Ok, kita sambung semula recap drama Bu Bu jing Xin untuk episode seterusnya. Dalam menonton drama ini dan memahami jalan cerita dengan lebih baik....tumpukan kepada reaksi wajah para pelakon. Sebagaimana yang saya sebutkan, drama terbaik adalah apabila pelakon dapat menghayati watak dan menyampaikan maksud serta emosi dan perasaan dengan riak wajah tanpa perlu perkataan. Kekuatan drama ini adalah paparan emosi melalui riak wajah pelakon. Dalam episode 1-3, kita boleh lihat bahawa putera ke 8 tertarik kepada Ruo Xi melalui renungan mata dan kadang kala senyuman kecil diwajahnya. Bandingkan cara beliau memandang Ruo Xi dengan cara beliau memandang Ming Hui atau Ruo lan. Putera 4 pula adalah seorang yang dingin....bijak, tenang dan terlalu berhati-hati...beliau akan menyembunyikan perasaan/emosi sedalamnya supaya tiada orang yang boleh baca fikirannya....tetapi bila berhadapan dengan Ruo Xi, beliau kadangkala pamirkan sedikit emosi diwajahnya dengan senyuman kecil (antara senyum dengan tak senyum) atau renungan tajam (intense glares) untuk pamirkan emosinya. Kekuatan watak putera 8 terletak pada pandangan matanya (u can get lost in his eyes) dan senyumannya. Sangat menarik bila anda perhatikan renungan mata dan riak wajah antara kedua-dua watak ini
Sebelum kita melihat episode 4, cuba kita lihat sedikit sejarah berkaitan dengan watak-watak utama dalam drama ini:-
1. Putera ke 2 bernama Yinreng. Lahir pada 1674. Ibunya adalah Empress Xiochanggren. Ibunya adalah permaisuri pertama KangXi dan meninggal ketika berusia 20 tahun. Yinreng yang ketika itu berusia 2 tahun dibesarkan sendiri oleh maharaja selepas kematian ibunya. KangXi ditabal sebagai maharaja diusia yang terlalu muda iaitu 14/15 tahun dan berkahwin dengan ibu Yinreng yang berusia 17tahun. Dikatakan amat mencintai permaisuri Xiochanggren. Maharaja Kangxi terlalu menyayangi Putera Mahkota Yinreng wp Yinreng melakukan kesalahan, maharaja akan mencari alasan utk memaafkannya.
2. Putera ke 4 bernama Yin Zhen. Lahir pada 1678. Ibunya adalah Empress Xiaogonggren atau lebih dikenali sebagai Consort De. Consort De melayan Putera 4 dengan dingin dan terlalu tegas. Yin Zhen tidak mendapat kasih sayang dan perhatian daripada ibunya sehingga menjadikan beliau dingin dan menyembunyikan perasaannya sendiri.
3. Putera ke 8 bernama Yinsi. Lahir pada 1681. Ibunya adalah Consort Liang. Ibunya adalah dikatakan berkedudukan rendah. Dalam disnati Qing, kedudukan ibu menentukan kedudukan anak. Yinsi tidak dipandang oleh Kangxi sebagai calon putera mahkota disebabkan oleh kedudukan rendah ibunya. Dalam banyak-banyak putera, Yinsi sahaja yang mempunyai bilangan isteri dan anak yang sedikit. Dalan sejarah beliau memiliki 3 orang isteri dan 2 orang anak tetapi dalam drama ini beliau dikatakan memiliki 2 isteri dan seorang anak lelaki.
4. Putera ke 9 bernama Yintan. Lahir pada 1683. Ibunya adalah Nobel Consort Wenxi.
5. Putera ke 10 bernama Yin'e. Lahir pada 1683. Ibunya adalah Consort Yi
6. Putera ke 13 bernama Yin Xing. Lahir pada 1686. Ibunya adalah Imperial Nobel Consort Jing Min. Ibunya meninggal ketika beliau masih kecil dan kemudian dibesarkan oleh Consort De dan membesar bersama putera 4. Putera 13 membesar kesunyian tanpa ibu manakala putera 4 membesar kesunyian tanpa kasihsayang ibu. Ini menjadikan mereka amat rapat.
