Wednesday, March 14, 2012

Sealed with a kiss


Minggu lepas saya menonton c-drama yang bertajuk Sealed with a kiss. Drama terbitan 2011, ia merupakan drama yang diadaptasi dari internet novel. Drama nie hanya boleh ditonton di Viki.com serta youtube sahaja. Drama nie mengandungi 30 episod tetapi hanya 20 episod yang mempunyai terjemahan bahasa English. Drama nie bagi saya agak menarik juga jalan ceritanya. Yang menarik minat saya untuk terus menonton adalah disebabkan oleh lakunan Hawick Lau sahaja yang memegang watak Mo Shao Qian dan bukan disebabkan drama ini sangat. Lakonan terbaik dari Hawick dalam mendalami watak Mo Shao Qian menyebabkan saya terus menonton sehingga ke episod 20 (sebab terjemahan setakat 20 episod sahaja). Kebiasaaan bagi watak hero selalunya akan digambarkan sebagai seorang lelaki kacak, menarik, baik dan sempurna tetapi hero dalam drama nie mempunyai sifat bertentangan.  Lelaki yang sangat kacak, bersikap gentlemen dan cukup sempurna jika dilihat dari luaran tetapi disebaliknya berwatak kejam dan penuh muslihat. Watak devil yang dibawa cukup berkesan sehingga anda terpesona dengan perubahan wajah dan riak muka beliau....keliru dengan sikap beliau dan dalam masa yang sama membenci beliau dan ada ketika mengasihani beliau. Jika lelaki seperti ini berada diluar, dia memang patut dibenci sebab melayan wanita seperti sampah tetapi ini adalah drama dan kita sebagai penonton dapat melihat sisi dalaman maka kita berharap dia mendapat kebahagian. Lakonan pelakon utama wanita yang membawa watak Tong Xue tidak begitu berkesan....nampak sangat kelemahan dan menjadikan kita tidak begitu bersimpati dengannya. Disebabkan kelemahan lakonan Tong Xue dan kelemahan dalam membentuk watak Tong Xue telah menyebabkan kita lebih bersimpati dengan penderanya iaitu lelaki psiko dan bukan si mangsa. Jika watak ini dibawa oleh pelakon wanita yang lain dan dibawa dengan baik.....drama ini pasti hit dan mampu mengatasi BBJX.
Drama dimulakan dengan kelibat seorang pelajar kolej yang berjalan sambil berpayung didalam hujan menuju ke rumah tepi pantai yang atap biru dan berdinding putih. Pintu bilik ditutup, pelajar perempuan tersebut iaitu Tong Xue memandang muka lelaki yang sedang duduk dikerusi. lelaki tersebut memandangnya dengan wajah sinis....Tong Xue terkejut apabila lelaki itu melemparkan kertas dihadapannya dan menjerit sambil bertanya apa yang lelaki itu mahu.....wajah lelaki itu berubah dan memandangnya dengan wajah benci sambil berkata 'strip'. Pelajar itu ketakutan dan sambil menangis, beliau menanggalkan pakaiannya dihadapan lelaki tersebut. Tong Hue terkejut bangun dari tidur.....beliau masih bermimpi kejadian yang menyebabkan beliau berada di agam mewah lelaki tersebut. Dia bangun dan bersiap untuk keluar, beliau bertanya kepada pembantu rumah samaada Mr Mo ada memberitahu bila dia akan pulang....pembantu rumah menjawap beliau tidak tahu.



