Ini adalah entri tertunggak yang telah lama saya tulis tetapi tidak dipostkan dalam blog. Banyak gambar-gambar yang saya print screen dari DVD telah hilang disebabkan laptop saya telah dicuri. Disebabkan itu, post ini terbengkalai. Hari nie saya terukan penulisan ini walaupun tidak dapat disertakan dengan gambar yang menarik tetapi ia lebih baik dari dibiarkan dalam 'draf post'.
Percintaan dalam BBJX adalah heart-breaking love.....jika anda jenis yang sukakan happy ending.....ini bukanlah drama untuk anda tonton. Jika anda jenis ratu air mata......drama ini akan membuatkan anda menangis teresak-esak terutama episod-episod terakhir. Saya cuba ringkaskan recap BBJX dengan mengambil aspek penting dalam drama ini iaitu berkaitan dengan 'heart-breaking love'. Walaupun ini adalah drama yang berdasarkan historical tetapi anda harus ingat ia bukan dekumentari sejarah....ia adalah adaptasi novel dan banyak khayalan dan tokok tambah.
Didalam drama BBJX, putera pilihan saya adalah Putera ke 14. Jika Ruoxi inginkan kehidupan yang tenang dan bebas dari tersepit dalam perebutan tahta antara putera-putera Kangxi....hanya putera 14 pilihan terbaik kerana hanya beliau sahaja yang lebih bernasib baik berbanding dengan nasib putera-putera yang lain. Walaupun Putera 14 tidak memiliki sikap lemah lembut dan gentlement seperti Putera 8 tetapi beliau adalah seorang yang memahami tapi sayang beliau tidak menyedari bahawa beliau menyintai Ruoxi kerana terlalu taat kepada Putera 8....bila beliau menyedari beliau menyintai Ruoxi segalanya terlambat sebab dihati Ruoxi hanya ada Putera 4.
Putera 14 adalah teman sepermainan Ruoxi ketika beliau berada di manor Putera 8. Biarpun Ruoxi rapat dengan Putera 14 tetapi mereka sering bergaduh disebabkan putera 14 mempunyai pemikiran yang berbeza dengan Ruoxi dan juga umur mereka juga sebaya. Putera 14 tidak berfikiran terbuka seperti putera 13, seorang yang panas baran, terburu-buru (careless) dalam tindakan, walaupun ia bijak dalam aspek ketenteraan tetapi beliau tidak bijak dalam aspek politik, seorang yang sangat memahami dan setia.
Putera 14 terlalu taksub dan kasihkan abangnya iaitu putera 8....apabila putera 8 memberitahu kepada putera 14 bahawa beliau ingin menjadikan Ruoxi sebagai ce'fujinnya...putera 14 terus berjanji akan membantu putera 8 mencapai hasratnya termasuk dengan meminta ibunya Consort De mengeluarkan nama Ruoxi dari pemilihan gundik Maharaja Kangxi.
Apabila Ruoxi terlepas dari pemilihan sebagai gundik, beliau ditempatkan sebagai 'lady in waiting @ Tea lady' disisi Maharaja Kangxi. Sepanjang tempoh Ruoxi berada di istana, putera 14 sering datang berjumpa dengan gadis itu dan putera 14 juga memerhati tingkahlaku Ruoxi. Beliau yang pertama sekali memarahi Ruoxi apabila Ruoxi menumpahkan tea panas dibahu Putera 10 bagi memdiamkan mulut celupar Putera 10 yang cuba menjerat Putera 4 dihadapan Maharaja Kangxi. Bagi putera 14, tindakan Ruoxi seolah-olah cuba membantu Putera 4.
Apabila Ruoxi bersama putera 14 mereka boleh berbual mesra tetapi apabila melibatkan hal Putera 8....putera 14 akan naik angin dan terus memarahi Ruoxi sehingga menjadikan Ruoxi takut dan hanya tunduk mendiamkan diri. Putera 14 memarahi Ruoxi kerana mengambil masa yang lama untuk menerima cinta Putera 8 walaupun putera 8 telah banyak membantu Ruoxi selama Ruoxi berada di istana malah menurut Putera 14, Putera 8 tidak berkahwin dalam tempoh beberapa tahun itu hanya kerana ingin menunggu Ruoxi sedangkan sebagai seorang putera, beliau boleh berkahwin ramai.