7. Putera ke 14 bernama Yinti. Lahir pada 1688. Ibunya adalah Empress Xiaogongren. Merupakan adik kandung Yin Zhen tetapi tidak rapat dengan Yin Zhen dan membesar bersama dengan Putera ke 8. Yinti adalah anak kesayangan Consort De dan mendapat perhatian penuh daripada ibunya.
Maharaja Kangxi terkenal dengan cara tegas beliau mendidik anak-anak beliau. Beliau memastikan semua putera-puteranya bangun jam 3 pagi dan memasuki kelas membaca dan menghafal setiap buku dengan 120 kali ulangan kemudian latihan memanah serta menunggang kuda. Putera-putera hanya dibenarkan berehat selepas jam 7 malam. Disebabkan itu dalam sejarah semua putera-putera baginda amat bijak dan beliau memastikan kesemua putera-putera tidak berhajatkan takhta yang akan diwarisi oleh putera ke 2. Disebabkan putera 8 sering menunjukkan minat terhadap tahta maka maharaja Kangxi sering salahanggap terhadap beliau. Putera 4 pula tidak pernah menampakkan minatnya terhadap tahta dan berebut dengan putera mahkota, ini menyebabkan Maharaja tidak pernah mengesyaki beliau.
Apabila kita menonton 3 episode pertama mesti kita berkata kenapa Ruo Xi tidak bercinta dengan putera ke 13 atau putera ke 14 atau putera ke 10 yang lebih sesuai dengan beliau?. Penulis novel ini tidak menjadikan kehadiran Ruo Xi, gadis zaman moden yang mengetahui setiap nasib putera-putera di atas untuk mengubah sejarah tetapi penulis cuba ketengahkan mesej ' My destiny is in my own hands'. Ruo Xi berada dizaman dimana semua keputusan dalam hidup adalah ditangan Maharaja.....bagaimana dia harus bertindak supaya nasibnya tidak ditentukan oleh sesiapa.
Episode 4.
Bila menonton drama ini, perhatikan perubahan cuaca, ini caranya pengarah memberitahu berkenaan dengan tempoh masa kejadian. Dalam episode 4, ada 2 musim iaitu musim luruh dan musim sejuk. Ini menunjukkan tempah masa antara satu adegan dengan adegan yang lain adalah panjang...mungkin 3-4 bulan.
Bila menonton drama ini, perhatikan perubahan cuaca, ini caranya pengarah memberitahu berkenaan dengan tempoh masa kejadian. Dalam episode 4, ada 2 musim iaitu musim luruh dan musim sejuk. Ini menunjukkan tempah masa antara satu adegan dengan adegan yang lain adalah panjang...mungkin 3-4 bulan.
Sekembali Ruo Xi dari istana.....beliau berkeadaan murung. Beliau menjadi pendiam dan menyendiri.....menghabiskan masa menulis kaligrafi....menulis perkataan 'Fate'. Suasana musim gugur dengan daun-daun berguguran amat serasi dalam mengambarkan perasaaan Ruo Xi yang kemurungan. Ruo Xo tidak murung atau sedih disebabkan putera ke 10 tetapi murung disebakan beliau menyedari bahawa fate atau takdir dirinya akan ditentukan oleh seseorang. Ketika Ruo Xi sendirian di pavilion dengan daun-daun berguguran, putera ke 8 dan putera ke 14 menghampiri beliau. Ruo Xi tidak mengindahkan mereka disebabkan tengelam dengan perasaan sedihnya. Putera ke 14 bertanya adalah Ruo Xi sukakan putera ke 10. Ruo Xi berkata ya....ketika ini wajah putera 8 berubah terkejut. Ruo Xi berkata bahawa dia sedih bukan sebab dia cintakan putera 10 tetapi dia sedih disebabkan perkahwinan putera 10 ditentukan oleh 'SOMEONE' sedangkan putera 10 tidak mahu. 'Someone' yang dimaksudkan adalah maharaja dan perkataan Ruo Xi itu adalah menderhaka....oleh kerana Ruo Xi menyebut ayat tersebut dihadapan putera 14 maka putera 8 terpaksa bertindak kasar dan marah.
