Monday, January 9, 2012

Bu Bu Jing Xin


Saya sudah tidak ada idea untuk tulis apa dalam blog ini. Diet....saya dah hancurkan diet saya dan saya sudah tidak layak nak bercakap pasal diet lagi. So untuk apa saya teruskan menulis blog ini......mula-mula saya ingat nak tutup sahaja blog ini. Kemudian bila fikir balik....kenapa saya tidak manfaatkan blog ini dan dan biar ia terus 'hidup'.

Setelah membeli laptop baru....saya mula mendapat hobi baru iaitu menontong drama-drama. Sebenarnya banyak drama yang saya sudah tonton tetapi saya akan ulas dalam blog ini sedikit demi sedikit.

Dalam menonton drama saya suka kepada drama yang dapat menyentuh perasaan saya dan bagi saya pelakon yang terbaik adalah pelakun yang dapat membuatkan kita rasa kesengsaraan, kegembiraan dan segala emosi yang mereka rasa. Sebelum ini saya katakan bahawa pelakon Kim Nam Gil adalah pelakon terbaik bagi drama korea tapi selepas saya menonton mainland drama iaitu Bu Bu jiang Xin.....saya berani kata bahawa inilah drama terbaik yang saya tonton bagi tahun 2011. Saya terkejut kerana sudah lama mainland drama tidak mempunyai drama yang bagus.

Kenapa saya kata drama ini yang terbaik bagi saya.....

1. Bila saya sanggup maraton seharian hanya kerana tidak sabar untuk mengetahui kesudahan ceritanya.
2. Perasaan ingin tahu....apa yang berlaku selepas ini sentiasa ada dalam fikiran hatta ketika sedang bekerja sekalipun.
3. Sanggup buat carian internet untuk mengetahui sejarah dinasty Maharaja Kang Xi dan putera-putera kang Xi.
4. Sanggup mencari dvd original Bu Bu Jing Xin untuk dijadikan koleksi peribadi
5. Sanggup ulang tengok sehingga beberapa kali
6. Drama pertama yang buat saya menangis teresak-esak terutama di episod-episod akhir.
7. Drama ini lebih realistik berbanding dengan drama mainland yang lain yang terlalu banyak fake action atau aksi yang tidak logik akal.

Drama ini diadaptasi daripada novel yang ditulis dalam tahun 2005. Ada sebuah drama lain dari mainland yang mengadaptasi dari novel tersebut iaitu Jade Palace Lock Heart (JPLH). Sebelum anda menonton JPLH baik anda menonton BBJX terlebih dahulu sebab selepas anda habis menonton BBJX dan anda tengok JPLH....anda akan dapati 2 drama ini amat jauh beza bukan dari sudut jalan cerita tetapi dari sudut bagaimana ia menyentuh perasaan anda dan realistik. Yang pasti anda tidak akan ada niat nak terus menonton JPLH lagi selepas beberapa episode pertama kerana BBJX telah mengatasi JPLH.

Bu Bu Jing Xin mengisahkan seorang gadis dari zaman moden terlibat dalam kemalangan dilanggar kereta dan terpelanting bersama-sama dengan kejutan elektrik dan apabila sedar gadis ini mendapati bahawa dia berada dalam tubuh seorang puteri yang bernama Maertai Ruo Xi iaitu adik ipar kepada Putera Ke 8 anak kepada Maharaja Kang Xi, Dinasty Qing. Berada dikediaman putera ke 8 dan bertemu dengan semua putera-putera Maharaja Kang Xi menjadikan cerita ini begitu menarik terutama bila gadis yang berusia 25 tahun dizaman moden telah berpindah ketubuh gadis yang berusia 15 tahun dizaman silam. Bagaimana gadis moden dapat hidup dalam zaman lampau.

Insyaalah jika tiada aral melintang....saya akan cuba mengupas setiap episod drama ini.

Kenapa drama ini menyentuh perasaan saya. Senyuman yang diukir bukan sahaja digambarkan diwajah tetapi senyuman tersebut terukir dimata. Bila kita pandang mata....kita nampak senyuman dan ia sungguh indah. Anda akan dapat semua ini bila lihat pandangan mata putera ke 8 dan putera ke 4 terhadap Ruo Xi.  Kedua-dua pelakon yang membawa watak ini adalah pelakon yang terbaik begitu juga dengan watak putera 13 dan putera 14.