Walaubagaimanapun Ruoxi dan Putera 14 sering bergaduh tetapi mereka juga mempunyai saat-saat manis bersama. Kemesraan mereka jelas kelihatan ketika putera 14 menyelinap masuk ke khemah Ruoxi dengan menyamar sebagai lelaki mongolia ketika percutian Maharaja Kangxi di sempadan Tibet. Ruoxi pura-pura merajuk apabila putera 14 tidak membenarkan dia memegang misai palsu yang dipakai oleh putera 14. Senyuman yang paling manis kelihatan diwajah putera 14 ketika mereka bergurau malah Putera 14 yang terkenal sebagai seorang yang kasar dan panas baran serta menjaga statusnya sebagai putera boleh bersikap lemah lembut apabila menyapu ubat di tangan Ruoxi. Kelakuan mereka bagai sepasang kekasih muda yang merajuk dan kemudiannya bergurau senda....kelembutan Putera 14 terhadap Ruo Xi menghapuskan imej panas baran beliau.
Dalam perkemahan diraja di Mongolia, Ruoxi mengaturkan pertemuan rahsia antara putera 8 dengan putera 14 walaupun ia melanggar arahan Maharaja Kangxi malah Ruoxi sanggup menolong putera 14 dengan mengaku lelaki mongolia itu (putera 14 yang menyamar) sebagai kekasihnya ketika meminta bantuan Puteri Minmin(puteri Mongolia) menyembunyikan Putera 14 yang ketika itu diburu oleh Putera Mahkota yang mengambil kesempatan untuk menghapuskan putera 8 dan putera 14. Wajah terkejut Putera 14 jelas kelihatan apabila Ruoxi berlakun sebagai kekasihnya. Ketika ini Putera 14 terhutang budi kepada Ruoxi.
Ketika perkemahan ini, hubungan Ruoxi dan Putera 8 terjalin. Setelah berusaha dan menunggu selama 4 tahun akhirnya Putera 8 berjaya memiliki cinta Ruoxi. Berita gembira itu diberitahu oleh putera 8 kepada putera 14 dan putera 14 dengan gembira memberikan tunduk hormat kepada 'kakak iparnya'. Putera 8 memberitahu bahawa selepas kembali ke capital city, beliau akan memohon kepada Maharaja Kangxi untuk menjadikan Ruoxi sebagai ce'fujinnya.
Walaubagaimanapun rancangan Putera 8 tidak tercapai (percintaan mereka hanya sekejap sahaja)......Putera 14 menjadi marah kepada Ruoxi kerana menyangkakan bahawa Ruoxi cuba bermain dengan perasaan Putera 8. Kali ini Putera 14 bukan lagi hanya menengking dan memarahi Ruoxi malah dia mula bertindak kasar terhadap Ruoxi sehingga Ruoxi menjerit dan menangis. Pergaduhan mereka telah menjadi perkara biasa dikalangan putera-putera sehinggakan Putera 4 mengunakan Putera 14 untuk mengena Ruoxi.....Putera 4 menyatakan bahawa beliau tidak menyangka bahawa Ruoxi terlalu takut kepada Putera 14.
Sikap dan perasaan Putera 14 terhadap Ruoxi mula berubah apabila Ruoxi sanggup membahayakan nyawanya dalam perlumbaan kuda dengan mencucuk kuda dengan pencucuk rambutnya supaya kuda memecut laju bagi membolehkan Ruoxi memenangi perlumbaan tersebut. Pertaruhannya, jika Ruoxi memenangi perlumbaan tersebut Puteri Min-Min akan mendiamkan diri tentang hal Putera 14 yang menyamar sebagai lelaki mongolia dan jika Ruoxi kalah, Puteri Min-min akan memberitahu Maharaja. Tanpa memikirkan nyawanya Ruoxi sanggup memecut kuda supaya mememenangi perlumbangaan tersebut bagi melindungi Putera 14. Tindakan Ruoxi dan tindakan putera 13 yang sanggup melindungi Ruoxi walaupun tanpa mengetahui hal sebenar telah membuka mata Putera 14 terhadap keikhlasan Ruoxi dalam bersahabat. Bagi Ruoxi, persahabatannya tidak berasaskan balasan dan tidak menyebelahi mana-mana pihak....bagi Ruoxi semua putera-putera itu adalah sahabatnya dan dia akan melindungi mereka walaupun dengan nyawanya. Sejak itu sikap putera 14 terhadap Ruoxi mula berubah daripada menuduh Ruoxi secara melulu dan bertindak kasar kepada lebih memahami dan cuba menjadi sahabat baiknya.
