Wednesday, March 7, 2012

Novel tulisan Tong Hua


Sejak saya kecil, saya amat suka membaca novel-novel terjemahan dari luar negara.  Diusia 15 tahun lagi, saya amat meminati penulis novel seperti A. Samad Said, Azizi Hj Ali (sekadar menyebut beberapa nama) dan mengumpul semua novel-novel tulisan mereka. Pada usia remaja begini biasanya anak-anak remaja lebih suka membaca novel-novel cinta tulisan penulis muda tetapi saya lebih suka membaca novel yang bertema berat. Saya duduk dikampung, jadi saya tidak berpeluang untuk membaca novel-novel barat/luar negara sebaliknya hanya dapat membaca novel-novel yang hanya terdapat di perpustakaan sekolah. Apabila memasuki tingkatan 6, saya dapat berpindah ke bandar....disini saya mula menghabiskan masa dengan mencari novel lama yang dijual secara lelong (saya dari keluarga susah so tak mampu beli buku baru kecuali yang dilelong sahaja). Saya berjaya membeli satu buku koleksi cerpen-cerpen terbaik dari penulis seluruh dunia dan diterjemahkan kedalam bahasa malaysia. Bila saya baca koleksi cerpen ini saya jadi terpegun terutama apabila melihat bagaimana penulis mengambarkan sesuatu suasana atau sesuatu bentuk dalam ayat-ayat yang mempersonakan sehingga bila kita baca ia, kita dapat membayangkan suasana tersebut dihadapan kita. Saya juga menyimpan novel-novel penulis indonesia. Jika adik ipar saya pergi ke Indonesia, saya akan minta dia belikan saya novel-novel disana (adik ipar saya ustaz so dia hanya akan belikan saya novel-novel yang berunsurkan islamik....tiada harapan saya nak baca novel romantik).


Apabila saya mengikuti drama Bu Bu Jing Xin (BBJX) dan jatuh cinta dengan cara drama ini digarapkan dan dipersembahkan. Saya mula mencari novel BBJX tetapi malangnya ia tidak diterjemahkan didalam bahawa English. Ada satu keistimewaan dalam membaca novel tulisan Tong Hua....watak-watak utama adalah terdiri daripada 2 lelaki yang hebat berebutkan cinta seorang wanita yang unik dan berani (kebebasan wanita dalam membuat pilihan dan keputusan) dan yang pasti setiap novel beliau adalah sad ending. Pengarah drama Jade Palace Lock Heart (JPLH) telah memciplak hasil karya Tong Hua dan menerbitkan drama tersebut tanpa persetujuan Tong Hua. Drama JPLH telah dibuat secara tergesa-gesa supaya ia dapat disiapkan sebelum drama BBJX diterbitkan. Mujur drama BBJX lebih hebat dari JPLH dan drama ini tidak lari dari plot dalam novel walaupun ada tambahan.


Bila saya layari internet, ramai yang membincangkan berkenaan dengan novel tulisan Tong Hua ini. Ini menguatkan lagi impian saya untuk membaca novel tulisan beliau tetapi mungkin tidak akan jadi kenyataaan sebab tiada satupun yang diterjemahkan kedalam bahasa English oleh penulis itu sendiri. Cuma ada usaha dari pengemar novel tulisan Tong Hua yang cuba untuk menterjemahkan sendiri tetapi pasti tiada kepuasan bila membaca sebab penterjemah tersebut bukan seorang penulis.....pasti dia hanya akan terjemahankan ikut pemahaman sendiri dan bahasa yang mudah (keindahan bahasa hilang). Penulis blog ini telah cuba untuk menterjemahkan novel BBJX dalam bahasa English tetapi sedihnya dia hanya menterjemahkan novel ini sehingga chapter 8 sahaja.


Selepas itu saya menemui satu blog pengemar tulisan Tong Hua. Koalasplayground.com telah mengambil usaha untuk menterjemahkan 2 novel tulisan Tong Hua iaitu Da Mo Yau (Ballad of desert, diterbitkan pada 2006-2007) dan Yun Zhong Ge (Song in the clouds, 2007-2008). Saya harap penulis blog ini akan terus menterjemahkan buku tersebut sehingga ke chapter terakhir, walaupun ia bukan hasil terjemahan penulis novel itu sendiri tetapi terjemahan Koalasplayground juga tidak menghampakan.

Da Mo Yau ( Ballad of desert)


Ini pula adalah terjemahan novel Yun Zhong Ge (Song in the clouds). Novel YZG adalah kisah berkenaan dengan percintaan anak perempuan Hua Qu Bing dengan Yu Er (watak utama dalam Da Mo Yau).


Yun Zhong Ge ( Song in the clouds)

VOLUME 1



Thanks to Koalasplayground.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...