Selepas dinasihatkan oleh Ruo Lan keadaan Ruo Xi kembali tenang. Putera 14 datang berjumpa Ruo Xi dan meminta Ruo Xi memujuk Putera 10 yang memberontak dengan meminum arak setiap masa dan tidak menghadiri court.
Ketika adegan ini.....kita bersimpati dengan putera 10. Wajah sedih....perubahan riak wajah dari seorang yang funny....kebodoh-bodohan kepada seorang yang kecewa dan kesedihan. Ruo Xi bertemu dengan putera 10 dan cuba memujuk beliau. Putera 10 mengadap Ruo Xi dan bertanya samaada Ruo Xi pernah sukakan dirinya. Ruo Xi jawap 'ya... pernah', riak wajah putera 10 berubah gembira dan kemudian dia cuba pegang tangan Ruo Xi tetapi Ruo Xi larikan tangannya. Ketika ini anda akan merasa terlalu simpati akan nasib putera 10. Teknik kamera serta muzik yang dimainkan ketika Ruo Xi menarik tangan dan perubahan ketara wajah putera 10 menjadikan penonton bersimpati dgn putera 10. Ruo Xi bijak...dia tolak cinta putera 10 dengan baik dan terangkan bahawa ketika bersama putera 10 beliau sangat-sangat gembira. Saya printscreen moment dimana Ro Xi larikan tangannya dari pegangan Putera 10....moment yang sangat menyedihkan bagi putera 10. Anda akan bersimpati dengannya apabila melihat perubahan riak wajah beliau.
Ok kisah Ruo Xi dan putera 10 ditamatkan disitu....pengarah drama ini mula memfokuskan kepada perasaan putera 8 terhadap Ruo Xi dan hubungan Ruo Xi dengan putera 13.
Suasana salji mula turun......(suasana yang sesuai untuk mengambarkan sesunyian hati Ruo Xi), Ruo Xi berjalan sendirian dan tiba-tiba putera 8 berjalan disebelahnya. Ketika ini Putera 8 mula berani mempamirkan perasaannya dengan memegang tangan Ruo Xi...Ruo Xi nervous dan cuba lepaskan tangannya tetapi putera 8 mengenggam dengan lebih erat (beautiful moment) dan mereka berjalan beriringan dalam salji. Ruo Xi keliru dengan sikap Putera 8.
Ruo Xi dan Ruo Lan menghadiri majlis perkahwinan putera 10 yang diadakan dikediaman baru yang dihadiahkan oleh Kangxi kepada putera 10. Ruo Xi yang kesejukan berlari-lari diluar karidor dan terkejut apabila ditegur oleh Putera 13. Putera 13 berkata oleh kerana kita berdua adalah orang yang dalam kekecewaan....jom kita minum dan tarik Ruo Xi mengikut beliau menaiki kuda ke satu tempat untuk minum. Ruo Xi pada mulanya agak ketakutan tetapi lama-kelamaan mula selesa dengan putera 13. Ruo Xi yang mula mabuk telah menceritakan tentang konsep dunia moden dan berbisik bahawa beliau datang dari dunia 300 tahun selepas. Putera 8 menganggap Ruo Xi merepek akibat mabuk. Ruo Xi mengajar putera 8 syarat OK dunia moden....signature persahabatan mereka. Disini bermula hubungan cinta platonik antara Putera 13 dan Ruo Xi.
Episode 5
Putera mahkota menjemput putera 8, Ruo lan dan Ruo Xi ke acara berkuda. Ming Yu menunjukkan kehebatannya dan kemudian mencabar Ruo Xi supaya menunjukkan kehebatan kerkuda kerana Ruo Xi dibesarkan di kem tentera memandangkan ayahnya adalah general mesti Ruo Xi juga hebat sebagaimana kehebatan General Maertai. Ruo Xi tidak pandai menunggang kuda mula resah dan Ming Yu terus menghina Ruo Xi dan keluarga Maertai. Ruo Lan yang tidak sanggup mendengar penghinaan tersebut sanggup menunjukkan teknik tunggangan kudanya. Putera 8 terkejut kerana selama 5 tahun berkahwin dengan Ruo Lan.....Ruo Lan tidak pernah hendak menunggang kuda lagi. Teknik tunggang kuda Ruo Lan mengkagumkan semua putera-putera yang hadir.