Ketika Ruoxi dihukum melutut ditaman itu selepas memohon kepada Maharaja Kangxi supaya Luwu dibenarkan menemani Putera 13, hujan turun dengan lebat.....Putera 14 datang bersama Putera 8 untuk melihat keadaan Ruoxi tetapi ketika sampai mereka melihat Putera 4 sedang memeluk Ruoxi....pada mulanya Putera 14 sedikit marah tetapi dihalang oleh Putera 8. Selepas Putera 4 berlalu, putera 8 duduk melutut dan menasihati Ruoxi berhenti melutut dan fikirkan perasaan kakaknya Ruolan yang sakit tetapi Ruoxi tidak memandang muka Putera 8 dan hanya mengangkat hujung baju Putera 8 yang basah terkena air sebagai tanda "Engkau tuan....aku hamba...setakat itu sahaja hubungan kita". Putera 8 menepis tangan Ruoxi dengan marah dan terus bangun dan berlalu pergi. Putera 14 pula melutut dihadapan Ruoxi....ketika itu kita sangka dia akan memarahi Ruoxi sebagaimana selalu tetapi sebaliknya Putera 14 mengeluarkan bungkusan dari bajunya dan menyerahkan kepada Ruoxi. Bungkusan itu adalah kuih.....Ruoxi yang tidak makan beberapa hari telah memakan kuih tersebut dengan tersenyum. Ketika ini kita dapat rasakan hanya Putera 14 sahaja yang boleh terfikir bahawa Ruoxi kelaparan setelah melutut 2 hari tanpa makanan. Putera 14 bertanya kepada Ruoxi mengapa beliau melakukan semua ini untuk Putera 13....Ruoxi mengatakan bahawa beliau melakukan apa yang dia rasa patut dilakukan terhadap seorang kawan malah dia juga akan melakukan hal yang sama terhadap Putera 14.
Mendengar kata-kata Ruoxi, Putera 14 pula melutut dihadapan Maharaja meminta supaya dibenarkan Lu wu menemani Putera 13. Maharaja memerintahkan supaya Putera 14 melutut didalam hujan dihadapan court selama sehari semalam. Selepas Putera 14 melutut selama sehari semalam dan kemudian diikuti oleh semua Putera-putera Kangxi yang lain yang turut melutut dihadapan court.....kemudian barulah Maharaja Kangxi memaafkan Ruoxi yang ketika itu telah pengsan di taman dan membenarkan Luwu menemani Putera 13 didalam buangan dengan menukar status Luwu (bekas pelayan/pelacur) kepada orang gaji (dijadikan anak angkat oleh pengurus kediaman putera 14). Setelah sedar dari pengsan, Putera 14 dan Putera 10 adalah orang pertama yang melawat Ruoxi dan memaklumkan bahwa Luwu telah dibenarkan menemani Putera 13. Ketika itu Ruoxi terfikir "mereka adalah orang yang memerangkap Putera 13 dan mereka juga adalah orang yang melutut demi Putera 13".
Dalam tempoh Putera 13 dalam tahanan, Putera 14 lah yang sering menemani Ruoxi. Beliau sentiasa melawat kediaman Ruoxi secara terbuka tanpa berselindung dari dayang-dayang yang lain. Selepas peristiwa Putera 14 melutut demi putera 13, Maharaja Kangxi memandang tinggi terhadap Putera 14. Putera 14 menjadi kesayangan Maharaja Kangxi pada ketika itu. Setelah 2 tahun berlalu....Maharaja memanggil Ruoxi dan memberitahu bahawa beliau ingin menjadikan Ruoxi sebagai ce-fujin(isteri) Putera 14 kerana beliau mengetahui bahawa Ruoxi rapat dengan Putera 14. Ruoxi melutut dan menolak titah tersebut....ini menyebabkan Maharaja Kangxi murka dan memerintahkan supaya Ruoxi dihukum sebat sebanyak 20 kali dan di jatuhkan taraf dari seorang lady kepada kuli dan diletakkan di bahagian cucian pakaian eunuch (kedudukan kuli yang paling hina sekali di istana). Ruoxi merahsiakan hal tersebut dan tiada siapa yang mengetahui mengapa Ruoxi dihukum seberat itu kecuali putera 4.
