The Greatest love, drama yang di tayangkan pada awal 2011 telah menarik minat saya menonton. Drama yang 'ringan' dan agak menghiburkan. Jika anda ingin ketawa.....tonton drama ini. Drama yang mengandungi adegan komedi, sedih, percintaan yang mendalam dan akhirnya kebahagian. Tidak perlu susah-susah fikir dan pening-pening kepala.....sesuai untuk hiburan.
Jika saya dalam kesedihan....selalunya saya jarang nak tonton drama atau filem yang 'berat', saya akan cari sesatu drama dan filem yang boleh buat saya ketawa. Pertengahan bulan lepas....rumah saya dipecah masuk dan banyak barang berharga kena curi termasuk laptop yang baru beli. sehari selepas itu....saya buat operation mata so kena cuti sakit selama 2 minggu. Berada dirumah tanpa minggu pertama tanpa boleh menonton atau melayari internet disebabkan mata masih belum elok memang menyeksakan. Selepas seminggu, saya boleh menonton.....mujur notebook HP lama tidak diambil so bolehlah saya menonton drama.
Saya cari drama yang mudah dan ringan.....yang boleh buat saya ketawa. Bila saya tonton drama nie memang saya ketawa....sangat menghiburkan. Satu-satunya drama yang buat kita terbahak-bahak ketawa dengan gelagat Dokko Jin memikat Ae Jung kemudian bersimpati dengan Pil Joo dan mengharapkan Ae Jung memilih lelaki ini, bersedih dengan Ae Jung yang dihina teruk......sedih dengan Dokko Jin yang berhadapan dengan dengan peminat fanatik yang menyumpah Ae Jung supaya mati apabila Dokko Jin mendedahkan kepada umum status hubungan mereka.....kerjaya Dokko Jin jatuh dan anda akan gembira apabila akhirnya mereka dapat bersama. Lucu, sedih dan gembira berada dalam satu drama.
Drama ini berkisar tentang bekas vokalis kumpulan Idol "national Treasure Girls" yang terkenal 10 tahun lepas Ku Ae Jung. Kumpulan yang mengandungi 4 orang ahli ini berpecah selepas Ae Jung menampar rakan sekumpulannya Kang Sa Re dan peristiwa itu diambil gambar oleh wartawan. Bila perpecahan kumpulan berlaku, Ae Jung dipersalahkan. Selepas perpecahan, Ae Jung cuba menyanyi solo tetapi disebotaj dan album tersebut gagal dan dia terus gagal selama 10 tahun.
Kisah sebenar disebalik perpecahan itu adalah apabila kang Sa Re yang dengki kepada Ae Jung telah memasukkan sesuatu dalam minuman Ae Jung walaubagaimanapun Mi Na yang telah meminum minuman tersebut dan keguguran. Mi Na, ahli kumpulan Idol tersebut telah bercinta dengan seorang lelaki kaya dan mengandung, dia cuba keluar dari kumpulan idol tersebut tetapi kontrak tidak membenarkan. Bila kandungannya gugur, harapan untuk bersama kekasihnya itu musnah.Ae Jung marah kepada Sa Re dan menamparnya tetapi malangnya ia berlaku ketika wartawan memasuki bilik tersebut. Selepas itu untuk menyelamatkan Mi Na, Ae Jung membubarkan kumpulan Idol tersebut dan melindungi rahsia Mi Na daripada sesiapa (rahsia dia mengandung). Budi baik Ae Jung kepada rakannya telah disalah anggap oleh wartawan dan orang ramai dan hidupnya menderita selepas itu sehinggalah 10 tahun kemudian....betapa susahnya dia hendak bangkit semula didalam dunia hiburan dan menyebabkan dia menjadi artis kelas bawahan. Nasib malang Ae Jung bukan setakat disitu dia terpaksa bekerja bagi menangung bapa, abang dan anak saudara. Dia terima semua kerja yang diberi tanpa mengira maruah diri sebagai seorang yang pernah berada dalam kategori artis kelas A. Ae Jung dianggap perempuan murah sebab dikatakan pernah mengandung dan gugurkan kandungan serta perempuan simpanan orang kaya (sebenarnya ini adalah diri Mi Na). Ae Jung tidak menjawap khabar angin dan fitnah tersebut demi menjaga maruah Mi Na dan menanggung tuduhan tersebut sendiri.