Saya pernah bercinta dengan lelaki yang susah nak ucapkan perkataan ' saya cinta awak". Walaupun sudah bertahun-tahun berkawan....saya tidak pernah dengar dia lafaz perkataan tersebut walaupun kadang saya bagi hint tapi dia diam sahaja. Saya selalu tertanya-tanya.....adakah benar dia cintakan saya. Satu hari saya tanya dia direct 'awak cintakan saya ke....kenapa awak tak pernah cakap awak cintakan saya'. Dia diam je....saya geram dan terus desak dia....akhirnya dia kata ' takan awak tak faham perasaan saya dan tingkahlaku saya bila bersama awak....kenapa nak paksa saya ucapkan dengan perkataan'. Jawapan dia betul-betul buat saya tidak faham.

Takdir Allah hubungan kami tidak bertahan lama.....kami berpisah. Selepas setahun berpisah kami bertemu semua secara tidak sengaja.....kami senyum dan duduk berbual sebentar. Saya pandang wajah dia......saya pandang mata dia....walaupun dia senyum tapi mata dia tidak senyum....dalam mata dia saya cuba cari pandangan yang diberikan pada saya ketika kami masih bersama. pandangan dari mata yang menyatakan saya adalah wanita yang paling dicintai dia. Saya menangis sebab itulah saat-saat yang paling menyiksakan bila sedar sudah tiada cinta dalam mata dia. Ketika itu barulah saya faham maksud dia.

Sebab itu bila cerita drama saya suka pelakon dapat menyelami perasaan watak.....bila anda menonton BBJX.....anda akan mendapati watak putera ke 4 amat menarik. Beliau seorang yang dingin dan susah hendak tunjukkan perasaan tetapi pandangan mata beliau mampu buat kita menyelami perasaan beliau. Beliau jarang senyum tetapi hanya dalam satu episod beliau tersenyum bahagia....dan itulah senyuman yang paling menarik sekali. Beliau menangis menderita bila Ruo Xi tinggalkan beliau.....anda juga akan menangis bersama beliau sebab anda rasa derita putera ke 4. Itulah kelebihan BBJX.

Jika hendak menonton BBJX....saya nasihatkan anda menonton melalui you tube sebab gambar lebih terang dan cantik.

8 comments:

  1. hai...saya pun da tengok BBJX tu...seperti kata awak, mmg sy turut menangis dengan cerita tu...saya pun cari ttg maharaja kang Xi dlm internet..tapi saya kurang suka bila putera ke 4 merebut takhta dengan menggunakan taktik sebegitu sekali...kalau Ruo Xi tidak begitu terikat dengan sejarah, sudah tentu putera ke 8 yang menjadi maharaja...pada mulanya saya tidak berapa suka putera ke 4 tetapi bila menilai dia, baru hilang rasa itu tetapi tetap saya lebih suka watak putera ke 8 dan juga kawan Ruo Xi, putera ke 13...

    ReplyDelete
  2. Salam Anonymous,

    Drama ini berdasarkan novel tulisan Tong Hua. Tong Hua huraikan begitu tetapi dalam sejarah merekodkan maharaja Kang Xi seorang yg bijak, tidak mungkin tidak meninggalkan wasiat..terdapat wasiat dlm bhs manchuria yg menyatakan putera ke 4 adalah bakal maharaja. Wp sejarah memperlihatkan putera ke 4 sbg kejam tapi hanya putera ke 4 sahaja yg mampu menghapuskan rasuah yg berluasa serta penyelewengan wang kerajaan dan ketika itu distinasi Qing mengalami kemerosotan dana dan bencana alam. Putera ke 4 berkerja keras memulihkan dinasti Qing, menghapuskan rasuah dan dapatkan kembali wang kerajaan dan hadapi bencana alam...beliau berkerja keras, itulah yg menyebabkan kematian beliau. Putera ke 8 terlalu lembut dan terlalu menjaga penyokong beliau terutama putera ke 9 (rasuah dan salahguna wang negara dilakukan oleh putera 9). Disebab itu beliau tidak sesuai sebagai maharaja. Jika sebagai kekasih....memang putera ke 8 lebih layak sebab beliau romantik dan berkarisma.

    Keserasian antara Ruo xi dgn Putera 4 dpt dilihat dari segi perbualan mereka...Ruo Xi tidak pernah berbual begitu dgn putera 8. Bila putera 4 mengaku dia mahukan tahta, ruo xi terkejut sbb putera 4 berani mengaku dihadapannya sdgkan Ruo Xi adalah adik ipar putera 8. itu menunjukkan putera 4 sgt percayakan Ruo Xi. Tidak mengesaki Ruo Xi dan terlalu cintakan Ruo Xi.

