Saturday, March 3, 2012

Bu Bu jing Xin, dari aspek percintaan part 2

Kisah cinta dalam BBJX adalah heart-breaking love. Dalam entry ini saya tulis berkenaan kisah cinta 2 lelaki ini yang bertahta dihati Ruoxi. Oh ye....DVD drama ini dijual di Speedy dengan harga RM79.90 tetapi dibawah tajuk Scarlet Love bukan BBJX. English subtitle DVD nie suck. Teruk....salah ejaan, i,you,them, they semuanya tidak kena tempat sampai kita keliru....dia merujuk kepada siapa. Jika saya tidak menonton drama nie di Viki.com sudah tentu saya langsung tak faham jika tengok DVD nie. Saya beli DVD nie sebab nak lihat gambar yang lebih cantik dan sebagai koleksi. Saya suka pakaian dan aksesori dalam drama nie....semuanya nampak mahal dan ada kualiti bukan barang murah....dikatakan semua koleksi teko dan cawan serta barang-barang perhiasan rambut Disnasti Qing dipinjam daripada pengumpul koleksi dan merupakan barangan yang bernilai jutaan ringgit.

Kelemahan drama ini hanyalah suara dubbing....suara asal pelakon tidak digunakan. Ketika Ruoxi dan puteri Min-min menyanyi.....mimik mulut tidak kena dengan suara nyanyian. Ini sahaja yang mencacatkan drama ini. Zhang Xiao (Ruoxi) berada di zaman dinasti Qing selama 20 tahun. Setahun di Manor Putera 8, tahun ke 4 terima cinta Putera 8 dan kemudian berpisah selepas beberapa bulan....tahun ke 8 terima cinta Putera 4, cinta mereka diduga dan kemudian Putera 4 memutuskan hubungan, 2 tahun Ruoxi kemudian barulah mereka bersatu semula tetapi cinta mereka diduga lagi, Ruoxi hidup sebagai kuli selama 8 tahun dan kemudian bersama semula dengan Putera 4 selama setahun setengah dan menjadi isteri Putera 14 selama 6 bulan sebelum menghembuskan nafas terakhir. Ini perjalanan watak utama drama ini. 

Putera 8



Putera 8 adalah abang ipar Ruoxi, lelaki yang tampan, bijak, gentlemen, bersifat sopan santun dan sangat bijak. Ciri-ciri lelaki idaman wanita terdapat pada diri Putera 8. Ruoxi pernah berkata kepada Ruolan ketika melihat kedinginan hubungan Ruolan dengan Putera 8.....Putera 8 adalah lelaki yang berbaloi untuk direbut.

Cinta Putera 8 terhadap Ruoxi adalah cinta pandang pertama......ini dilihat dari cara pandangan mata Putera 8 ketika pertama kali bertemu dengan Ruoxi....matanya bercahaya. Ketika ini, Putera 8 mempunyai aura yang tersendiri, renungan matanya (you can get lost in his eyes) dan senyumannya serta penampilannya menjadikan ia lelaki yang hebat. Perasaan cintanya terhadap Ruoxi disembunyikan kerana Ruolan walaupun matanya tidak dapat menyembunyikan perasaan tersebut apabila memandang Ruoxi. Apabila dipastikan bahawa dia tiada ruang langsung dihati Ruolan.....putera 8 memberanikan diri untuk 'take a move' terhadap Ruoxi.



Cinta Ruoxi dan Putera 8 disimbolikkan dengan musim salji. Putera 8 menunjukkan perasaannya dengan memegang tangan Ruoxi erat sambil berjalan ketika salji turun dan cinta mereka berakhir juga di musim salji. Salji disimbolikkan dalam hubungan mereka bagi menunjukkan bahawa walaupun ia indah tetapi percintaan itu tidak kekal lama. Putera 8 menghadiahkan gelang jade kepada Ruoxi sebelum ia masuk ke istana dan menyatakan bahawa gelang itu adalah untuk wanita yang dicintainya. Ruoxi menolak cinta Putera 8 ketika ini kerana Ruoxi tahu kesudahan nasib Putera 8 dan Ruoxi masih tidak dapat menerima cinta dari lelaki yang mempunyai ramai isteri dan paling penting salah seorang isterinya adalah kakak kandungnya sendiri iaitu Ruolan.

Putera 8 tidak putus asa untuk mendapatkan cinta Ruoxi, beliau sentiasa menjaga dan melindungi Ruoxi ketika Ruoxi berada di istana dan menjadi tea-lady kepada Maharaja Kangxi. Beliau sentiasa mengirimkan puisi-puisi cinta kepada Ruoxi. Beberapa tahun berlalu....perhatian dan cinta Putera 8 mula mendapat tempat dihati Ruoxi.....Ruoxi mula merindui surat-surat dari putera 8 dan Ruoxi mula merindui lelaki ini.

Setelah 4 tahun, iaitu ketika kali ke 2 Ruoxi mengikuti rombongan perkhemahan Maharaja Kangxi ke Mongolia..... Puteri Min-min mengajar Ruoxi menunggang kuda dan tiba-tiba kuda tersebut memecut laju tanpa kawalan....Putera 8 kebetulan berada disitu telah menyelamatkan Ruoxi. Ketika Ruoxi berada dalam dakapan Putera 8 dan Putera 8 bertanya "adakah dia berada didalam hati Ruoxi".....Ruoxi tertunduk malu....Putera 8 ketawa....akhirnya dia berjaya mendapat cinta Ruoxi. Percintaan mereka begitu indah.....mereka menghabiskan masa berjalan berpegangan tangan padang rumput, melihat bulan dan bintang diwaktu malam, Ruoxi menemani Putera 8 dikhemahnya, membacakan buku untuknya, melakunkan opera dan menulis dialog opera yang sebenarnya ditujukkan kepada putera 8 berkaitan perasaan cintanya dan yang paling saya tidak dapat lupa adalah ketika Putera 8 bertanya bilakah Ruoxi akan menyanyi untuknya sebagaimana Ruoxi lakukan kepada Putera 10. Ruoxi menyanyi perlahan ditelinganya sambil memeluk putera 8 dan apabila nyanyiannya tamat....Ruoxi mencium pipi Putera 8 dan kemudian berlari keluar. Putera 8 terkejut dan dengan jelas kelihatan air matanya mengalir....dia begitu terharu (ketika teringatkan reaksi Putera 8 ketika ini, saya jadi begitu simpati kepada Putera 8 ketika Ruoxi melukakan hati Putera 8).