Tong Hue berjalan keluar dari rumah mewah tersebut tanpa menyedari bahawa Mr Mo mengikutinya dari belakang. Mr Mo senyum sinis bagaikan kucing yang sedang bermain dengan tikus tangkapan yang berada dalam tangannya. Tong Xue pergi menziarahi kubur ayah dan ibunya....Tong bercakap dihadapan makam....memberitahu ayah dan ibunya bahawa dia telah gemuk sikit sekarang, jika ayah dan ibunya tahu akan kehidupannya sekarang tentu mereka akan malu dengannya tetapi Tong Xue meminta supaya mereka jangan bimbang kerana beliau akan keluar dari situ....beliau meminta supaya ayah dan ibunya melindungi keluarga bapa saudaranya dan juga kekasihnya Xiao Shan. Mr Mo yang mengikuti dari belakang mendengar ucapan Tong Xue dan dengan muka bengis dan penuh kebencian, beliau kembali ke kereta dan menelefon Tong Xue bertanya gadis itu dimana sekarang. Tong Xue menjawap panggilan itu dengan ketakutan dan berbohong dengan mengatakan bahawa beliau berada di Pusat membeli belah dan sedang shopping. Mr Mo bertanya samaada gadis itu ada membeli apa-apa. Tong Hue menipu lagi mengatakan bahawa beliau membeli gaun....Mr Mo bertanya samaada gaun itu berwarna putih (warna kegemaran dia)...Tong Xue menjawap ya....Mr Mo berkata dalam masa 30 minit beliau akan menjemput Tong Xue di Pusat membeli belah. Tong Hue kelam kabut menelefon rakannya dan meminta tolong belikan beliau gaun berwarna putih sambil berlari dari perkuburan dan menuju ke Pusat membeli belah. Mr Mo dalam kereta memandang gadis yang ketakutan itu dengan senyuman sinisnya.

Shao Qian (Mr Mo) sampai di pusat membeli belah dan bertembung dengan rakan Tong Xue iaitu Yue Ying sehingga menyebabkan gadis itu terjatuh dan terseliuh. Pada mulanya Yue Ying hendak marah tetapi apabila melihat dihadapannya adalah seorang lelaki yang kacak, beliau terus tidak jadi marah.... lelaki itu tersenyum sambil meminta maaf dan membantu beliau. Disebalik tiang, ada lelaki sedang mengambil gambar mereka. Shao Qian perasaan dan terus memimpin gadis itu menuju ke kereta. Sampai dikereta Yue Ying, Shao Qian cepat-cepat berlalu ke keretanya tetapi sempat meminta maaf kerana akan menyusahkan gadis itu dikemudian hari (dia merujuk kepada gambar yang diambil oleh lelaki disebalik tiang)


Tong Xue sampai di Pusat membeli belah, Shao Qian meminta pemandunya supaya cepat-cepat berlalu dari situ sebab dia telah dikesan. Tong Xue memasuki kereta Yue Ying dan mengambil gaun yang dibeli oleh Yue Ying dan tergesa-gesa pergi selepas Shao Qian menelefon memberitahu beliau tidak jadi mengambilnya dan menunggu dirumah.

Tong Xue sampai di rumah mewah itu dan terus masuk biliknya untuk tukar pakaian dan memakai kameja Shao Qian. Tong Xue cuci muka dan tenangkan diri sebelum masuk ke bilik Shao Qian yang sedang duduk dibirai katil.





Tong Xue memandang wajah Shao Qian yang tegang....Shao Qiao memandang Tong Xue yang masuk ke biliknya hanya memakai kameja beliau sambil senyum sinis....Tong Xue tunduk dan bukak kasut Shao Qian. Disini kita dapat lihat bagaimana kejamnya Shao Qian mendera mental dan perasaan Tong Xue dengan mengeluarkan perkataan hinaan. Ini cara Shao Qian mendera Tong Xue. Beliau seolah-olah rasa gembira dan puas apabila gadis itu dihina.....dia bermain dengan mental dan emosi Tong Xue. Bila gadis itu melawan....dia akan guna ugutan pula...dia beri amaran supaya gadis itu taat dan patuh padanya setiap masa....Tong Xue masih melawan dan keluar dari bilik Shao Qian dan pergi ke biliknya untuk tukar pakaian....Shao Qian ikut dari belakang dan masih provoke Tong Xue. Bila dia buat Tong Xue marah dan benci kepadanya......dia tunjukkan kotak cincin yang mengandungi sebentuk cincin batu zambrud....Tong Xue ambil kotak tersebut tetapi tidak membukanya kerana gadis itu masih marah sebab bapanya dihina oleh Shao Qian. Shao Qian minta supaya Tong Xue tidak keluar sebab buruk akibatnya jika tentang arahannya.....Tong Xue tidak peduli dan terus keluar untuk pergi ketempat kerjanya.