    Wp Ruo Xi bertuah sbb dicintai dan disayangi oleh 4 lelaki iaitu putera 4, putera 8, putera 14(selindung perasaannya sbb putera 8 tp hy terlihat ketika episod 33-34)& putera 13.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm...itulah dia..sememangnya dia layak berbanding putera ke8 kerana mempunyai strategi yang baik walaupun cukup bermuslihat. tetapi sewaktu menjadi maharaja dia terlalu mengikut perasaan dan mudah menghukum orang yang bersalah padanya kerana kesalahan lampau.. dan hukuman yang diberikan cukup keji seperti contohnya semasa dia memaksa putera ke8 menukar namanya kepada 'babi' sebelum dihukum penjara seumur hidup.. tidak sepatutnya seorang maharaja yang bijak membuat langkah sedemikian rupa.. tapi itulah cerita berdasarkan sejarah...hendak buat apa lagi...

      Delete
    2. kalau boleh tahu novel Tong Hua tentang BBJX ini ditulis pada tahun berapa ya?

      Delete
    3. Dalam tahun 2006. Pada mulanya ia hanya internet novel kemudian baru dibukukan.

      Delete
    4. Anda nak tahu mengapa beliau mengelar putera ke 8 sebagai akina atau babi. Putera ke 8 dan geng telah menghasut anak aharaja aitu hongshi untuk menentan maharaja. Maharaja halau hongshi dari istana dan putera 8 ambil hongshi sebagai anak angkatnya. Putera 8 sekali lagi menghasut hongshi untukmembunuh hongli. Maharaja amat marah dan perintahkan hongshi bunuh diri. Seorang bapa tetpaksa bunuh anak sendiri krn hasutan putera 8 dan putera 9. Sebab itu mrk dilucutkan jwtn dan dihina. Ini tidak dinyayakan dlm drama ttp dlm buku dinyatakan. Beliau kejam ada sebab.

      Delete
  3. Salam,

    Saya baru menonton BBX. Sangat terharu. Saya marathon 4 hari utk selesaikan 35 episode. Saya jumpa novel BBJX dlm bubujingxinenglish.blogspot.com. Ada ending tambahan dari penulis novel.

    I laugh when I read your comments. We,re the same. Saya akan marathon kalau sesuatu cerita itu sangat menarik.

    ReplyDelete
  4. Salam Anonymous,

    Saya juga telah baca novel terjemahan tersebut, beliau terjemah dlm bhs inggeris dari terjemahan bhs Taiwan. Sy betul2 teringin nak baca novel asal krn Tong Hua adalah penulis yg paling terkenal dgn novel-novel yang menyentuh perasaan. Dlm drama, kdg2 kita tidak faham mengapa sesuatu itu berlaku cthnya mengapa slps putera 4 jadi maharaja dia potong lidah dan tangan eunuch yg jaga bhg cucian pakaian ms Ruoxi dihukum. Ini disebabkan eunuch tersebut telah mengeluarkan perkataan dan cuba melakukan perbuatan tak elok thdp Ruoxi. Putera 4 mengetahui hal ini sbb itu bila dia jadi maharaja dia potong lidah dan tangan eunuch tsbt. Jika baca novel....perkara ini diterang detail jadi kita faham mengapa Putera 4 jadi kejam selepas jadi Maharaja.

    Dalam novel Tong Hua, dia huraikan dengan detail bagaimana Maharaja Zongshen(putera 4) cuba pujuk Ruoxi bila Ruoxi tidak bercakap dgn beliau selama beberapa hari. Maharaja cuba memujuk dgn menyanyi (perbuatan yg x pernah beliau lakukan). Dia tanya Ruoxi samaada nyanyiannya bagus, Ruoxi berkata "jika maharaja ingin menghukum pegawai beliau tetapi tidak tahu atas alasan apa, maharaja hanya perlu memperdengarkan nyanyian beliau kpd mereka". Tong Hua mengunakan ayat ini utk menunjukkan bhw nyanyian Maharaja amat teruk. Dlm drama dialog ini tiada.

    Saya nie bukan jenis orang yang puji sesuatu dgn mudah. Jika menonton dgn saya....jika cerita lawak tetapi sy tak ketawa, cerita sedih tapi saya tak sedih....itu maknanya cerita tu tidak menyentuh perasaan saya. Bila family sy berkumpul dan menonton Mr Bean ke...mereka akan ketawa terbahak2 tapi saya tengok macam org yg tak ada perasaan sampai adik saya kata saya tak ada sense of humor. Sebab itu my housemate bila tengok saya tiba2 ketawa bila tengok satu2 cerita....beliau terus kata 'ohhhh...cerita tu memang bagus sbb buat org beku mcm saya ketawa'. Drama BBJX buat saya menangis teresak-esak, pertama kali saya menangis bila tengok drama (if my fren tengok keadaan saya masa nie mesti dia terus ambik recorder rakam sbb sy tak pernah menangis bila tengok sesuatu drama wp drama tu mrk kata sedih gila.

    Sy tak pernah tengok c-drama sebelum ini sbb cerita-cerita c-drama tidak pernah menarik minat saya tapi bbjx mengubah prespektif saya.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...