Dalam episod ini, banyak momen-momen indah percintaan mereka berdua......kedua-duanya gembira bersama sehingga Putera Mahkota mengesyaki akan keintiman hubungan mereka. Putera 8 berjanji kepada Ruoxi, selepas tiba ke capital city beliau akan mengadap Maharaja Kangxi untuk memohon mengahwini Ruoxi. Tempoh perkhemahan tamat......sebelum bertolak pulang ke capital city, Ruoxi meminta supaya mereka bertemu ditempat biasa. Ketika ini Ruoxi memberikan kejutan kepada Putera 8.....iaitu lepaskan impiannya untuk merebut tahta jika ingin mengahwininya. Perubahan ketara diwajah Putera 8.....beliau terkejut....senyumannya hilang....kegembirannnya hilang....Putera 8 bertanya adakah ini tujuan Ruoxi selama ini......membawa Putera 8 kedalam dunia percintaan yang indah kemudian meminta dia memilih antara cinta dan tahta. Ruoxi menangis sambil berkata dihatinya hanya ada Putera 8 dan dia hanya mahu kehidupan yang tenang bersama kekasihnya sehingga akhir hayat tanpa terlibat dalam perebutan tahta kerana natijahnya begitu besar dan dia tidak sanggup melihat Putera 8 menderita jika gagal. Putera 8 tidak memberikan jawapan. Sebelum tiba di forbidden city, Putera 8 cuba memujuk Ruoxi sekali lagi tetapi gadis itu tetap dengan permintaannya dirinya atau tahta.....Putera 8 bertanya adakah Ruoxi sanggup bersama-sama dengannya jika dia janjikan kedudukan Maharani kepadanya.....Ruoxi menjawap bukan itu yang dia mahu. Ohhhhh putera 8.....dia cuba berjanji kosong dengan Ruoxi hanya untuk mendapatkan gadis itu.......sedangkan perjuangannya bergantung kepada kedudukan keluarga Minghui.

Sebelum kita membenci Ruoxi kerana bertindak kejam memusnahkan cinta Putera 8, kita harus fahami hati gadis ini. Ruoxi adalah gadis dari masa hadapan yang mengetahui nasib setiap putera-putera Kangxi. Pada awalnya dia cuba untuk menolak cinta Putera 8 kerana takut(nasib putera 8 berakhir dengan tragis akibat kalah dalam perebutan tahta)...tetapi beliau gagal dan akhirnya jatuh cinta juga terhadap putera 8.......beliau cuba untuk ' mengubah takdir' dengan menjadikan cinta sebagai perangkap (web love). Ruoxi mencintai Putera 8 dan cuba bawa dia keluar dari 'perebutan tahta' yang akhirnya akan memusnahkan lelaki ini. Percaturan Ruoxi gagal kerana dalam diri Putera Qing ini.....tahta adalah impiannya. Sejak kecil itu  lah impiannya......nasibnya yang lahir dari ibu yang berkedudukan rendah....menjadi hinaan keluarga diraja......usaha kerasnya mendapatkan pengaruh dan tiba-tiba ia perlu lepaskan semua itu hanya kerana cinta.....itu tidak mungkin dia lakukan. Jika Ruoxi mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Putera 8 ketika menasihati Putera 10 yang enggan mengahwini Mingyu kerana tidak mencintai gadis itu.....mungkin Ruoxi tidak akan menjadikan cintanya sebagai perangkap.

Ketika kembali ke Forbidden city, hubungan mereka mula dingin. Putera 8 menjadi murung. Minghui sebagai isteri yang sanggup berkorban apa sahaja untuk suaminya telah bertemu dengan Ruolan dan meminta wanita itu meminang Ruoxi untuk Putera 8. Ruolan bertemu dengan Ruoxi dan menyampaikan hasrat Putera 8. Putera 8 dan Ruoxi bertemu di jambatan ditepi sungai dan ketika itu musim salji. Ruoxi berpaling kepada Putera 8 dan dia mahukan jawapan (itu menunjukkan dia tidak mengubah fikirannya)......Putera 8 mendiamkan diri. Ruoxi menyatakan diam putera 8 memberikan jawapan bahawa Putera 8 memilih tahta dan bukan dirinya. Ruoxi berkata mulai saat itu antara mereka sudah tiada apa-apa hubungan dan sebelum berlalu pergi dia berkata ' berhati-hati dengan Putera 4, Nian Gengyou, Longkodo, Li wei dan .......". (kesilapan Ruoxi disini.....dia memberikan amaran kepada Putera 8 yang akhirnya membawa kepada kemusnahan dirinya sendiri).

Walaupun telah berpisah dengan Putera 8, Ruoxi masih memakai gelang jade. Beberapa tahun berlalu, apabila Ruoxi memutuskan untuk menerima Putera 4 barulah beliau memulangkan gelang jade kepada Putera 8 (melalui Putera 14), Putera 8 mengambil gelang jade itu sambil tersenyum sinis dan kemudian dia meletakkan gelang atas meja dan mengambil bekas dakwat dan menghentak gelang jade tersebut sehingga berderai sambil berkata "akhirnya dia memilih Putera 4".

Ok tamatlah kisah cinta tragis antara Putera 8 dan Ruoxi......selepas itu anda tidak akan dapat lagi melihat senyuman dan pandangan mata yang mengoda dari Putera 8. Dia berubah menjadi seorang yamg muram. Setiap pelakon lelaki dalam BBJX.....terpaksa menangis diakhir episod....tidak terkecuali Putera 8. Lakunan terbaik Kevin(Putera 8) ketika beliau meraung dan menangis apabila melihat tubuh Minghui yang terbakar ketika isterinya itu membunuh diri (anda akan turut menangis bersama dengannya dan anda rasa penderitaannya ketika dia menurunkan cop namanya atas surat cerai yang ditulis oleh Minghui). Ketika Ruoxi bertemu dengan Putera 8 buat kali terakhir sebelum beliau berangkat ke kediaman Putera 14....anda akan faham mengapa saya mengatakan dia pelakun yang bagus sebab dalam matanya menyatakan 'anda bukan lagi wanita yang saya cintai'.

Putera 4



Putera 4, lelaki kedua yang bertahta dihati Ruoxi. Bagi Ruoxi yang terperangkap dalam zaman silam.....2 manusia yang dia tidak akan cari pasal adalah Maharaja Kangxi dan Putera 4 (Maharaja Yongzheng). Disebabkan itu beliau amat berhati-hati dengan Putera 4 dan menjauhkan diri daripadanya. Putera 4 adalah seorang lelaki yang dingin, garang dan tegas, amat bijak terutama dalam membaca fikiran orang lain, terlalu berhati-hati dalam setiap perkataan dan tindakannya, menyembunyikan emosinya sedalam-dalamnya supaya tiada yang dapat membaca fikirannya, keras hati, pendendam (jangan cari pasal dengan dia) dan seorang yang tenang. Nicky Wu yang membawa watak Putera 4 berjaya mempamirkan watak lelaki 'Poker Face' dengan bagus. Watak yang paling susah untuk dilakunkan....bagaimana nak sembunyikan perasaan marah diwajahnya tetapi harus tunjukkan perasaan marah itu melalui mata dan gengaman tangannya. Lakunan terbaik dari Nicky Wu.