Ketika melihat Ruolan menyendiri dan bersedih, Putera 8 cuba memujuk Ruo Lan supaya memaafkan dirinya dan terima dirinya sebagai suami. Dari sini barulah diketahui mengapa Ruo lam membenci putera 8. Kerana putera 8, kekasihnya mati dan hatinya juga mati bersama kekasihnya....yang tinggal hanya jasadnya sahaja sebab itu Ruo lan tidak pernah senyum dan tidak pernah tunggang kuda lagi. Putera ke 8 cuba memujuk Ruolan tetapi apabila melihat reaksi beku Ruolan, Putera 8 melepaskan pelukannya dan tahulah beliau bahawa dia tiada ruang langsung dihati Ruolan.
Apabila Ruo lan bersama putera 8, Ruo Xi keseorangan dan Putera 13 datang berbual serta mengajak beliau untuk pergi minum. Putera 13 membawa Ruo Xi ke satu tempat dimana beliau sering datang dan minum bersama pelayan disitu. Ruo Xi diperkenalkan dengan Lu wu (pelayan atau courtesan). Pandangan mata putera 13 terhadap Lu wu membuat kita mengetahui mengapa beliau tidak jatuh cinta pada Ruo Xi. hatinya pada Lu Wu. Dalam adegan ini, kita akan melihat betapa selesa dan gembiranya Ruo Xi apabila bersama putera 13. Mereka berbual dan berbincang dengan selesa....pemikiran mereka sama...pandangan mereka sama tapi sayang...... keserasian mereka hanya sebagai rakan rapat.
Putera 8 memanggil Ruo Xi kebilik bacaan dan Ruo Xi sangka yang dia akan dihukum sebab pulang lewat tetapi terkejut apabila Putera 8 menyarungkan bangle/gelang ke tangan Ruo Xi. Tindakan ke 2 putera 8 yang sekali lagi mengejutkan Ruo Xi dan mengelirukan gadis kecil itu.
Putera 8 menyambut tahun baru di kediaman Ruo Lan. Sebelum ini beliau tidak pernah hendak duduk lama dikediaman Ruo Lan tapi selepas kehadiran Ruo Xi, putera 8 banyak berkunjung ke kediaman Ruo Lan. Ming Hui perasaan akan hal ini dan mula cemburu kepada Ruo Xi.
Hanya semasa sambutan tahun baru, gadis-gadis bangsawan dibenarkan keluar berhibur. Ruo Xi keluar ditemani oleh Qiao Hui. Ruo Xi bertemu dengan putera 13 yang ditemani oleh Lu wu yang berpakaian seperti lelaki. Putera 13 mengajak Ruo Xi ke satu tempat untuk menyaksikan pertunjukkan bunga api. Selepas kehadiran Putera 13 di tempat itu....putera 14 juga turut sampai bersama-sama dengan pengikutnya. Pengikut putera 14 perasan kehadiran Lu Wu ( bekas pelacur) dan mula memerli beliau. Ruo Xi marah akan perbuatan biadap pengikut Putera 14. Putera 14 meminta supaya Ruo Xi pulang.
Semasa dikediaman Putera 8, Ruo Xi dan putera 14 bergaduh. Putera 14 memarahi Ruo Xi dengan mengatakan bahawaRuo Xi perlu menjaga statusnya sebagai gadis bangsawan dan tidak harus berkawan dengan golongan seperti Lu wu yang merupakan bekas pelacur. Mereka bertengkar dihadapan Putera 8.