Ketika berada di bahagian cucian....keadaan kesihatan Ruoxi mula menjadi bertambah teruk....walaupun Putera 14 sentiasa membantu dengan memberi habuan kepada eunuch yang menjaga bahagian tersebut supaya tidak mendera dan memberikan kerja yang teruk kepada Ruoxi. Putera 14 diperintahkan supaya memimpin bala tentera....Putera 14 menjadi terkenal dengan kehebatan beliau dalam peperangan. Setelah beberapa tahun.....Putera 14 pulang ke capital city dengan kejayaan peperangan dan Putera 14 mengambil kesempatan itu untuk memohon kepada Maharaja supaya membenarkan Ruoxi dijadikan sebagai isterinya. Maharaja Kangxi menolak, kemudian sekali lagi memohon supaya Ruoxi dijadikan isterinya.....ketika ini barulah Maharaja Kangxi memberitahu Putera 14 sebab mengapa Ruoxi dihukum seberat itu adalah kerana Ruoxi menolak titahnya untuk dijadikan isteri Putera 14.
Putera 14 dengan wajah kecewa (kita dapat lihat wajah tegang Putera 14 apabila merenung Ruoxi) telah berjumpa dengan Ruoxi dan menanyakan adakah Ruoxi begitu membencinya sehingga sanggup menolak menjadi isterinya dan sanggup hidup sebagai kuli dan sengsara di bahagian cucian tersebut. Ruoxi memberitahu keputusannya bukan disebabkan oleh Putera 14 tetapi disebabkan dirinya. Putera 14 berkata "disebabkan orang itu (putera 4)". Ruoxi diam.....ketika ini Putera 14 mengetahui betapa dalamnya cinta Ruoxi kepada Putera 4 sehingga sanggup menahan seksa disitu seumur hidup. Ruoxi bertanya mengapa Putera 14 sanggup melakukan semua itu untuk dirinya.....Putera 14 berkata dia telah berikrar untuk menjadi sahabat Ruoxi sebagaimana Putera 13 dan juga soulmatenya. Sekali lagi Putera 14 'melamar' Ruoxi sebagai isterinya jika Ruoxi tidak sanggup lagi hidup sebagai kuli....dia sanggup bawa Ruoxi keluar dari situ. Dia tidak memaksa Ruoxi dan tidak menjerit marah sebagaimana perangai selalunya.....kali ini beliau menjadi lelaki yang tenang dan memahami. Alangkah bagusnya jika Putera 14 bersikap begini sejak awal lagi. Sebenarnya ketika ini, ditangan beliau telah ada degree maharaja Kangxi yang menganugerahkan Ruoxi sebagai cefujinnya tetapi dia simpan dan diamkan diri sebab Ruoxi tidak menerima dirinya.
Setelah 8 tahun, Ruoxi menjadi kuli dan akhirnya dibebaskan apabila Maharaja Kangxi memaafkan Ruoxi dan memanggil beliau kembali kesisinya (dalam tahun terakhir pemerintahannya). Ketika ini Putera 14 berada di medan peperangan.
Putera 4 telah berjaya mengambil alih tahta dan menjadi Maharaja dengan gelaran Maharaja Yongzheng. Akhirnya Ruoxi berada disisi Maharaja Yongzheng....lelaki yang dicintai dan dirinduinya selama 10 tahun (8 tahun menahan seksaan sebagai kuli). Putera 14 telah diturunkan pangkatnya daripada Panglima tinggi diraja kepada bei'le yang menjaga perkuburan diraja. Ruoxi tidak dijadikan isteri secara rasmi oleh Maharaja Zongshen.....Putera 14 telah menyampaikan 'lamarannya' kali kedua dengan mengupah pengasuh puteri chenghuan (anak putera 13 dengan Luwu) supaya mengajar Chenghuan bermain satu lagu yang dimainkan dihadapan Ruoxi yang bermaksud bahawa sekiranya Ruoxi ingin keluar dari istana beliau akan membantu (keluar sebagai isterinya).
Lamaran ketiga dibuat ketika Ruoxi berada di kediaman Putera 8 ketika Ruolan sakit tenat. Putera 14 mempersoalkan status kedudukan Ruoxi disisi Maharaja, beliau tidak faham mengapa Maharaja masih belum mengahwini Ruoxi secara rasmi.....Putera 14 mengatakan bahawa jika Ruoxi ingin tinggalkan istana beliau akan bantu keluarkan Ruoxi dari situ.