Shao Qian lelaki yang amat berpengaruh dan berkuasa....bila Tong Xue pergi ke pejabatnya...beliau dapati bahawa projek hiasan dalamannya telah ditarik balik....bila diselidik baru diketahui bahawa itu adalah arahan Shao Qian. Tong Xue pergi kerumah pak ciknya untuk majlis makan sempena kematian ibubapanya. Shao Qian ikut pergi kerumah pak ciknya itu dan menyebabkan Tong Xue panik dan cepat-cepat mengajak Shao Qian keluar dari situ. Sebelum keluar Shao Qian menyerahkan kotak cincin zamrud(hadiah yang diberi kepada Tong Xue tetapi gadis itu tidak buka) kepada isteri pakciknya. Dalam perjalanan balik....kereta berhenti dihadapan sebuah restoran, Tong Xue terkejut dan ketakutan sambil menjerit meminta Shao Qian berhenti.....Shao Qian berkata ini akibatnya jika lawan arahan beliau dan tarik tangan Tong Xue supaya keluar dari kereta. Bila dia lihat Tong Xue menjerit-jerit ketakutan....dia tersenyum puas....itu yang dia mahu.

Sampai dirumah, Shao Qian meminta gadis itu melayannya........Tong Xue meminta supaya beliau tidak diganggu pada malam itu dan cuba menghalau Shao Qian keluar dari biliknya....sebelum keluar Shao Qian sempat memberikan amaran sekali lagi tentang akibat yang Tong Xue akan terima jika tidak patuh pada permintaannya. Tong Xue mula sedar dan panik...terus berlari dan memeluk belakang Shao Qian sambil minta maaf.


Dalam separuh episod 1, adegan Shao Qian bersama Tong Xue memberikan kita gambaran akan sikap jahat dan kejam Shao Qian. Ketika ini kita benci kepada beliau sebab memanipulasi dan mendera mental dan emosi Tong Xue. Seorang lelaki yang memerangkap pelajar tahun 2 sebuah kolej untuk menjadi perempuan simpanannya dan melayan gadis itu dengan kejam secara mental walaupun beliau tidak mendera secara fizikal.

Tetapi prespektif kita akan berubah apabila melihat perwatak beliau ketika menghadapi situasi dimana pekerja setia bapanya cuba mengugut untuk membunuh diri. Shao Qian berubah menjadi lelaki yang baik, bertanggungjawap dan menyayangi semua pekerja lama syarikat bapanya dan cuba melindungi mereka daripada Mu Group.

Bila kita menonton episod 1, banyak persoalan yang timbul dan inilah drama yang memulakan cerita dengan menimbulkan persoalan demi persoalan dan menyebabkan kita ingin terus menonton bagi mendapatkan jawapan kepada persoalan tersebut.

1. Kenapa Shao Qian mendapatkan gadis itu dengan cara yang hina (mengugut dan kemudian meminta dia bogel dihadapannya)
2. Kenapa setelah 2 tahun, Tong Xue masih berada dalam gengaman Shao Qian. kenapa gadis itu terlalu takut kepadanya.
3. Kenapa Tong Xue perlu menipu jika hanya hendak pergi ke makam ibubapanya. Kenapa Shao Qian terlalu membenci bapa Tong Xue.
4. Bapa Tong Xue adalah lelaki biasa, apa kesalahannya sehingga Shao Qian terlalu membencinya.
5. Apa kesalahan bapa saudara Tong Xue sehingga Shao Qian guna untuk ugut Tong Xue.
6. Kenapa Shao Qian marah apabila lihat Tong Xue tidak menumpukan perhatian terhadapnya ketika 'melayannya' sebaliknya gadis itu sedang memikirkan kekasihnya Ziao Shan. Shao Qian mengamuk......dia seolah-olah cemburu tetapi mengapa dia cemburu sedangkan dia terlalu benci kepada gadis itu.