Cinta Ruoxi dan Putera 4 bukanlah cinta pandangan pertama.....cinta yang dipupuk dalam tempoh jangka masa yang lama. Di awal episod Ruoxi menjauhkan diri dari Putera 4 tetapi beliau menjadikan lelaki ini sebagai tempat beliau meminta pendapat. Ketika di istana dan sebagai tea lady beliau cuba untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan diri Putera 4, apa jenis tea yang dia suka, kuih, warna, hobi, bunga dll. Perbuatan Ruoxi ini menimbulkan salah faham pada diri Putera 4 terutama ketika di perkhemahan pertama diraja di Mongolia....Ruoxi telah mendesignkan cawan berbentuk bunga Magnolia, menghidangkan minuman dari anggur, sedangkan kepada putera-putera lain Ruoxi tidak memberi perhatian akan perkara remeh begitu. Ruoxi merenung Putera 4 ketika Puteri Min-min menari dihadapannya (Ruoxi ingin melihat reaksi lelaki dingin itu apabila wanita cantik menari dihadapannya)......semua ini menimbulkan salah faham dalam diri Putera 4. Putera 13 berjanji untuk mengajar Ruoxi menunggang kuda tetapi akhirnya Putera 4 yang hadir.....Ruoxi tidak dapat mengelak. Malam kedua sekali lagi Putera 4 yang hadir untuk mengajar Ruoxi.....Ruoxi cuba mengelak tetapi Putera 4 bertindak diluar dugaan apabila menarik Ruoxi dan menciumnya sambil berkata "ini yang kamu mahukan". Ruoxi marah dan mengigit bibir Putera 4.....Ruoxi berkata jika Putera 4 memaksa dia tidak akan melawan.....Putera 4 melepaskan Ruoxi sambil tersenyum (dia nekad....dia akan pastika Ruoxi menciumnya tanpa paksaaan). Dia tetap teruskan mengajar Ruoxi menunggang kuda pada malam itu. Keesokkan harinya....Ruoxi memarahi Putera 13 tetapi Putera 13 mengejeknya sambil berkata Ruoxi harus berterima kasih kepadanya sebab dia memberikan peluang supaya Ruoxi merapati Putera 4 kerana dia tahu Ruoxi meminati lelaki itu berdasarkan perhatian yang berlebihan yang diberikan oleh Ruoxi terhadap Putera 4 berbanding dengan putera-putera lain. Ruoxi menyalahkan dirinya yang menyebabkan salah faham berlaku.

Dalam perhubungan antara Putera 4 dan Ruoxi, mereka sentiasa dikelilingi oleh flora dan fauna. Pemandangan yang indah dan bunga-bungaan yang cantik sentiasa menjadi latarbelakang ketika mereka bersama. Ini adalah simbolik dari penulis novel bagi menunjukkan hubungan cinta mereka memang indah tetapi ia akan layu jika tidak dijaga dengan betul. Perbuatan yang tidak disangka-sangka dari lelaki dingin ini kadang-kadang mengejutkan. Putera 4 cuba mendapatkan perhatian Ruoxi dengan mengirimkan hadiah-hadiah tetapi dipandang dingin oleh Ruoxi.

Selepas memutuskan hubungan dengan Putera 8, Ruoxi memutuskan untuk tidak mahu memikirkan soal perkahwinan dan dipagi tahun baru beliau telah memulangkan semua hadiah-hadiah dari putera 4 dan Putera 8. Putera 4 menerima hadiah tersebut dengan senyuman dan meletakkan bungkusan hadiah ditepi....manakala Putera 8 menerima kembali semua surat-surat nya dengan wajah yang sedih dan mengenggam surat-surat tersebut. Ketika mengikuti rombongan perkhemahan kali ke 3 ke Mongolia, Ruoxi telah berjanji dengan Puteri Min-min untuk membuat persiapan dan menguruskan tarian buat gadis itu supaya ia menjadi kenangan terkahir bagi Putera 13 selepas Putera itu menolak cinta Min-Min. Ruoxi menyediakan persembahan yang amat menarik....min-min menari bagaikan bidadari....ketika Putera 4 melihat tarian tersebut beliau hanya nampak Ruoxi yang menari dihadapannya. Persembahan yang direka oleh Ruoxi mendapat pujian Maharaja Kangxi tetapi sikap rendah diri Ruoxi tidak menerima pujian tersebut sendirian sebaliknya berkata pujian itu untuk Min-Min wp semua putera-putera tersebut tahu....Ruoxi yang berkerja keras menjayakan persembahan itu. Raja Mongolia (bapa min-min) menghadiahkan jade yang sama seperti dimiliki oleh Min-Min (ini sebagai tanda bahawa beliau menganggap Ruoxi sebagai anaknya) kepada Ruoxi.

Keesokkan harinya ketika Ruoxi berjalan sendirian, beliau bertembung dengan Putera 4....mereka berjalan bersama sambil berbual. Keserasian antara Ruoxi dengan Putera 4 dapat dilihat dari cara mereka berbual.....Ruoxi bebas mengeluarkan pendapatnya tanpa rasa takut(Di istana atau dihadapan putera-putera lain kecuali Putera 13, beliau terlalu berhati-hati bila bertutur) dan Putera 4 juga tidak berselindung ketika berbual dengan Ruoxi. Mereka nampak serasi.....Putera 4 menasihati Ruoxi supaya membuat keputusan tentang perkahwinannya (putera 4 bijak menganalisa keadaan, bila dia lihat Raja Mongolia menghadiahkan Ruoxi jade....dia sudah tahu Ruoxi akan berhadapan dengan keadaan yang sukar selepas ini). Ruoxi seperti biasa degil dan Putera 4 berlalu dari situ sambil mengelengkan kepala.

Selepas melihat sikap Ruoxi yang merendah diri dan tidak mengambil pujian seorang diri, Putera 4 nekad untuk memiliki hati Ruoxi. Dia cari bungkusan hadiah yang dikembalikan oleh Ruoxi (diterangkan dalam novel). Perasaan Putera 4 untuk memiliki hati Ruoxi bertambah kuat selepas beliau mendengar pendapat Ruoxi berkenaan dengan rasuah (pendapat Ruoxi sama dengan pendapatnya yang ditolak oleh Maharaja Kangxi). Dia menghilangkan diri dan mengambil bungkusan hadiah dan memberikan kepada Ruoxi. Ruoxi menolak tetapi Putera 4 memperdayakan Ruoxi dengan pura-pura memanggil nama Putera 14....Ruoxi cepat-cepat mengambil bungkusan tersebut dan menyembunyi dibelakangnya.....Putera 4 berkata 'kamu benar-benar takut pada Putera 14'.....apabila Ruoxi mengejarnya untuk memulangkan hadiah....Putera 4 berkata lebih baik Ruoxi jangan mengejarnya sebab nanti Putera 14 nampak. So cute.

Tidak lama selepas pulang ke forbiden city.....jangkaan Putera 4 benar-benar berlaku apabila Putera Mahkota memohon kepada maharaja kangxi untuk mengahwini Ruoxi (sebab beliau nampak Ruoxi disayangi oleh Raja mongolia, Putera dan Puteri Min-Min) atas tujuan untuk mendapatkan sokongan Mongolia. Ruoxi jatuh sakit.....ketika terbaring dibiliknya, Putera 4 datang melawatnya secara sembunyi.....Ruoxi memegang erat tangan Putera 4 sambil menangis....Putera 4 berkata dia cuba menolong Ruoxi. Ruoxi menjadikan dirinya lebih sakit bagi membolehkan Putera 4 dan Putera 8 membuat rancangan mengendalakan niat Putera Mahkota. Kali pertama Putera 4 berkerjasama dengan Putera 8 bagi menolong Ruoxi dengan mendedahkan rancangan Putera mahkota untuk merampas kuasa. Ruoxi terlepas dari terpaksa berkahwin dengan Putera mahkota. Selepas peristiwa itu, Ruoxi hati Ruoxi mula terbuka untuk menerima Putera 4. Ruoxi telah membuka bungkusan hadiah Putera 4 dan didalamnya ada kotak yang mengandungi pencucuk rambut bunga magnolia. Ruoxi memakai pencucuk rambut tersebut dirambutnya (tanda beliau telah terima Putera 4)......bila bertembung dengan Putera 4, dia cuba menanggal pencucuk rambut tersebut tetapi Putera 4 berkata jika sudah pakai mengapa hendak tanggalkan....Ruoxi menjawap sebab dia takut Putera 4 ketawakannya...Putera 4 berkata "sebab, Ruoxi menjawap "sudikah Putera 4 mengahwini dirinya". Putera 4 menjawap "tidak sudi".....oh Ruoxi!!!!!! lelaki nie terlalu bijak membaca fikiran orang....dia tahu Ruoxi hanya hendak mendapatkan tempat perlindungan atau dahan untuk bergantung. Muka Ruoxi berubah.....tetapi Putera 4 terangkan mengapa beliau tidak sudi sebab ketika ini sesiapapun tidak berani mengahwini Ruoxi sebab memohon mengahwini Ruoxi sama seperti merampas Ruoxi dari tangan Putera Mahkota. Dia menjentik dahi Ruoxi.

