana Nakrang.....Puku meniup alat siul sekali lagi dan Hodong yang mendengar bunyi tiupan tersebut berlari keluar dari biliknya dan mencari Puku. Hodong bertanya adakah Puku merindui dirinya...Puku berkata dia hanya ingin memberi peringatan kepada Hodong supaya tidak mengkhianati kepercayaan Nakrang dan menjadi suami yang baik kepada Lahee. Lahee mengikut Hodong dari belakang mendengar perbualan mereka. Selama ini Lahee menyangkakan bahawa Hodong meninggalkan Puku dan menolak cinta gadis itu tapi apabila dia mendengar jeritan marah Hodong yang bertanya kepada Puku adakah Puku sanggup meninggalkan dirinya hanya untuk menjadi pendita di Nakrang dan sanggup menghianati dirinya sehingga sanggup cuba membunuhnya sebanyak 2 kali. Puku hanya menangis. Lahee bertambah benci kepada Puku.

Untuk mengukuhkan bahawa Putera Hodong telah dibuang, Maharaja Gosuryeo cuba menyerang Nakrang dan ketika ini drum tersebut berbunyi dengan sendiri sehingga menyebabkan semua tentera musuh ketakutan. Ketika ini kedudukan pendita amat tinggi dimata raja sebab ramalan dan teknik perperangan yang dicadangkan oleh beliau ditambahpula dengan drum mistik tersebut menyebabkan Nakrang digeruni. Sekali lagi Lahee bertambah sakit hati ditambah pula apabila dia mengetahui bahawa Puku adalah adik perempuannya Puteri Ja Myung Go. Maharja Goguryeo cuba untuk melihat drum tersebut dan pura-pura menghantar titah bahawa beliau ingin menghadiri majlis perkahwinan Hodong. Maharaja Goguryeo, Raja Choi Ri, Hodong dan Lahee dibawa masuk kedalam temple dimana drum itu berada....selama ini hanya Raja Choi dan Pendita/Puku sahaja yang dibenarkan masuk ke situ. Maharaja Goguryeo telah meletakkan bala tenteranya untuk menyerang Nakrang bagi membuktikan bahawa drum itu berbunyi sendiri....dihdapan matanya drum tersebut bergema dan bala tentera goguryeo dihapuskan. Maharaja berlari keluar ketakutan....Hodong memandang drum tersebut dengan benci dan mencari jalan untuk memusnahkannya.

Di hari majlis perkahwinan Hodong dan Lahee, Puku menangis kesedihan didalam kuil dan Hodong yang memakai pakaian pengantin berlindung disebalik tiang kuil dan menangis. Disini kelemahan drama ini. Sepatutnya adegan ini boleh menyebabkan penonton menangis teresak-esak sebab sedih apabila melihat Puku dan Hodong menderita. Kedua-dua pelakon ini tidak berjaya membawa penonton menyelami perasaan sedih mereka. Sepatunya adegan ini lebih tragik dimana seorang isteri mengahwinkan suaminya yang sangat dicintai dengan kakaknya sendiri. Sebagai pendita.....itulah tugas Puku.....dia terpaksa mengahwinkan dan merestui perkahwinan Hodong dan Lahee. Dimalam pertama Hodong dan Lahee, Puku menangis kesedihan didalam kuil dan Panglima Wang Hoi datang menemui Puku dan sekali lagi melutut melamar Puku menjadi isterinya. Puku menolak dengan baik. Sedihnya melihat keadaan Panglima Wang Hoi (hanya watak dia sahaja yang nampak hidup). Burung helang Goguryeo berlegar-legar di langit istana Nakrang.....Puku mengambil alat siul (alat siul tersebut dibaling oleh Lahee dalam kolam) dan meniup memanggil helang tersebut. Terdapat kertas arahan Maharaja Goguryeo mengarahkan Hodong memusnahkan Drum Mistik tersebut. Hodong mendengar bunyi tiupan tersebut dan berlari keluar dari bilik tidurnya dan menuju ke arah kuil kerana menyangka Puku memanggilnya. Hodong sentiasa berlari keluar mencari Puku apabila mendengar tiupan siul tersebut walau dimanapun beliau berada walaupun pada malam pertamanya dan dia sanggup tinggalkan Lahee dikatil mereka....tapi apabila dia sampai....dia kecewa. Puku tiup suil tersebut untuk panggil Burok bukan diri Hodong. Puku menunjukkan nota arahan tersebut kepada Hodong. Puku keluarkan pedang dan hunuskan ke leher Hodong tapi dia tidak jadi bunuh dan sanggup bagi peluang kepada Hodong. Puku bakar kertas arahan tersebut. Lahee yang menyedari suaminya berlari keluar dari bilik mereka untuk mencari Puku telah mengejar dengan pedang ditangannya.....dia ingin bunuh Puku tapi dihalang oleh Panglima Wang Hoi.