 Sealed with a kiss(SWAK) sebuah drama yang meberikan kita dua emosi yang berbeza terhadap satu watak....bermula dengan benci akan Shao Qian dan kemudian kita bersimpati dan 'jatuh cinta' dengan Shao Qian.


Selepas menonton dari satu episod kepada satu episod barulah kita mendapat jawapan bagi setiap persoalan yang timbul yang timbul dari episod 1. SWAK adalah drama yang kemukakan 2 tema iaitu torture love dan business game. Jangan harapkan happy ending bagi cerita torture love....tetapi selalunya kita dapat agak jika wujud tema torture love maka akan wujud stockholm syndrome dimana mangsa akan jatuh cinta kepada penderannya.

Untuk jatuh cinta kepada lelaki ini......ia adalah sesuatu yang amat menakutkan. Lelaki ini adalah 'milik' Mu Yong Fei, wanita licik dan scheming yang penuh tipu muslihat dan menakutkan. Perempuan kejam.....lebih kejam dari Mo Shao Qian. Mu Yong Fei anak gadis kesayangan Mr Mu, pengarah Mu Group. Dia jatuh cinta kepada Mo Shao Qian ketika majlis lelongan lampu antik yang mana Shao Qian cuba dapatkan lampu itu untuk dihadiahkan kepada ayahnya. Yong Fei cuba dapatkan lelaki ini walau dengan apa cara sekalipun. Dia telah mengatur rancangan dan memberi rasuah kepada ayah Tong Xue untuk membocorkan maklumat dalam syarikat sehingga menyebabkan syarikat Yuan Zhong jatuh bangkrap serta menyebabkan kematian ayah Shao Qian. Untuk menyelamatkan syarikat Yuan Zhong, Mo Shao Qian terpaksa berkahwin dengan Mu Yong Fei dan mengorbankan kebahagian dirinya apabila memilih jalan tersebut. Personaliti dan watak buruk Mu Yong Fei timbul ketika malam perkahwinan mereka sehingga menyebabkan Shao Qian meninggalkan bilik itu dan dia tidak menjalankan tanggungjawapnya sebagai suami dan hanya berlakon sahaja kerana taruhan perkahwinan itu amat besar iaitu jika Zhao Qian ingin bercerai beliau terpaksa menyerahkan Yuan Zhong kepada Yong Fei. Shao Qian menderita selama 10 tahun dalam perkahwinan yang teruk dan bertambah teruk apabila isterinya itu terlalu obses terhadap dirinya.....mengikuti dan menjejaki setiap pergerakannya dan bertindak kejam terhadap wanita yang didampinginya.

Mo Shao Qian cuba mendapatkan kembali haknya iatu syarikat Yuan Zhong yang telah dikuasai oleh bapa mertuanya seorang ahli perniagaan yang tidak berhati perut. Dia terpaksa tunduk kepada arahan bapa mertuanya dan menhadapi kehidupan yang tidak bahagia bersama isteri yang mempunyai masalah mental. kehidupan yang tidak bahagia yang beliau terpaksa tempuh bermula di usia 23 tahun ini adalah diakibatkan oleh seorang lelaki yang bernama Tong Wen. Dia berdendam selama 10 tahun....dan setiap tahun beliau akan pergi ke kubur Tong Wen. Dari situ beliau mengetahui bahawa Tong Xue, pekerja restoran yang beliau sering kunjungi itu dan wanita pertama yang beliau jatuh hati adalah anak perempuan kepada lelaki yang memusnahkan hidupnya.

Shao Qian mula menyiasat dan menyelidiki latar belakang Tong Xue. Beliau mendapati Tong Xue tinggal bersama bapa saudaranya yang mempunyai seorang isteri dan anak dan kehidupan mereka adalah sederhana. Bapa saudara Tong Xue telah melakukan kesalahan menerima rasuah dan Shao Qian mendapatkan semua bukti tersebut dan mengunakannya untuk ugut gadis yang masih belajar ditahun 2 sebuah kolej untuk menjadi perempuan simpanannya.