Putera 4 menemui Ruoxi ketika gadis itu merenung bunga plum yang sedang berkembang sementara salji sedang turun. Ruoxi mengeluh kehidupan sukar di istana....ketika itu dia ingin lari dan bersembunyi dilubang yang kecil....Putera 4 mendengarnya dengan diam. Putera 4 menyatakan bahawa hati gadis itu dalam kekeliruan dan bertanya "adakah anda pasti tentang apa yang hati anda inginkan" hint untuk Ruoxi....berkenaan kedudukan dirinya dihati Ruoxi. Ruoxi kembali ke biliknya dan merenung gelang jade pemberian Putera 8....dia keluarkan gelang jade tersebut dari tangannya dan membalutnya denga kain untuk dipulangkan kepada Putera 8. Dia mengambil surat Putera 4 yang mengandungi tulisan kaligrafi dan Ruoxi mengambil kertas dan meniru tulisan Putera 4. Ruoxi memulangkan gelang jade kepada Putera 8 melalui Putera 14. Ketika semua Putera-putera sedang berkumpul dan Ruoxi menghidangkan tea buat mereka. Putera 8 menjeling ke tangan ruoxi dan mendapati gelang jade telah tiada.....Ruoxi meletakkan cawan tea di sebelah Putera 14 sambil memberi isyarat berkenaan gelang jade....Putera 14 mengambil cawan tea dan mengeleng-gelengkan kepalanya sebagai isyarat bahawa gelang itu belum diserahkan kepada Putera 8. Ruoxi panik dan tunduk sambil berjalan keluar....Putera 10 merempuh masuk dan melanggar Ruoxi lalu menendang beliau. Semua putera terkejut....Putera 14 dan 13 bingkas bangun, muka putera 4 nampak tenang tapi matanya nampak marah. Putera 10 yang telah dipukul oleh Mingyu dan dia merempuh masuk ke istana sebab ingin menceraikan Mingyu. Ruoxi memujuk Putera 10 dan pujukannya berjaya....Putera 10 pulang kerumahnya. Maharaja mendengar cerita tersebut dan memanggil Ruoxi meminta beliau menerangkan dengan terperinci berkenaan Putera 10. Selepas mendengar cerita Ruoxi.....Maharaja Kangxi berkata "dimasa hadapan adakah Ruoxi akan menghargai apa yang diperolehi dan melupakan apa yang hilang"....Ruoxi menjawap tidak tahu. (nasihat Maharja kangxi ini adalah amaran akan kehidupan Ruoxi dimasa hadapan).

Putera 4 melawat Ruoxi selepas peristiwa ditendang oleh Putera 10. Ruoxi ketika itu sedang berlatih menulis kaligrafi berdasarkan tulisan Putera 4 sambil membayangkan Putera 4 berada disebelahnya.....apabila Putera 4 masuk kebiliknya....Ruoxi cuba menyembunyikan tulisan tersebut tapi Putera 4 berjaya mendapat sehelai kertas tulisan kaligrafi tersebut. Putera 4 bertanya samaada tendangan tersebut menyakitkan Ruoxi....Ruoxi menjawap tidak. Putera 4 berkata "dia lebih rela mendengar 'the ugly true' berbanding Ruoxi menipunya". Mereka berjanji tidak akan menipu antara satu sama lain dan sentiasa berterus terang antara satu sama lain. Ruoxi menutup pintu biliknya dan memegang tangan Putera 4 sambil menulis perkataan 'throne' ditapak tangannya.....Ruoxi bertanya "kamu mahukannya". Putera 4 tanpa teragak-agak dan dengan tenang menjawap 'ya...saya mahukannya". Ruoxi terkejut....lelaki ini terlalu bijak menyembunyikan keinginannya terhadap tahta sehinggakan Maharaja kangxi sendiri tidak mengesyakinya telah dengan tenang memberitahu bahawa dia mahukan tahta....Putera 4 terlalu mempercayai dirinya. Putera 4 bertanya sekali lagi adakah tendangan Putera 10 menyakitkan dirinya....Ruoxi menjawap hanya sakit sedikit...Putera 4 mengeluarkan ubat dan memberi kepadanya. Mereka berbual berkenaan perkahwinan min-min dan perjumpaan Ruoxi dengan Maharaja Kangxi. Ruoxi dengan malu-malu berkata adakah dimasa hadapan Maharaja Kangxi akan bersetuju dengan permintaan beliau (untuk mengahwini Putera 4).....Putera 4 menghulurkan tangannya.... mereka berpegangan tangan buat pertama kalinya. Ketika hendak keluar...Putera 4 mengambil kertas tulisan kaligrafi Ruoxi dan Ruoxi cuba merampas kembali....tetapi Putera 4 berkata ia sebagai bukti. (Putera 4 gembira....tulisan kaligrafi itu menandakan dirinya telah berada dihati Ruoxi). Saat-saat indah percintaan Ruoxi denga Putera 4 tidak lama sebab bala sedang menunggu mereka. Ruoxi minum bersama Putera 13....Putera 13 gembira Ruoxi telah menjadi wanita Putera 4 dan beliau bertanya Ruoxi berkenaan hubungannya dengan putera 8. Ruoxi minta dirahsiakan hubungan tersebut dari Putera 4 sebab bimbang akan akibatnya. Putera 13 banyak memberi nasihat kepada Ruoxi pada malam itu....apabila Ruoxi menerima putera 4 dia telah berada dipihak Putera 4 dan ini bermakna dia bukan lagi orang putera 8. Putera 13 menasihati Ruoxi supaya tidak melibatkan diri dalam 'Man Game"....perebutan tahta dikalangan putera-putera adalah tidak dapat dielakkan.....mereka akan bunuh membunuh antara satu sama lain....tiada istilah 'who wrong or right' (Ruoxi tidak mendengar nasihat dan amaran Putera 13....ohhhh Ruoxi)

Putera 8 mengambil kesempatan dari rancangan menyelamatkan Ruoxi untuk mengena Putera 4. Putera 4 adalah orang kepercayaan Putera Mahkota.....demi menolong Ruoxi beliau telah memberikan buku rahsia berkaitan kegiatan Putera mahkota kepada Putera 8....Putera 8 mengunakan kesempatan ini untuk menghapuskan Putera mahkota dan Putera 4. Puak Putera 8 mengatur rancangan teliti untuk menfitnah Putera 4. 