Dari adegan ini, menunjukkan hubungan yang wujud antara putera 14 dengan Ruo Xi. Dalam novel, Tong Hua menghuraikan hubungan mereka dengan detail. Dalam tempoh Ruo Xi berada dikediaman putera 8, Ruo Xi sentiasa kebosanan dan ketika ini putera 14 dan putera 10 adalah kawan baiknya. Ditulis bagaimana setiap kali putera 14 datang ke manor putera 8, beliau pasti membawa sesuatu untuk Ruo Xi sehinggakan dayang-dayang sering mengusik Ruo Xi setiap kali Putera 14 hadir. Mereka rapat dan mereka sering bergaduh sebab pemikiran dan pandangan Putera 14 adalah berbeza dengan Ruo Xi tetapi mereka bertengkar sekejap kemudian mereka akan berbaik semula. Sebab itu apabila Ruo Xi dan Putera 14 bertengkar....putera 8 hanya tersenyum sebab dia telah biasa melihat mereka bertengkar
Selepas pertengkaran Ruoxi dengan putera 14 berakhir...dan putera 14 keluar dari situ dengan marah, putera 8 berkata kepada Ruoxi bahawa Ruoxi bukan sahaja layak menjadi 'daredevil 13th sister' sama seperti putera 13 tetapi pemikiran mereka berdua juga sama. Beliau meminta supaya Ruoxi duduk disebelahnya.....beliau bertanya samaada Ruoxi takut menghadapi pemilihan gundik Maharaja. Beliau tidak pasti samaada Ruoxi takut atau tidak sebab Ruoxi sibuk memikirkan hal orang lain. Putera 8 mula bercerita tentang bagaimana pertama kali beliau bertemu Ruolan. beliau jatuh cinta pandang pertana kepada Ruolan apabila beliau melihat Ruolan menunggang kuda sambil ketawa riang (Ruoxi berkata dalam hati sudah tentu kakaknya riang gembira kerana kakaknya ketika itu dalam percintaan dengan general...wajah riang yang tidak akan ditemu dikalangan wanita di forbidden city yang tidak pernah mengenali cinta). Putera 8 bertambah gembira bila maharaja menjadikan Ruolan sebagai Ce'fujinnya. Beliau menghabiskan masa 6 bulan untuk mencari hadiah bagi wanita yang dicintainya itu...akhirnya beliau menemui phoenix jade bangle dan bercadang untuk menghadiahkan kpd Ruolan pada malam perkahwinan mereka. Ruoxi terkejut dan memandang bangle ditangannya. Impian putera 8 hancur apabila malam perkahwinan....wanita riang yang dicintainya itu bukanlah wanita yang sama yang ditemui tetapi wanita itu menjadi dingin, tidak senyum dan tidak menunggang kuda lagi. Putera 8 cuba mencari punca mengapa wanita itu jadi begitu....beliau menghantar spy untuk menyiasat tentang kekasih Ruolan. perkara ini disedari oleh bapa Ruolan dan mengarahkan kekasih Ruolan berada dibarisan hadapan pertempuran dan menyebabkan kekasih Ruolan terbunuh. Ruolan yang ketika itu sedang mengandung 3 bulan keguguran akibat terlalu sedih atas kematian kekasihnya. Sejak itu Ruolan membenci putera 8.
Ruoxi cuba menanggalkan gelang phoenix jade bangle ditangannya sebab bangle itu adalah milik kakaknya Ruolan tetapi dihalang oleh putera 8 dengan berkata bahawa bangle itu adalah untuk wanita yang dicintainya. Dia minta supaya Ruoxi berjanji supaya tidak sekali-kali menanggalkan bangle itu dari tangannya.
Disini putera 8 telah istiharkan dengan terang bahawa Ruoxi adalah wanita yang dicintainya. Putera 8 menerangkan rancangannya untuk mengeluarkan Ruoxi dari pemilihan gundik maharaja dan kemudian akan meminta daripada maharaja untuk mengahwininya. Ruoxi menolak mengatakan beliau tidak sudi. Ruoxi keluar dari situ dengan perasaan sedih, marah dan kecewa.
" Unwiling, she is unwiling to everything
She wants is someone who truly loves her
care for her all the time
she is a person, not an object"
teruskan lagi.. sy suka juga cita C-drama yg epik cam ni. Dulu masa sy remaja cite cam ni yg sy layan..s etpai petang TV2. best2..
ReplyDeleterie