Dokko Jin (lakunan Cha Seung Won) adalah pelakon paling terkenal, artis kelas A. Dia dianggap sebagai perfect dan sexy man serta rendah diri dimata orang ramai. Realitinya dia angkuh, sombong, agak biadap, tiada sopan santun dan love moron (tidak reti bercinta). Satu hari Ae Jung bertembung dengan Dokko Jin di loby dan mereka memakai skaf yang sama. Skaf Ae Jung jatuh dalam mangkuk tandas dan Ae Jung cuba menukar dengan skaf Dokko Jin dan menyelinap masuk dalam bilik persalinan aktor tersebut. Ae Jung bersembunyi disebalik rak baju selepas aktor tersebut masuk bersama pengurusnya. Disini dia mendengar rahsia Dokko Jin dan selepas itu segala-galanya menjadi kelam kabut antara Ae Jung dan Dokko Jin sehinggalah satu hari Dokko Jin terdengar ring Tone lagu nyanyian kumpulan idol National Tresure Girls di handpone Ae Jung. 10 tahun lepas ketika menjalani pembedahan jantung, doktor pakar bedah telah memasang lagu nyanyian Ae Jung. Bila dia mendengar ring tone tersebut, jantungnya berdegup kencang. Dia sentiasa memakai jam pengukur degupan nadi....bila berdepan dengan Ae Jung bacaan nadinya menunjukkan 100 keatas melebihi range selamat iaitu 60-80. Dia mula memikat Ae Jung dengan dengan teknik love moronnya....yang mana sentiasa menyebabkan Ae Jung salah faham dan marah. Disini anda ketawa terbahak-bahak dengan gelagat Dokko Jin. Keluarga Ae Jung tidak sukakan Dokko Jin.
Yoon Pil Joo (lakunan Yoon Kye Sang) adalah doktor perubatan yang kaya serta mempunyai hospital sendiri. Lelaki yang berjaya, baik, sopan santun dan segala ciri-ciri lelaki yang sempurna terdapat dalam diri Pil Joo, cuma satu sahaja kelemahannya....dia anak mak. Dia dikawal oleh maknya. Pil Joo bertembung dengan Ae Jung apabila Ae Jung tersilap masuk bilik (sepatutnya bilik lain dimana pengurus Dokko Jin sedang menunggu) dan berlaku salah faham. Pil Joo sedang menunggu doktor wanita terkenal untuk menawarkan beliau bekerja di hospitalnya dan apabila Ae Jung masuk, dia menyangkakan itulah tetamu yang dia sedang tunggu. Dia mula berbincang dengan bertanya berapa bayaran yang wanita itu sanggup terima (berapa gaji yang dia hendak), Ae Jung salah sangka....dia ingat Pil Joon ingin 'membeli' dirinya. Dengan menangis dan rasa terhina....dia menyatakan bahawa dia bernilai 10 billion won sebab dia National Treasure (nama kumpulan dia dahulu) sambil menyimbah air ke muka Pil Joo dan masih tidak puas hati dia ke toilet dan ambil air sebaldi untuk simbah ke muka Pil Joo. Bila melihat pengurus Dokko Jin yang menunggunya di bilik lain barulah dia sedar dia salah masuk bilik. Yoon Pil Joo adalah calon 'perfect man' untuk sebuah rancangan tv yang disertai oleh Ae Jung (lebih kurang macam rancagan bachelor), . Sebenarnya Pil Jo telah jatuh cinta pandang pertama dengan Ae Jung dan telah bersetuju untuk menyertai rancangan perfect man apabila melihat gambar Ae Jung sebagai wanita pilihan Perfect Man walaupun sebelum ini menolak untuk menyertai rancangan tersebut. Lelaki ini disukai oleh rakan dan keluarga Ae Jung.