Rancangan Hodong terbongkar.....dia membuat rancangan untuk keluar dari Nakrang dan balik ke Goguryeo dengan alasan bapanya sakit tenat. Di Goguryeo....Hodong memujuk Lahee supaya balik ke Nakrang dan musnahkan drum mistik tersebut jika Lahee cintakan dirinya. Hodong memang hebat dalam memujuk sehingga Lahee bersetuju. Lahee akhirnya khianati negara nya sendiri dan koyak Drum mistik dan bunuh Puku. Goguryeo berjaya menyerang Nakrang dan menakluki Nakrang. Raja Choi Ri telah dihina dan dihukum pancung.....Raja choi Ri meminta supaya menantunya Putera Hodong sendiri yang memancung lehernya. Hodong tanpa teragak-agak menghayun pedang ke leher Choi Ri tetapi tersentak apabila Choi Ri menyebut nama Ja Myung Go. Lahee dihukum rejam oleh rakyatnya sendiri sebab menjual negara kerana lelaki. Permaisuri Mo Ha So mati ketika cuba melindungi Lahee. Puku/ Ja Myung Go berjaya dilarikan oleh abangnya Hangkai dan mereka cuba selamatkan Ja Myung Go. Setahun berlalu.....Ja Myung Go memimpin pasukan tentera untuk memberontak atas kekejaman pemerintahan Maharaja Muilji.

Walaupun Hodong telah mengkhianati bapa mertuanya dan membunuh isterinya sendiri demi bapanya dan tahta Goguryeo tetapi bapanya tetap tidak menjadikan dirinya sebagai Putera Mahkota. Bapanya mengarahkan Putera Hodong bunuh Puteri Ja Myung Go. Akibat pengarah cuba untuk memendekkan drama ini sehingga menjadikan episod-episod terakhir penuh dengan kelemahan....drama tidak dibuat dengan baik.


Sepatutnya episod terakhir drama ini penuh dengan kesedihan dan tragik tetapi pengarah gagal mengarapkan episod ini dengan sempurna. Anda tidak rasa kesedihan drama ini. Putera Hodong begitu merindui Puku....apabila menemui Puku beliau memeluk Puku tetapi Puku hunuskan pedang ke arahnya dan menyerang dirinya. Hodong tidak mengeluarkan pedang dari sarung dan hanya mempertahankan diri dari serangan Puku. Tiba-tiba sahaja mereka sampai kat pantai......Puku menjerit supaya Hodong keluarkan pedangnya tetapi Hodong berkata jika dia keluarkan pedangnya....Puku akan mati. Akhirnya Hodong keluarkan pedangnya dan berjaya menjatuhkan pedang Puku dan meletakkan pedangnya dileher Puku....Puku tiba-tiba menepis pedang tersebut dan berjalan perlahan kearah Hodong sambil berkata "puku terlalu rindukan Hodong" dan memeluk lelaki itu. Hodong lepaskan pedangnya dan memeluk Puku.....Puku keluarkan pisau dan tikam Hodong didadanya. Tiba-tiba ada unggun api.....Puku memangku Hodong sambil menangis. Pasukan tentera Goguryeo datang ke arah mereka.....Hodong yang tidak sanggup membiarkan Puku ditangkap telah mengambil pedang dan memeluk Puku. Hodong tikam belakang Puku dan pedang tersebut menembusi tubuh Puku dan tubuhnya sendiri. Dia mati bersama Puku.

Puku tidak pernah mempercayai Hodong terlalu mencintai dirinya.....ketika Puku meniup alat siul di penjara Nakrang, Hodong yang sedang dihukum berkurung di istana oleh bapanya tapi Hodong sanggup larikan diri dari sitana dan tindakan tersebut seolah-olah mencabar maharaja yang zalim itu dan sudah tentu hukumannya berat buat Hodong tetapi kerana cinta beliau sanggup lawan tetapi apabila dia sampai, Puku mengkhianati dirinya. Hodong dijanjikan kedudukan Putera Mahkota jika berjaya tangkap Puteri Ja Myung Go.....kedudukan sudah dalam tangannya tetapi dia tidak sanggup melihat Puku ditangkap dan diseksa oleh tentera ayahnya.....dia sanggup tikam Puku dan dirinya sendiri supaya mereka mati bersama. 

Jika anda lihat plot cerita sudah terlalu bagus.....tapi drama ini gagal mendapat rating sebab lakunan lemah para pelakon dan terlalu banyak plot jahat sehingga penonton letih nak tengok. Selalunya bila saya tengok drama korea.....jika tidak menarik saya akan tinggalkan sahaja tetapi drama nie walaupun tidak menarik.....saya sanggup tengok jugak walaupun ambil masa dekat 2 minggu nak habiskan 39 episod sebab saya suka jalan ceritanya.

Jika anda ingin menonton, boleh cuba di laman web ini

1. Dramafans
2. Dramacrazy
3. Epdrama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...