Thursday, January 26, 2012

Recap Bu Bu jing Xin, Episode 1-3


Saya sukakan drama nie....setakat ini....inilah C-drama yang saya ulang tengok sehingga beberapa kali.  Sebelum ini saya tidak pernah hendak menengok C-Drama. Saya teringin sangat hendak membaca novel asal cerita ini yang ditulis oleh Tong Hua. Saya cuba cari novel ini tapi malangnya tiada terjemahan dalam bahasa English dibuat. Selalunya cerita yang diadaptasi daripada novel tidak akan sama seperti bila kita baca sendiri novel tersebut. Saya juga sudah mendapatkan DVD Bu Bu Jing Xin, English subtitles di Speedy Video.

Episode 1



Dalam episode 1 kita akan diperkenalkan dengan watak Zhang Xio, roh wanita zaman moden yang berusia 25 tahun terperangkap dalam tubuh gadis manchurian yang berusia 13 tahun (dalam novel dikatakan 13 tahun) yang bernama Maertai Ruo xi. Beliau berada dizaman silam (300 tahun dari zaman moden) iaitu di zaman pemerintahan Maharaja Kangxi yang ke 43 tahun. Melalui Qiaohui(maid) beliau cuba mengetahui berkenaan diri Ruo Xi. beliau adalah adik kepada Maertai Ruo lan iaitu Ce-Fujin putera ke 8 dan merupakan anak ke 2 kepada General Maertai dan berada dikediaman putera ke 8.

Zhang Xio adalah wanita moden dan berusia 25 tahun dan berada ditubuh gadis yang berusia 13 tahun sudah tentu memperlihatkan sifat matang yang berbeza dari gadis-gadis zaman itu. Kata-kata matang yang keluar dari mulut Ruo Xi telah menarik perhatian putera ke 9 dan putera ke 10. Detik perkenalan Ruo Xi dengan putera ke 10 yang digelar 'wastrel 10th' dan putera ke 9 yang dikenali sebagai 'poison snake old 9th'.



Putera ke 10

Setelah 10 hari roh Zhang Xio berada ditubuh Ruo Xi (Ruo Xi telah berada di kediaman putera ke 8 selama 6 bulan) dan inilah kali pertama Ruo Xi bertemu dengan Putera ke 8 yang dikenali dalam sejarah sebagai 'Virtuous 8th prince'. Putera ke 8 kelihatan sedikit terkejut apabila melihat Ruo Xi kali pertama.

Putera ke 8

Zhang Xiao (Ruo Xi) cuba mencari jalan untuk kembali ke zaman moden. Cubaan pertama adalah apabila dia cuba untuk jatuh dari tangga yg tinggi tetapi dihalang oleh Qian Hui. Cubaan kedua apabila dia berdiri dihadapan kuda yang ditunggang laju oleh Putera ke 4. Cubaan ke tiga adalah sekali lagi dia berdiri dengan harapan supaya dia dirempuh oleh kuda tetapi malangnya kuda tersebut diberhentikan secara mengejut dan menyebabkab Ruo Xi marah. Bila dia lihat penunggang kuda itu adalah putera ke 4....Ruo Xi terus tidak jadi marah. Disini beliau berkenalan dengan putera ke 13. Putera ke 4 adalah seorang yang berwatak dingin, tidak senyum, tegas dan pemerhati serta bijak. Bila melihat Ruo Xi terseliuh beliau terus mendapatkan ubat utk Ruo Xi manakala Putera Ke 13 memperlihatkan sifat ramah dan mesra.


Putera ke 4


Putera ke 13

Ketika menghantar Ruo Xi pulang, putera ke 4 memanggil Ruo Xi dan menanyakan mengapa Ruo Xi ingin membunuh diri. Ruo Xi menyatakan bahawa itu hanyalah kemalangan dan beliau tidak berniat untuk membunuh diri. Putera ke 4 adalah seorang yang bijak menganalisa keadaan....beliau mengetahui Ruo Xi cuba bunuh diri tetapi pelik dgn jawapan Ruo Xi. Putera ke 4 serahkan ubat dan berkata "i saved your life. Without my permission, you better not even consider suicide".

Dalam episode 1, hubungan baik antara putera ke 10 dengan Ruo Xi terbentuk. Ruo Xi suka membuli putera ke 10 yang bersifat 'kebodohan' dan mereka menjadi kawan baik. Ketika Ruo Xi mengikut putera ke 8 dan putera ke 10 untuk menunggang kuda....disini diperlihatkan saat-saat putera ke 8 memberikan pandangan tajam kepada Ruo Xi serta kagum dengan kebijaksanaan Ruo Xi mengena putera ke 10.