Ok bermula dari episod 20 keatas, sediakan kotak tisu disebelah anda. Putera 4 difitnah dan Maharaja Kangxi mengamuk sambil membaling cawan tea kearah Putera 4 sambil menuduhnya menyebar fitnah berkaitan Putera mahkota untuk jatuhkan Putera mahkota. Putera 8 tersenyum (kita dapat lihat senyuman scheming Putera 8). Putera 4 menafikan fitnah tersebut dan beliau tidak mengeluarkan arahan kepada 2 menteri yang menuduhnya (kedua-dua menteri itu adalah orang Putera 8). Ruoxi yang berada disebalik pintu terkejut.....ohhhh no Putera 13. Putera 13 tampil dihadapan Maharaja Kangxi dan mengaku bahawa beliau yang memberikan arahan kepada 2 menteri tersebut tanpa pengetahuan Putera 4. Putera 13 cuba selamatkan abang kesayangannya itu dengan mengaku bersalah. Putera 13 adalah putera yang terlalu baik dan mulia....tidak mungkin melakukan tindakan begitu tetapi Maharaja kangxi yang dibutakan dengan kasih sayang yang keterlaluan terhadap Putera Mahkota telah menghukum Putera 13 selama 10 tahun dikurung dikawasan yang digambarkan sebagai 'manusia biasa tidak sanggup hidup dikawasan itu apatah lagi Putera raja yang biasa hidup mewah dan bebas". Court bersurai....tinggal Putera 4 yang tunduk dan tangannya berdarah akibat kaca cawan yang pecah.....dia menangis (pertama kali Putera 4 memperlihatkan air matanya), Ruoxi juga menangis....dia berjalan kerarah Putera 4....tenangkan Putera itu dan minta dia supaya balik. Putera 4 bangun....memandang tajam kearah kerusi Maharaja sambil mengengam tangannya dengan erat (habislah Puak Putera 8(Putera 8, Putera 9, Putera 10 dan Putera 14)......kerana dia mula berdendam).

Luwu berjumpa Putera 14 dan meminta supaya Putera 14 memohon kepada maharaja Kangxi untuk membenarkan Luwu menemani Putera 13 yang berada dalam buangan. Putera 14 tidak sanggup membantu (tiada siapa yang sanggup membantu ketika ini)......Luwu meminta supaya disampaikan surat kepada Ruoxi. Ruoxi tanpa mengira akibat telah melutut dihadapan Maharaja Kangxi (ketika Maharaja bersiar ditaman) supaya dibenarkan Luwu menemani Putera 13. Maharaja Kangxi marah dan menghukum Ruoxi melutut disitu

Ruoxi melutut seharian......dikediaman Putera 4, orang suruhan datang memaklumkan bahawa berita dari istana....Lady Ruoxi telah melutut seharian di taman...Putera 4 terima berita dengan tenang dan apabila orang suruhan beredar....berus tulisannya jatuh....sepanjang malam dia menangis dalam diam. Hari kedua.....hujan turun dengan lebat. Putera 4 berlari keluar dari kediamannya menuju ke istana....dia nampak Ruoxi melutut ditaman kesejukan....dia buang payung ke tanah dan berjalan ke arah Ruoxi...berdiri disebelahnya sambil menutup Ruoxi dengan jubahnya. Ruoxi menarik hujung baju Putera 4....Putera 4 tunduk....Ruoxi beritahu dia faham dan terima keikhlasan Putera 4 tetapi memintanya supaya pulang....Putera 4 memeluk Ruoxi. 


Ada orang sedang memerhati mereka.....Putera 14 dan putera 8. Ruoxi melepaskan pelukan Putera 4....Putera 4 bangun dan berjalan pulang....senyuman scheming kelihatan diwajah Putera 8....ketika melepasi Putera 8, Putera 4 mengenggam penumbuknya dengan erat (ok habislah Putera 8.....Ruoxi adalah wanita kesayangannya dan sekarang anda buat Ruoxi menderita).  Putera 14 meluru ke arah Ruoxi sambil menjerit "How could Youuuuuuu". Putera 8 menahan Putera 14.....dia berjalan ke arah Ruoxi dan duduk dihadapan gadis itu...dia minta Ruoxi memikirkan tentang kesihatan Ruolan yang risaukan tindakan Ruoxi itu...Ruoxi tidak memandang mata Putera 8 sebaliknya menundukkan mukanya sambil mengangkat hujung baju putera 8 yang terkena air sebagai tanda "aku hamba....engkau tuan....antara kita tiada lagi hubungan". Putera 8 marah sambil menepis tangan Ruoxi....bangun dan berlalu dari situ. Putera 14 pula tunduk dihadapan Ruoxi....dia keluarkan sesuatu dari poket bajunya....bungkusan kuih...dia minta Ruoxi makan sebab telah 2 hari ruoxi tidak makan.

Putera 4 kembali ke kediamannya.....dia tidak masuk kerumah....dia berdiri didalam hujan lebat sepanjang malam sebagai tanda dia menemani Ruoxi. Hatinya sakit sebab tidak dapat menolong orang yang disayanginya....dia adalah orang yang disyaki oleh Maharaja Kangxi dan ketika ini beliau tidak boleh menolong Ruoxi atau Putera 13 sebab bukan shj dirinya yang akan dibunuh tetapi seluruh keluarganya, keluarga Putera 13 akan turut dibunuh sebab itu beliau mendiamkan diri.

Ruoxi jatuh pengsan.....3 hari kemudian Ruoxi baru sedarkan diri....akibat terlalu lama melutut dan kesejukakan dia mendapat penyakit reaumatik. Putera 14 dan Putera 10 datang melawat dan memaklumkan bahawa Luwu dibenarkan menemani Putera 13. Ruoxi menunggu kedatangan Putera 4 tapi beliau tidak muncul. Akhirnya Putera 4 muncul dan ruoxi menangis melihatnya....Putera 4 datang untuk memutuskan hubungan mereka sebab dia tidak mampu menunaikan janjinya untuk mengahwini Ruoxi kerana sekarang Maharaja Kangxi mengesyaki dirinya. Dia minta Ruoxi membenci dirinya.....dia berlalu pergi.....Ruoxi menangis teresak-esak.

2 tahun berlalu......Putera 4 mengundur diri dari politik dan hanya berada di kediamannya serta melibatkan diri dengan pertanian. Sekali sekala hadir ke istana dengan pakaian biasa......Putera 4 telah menjadi Putera yang dingin semula....mereka bagaikan 2 orang yang tidak mempunyai hubungan langsung wp sekali sekala dia menjeling ke arah Ruoxi.

Maharaja Kangxi melawat kediaman Putera 4 untuk melihat kejayaaan tanamannya......Ruoxi mengiringi maharaja. Putera 4 mengambil kesempatan ini untuk melihat Ruoxi....ketika dikediaman Putera 4, ruoxi memberi hint kepada Putera 4 tentang apa yang perlu dilakukan untuk memuaskan hati Maharaja. Ruoxi tidak membenci Putera 4 kerana memutuskan hubungan dengannya.

Ketika Putera 4 membawa anak Hongshi bersiar-siar ditaman istana, Ruoxi yang ketika itu berbual dengan Mingyu....tiba-tiba anak panah yang dilepaskan oleh Hongshi menghala kearah Ruoxi dan Mingyu, Putera 4 berlari kearah Ruoxi dan mengunakan tubuhnya menahan anak panah tersebut dari terkena Ruoxi. Bahu Putera 4 cedera, Ruoxi terpana dan tergamam dengan tindakan Putera 4. Ruoxi bertanya "kenapa selamatkan dia" Putera 4 berkata "jika Ruoxi luka, dia turut sakit". Putera 4 berlalu dari situ dengan wajah dinginnya.