Setelah setahun lebih berada disisi Maharaja Yongzheng sebagai wanita kesayangannya...... hubungan Ruoxi dengan Maharaja Yongzheng dalam keadaan kritikal....dan dalam keadaan terbaring sakit setelah pengsan beberapa hari, Ruoxi menulis perkataan 'Putera 14" ditapak tangan Putera 13. Ruoxi berbisik lemah 'saya setuju". Putera 13 yang tidak mengesyaki kesan buruk pesanan tersebut telah menyampaikan pesanan Ruoxi iaitu 'saya setuju' kepada Putera 14 dengan harapan Ruoxi akan kembali sembuh.
Beberapa hari kemudian, Putera 14 mengadap Maharaja Zongshen dengan membawa titah yang ditulis oleh Maharaja Kangxi dan memohon supaya wanita kesayangan Maharaja iaitu Maertai Ruoxi di anugerahkan sebagai ce'fujinnya sebagaimana yang ditulis dalam titah tersebut. Putera 13 terkejut....rupanya itulah maksud 'saya setuju'. Putera 4 telah 'merampas' tahta dari tangannya dan kali ini Putera 14 pula merampas wanita kesayangan Putera 4 dari tangan beliau. Dendan kedua adik beradik ini tidak berkesudahan dan mereka menyakiti antara satu sama lain tanpa menyedari mereka 'menyakiti' Ruoxi secara tidak langsung.
Ruoxi keluar dari istana sebagai ce'fujin Putera 14 walaubagaimanapun Maharaja Yongzheng mengarahkan supaya upacara perkahwinan tidak diadakan. Rouxi hidup dengan tenang dikediaman Putera 14....menghabiskan masanya dengan menulis caligrafi dan merindui kekasihnya iaitu Putera 4 (Maharaja Yongzheng) tanpa gangguan dari sesiapa (puak Putera 8). Setelah beberapa bulan dikediaman Putera 14, Ruoxi sakit tenat dan dan mulutnya sentiasa menyebut dan memanggil putera 4 (Maharaja Yongzheng). Ruoxi terlalu merindui kekasihnya itu. Dari sini kita lihat bagaimana Putera 14 berubah menjadi lelaki yang begitu memahami Ruoxi.....melindungi Ruoxi....beliau menjaga Ruoxi dan membiarkan Ruoxi melakukan apa yang dia suka, tidak memaksa Ruoxi melaksanakan tanggungjawapnya sebagai isteri dan sentiasa memastikan keselesaaan Ruoxi. Yang penting bagi lelaki ini.....Ruoxi berada disampingnya.
Ruoxi menulis surat terakhir kepada Maharaja Yongzheng dan meminta supaya Putera 14 menyampaikannya. Putera 14 mendapati tulisan Ruoxi menyamai tulisan Maharaja Yongzheng dan ia merupakan satu penderhakaan.....demi melindungi ce'fujinnya....Putera 14 memasukkan surat tersebut dalam envelop lain dan mengecop dengan tanda mohor Putera 14. Surat sampai ke tangan Maharaja tetapi menyangkakan bahawa surat tersebut adalah dari Putera 14 yang cuba provoke dia lagi (Putera 14 selalu menghantar puisi yang menimbulkan kemarahan Maharaja)....Maharaja memerintahkan supaya surat itu diketepikan. Ketika ini kita dapatkan rasakan perasaan cinta Putera 14 apabila beliau menyebut 'tulisan ce'fujinku (isteriku) menyerupai tulisan Maharaja". Beliau menyintai Ruoxi secara diam-diam.
Hari-hari terakhir Ruoxi adalah menunggu kedatangan Maharaja Yongzheng. Pada hari terakhir Ruoxi, beliau masih bersiap cantik memakai pakaian yang dihadiahkan oleh Putera 4 (dinyatakan dalam novel), meletakkan pin pencucuk rambut magnolia disanggulnya dan duduk diam menunggu Maharaja Yongzheng.....beliau tidak mampu lagi untuk duduk tegak dan hanya dipangku oleh Qiaohui....Putera 14 menyentuh pipi Ruoxi....Ruoxi menyebut "putera 4" dan membuka matanya tetapi bila melihat dihadapannya adalah Putera 14 dan bukan Putera 4.....Ruoxi kecewa.....putera 14 juga kecewa (isterinya menyebut nama lelaki lain disaat akhir ajalnya). Putera 14 membawa Ruoxi ke pivillion ditaman untuk melihat bunga-bunga yang berkembang dan mendengar muzik dari pemuzik yang dibawa khas untuk Ruoxi.