Shao Qian mendera Tong Xue secara mental dan emosi sehingga Tong Xue sentiasa dalam ketakutan apabila berhadapan dengan lelaki ini. Dia ingin Tong Xue merasa 'seksa' sebagaimana dia terseksa berada dalam keluarga Mu. walaupun dia mendera gadis ini tetapi jika moodnya baik, dia akan belikan hadiah mahal untuk gadis ini dan bawa gadis ini berjalan-jalan diluar negara tetapi dia tidak akan tunjukkan sikap baik atau wajah mesra dihadapan gadis ini. Perkara yang paling dia takut adalah apabila hatinya lembut kepada gadis ini.....jika keadaan itu berlaku dia akan berusaha semula untuk menimbulkan kebencian terhadap gadis ini. Tong Xue pula sentiasa berusaha untuk bebas dari gengaman Shao Qian. Shao Qian berkata dia hanya akan melepaskan Tong Xue jika dia mula jemu dengan gadis itu. Sebab itu gadis itu perlu patuh dan taat kepada nya supaya beliau tidak melakukan sesuatu yang akan mengakibatkan keluarga bapa saudaranya dan rakannya baik diganggu. Shao Qian mengunakan kerjaya Tong Xue, bapa saudaranya dan rakannya Yue Ying sebagai alat untuk manipulasi Tong Xue.


Tong Xue menyedari bahawa Shao Qian membenci dirinya tetapi beliau tidak mengetahui sebabnya. Setiap layanan dia terhadap Shao Qian adalah disebabkan atas alasan melindungi orang-orang yang dia sayangi. Dia tidak ikhlas melayan Shao Qian....di fikiranya hanya ada kekasihnya Xiao Shan dan barang kesayangannya adalah lipatan burung jenjang yang dibuat oleh kekasihnya itu. Dia tidak pernah membalas ciuman Shao Qian. Shao Qian akan dera mental dan emosinya.....menghina dan mengugutnya sehingga dia ketakutan dan marah....kemudian Shao Qian akan menidurinya tanpa memikirkan perasaan Tong Xue.

Shao Qian sebenarnya dalam diam mencintai gadis ini. Dia melindungi gadis ini dengan caranya sendiri. Dia membuat skandal diluar dan membawa masuk model yang memikatnya kedalam bilik hotel supaya isterinya tahu tetapi dia tidak pernah meniduri mereka walaupun model tersebut bogel dihadapannya. Isterinya akan jadi gila dan terus mengacau model tersebut. Ini caranya supaya perhatian isterinya teralih daripada mengesan Tong Xue. Rancangan Shao Qian berjaya sebab dia berjaya melindungi Tong Xue selama 2 tahun tanpa gangguan wanita gila tersebut.

Dia juga cemburu dan bila dia cemburu....perangainya lebih teruk dari kanak-kanak. Satu malam bila dia lihat Tong Xue dihantar oleh Mu Chang He (adik ipar Shao Qian) dan gadis itu tersenyum mesra (senyuman yang tidak pernah diberikan kepada Shao Qian). Shao Qian merajuk dan masuk baring dalam bilik tanpa menukar bajunya. Tong Xue cuba memujuk dengan memeluknya dari belakang tetapi Shao Qian tepis dengan kuat sehingga gadis itu terpelanting ke belakang, kali ketiga Tong Xue cuba peluk tetapi kali ini Shao Qian menolak dengan lebih kuat sehingga Tong Xue terpelanting dan menyebabkan lampu antik ditepi katil terjatuh dan pecah. Tong Xue ketakutan apabila melihat riak wajah Shao Qian sebab lampu antik itu barang kesayangan beliau. Akibat panik, dia terhumban ke atas pecahan pasu tersebut dan belakangnya cedera teruk. Disini kita dapat lihat wajah risau Shao Qian....dia panik dan sedih. Riak wajah yang berbeza dengan wajah kejam yang selalu dia tunjukkan.