Ketika perkhemahan diraja, Ruoxi duduk sendirian sambil duduk membaca surat Puteri Min-Min. Putera 4 berjalan kearahnya dengan wajah dingin.....Ruoxi bangun dan berdiri dihadapan Putera 4, menjentik dahi Putera 4 sambil berkata dia tidak kisah jika Putera 4 tidak boleh mengahwininya tetapi Putera 4 tidak boleh melupakannya sebelum dia melupakan Putera 4. Ruoxi inginkan terus mencintai Putera 4.

Sekembali ke forbidden city. Ruoxi telah dipanggil mengadap Maharaja Kangxi. Maharaja menitahkan bahawa Ruoxi akan dikahwinkan dengan Putera 14 sebagai cefujinnya. Ruoxi menolak titah Maharaja dan menyebabkan Maharaja murka dan menghukum Ruoxi dengan 20 sebatan dan menurunkan pangkatnya daripada lady kepada kuli dan dihantar ke bahagian cucian baju eunuch (bahagian yg paling hina dalam istana).

Putera 4 bertemu Ruoxi dibahagian cucian.....apabila melihat keadaan Ruoxi yang nampak menderita beliau berkata oleh kerana Maharaja telah memberi kepercayaan kepadanya....jadi dia ingin mengadap Maharaja untuk menjadikan Ruoxi miliknya (Ruoxi tidak boleh menjadi isteri putera kerana kedudukannya sebagai kuli). Ruoxi berkata Maharaja tidak akan benarkan sebab Ruoxi telah menolak untuk menjadi cefujin Putera 14. Putera 4 terkejut  sebab Ruoxi menolak perkahwinan itu dan berkata bukankah itu peluang untuk Ruoxi keluar dari istana. Ruoxi memandang mata Putera 4. Putera 4 tergamam....Ruoxi menolak sebab dirinya.

Sepanjang Ruoxi berada dibahagian cucian, Putera 4 secara rahsia telah meminta Eunuch Wang memberi habuan kepada eunuch yg menjaga bahagian cucian supaya tidak mendera Ruoxi. Ruoxi adalah ketua lady sebelum ini semua eunuch tunduk hormat kepadanya....bila dia menjadi kuli, dia pula yang terpaksa menuduk hormat kepada eunuch jadi mereka ambil kesempatan ini untuk membuli Ruoxi. Eunuch Chang telah cuba melakukan perkara tidak senonoh dan mengeluarkan perkataan yang tidak elok kepada Ruoxi. Selama 8 tahun Ruoxi berada dibahagian ini.....ini adalah merupakan episod muram dalam BBJX. Setiap kali Putera 4 menemui Ruoxi, beliau akan memeluk erat Ruoxi dan cuba menahan airmatanya apabila melihat keadaan Ruoxi. Mereka merindui antara satu sama lain. Setiap malam selepas penat membasuh pakaian, Ruoxi akan memegang bekas snuff (botol yg dilukis oleh Putera 4) dan anak panah (anak panas yang melukakan Putera 4 ketika melindungi Ruoxi)......disini kita dapat lihat betapa Ruoxi terlalu mencintai dan merindui Putera 4.

Ditahun terakhir pemerintahan Maharaja Kangxi, Ruoxi dipanggil semula ke sisi Maharaja. Putera 4 berjaya menaiki tahta selepas kematian Maharaja Kangxi dengan gelaran Maharaja Yongzheng. Ruoxi kembali ke sisi Maharaja Yongzheng(putera 4).  Ruoxi tidak dijadikan isteri (cefujin) atau gundik tetapi sebagai tea lady (lady in waiting) disisi Maharaja Yongzheng malah bilik Ruoxi juga berada didalam kediaman utama Maharaja. Sebagai tea lady atau lady in waiting, Ruoxi sentiasa berada disisi Maharaja, menemani baginda setiap masa (kecuali ketika perbincangan rasmi negara)....apabila baginda letih....baginda akan masuk tidur disebelah Ruoxi....memegang tangannya. Apabila baginda menghadapi masalah dengan ibunya Consorte De, baginda meluahkannya kepada Ruoxi (Putera 4 tidak pernah meluahkan masalahnya kepada sesiapa). Ruoxi adalah orang kesayangan dan kepercayaannya.

Sebelum Ruolan meninggal dunia, beliau menasihati Ruoxi supaya menghargai orang yang dicintainya. Pada malam Maharaja memujuk Ruoxi untuk 'bersamanya', Ruoxi menduga Maharaja dengan meminta supaya beliau dijadikan Maharani. Maharaja berkata beliau tidak boleh berjanji untuk menjadikan Ruoxi sebagai Maharani kerana beliau tidak akan mengantikan Maharani sekarang. Ruoxi menduga lagi, dia meminta supaya Maharaja berjanji tidak akan berjumpa Consort Nian. Maharaja meminta supaya Ruoxi tidak menyusahkannya (Consort Nian adalah adik Nian Gengyou). Maharaja berkata beliau tidak boleh berjanji dan menunai permintaan Ruoxi itu tetapi beliau boleh memberi satu perkara yang tidak mampu dimiliki oleh sesiapa iaitu hatinya. Ruoxi berada didalam hatinya. (Perbezaan antara Putera 8 dan Putera 4, Putera 8 menjanjikan kedudukan Maharani kepada Ruoxi jika dia berkahwin dengannya (walaupun mustahil sebab Minghui adalah defujinnya) tetapi Maharaja tidak menjanjikan begitu kepada Ruoxi semata-mata hanya untuk memiliki dirinya). Maharaja memberitahu Ruoxi bahawa beliau tidak memberi apa-apa gelaran kepada Ruoxi adalah disebabkan beliau ingin Ruoxi berada disamping setiap masa. Jika Ruoxi menjadi gundik, beliau akan diletakkan dikediaman sendiri dan bila Maharaja ingin berjumpa Ruoxi beliau terpaksa mengikut peraturan istana.

Kebahagian dan cinta mereka mula bergoncang sedikit demi sedikit. Apabila Putera 4 menjadi Maharaja, beliau mula membalas dendam terhadap orang-orang yang menyakiti orang kesayangannya iaitu Putera 13 dan Ruoxi. Putera 8, Putera 9, Putera 10 dan Putera 14 mula menerima akibatnya. Eunuch Li (sida Maharaja Kangxi) diarahkan bunuh diri, Eunuch Chang dihukum potong tangan dan lidah kerana pernah menyentuh dan mengeluarkan perkataan tidak senonoh kepada Ruoxi ketika Ruoxi berada dibahagian laundry,  dayang istana utama dihukum sebat dihadapan semua eunuch dan dayang atas kesalahan melapurkan berita tentang Ruoxi kepada gundik-gundik Maharaja. Putera 8 yang sakit (Putera 4 membalas dendam kepada Putera 8 dengan membuat komplot paling licik iaitu mengupas pembantu Putera 8 meracuni burung yang akan dihadiahkan oleh Putera 8 kepada Maharaja Kangxi sehingga pengaruh politik Putera 8 musnah dan dibenci oleh Maharaja Kangxi, akibatnya Putera 8 menderita sakit yang berpanjangan) telah dihukum melutut selama 3 hari. Ruoxi mengetahui hal ini telah turut melutut di temple....apabila maharaja mengarahkan dia berhenti...Ruoxi berdiri dibiliknya semalaman, Ruoxi hanya berhenti selepas Maharaja memaafkan Putera 8. Yang paling melukakan hati Ruoxi adalah apabila Yutan (sahabat baik Ruoxi ketika di istana) dihukum kejam iaitu dikukus sampai mati atas kesalahan menjadi spy kepada Putera 9 dan menghasut Putera Hongshi serta cuba merosakkan hubungan Ruoxi dengan Maharaja. Ruoxi mula takut kepada Maharaja Yongzheng.