Ruoxi menghembus nafas terakhirnya didalam dakapan Putera 14. Sehingga saat-saat terakhir Ruoxi tidak dapat berjumpa dengan kekasihnya. Ruoxi berpesan supaya mayatnya dibakar dan abu mayatnya ditabur ketika angin bertiup kencang supaya roh beliau bebas. Putera 14 menangis kesedihan dan meraung....beliau kehilangan seseorang yang dicintainya dan disayanginya walaupun cintanya tidak berbalas. Didalam novel dinyatakan, Putera 14 mengucup dahi Ruoxi untuk kali pertama dan terakhir.
Setelah 7 hari selepas kematian Ruoxi barulah Maharaja Yongzheng mendapat khabar rasmi tentang kematian ce'fujin Putera 14 iaitu Maertai Ruoxi. Maharaja sampai ke kediaman Putera 14 dan mendapati di ruang tamu hanya ada papan tanda Ruoxi tanpa keranda. Maharaja memanggil nama Ruoxi kerana menyangka Ruoxi belum mati dan hanya bermain dengannya.
Putera 14 keluar dalam keadaan mabuk dan menangis....beliau menjerit marah mengapa maharaja baru datang sekarang sedangkan Ruoxi menunggu beberapa hari sehingga ke hari beliau menghembus nafasnya. Maharaja bertanya dimana Ruoxi....Putera 14 menjawap 'disini' sambil menunjuk bekas abu dan berkata dia telah membakar mayat Ruoxi (bukan kebiasaan masyarakat cina dahulu membakar mayat)Maharaja meluru ke arah Putera 14 dan cuba menumbuknya tetapi ditenangkan oleh Putera 13. Putera 13 meminta supaya mendengar penerangan Putera 14. Putera 14 menerangakn bahawa Ruoxi takut gelap, takut tubuhnya dimakan ulat, takut badannya busuk. Putera 14 menjerita bertanaya mengapa Maharaja baru datang sekarang Putera 13 berkata semua itu disebabkan sikap Putera 14 yang suka provoke Maharaja. Putera 14 menyedari kesalahannya dan menangis memegang kotak abu mayat Ruoxi.....beliau meminta maaf kepada Ruoxi kerana sikapnya Ruoxi tidak dapat menemui kekasihnya. Dia menceritakan bagaimana dia memaksa Ruoxi menyapu peluh didahinya dan menunjukkan sikap intim kepadanya supaya spy yang dihantar Maharaja melapurkan hal tersebut dan untuk menimbulkan kemarahan Maharaja....Putera 14 menyambung ketika dibawah pokok plum itu dia menyedari bahawa dia merindui kemesraan bersama Ruoxi dan dia.......Maharaja menjerit supaya Putera 14 diam (ketika ini Putera 14 cuba untuk mengaku dia menyintai Ruoxi).
Sekali lagi Putera 14 dan Maharaja Yongzheng bergaduh apabila Maharaja Yongzheng merampas abu mayat Ruoxi dari tangan Putera 14. Putera 14 menjerit marah menyatakan bahawa Ruoxi adalah isterinya. Maharaja menyatakan bahawa beliau tidak pernah mendaftarkan perkahwinan Putera 14 dengan Ruoxi malah malah mereka berdua juga tidak melangsungkan perkahwinan secara rasmi. Qiaohui meminta supaya Putera 14 menyerahkan abu mayat Ruoxi kepada Maharaja kerana itu kehendak Ruoxi untuk pulang kepada kekasihnya.
Putera 14 melutut dan menangis kesedihan....sehingga akhirnya Ruoxi tetap bukan miliknya. Perkahwinan mereka bagi Ruoxi hanya sekadar perkahwinan atas nama sahaja iaitu bagi membolehkan Ruoxi tinggalkan kurungan istana dan berada dalam jagaan Putera 14 sahabat baiknya. Putera 14 adalah 'white knight' yang melindungi Ruoxi.
No comments:
Post a Comment