Seperti biasa......wanita suka 'bad guy'. Ae Jung memilih untuk bersama Dokko Jin berbanding dengan lelaki sempurna dan baik seperti Pil Joo. Memilih bersama Dokko Jin, beliau telah 'membahayakan' kerjaya Dokko Jin apabila semua peminat dan masyarakat serta wartawan menyumpah Ae Jung. Jika memilih Pil Joo, beliau hanya menghadapi kerenah ibu mertua yang teruk (ibu Pil Joo) yang sentiasa bencikan dirinya tetapi bila memilih Dokko Jin ....seluruh negara adalah ibu mertuanya yang menyumpah dia setiap hari.
Mi Na
Pengurus Jang
Kang Sa Re
Mi Na adalah sahabat yang cuba dilindungi oleh Ae Jung. Mi Na adalah sahabat yang tidak guna, dia tinggalkan 'tahi' ditangan Ae Jung dan larikan diri, membiarkan Ae Jung seorang diri dipersalahkan dan dihina olah masyarakat. Selepas 10 tahun, dia muncul semula dihadapan rumah Ae Jung dan minta lindungi dirinya (minta rahsiakan hal perpecahan itu walaupun ketika itu Ae Jung dihina sangat teruk oleh peminat Dokko Jin). Dia hanya fikirkan dirinya sendiri. Pengurus Jang pula lelaki paling tak guna......berdendam dengan Ae Jung sebab membubarkan kumpulan Idol. Beliau sentiasa menyekat perjalanan Ae Jung dalam bidang seni.....menampar Ae Jung dihadapan artis baru....menyimbah kopi panas ke arah Ae Jung ketika Ae Jung menjadi pengacara Film Award, memburukkan Ae Jung kepada wartawan. Kang Sa Re adalah wanita plastik.....cantik diluar, busuk didalam.....Ae Jung tidak mendedahkan kepada masyarakat mengapa beliau tampar Sa Re, sepatutnya Sa Re berterima kasih tetapi Sa Re yang telah terkenal dan berada didalam list artis kelas A masih busuk hati dan mengatur rancangan untuk memusnahkan kerjaya Ae Jung.
Ding Dong adalah anak saudara Ae Jung.....satu-satunya penyokong Dokko Jin dalam memikat Ae Jung. Ding Dong adalah pembantu yang paling sempurna dalam rancangan Dokko Jin. Seronok tengok gelagat Ding Dong.
Bagaimana perjalanan cinta Dokko Jin dengan Ae Jung?. Actor kelas A bercinta dengan Artis kelas bawahan....terpaksa merahsiakan hubungan cinta tersebut....hendak berkelah seperti pasangan kekasih tidak boleh sebab wartawan dan paparazi berada dimerata-rata.....akhirnya mereka berkelah di tepi sawah, ditengah panas dengan ditemani seekor lembu......itupun Ae Jung sempat berlawak dengan mengatakan lebih baik mereka pergi dari situ sebab lembu itu akan beritahu wartawan wp Dokko Jin sedih sebab itu sahaja tempat yang dia mampu untuk bawa kekasihnya berkelah. Biarpun susah dan sentiasa dihina....Ae Jung sentiasa positif dan senyum. Bagaimana dengan Pil Joo, lelaki baik yang sentiasa melindungi Ae Jung dari 'dilukai" oleh gossip2 yang tidak berperikemanusiaan?. Pil Joo hendak bawa Ae Jung keluar dari dunia hiburan yang menyakiti Ae Jung. Drama korea memang hebat kalau bab-bab 'mengutuk' wartawan......sehingga menjadikan wartawan ini sebagai parasit yang paling tidak guna.
No comments:
Post a Comment