Ruoxi mengandung 3 bulan tetapi beliau masih tidak mahu menjadi isteri Maharaja sebab beliau masih marah akan peristiwa Yutan. Defujin Putera 8 datang berjumpa Ruoxi dan seperti biasa wanita angkuh ini mengugut Ruoxi dengan menyampaikan pesanan Putera 9 bahawa jika Maharaja menyakiti puak putera 8, Ruoxi akan diheret bersama. Ruoxi terkejut dan akibat kejutan itu, kandungannya gugur dan nyawa Ruoxi dalam bahaya. Maharaja amat murka telah memanggil Putera 8 dan mengarahkan dia menceraikan isterinya Minghui dalam tempoh 3 hari dan jika tidak ikut perintahnya....semua ahli keluarga termasuk pekerja manor putera 8 akan dibunuh. Putera 8 menentang arahan tersebut akibatnya beliau dihukum melutut dhadapan court dan diarahkan berjalan kaki balik ke manornya.



Sepanjang tempoh Ruoxi tidak sedarkan diri, Maharaja Yongzheng sentiasa disisinya. Bila melihat Ruoxi sedar, Maharaja memeluknya dan airmatanya mengalir.....Ruoxi meminta maaf sebab beliau tahu Maharaja amat mengharapkan kelahiran anak tersebut. Setelah Ruoxi betul-betul sihat, Maharaja membawa Ruoxi ke taman melihat bunga berkembang. Maharaja memeluk Ruoxi.....ketika itu Ruoxi berbisik memberitahu Maharaja bahawa beliau adalah Zhang xiao dan bukan berasal dari era itu....dia berasal dari era masa hadapan...dia takut jika satu hari dia akan tinggalkan Maharaja tanpa kerelaannya sebagaimana dia datang ke dinasti Qing tanpa kerelaannya. Maharaja bertanya adakah Ruoxi ingin meninggalkannya....Ruoxi menjawap tidak. Maharaja berkata jika Ruoxi tinggalkan dirinya tanpa kerelaan....dia akan mencari Ruoxi tidak kira dimana sekalipun.

Hubungan mereka bergolak kembali apabila Ruoxi mengetahui titah Maharaja berkaitan perceraian Putera 8 dengan defujinnya....tambah parah Minghui bunuh diri. Mingyu pula datang mengadu kepada Ruoxi berkaitan dengan penderaan dan penyiksaan Maharaja terhadap Putera 10. Ruoxi nekad untuk melindungi Putera 10 dengan melukakan hati Maharaja Yongzheng.

Masa nie anda akan menjerit 'let it go Ruoxi....let it go'. Putera 13 berulang-ulang kali menasihati Ruoxi supaya jangan masuk campur....let it go....ini adalah natijah perebutan kuasa. Puak putera 8 tidak pernah mahu berundur dari mengacau Maharaja memerintah....bagaimana Maharaja hendak memerintah negara jika Puak putera 8 sentiasa menganggu. There is no right or wrong. Apabila mereka masuk dalam kancah perebutan tahta maka mereka harus berani terima akibatnya apabila kalah....inilah akibatnya. Ruoxi tidak mendengar nasihat kawan baiknya itu. Masa nie anda akan kecewa dengan Ruoxi....apabila dia terima cinta Putera 4...dia harus sedar bahawa lelaki itu bukan lelaki biasa seperti dizaman moden....dia adalah bakal Maharaja dan dalam sejarah dia adalah Maharaja yang zalim.

Ruoxi berjumpa dengan Maharaja dan Putera 13 yang sedang berbincang di bilik diraja. Ruoxi mendedahkan bahawa beliau adalah dalang yang menyebabkan Putera 8 memfitnah Putera 4 sehingga menyebabkan Putera 13 dikurung. Beliau adalah orang yang memberi amaran kepada Putera 8 supaya berhati-hati dengan Putera 4. Maharaja terlalu marah, beliau mengenggam kuat tangannya....beliau menjerit supaya Ruoxi diam dan keluar. Maharaja menangis. Ruoxi sanggup melukakan hatinya demi melindungi Putera 10.

Ruoxi dan Putera 13 keluar dari situ....Ruoxi memegang dadanya dan terus jatuh pengsan. Setelah beberapa hari barulah Ruoxi sedar dan melihat Putera 13 berada di sisinya. Putera 13 berkata dia tidak menyalahkan Ruoxi. Ruoxi memegang tangan Putera 13 dan menulis perkataan "putera 14" ditapak tangannya.  Ruoxi yang masih dalam keadaan lemah meminta supaya Putera 13 menyampaikan pesanan "saya setuju" kepada Putera 14.

Beberapa hari selepas pesanan disampaikan, Putera 14 datang mengadap Maharaja Yongzheng dan memohon untuk dikurniakan Maertai Ruoxi sebagai cefujinya dan menunjukkan titah yang ditulis oleh Maharaja Kangxi. Putera 8 pula meminta bertemu Maharaja Yongzheng secara sendirian dan mula bercerita tentang kisah cintanya dengan Ruoxi secara terperinci. Maharaja Yongzheng mendengar dengan tenang sambil kedua-dua tangannya digengam erat. Masa nie anda akan bersimpati dengan Maharaja Yongzheng.

Maharaja Yongzheng datang berjumpa Ruoxi......dia merenung Ruoxi setelah beberapa lama mereka tidak berjumpa. Dia duduk diam sebelah Ruoxi....lama merenung Ruoxi sebelum memulakan perbicaraan. Dia berkata dengan tenang.

Emperor  : I finally understand
                 Why you could never let go of 8th
                  i've understood why you had him take precoution against me.
                 When he was kneeling in the hall, you were accompanying him in the temple

Ruoxi       : Was it 9th who told you this?.

Emperor  : I wish he was the one this time but it isn't
                 It was your 8th brother who personally told me
                 He told me expilicitly
                 How he rode the horse with you
                 Give you jasmine flowers
                 That the bracelet when you just entered the palace, was present from him
                You held hands looked at stars in the grasslands admired the moon together,
                 he hugged you, kissed you
                 You promised each other
                "Life and death interwined. Holding hands and growing old together"

Ruoxi cried : Don't say it!!!!!!Don't say it anymore!!!!!!!

Emperor : Don't say it??????????
                When he was telling me all these,
                 I said that over and over again in my head but i could only listen on,
                 I COULD ONLY LISTEN TO IT!!!!!!!!!!
                 Do you know how that feel like?????
                 Do you know how hurt i am????????
                So it's true that words can kill a person
                What 8th brother said is like a knife stabbing me one by one

Maharaja menangis....air matanya mengalir deras. Ruoxi bangun dan cuba untuk menyapu air mata tersebut tetapi Maharaja pegang tangannya dan menolak kasar ketepi sehingga Ruoxi jatuh terduduk dikerusi semula.

Emperor : I won't allow you to touch me anymore!!!!!!!
                I said before that the only thing i'm afraid of is that you will leave me
                Right now,
                I'm not afraid of anything

Maharaja bangun dan berjalan keluar dari kamar itu, Ruoxi melutut sambil meraung kuat. You ask for it Ruoxi. Inilah episod saya menagis teresak-esak. 