Ketika melihat putera ke 8 menunggang kuda...Ruo Xi akhirnya mengaku bahawa putera ke 8 mempunyai rupaparas yang sangat kacak, elegent yang digambarkan oleh Ruo Xi sebagai '8th prince has both lineage and appearance of a fine man beyond compare'. Sebagaimana yang digambarkan oleh putera ke 13 bahawa putera ke 8 "8th Ge (brother) is known for his elegant and courteous refinement".

Episode 2

Ruo Xi cuba untuk mengetahui mengapa kakaknya iaitu Ruo Lan bersikap dingin terhadap putera ke 8 walaupun putera ke 8 adalah seorang yang bersifat lemah lembut terhadap Ruo Lan. Ruo Lan menghabiskan masanya dengan berdoa dan membaca buku buddha dan kadang-kadang merenung lukisan lelaki yang menunggang kuda dengan wajah yang sedih. Walaupun Ruo lan adalah isteri yang pertama dikahwini oleh putera ke 8 tetapi setelah 5 tahun berkahwin mereka masih belum dikurniakan anak(anak pertama gugur) dan isteri utama (Di-Fujin) yang dikahwini 2 tahun kemudian telah melahirkan anak. (Dalam dinasti Qing, isteri utama seorang putera haruslah berketurunan diraja dan perkahwinan ditetapkan oleh maharaja. Ruolan adalah anak bangsawan yang berpangkat general...walaupun beliau adalah isteri yang pertama tetapi beliau berstatus ce-fujin (isteri kedua)). Urusan kediaman diuruskan oleh Di-Fujin dan disebabkan status ini, Ruo lan sering dibuli oleh Di-Fujin.

Ketika ini putera ke 10 telah menjadi rakan sepermainan Ruo Xi. Sekali lagi Ruo Xi bertembung dengan putera ke 4 ketika putera itu hendak bertemu dengan putera ke 8. Ruo Xi cuba mengelak untuk bertembung dengan 'Ice Block Face" gelaranya kepada putera ke 4. Putera ke 4 sekali lagi cuba bertanya Ruo Xi berkaitan dengan 'seeking life thorough seeking death', Ruo Xi tidak menjawap tetapi Ruo Xi berkata ia cuba menerangkan maksud dengan dengan mengunakan metaphor iaitu ' If i feel like i am in a dream but it is a dream that i cannot wake up from, what can i do". Putera ke 4 menjawap "6 words....since you're there, make the best of it. Do you understand". Ruo Xi berfikir panjang dengan kata-kata putera ke 4 dan akhirnya Ruo Xi mengambil keputusan untuk terima nasib dirinya yang berada di zaman silam 300 tahun dari zaman moden. Ketika ini Ruo Xi berkata tidak hairanlah Putera ke 4 adalah maharaja sebab beliau sangat bijak.

Putera ke 10 mendesak supaya majlis hari jadinya diadakan di kediaman putera ke 8 dan diuruskan oleh ce-fujin (Ruo lan) dan bukan Ming Hui (Di-fujin). Putera ke 9 meneka dan mengusik sebab mengapa putera ke 10 berkeras supaya majlis harijadi diuruskan oleh ce-fujin putera ke 8 adalah disebabkan Ruo Xi. Putera ke 10 malu-malu dan semua putera-putera yang lain ketawakan beliau.

Majlis hari jadi putera ke 10 diuruskan oleh Ruo Lan dan ketika ini Ruo Xi memakai pakaian yang cantik dan mengenakan make up yang berlainan dari biasa. Penampilan Ruo Xi menjadikan ia seorang gadis yang cantik dan bukan lagi budak nakal yang berusia 13 tahun. Ketika Ruo Xi berada di balkoni dan putera ke 4 juga berada di balkoni yang bertentangan....Ruo Xi memandang ke arah putera ke 4 dan putera ke 4 merenung tajam ke arah Ruo Xi  dengan sedikit senyuman diwajah dinginnya....putera ke 8 keluar dan berdiri disebelah putera ke 4, beliau perasan putera ke 4 merenung Ruo Xi. Ketika putera 13 sampai, beliau juga terpesona dengan kecantikan Ruo Xi dan ketika semua putera berkumpul....putera ke 13 memuji kecantikan Ruo Xi tetapi putera ke 8 cepat-cepat memotong percakapan putera ke 13 dan menyatakan bahwa semua putera menunggu untuk minum bersama putera ke 13.