Bila dia dapat tahu adik iparnya mengintip pergerakan dirinya....Shao Qian pergi menemui adik iparnya itu bagi memastikan samaada adik iparnya mengesyaki Tong Xue. Hiasan dalaman rumah Mu Chang He adalah hasil kerja Tong Xue dan Shao Qian ambil peluang untuk lihat kerja Tong Xue dan dia dapati bahawa adik iparnya itu tertarik kepada Tong Xue. Penyiasat upahan adik iparnya itu tersilap menjejaki dan menyangka Yue Ying sebagai wanita simpanan Shao Qian dan tidak menyangka bahawa Tong Xue adalah wanita tersebut. Oleh kerana Shao Qian melihat bahawa adik iparnya ada hati pada Tong Xue, dia telah membuat rancangan dengan meminta supaya Tong Xue bersiap cantik sebab dia ingin bawa gadis itu makan. Sampai direstoran, Tong Xue pelik sebab ada tetamu yang sedang tunggu mereka (Shao Qian tidak pernah memperkenalkan dirinya kepada sesiapa). Bila melihat Mu Chang He, wajahnya berubah begitu juga Mu chang He.....Tong Xue minta diri untuk ketandas tetapi pandangan mata Shao Qian menyebabkan Tong Xue tunduk ketakutan. Mu Chang He melihat gadis ini ketakutan....Shao Qian memgunakan peluang itu untuk menunjukkan kemesraan dengan menyentuh wajah Tong Xue dihadapan Mu Chang He supaya lelaki itu cemburu. Shao Qian hendak tunjukkan kepada Mu Chang he bahawa itu adalah wanita miliknya tanpa takut adik iparnya beritahu kepada Mu Yong fei.

Mu Chang He tidak percaya gadis seperi Tong Xue adalah perempuan simpanan lelaki yang telah beristeri. Dia tidak percaya gadis itu sanggup hidup kotor hanya kerana duit sebab Tong Xue bekerja sebagai pekerja hiasan dalaman dan peribadi gadis itu bukan seperti wanita pisau cukur. Tong Xue telah bercerita kepada Chang He bagaimana dia diperangkap oleh Shao Qian dan mengatakan bahawa rakan bapa saudaranya telah memperdayakan beliau untuk pergi ke rumah tepi pantai tersebut dengan alasan untuk mengajar tuisyen. Dalam masa yang sama, Shao Qian bercerita kepada ibunya bagaimana dia menemui Tong Xue. Cerita mereka berdua memperjelaskan persoalan awal bagaimana Tong Xue boleh menjadi perempuan simpanan Shao Qian. Ibu Shao Qian meminta supaya Tong Xue dilepaskan sebab gadis itu tidak bersalah dan megapa gadis itu perlu bayar kesalahan bapanya. Shao Qian berdegil dan tidak mahu melepaskan Tong Xue. Setelah Mu Chang He mendengar cerita Tong Xue dia cuba membantu gadis itu untuk keluar dari gengaman Shao Qian.

Mu Chang He menyiasat berkenaan dengan bapa saudara Tong Xue dan beliau mendapati bahwa sebenarnya bapa saudaranya yang dipercayai dan disayangi oleh Tong Xue adalah orang yang menjual gadis itu kepada Shao Qian. Apabila rahsia ini diberitahu kepada Tong Xue....Tong Xue menerima berita tersebut dengan perasaan terkejut dan hatinya pedih menderita. Shao Qian pada mulanya mengamuk dan menumbuk Mu Chang He....ibunya berkata Shao Qian takut kehilangan gadis itu dan mula bertindak seperti lelaki normal tetapi Shao Qian berkata dia berharap bahawa dirinya sendiri yang beritahu Tong Xue bahawa bapa saudaranya yang menjual gadis itu kepada nya dan dia ingin lihat wajah kecewa Tong Xue bila dikhianati oleh orang kepercayaannya sebagaimana ayahnaya kecewa dikhianati oleh Tong Wen.

Tong Xue melarikan diri daripada Shao Qian dan pergi mendapatkan perlindungan kekasihnya Xiao Shan. Mereka bersembunyi disebuah kawasan pendalaman tetapi akhirnya berjaya dikesan oleh Shao Qian dengan bantuan teman wanita Xiao Shan dan dibawa pulang ke kediaman mewahnya semula.