Maharaja telah menganugerahkan Maertai Ruoxi kepada Putera 14 sebagai cefujin. Ketika Ruoxi berangkat keluar dari istana.....Maharaja memerhati dari anjung istana......airmatanya mengalir deras dan menitis diatas tembok. 

Dikediaman Putera 14, Ruoxi menghabiskan masanya menulis kaligrafi. Ruoxi meniru tulisan Putera 4. Tulisan kaligrafi Maharaja Yongzheng adalah paling cantik sekali dikalangan putera-putera Kangxi. Ruoxi menulis sehingga tangan tiada tenaga barulah dia berhenti. Apabila selepas hujan, Ruoxi akan keluar duduk sambil minum tea kegemaran Putera 4 (Putera 4 mengemari cuaca selepas hujan). Ruoxi melakukan semua perkara yang digemari oleh Putera 4 dalam menyatukan dirinya dengan kekasihnya itu. Sebagaimana ucapannya "cutting of ties with the Emperor in order to kill ourselves with longing". Bukan sahaja Ruoxi, Maharaja juga merindui Ruoxi dengan melawat kamar Ruoxi....melihat cawan magnolia....merenung langit. 

Beberapa bulan selepas meninggalkan istana.....Ruoxi sakit tenat. Dia memanggil-manggil Putera 4. Dirasakan ajalnya telah sampai, Ruoxi menulis surat untuk Maharaja dan meminta beliau datang berjumpa dengannya untuk kali terakhir. Ruoxi menunggu dari sehari ke sehari. Walaupun dalam keadaan lemah....beliau tetap bangun dan memakai pakaian cantik serta bermake up cantik dan duduk menunggu kedatangan kekasihnya itu. Sehingga Ruoxi menghembuskan nafas terakhir....kekasihnya tidak datang. Ruoxi pergi dengan menyangka kekasihnya membenci dirinya.

Apabila Maharaja Yongzheng datang.....segala-galanya telah terlambat. Dia hanya mampu menagis apabila melihat tulisan kaligrafi Ruoxi......melihat hadiah pemberiannya yang disimpan oleh Ruoxi....melihat anak panah yang telah kelihatan licin sebab sentiasa dipegang oleh Ruoxi. Benar sebagaimana surat terakhir Ruoxi...ketika Putera 4 memberitahu dengan tenang bahawa dia mahukan tahta....pintu hatinya terbuka untuk Putera 4, apabila Putera 4 berdiri dan melindunginya dari hujan....Putera 4 telah berada dihatinya sedalam-dalamnya...apabila Putera 4 melindungi dirinya dengan tubuh beliau.....Putera 4 telah mengambil jiwanya.....kenapa perlu tanya tentang Putera 8 lagi......4th prince who take my soul (Ruoxi merindui kekasihnya Putera 4 (bukan Maharaja).

Dalam novel Tong Hua tamatkan kisah Ruoxi disitu. Ruoxi tidak kembali ke zaman moden sebab Zhang xiao telah mati akibat kemalangan teruk. 

Dalam drama ini, pengarah tidak tamatkan kisah cinta tragis ini.....kedua-dua kekasih ini mati dalam kerinduan dan membiarkan ia berakhir begitu. Pengarah melanjutkan kisah Ruoxi dengan membawa ia balik ke zaman moden. Zhang Xiao mencari identiti Ruoxi dalam Dinasty Qing. 
                 

Ini adalah suasana ketika Ruoxi melayan putera-putera Kangxi yang berkumpul bersama. Saat-saat gembira kesemua putera bersama berkumpul bersama Maharaja Kangxi. Ketika ini Ruoxi masih belum menerima cinta Putera 4 lagi. Ruoxi berdiri disebelah Putera 4 menghidang teh dan Putera 8 serta Putera 10 berada dimeja tersebut. Sahabat baiknya Putera 13 berada dikerusi bersama Putera 14.
Maharaja Yongzheng melukis semua suasana tersebut.....didalam gambar lukisannya dia menambah pencucuk sanggul magnolia simbolik dirinya disanggul Ruoxi sebagai maksud "Putera 4 tidak membenci Ruoxi" bagi menjawap surat terakhir Ruoxi. Dalam suasana asal pencucuk rambut tersebut tidak ada di sanggul Ruoxi (lihat gambar kecil yang paling bawah). Ditambah juga dalam lukisan....ditangan Ruoxi diletakkan gelang jade sebagai maksud "dia tidak pedulikan Putera 8 kerana dia tahu dihati Ruoxi hanya ada dia". 


Bila melihat lukisan ini Zhang Xiao (Ruoxi) mengalirkan air matanya....dia faham maksud lukisan tersebut. Ketika menabur abu mayat Ruoxi, Putera 13 menyebut 'semuga Ruoxi kembali semua ke zaman moden". Ketika ini Putera 4 teringatkan kata-kata Ruoxi ketika mereka bersiar di taman. Dia melukis lukisan ini sebagaimana janjinya kepada Ruoxi "jika Ruoxi meninggalkan dirinya, dia akan mencari Ruoxi walau dimana sekalipun". Dia melukis lukisan ini dengan harapan Ruoxi kembali ke zaman moden dan melihat lukisan ini bagi memberitahu kekasihnya itu 'dia tidak membenci Ruoxi'.

Saya tidak mahu membincangkan mengapa Maharaja Yongzheng zalim sebab there is no right or wrong. Jika Putera 8 menjadi Maharaja....dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap Putera 4 dan Putera 13. Ini bukan zaman moden....ini zaman silam dimana Maharaja dianggap anak tuhan....yang kuat berkuasa dan yang lemah ditindas....itu prinsip kehidupan zaman itu. 

Saya ada terbaca komen penonton drama ini yang menganggap Ruoxi slut....terlalu mudah jatuh cinta. Ruoxi terima cinta Putera 8 setelah 4 tahun putera itu berusaha untuk memikatnya. Ruoxi menerima cinta Putera 4 setelah 4 tahun berpisah dengan Putera 8. Ini disebut oleh percakapan Putera 13 ketika minum arak terakhir dengan Ruoxi. Ada yang marah sebab Ruoxi tidak memilih Putera 13.



Saya lebih suka Putera 13 sebagai sahabat sejati Ruoxi daripada menjadi kekasihnya sebab sahabat baik akan berada disampingnya selama-lamanya tetapi kekasih akan meninggalkannya jika hubungan berakhir. Cinta Putera 13 terhadap Ruoxi adalah cinta platonik. Dia sentiasa menasihati Ruoxi tetapi Ruoxi tidak pernah menerima pakai nasihatnya. Dia tidak pernah mempersoalkan tindakan Ruoxi, mempercayai Ruoxi dan sangat ambil berat dan sentiasa disamping Ruoxi.

Putera 14 adalah pilihan selamat jika Ruoxi inginkan kehidupan tenang. Putera 4 terlalu keras hati....mencintai lelaki ini amat meletihkan. Ruoxi memilih untuk menurut kata hatinya.....dari memilih kehidupan yang tenang (Putera 14) dia memilih untuk hidup bersama lelaki yang terlalu dicintainya (Putera 4) dan sanggup menderita....yang mana akhirnya dia mati akibat penderitaan dan kerinduan. Apa yang pasti semua watak lelaki dalam drama ini akan menangis dan tiada happy ending bagi semua watak-watak tersebut kecuali Putera 10.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...