Ruo Xi menyediakan hadiah istimewa buat putera ke 10 iaitu dengan membuat lipatan 1000 origami burung jinjang dan mengantungkan di pavilion yang dihias indah. Putera ke 10 amat terpesona dengan hadiah tersebut dan Ruo Xi menyanyikan lagu hari jadi versi moden kepada putera ke 10. Wajah putera ke 10 begitu terkejut dan terharu. Nyanyian Ruo Xi didengari oleh putera ke 14 dan putera ke 13. mereka datang ke pavilion kecil itu sambil mengusik putera ke 10. Ruo Xi yang termalu telah meminta diri dan berlalu dari situ.




(kehidupan putera-putera di forbidden city adalah ditentukan oleh maharaja. kebanyakan putera-putera tidak mengenali cinta kerana jodoh mereka ditentukan oleh maharaja dan perkahwinan mereka samaada berdasarkan motif politik atau mengukuhkan kuasa. Perbuatan Ruo Xi melipat 1000 burung jingjang serta menyanyikan lagu (dalam novel ditulis Ruo Xi menyanyikan lagu dari sajak untuk mengucapkan panjang umur) adalah sesuatu perbuatan yang luarbiasa dan memberikan maksud yang berbeza kepada putera ke 10 walaupun ia adalah perkara biasa dizaman moden).

Episode 3

Ketika Ruo Xi berlalu dari pavilion, beliau bertembung dengan Ming Yu (adik kepada Ming Hui-Di-Fujin putera ke 8). Ming Yu cuba membuli Ruo Xi tetapi tidak menduga dengan tindakan Ruo Xi menampar beliau. Berlaku adegan 'cat-fight', pergaduhan ini didengar oleh ke tiga-tiga putera yang berada di pavilion. Mereka berlari ke arah Ruo Xi tetapi ketika itu Ruo Xi telah menghentak kepalanya dengan kepala ming Yu dan menyebabkan mereka berdua pening serta terjatuh kedalam kolam. Putera ke 13 dan ke 14 menjerit memanggil Ruo Xi. Semua putera-putera yang hadir dan tetamu berlari ke atah kolam. Putera ke 13 dan 14 menyelamatkan ming hu dan Ruo Xi. Ruo Lan cuba menenangkan Ming Yu tetapi ditolak oleh Ming Yu. Ini menyebabkan Ruo Xi marah dan cuba menyerang Ming Yu kembali tetapi dihalang oleh putera ke 10. Dihadapan semua tetamu, Ming Yu cuba membuat kecoh dengan menangis kuat-kuat seperti budak kecil......Ruo Xi semakin marah dan terus menjerit "diam"sambil berdiri garang dihadapan ming yu. Bila lihat ming yu masih menangis, sekali lagi Ruo Xi menjerit 'masih menangis' dan menunjukkan wajah yang garang sehingga menakutkan bukan sahaja Ming Yu tetapi semua tetamu. Semua putera yang menyaksikan perlakuan Ruo Xi terkejut dan terdiam tetapi wajah putera ke 4 memperlihatkan kekaguman dan terukir sedikit senyuman di wajah dinginnya. Putera mahkota (putera ke 2) cuba meredakan suasana dengan menyatakan bahawa beliau tidak sangka putera ke 13 yang dikenali sebagai 'seeking death 13th prince' mempunyai seorang adik perempuan dan mengelarkan Ruo Xi sebagai ' seeking death 8th prince sister'. Semua putera ketawa dan putera ke 8 merasa lega dan meminta supaya putera ke 13 dan 14 menukar baju dan meminta maid membawa pulang Ming Yu ke kediaman Di-Fujin.

(Tindakan Ruo Xi terhadap Ming Yu adalah tindakan mengundang maut. Ming Yu adalah anak kepada puteri raja, yang merupakan sepupu Maharaja Kangxi. Dari segi status Ruo Xi boleh dihukum mati tetapi ia diselamatkan apabila putera mahkota tidak mengambil serius hal tersebut dan masih bergurau dengan mengelarkan Ruo Xi sebagai 'seeking death 13th prince sister' dan menyebabkan semua putera-putera lain termasuk putera 8 merasa lega walaupun diwajahnya kesal dengan apa yang berlaku).