Isteri Shao Qian berjaya mengesan Tong Xue dan mula menyerang dan cuba memusnahkan hidup gadis itu sebagaimana yang dia lakukan terhadap semua wanita yang cuba mendampingi Shao Qian tetapi beliau terkejut apabila melihat Shao Qian melindungi Tong Xue. Tahulah dia bahwa Shao Qian mencintai gadis itu.....berbeza dengan wanita-wanita lain sebelum ini.....Shao Qian hanya membiarkan sahaja mereka dibuli olehnya. Dia mula merancang merosakkan hubungan mereka dengan membongkarkan rahsia tentang ayah Tong Xue dan mengapa Shao Qian membenci Tong Xue. Tong Xue sekali lagi terkejut dengan berita tersebut dan bila berhadapan dengan Shao Qian, gadis itu seperti histeria menjerit-jerit sehingga menyebabkan Shao Qian menamparnya dengan kuat sehingga gadis itu pengsan. Yong Fei melihat dari jauh dan tersenyum. Shao Qian keluar dan mendapati isterinya itu berada dihadapan rumahnya. Yong fei mendedahkan bahawa dirinya yang membongkarkan rahsia tersebut dan meminta Shao Qian menamparnya sebagaimana dia tampar Tong Xue. Shao Qian beritahu isterinya itu, dia hanya pukul wanita miliknya sahaja dan dia tidak akan pukul perempuan lain.

Pada malam itu Shao Qian dan Tong Xue bertengkar dan bergaduh dengan teruk sambil menjerit bahawa mereka membenci antara satu sama lain. Shao Qian mengamuk dan memecahkan barang-barang dalam bilik tersebut. Pergaduhan mereka menakutkan pemandu dan pembantu rumah, sehingga mereka terpaksa minta bantuan ibu Shao Qian. Shao Qian yang tidak mampu mengawal emosinya telah mencekik leher Tong Xue dan menjerit bahawa dia ingin membunuhnya. Ibu Shao Qian sempat sampai ke rumah itu dan memujuk Shao Qian melepaskan Tong Xue......Shao Qian menarik Tong Xue dari bilik dan menghumban dia kebawah dan menjerit supaya gadis itu keluar dari rumahnya. Tong Xue berlari keluar ketakutan dan dia akhirnya bebas dari gengaman Shao Qian....dia keluar dengan tanda lebam dilehernya dan bengkak dipipinya serta darah Shao Qian dipipinya....berjalan tanpa kasut....hanya sehelai sepinggang.

Setelah bebas dari gengaman Shao Qian, Tong Xue duduk di rumah rakan baiknya Yue Ying. Setelah keluar dari rumah itu, dia mendapati dia mengandung.....dia rahsiakan dari Shao Qian sebab lelaki itu pernah berkata bahawa perempuan sepertinya tidak layak mengandung zuriatnya. Berita Shao Qian mengandung telah sampai ke pengetahuan Yong Fei....dia sekali lagi membuat rancangan buruk dengan memaklumkan kepada orang kanan Shao Qian iaitu Uncle Chen. Uncle Chen datang menyerang Tong Xue dan meminta Tong Xue menjauhkan diri dari Shao Qian dan dia sanggup bayar berapa banyakpun asalkan Tong Xue hilangkan diri. Uncle Chen mula bertindak kasar apabila Tong Xue tidak bersetuju dan mengejarnya dari belakang mengakibatkan Ting Xue jatuh dari tangga dan keguguran. Shao Qian yang ketika itu sedang berbincang dengan pelanggannya telah didatangi oleh Yong Fei dengan membawa 'berita gembira', kekasihnya Tong Xue telah mengugurkan kandungan sebab bencikan Shao Qian. Shao Qian terus meluru ke hospital dan bila melihat Tong Xue dikatil....dia terus meluru dan mencekik leher Tong Xue dengan mengatakan bahawa sudahlah ayahnya Tong Wen 'bunuh' ayahnya dan sekarang Tong Xue 'bunuh' anaknya pula. (lakonan Tong Xue amat lemah, beliau gagal menghayati watak sehingga kita tidak dapat merasai penderitaan Tong Xue tetapi Hawick lau walaupun dia membawa watak devil, dia dapat selami perasaan Shao Qian dan kita sebagai penonton turut simpati, sedih, benci dan marah bersama dengannya).

Ok setakat itu sahajalah episod ke 20 yang saya faham sebab ada terjemahan bahasa English. Tong Xue mengalami stockholm syndrome, dia jatuh cinta kepada penderanya. Walaupun dia berjaya keluar dari gengaman Shao Qian tetapi akhirnya dia kembali juga kepada Shao Qian dengan menjadikan dirinya sebagai cagaran jika Shao Qian membantu menyelamatkan perniagaan bapa Yue Ying yang hampir bangkrap (alasan tidak lojik, ketika ini saya rasa tidak menyesal sebab episod 21-30 tiada terjemahan sebab watak Tong Xue sebagai wanita yang bodoh dan lemah).....dia menjadikan Shao Qian bertambah menderita sebab Shao Qian berharap Tong Xue datang dalam hidupnya sebagai wanita yang mencintainya bukan sebagai cagaran. Shao Qian yang menyedari bahawa beliau terlalu menyintai Tong Xue telah melakukan pengorbanan yang paling besar iaitu dengan menyerahkan syarikat Yuan Zhong kepada Yong Fei sebagai balasan jika Yong Fei bersetuju bercerai dengannya dan tidak menganggu hidup Tong Xue. Perjuangan sia-sia Shao Qian selama 10 tahun untuk mendapatkan kembali syarikat ayahnya dan akhirnya diserahkan kepada Mu Group demi Tong Xue.

Yong Fei tetap menganggu hidup mereka dan akhirnya Tong Xue tinggalkan Shao Qian. Di lapangan terbang, ketika bagasi memasuki tempat pemeriksaan.....pegawai pemeriksa kastam membuka beg pakaian Tong Xue sebab ada imbasan bahan logam. Didalam beg itu terdapat handphone Shao Qian. Dia 'on' kan handphone tersebut dan terdapat perkataan 'I Love U', ada 3 keping gambar yang diambil oleh Shao Qian ketika dia sedang tidur.....Shao Qian senyum disisinya (gambar yang diambil secara sembunyi oleh Shao Qian)....didalam handphone tersebut hanya ada 2 nombor sahaja iaitu nombor ibunya dan no hp Tong Xue. Tong Xue menangis teresak-esak di lapangan terbang. Drama tamat disitu. Ok ending yang tergantung.....selepas ending begini, penonton tidak puas hati. pengarah drama ini cuba buat sambungan mini drama 10 episod tetapi hampas sebab karisma watak Shao Qian hilang....cerita sudah tidak menarik lagi.

Lakonan terbaik dalam drama ini selain Hawick Lau adalah watak Mu Yong Fei. Isteri yang kesepian, tidak dipedulikan oleh suaminya malah tidak pernah disentuh oleh suaminya, terlalu obses dan menyintai lelaki itu sehingga menjadikan ia sebagai matlamat hidupnya. Dia tidak mempunyai kerja lain selain dari mengintip pergerakan suaminya dan memusnnahkan wanita yang didampingi suaminya. Sentiasa berpakaian cantik supaya diberi sedikit perhatian oleh suaminya, melindungi suaminya walaupun ucapan terima kasih yang diterimanya adalah permintaan cerai. Dia adalah anak manja yang sentiasa dapat apa yang diingini, dia ingin memiliki Shao Qian dan tidak peduli dengan apa cara sekalipun termasuk menjadikan perkahwinannya sebagai kontrak perniagaan. Dia sangka dengan cara itu lelaki itu akan menyintainya jika mereka telah hidup sebagai suami isteri. Dia wanita yang berhati syaitan dan sentiasa memanipulasi orang disekelilingnya bagi mendapat apa yang diingininya....tetapi dalam masa yang sama dia adalah kakak yang baik dan penyayang, isteri yang melindungi suaminya. Anda benci kepadanya dan dalam masa yang sama anda kasihan kepadanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...