Selepas peristiwa itu Ruo Xi menjadi bualan dikalangan keluarga diraja. Putera 14 dan putera 10 menjadi rapat dengan Ruo Xi, ini dilihat dari perlakuan Ruo Xi yang tidak memberikan tunduk hormat kepada mereka. Ruo lan menghukum Ruo Xi dengan bersikap dingin terhadap Ruo Xi. Putera ke 8 menghukum perlakuan Ruo Xi dengan meminta beliau berdiri berdiri didalam bilik bacaan sementara beliau berbincang dengan putera 14 dan putera 10. Ruo Xi berdiri lama sehinggalah bila pelayan masuk kedalam bilik bacaan dan menyatakan bahawa hari sudah lewat dan makan malam telah dihidangkan. Putera ke 8 minta putera 10 dan putera 14 tunggu diluar. Putera 8 berdiri rapat dengan Ruo Xi yang ketika itu kelihatan ketakutan dan hanya tunduk memandang lantai. Putera ke 8 meninta Ruo Xi mendongak dan memandang beliau....Ruo Xi patuh tetapi kemudian melangkah ke belakang selepas terkejut dengan renungan mata putera ke 8. Putera ke 8 ketawa dan berkata 'so where has that day's chili-hot daring gone to'.

Ruo Xi berusaha untuk mendapatkan kemaafan Ruo Lan dan akhirnya kakaknya itu memaafkan beliau. Ruo Lan memberitahu Ruo Xi bahawa maharaja Kangxi akan mengadakan Mid Autumn gathering dan telah menjemput semua ahli keluarga putera-putera beliau. Maharaja juga menintahkan bahawa beliau ingin bertemu dengan 'daredevil 13th prince sister'....Ruo Xi terkejut sebab maharaja mengetahui tentang hal itu.

Ketika di gathering itu, Ruo Xi yang pertama kali menjejakkan kaki ke istana dan mengadap raja tidak dapat menyembunyikan perasaan takut beliau. Beliau dipanggil mengadap maharaja dan maharaja bertanya 'are u daredevil 13th sister'. Ruo Xi mengatakan bahwa beliaulah yang digelar 'daredevil 13th sister'. maharaja bertanya mengapa beliau kelihatan takut...adakah Ruo Xi takut dengan beliau. Ruo Xi menjawap bahwa beliau tidak takut dengan maharaja sebab beliau adalah 'sage ruler'. Kangxi ulang 'sage ruler....look at me and explain why you consider me a sage ruler'.

Ruo Xi yang ketakutan untuk menjawap telah menjawap dengan perlahan "Qin Shi Huang and Han Wudi lack literary grace. Tang Tai Zang and Song Tai Zu had little poetry in their soals. Genghis Khan only knows how to shoot eagles with bow. All have past and gone. For the truly great men, look to the present age".

Selepas menjawap Ruo Xi terus melutut ketakutan akan reaksi maharaja....semua putera-putera kelihatan terkejut dengan jawapan Ruo Xi. Ruo Xi telah membandingkan maharaja dengan semua pemerintah terdahulu...sesuatu perkataan yang berani diucapkan dihadapan maharaja. Tiba-tiba Maharaja Kangxi ketawa dan berkata 'so fighting is not the thing that this 'daredevil 13th sister' knows'. Maharaja gembira dengan jawapan Ruo Xi dan memberikan beliau rewards.

Selepas itu jamuan diadakan dan semua putera berada di pentas atas manakala isteri-isteri dan tetamu berada di pentas dibahagian bawah. Semua putera mengadap maharaja...tiba giliran putera ke 10. Menyedari bahawa umur putera ke 10 telah dewasa, maharaja menitah untuk menjodohkan putera ke 10 dengan Ming Yu. Oleh kerana status Ming Yu maka beliau dijadikan Di-Fujin putera 10. Ketika ini kita akan bersimpati dgn putera 10....beliau cuba menolak tetapi takut maharaja murka. Ruo Xi yang masih terkejut dengan saat-saat beliau mengadap dan disoal maharaja sekali lagi terkejut bila melihat keadaan putera 10 dipaksa terima titah maharaja.



Ketika ini barulah Ruo Xi sedar akan keadaan di Forbidden City. Ruo Xi mula memikirkan akan nasib dirinya jika beliau tidak dapat kembali ke zaman moden dan terus terperangkap di zaman silam ini.

Why? Isn’t he a prince?. Doesn’t he have a high status? Why is it that someone with such a high status has lost something so precious?. Freedom?. Is this the fate of everyone in the Forbidden City?.

“Why is it that our fates can be decided by a single word from the Emperor?. Why was I brought here…..The education I’ve received taught me that my destiny is in my own hands. Now I’m suddenly told that everything is up to fate. Resign myself to fate? I’ll never do that.”

Ulasan:-

1. Dalam episode 1 sehingga 4, roh Zhang Xiao yang berada ditubuh Ruo Xi yang berusia 13 tahun menunjukkan perubahan dari gadis kecil yang memberontak, tidak dengar cakap, melawan dan bercakap tanpa berhenti bertukar menjadi seorang gadis yang lebih bersopan. Perubahan Ruo Xi dianggap akibat daripada kecederaan kepala selepas jatuh dari tangga. Penulis bijak mencarikan sebab yang munasabah. Sifat anak-anak kecil yang nakal kadang kala ditunjukkan oleh Ruo Xi. Dia masih kanak-kanak tetapi kita harus ingat 300 tahun yang lepas....gadis yang berusia 13-15 tahun telah dianggap sesuai untuk dikahwinkan.

2. Dalam novel asal drama ini dikatakan bahawa Putera 8 berusia dalam lingkungan 22-23 tahun, putera ke 10 dalam 17 tahun. tetapi jika dilihat dari sejarah pada zaman pemerintahan KangXi yang ke 43 tahun, usia putera 8 adalah 28 tahun, putera 4 adalah 30 tahun, putera 10 adalah 21 tahun, putera ke 13 dalam usia 20 tahun dan putera 14 dalam usia 19 tahun. Penulis cuba mengurangkan usia putera-putera ini supaya jarak antara Ruo Xi dengan putera 8 dan 4 tidak jauh tapi pelakon yang membawa watak  putera 8 dan 4 memang sesuai untuk usia akhir 20an. Mereka kelihatan tua dan tidak sesuai jika dikata berusia 22 dan 25 tahun.

3. Ketika berada di kediaman putera 8, hubungan Ruo Xi rapat dengan putera 10 dan putera 14 kerana mereka adalah putera-putera yang rapat dengan putera 8 termasuk putera 9(team putera 8). Mereka sering berkumpul dan berbincang dikediaman putera ke 8. Putera 4 dan putera 13 tidak rapat dengan putera 8. kehadiran mereka adalah untuk urusan penting sahaja seperti menghadiri majlis hari jadi, meghantar Ruo Xi yang cedera. Disebabkan itu hubungan Ruo Xi diepisod awal lebih berkisar kepada putera 10 dan putera 14 sahaja.

4. Maharaja Kang Xi mempunyai anak yang ramai. Beliau memiliki 24 orang putera dan disebabkan itu diakhir pemerintahan beliau...berlaku pergaduhan dan perebutan tahta dikalangan putera-putera beliau. Ketika ini putera ke 2 iaitu anak maharani pertama (isteri pertama Kang Xi yang kahwini ketika berusia 15 tahun) telah dilantik sebagai putera mahkota. Putera ke 4 dan putera ke 13 adalah orang kepercayaan putera mahkota.

5. Kebiasaannya bila saya menonton cerita historical, saya selalu akan dapatkan maklumat berkaitan dengan sejarah tersebut terlebih dahulu. saya benci cerita historical yang ditokok tambah keterlaluan. Awal cerita ini kira selari dengan sejarah. Tambahan adegan yang tiada dalam novel asal adalah pertemuan Ruo Xi dengan putera 13 dan putera 4. Dalam Novel, pertemuan pertama Ruo Xi dgn putera 4 adalah semasa majlis harijadi putera 10.

6. Apa yang paling saya suka dalam drama ini adalah teknik pengambaran, teknik kamera yang bijak menjadikan panorama lokasi dalam drama ini begitu cantik. Sudut-sudut pengambaran diambil dengan begitu bijak sekali. Lagu dan muzik yang dimasukkan amat kena dengan emosi dan suasana ketika itu. Anda akan dapat kepuasan menonton jika memiliki DVD asal drama ini sebab gambar dalam HD cantik dan menarik berbanding menonton di Viki.com.

Untuk menonton anda boleh ke

1. Viki.com 

atau you tube (untuk gambar yang lebih cantik)

1. Episode 1
2. Episode 2
3. Episode 3
4. Episode 4

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...