Monday, April 23, 2012

The Tempest (j-drama)


Hujung minggu lepas, saya menonton j-drama historical yang bertajuk The Tempest. Drama yang diterbitkan pada 2011 adaptasi dari novel terkenal tulisan Eiichi Ikegami (2008). Jika dibaca dari sinopsis drama...ramai yang membandingkan drama nie dengan Sungkyunkwan Scandal (SS) (Kdrama) tetapi bila anda tonton.....drama nie bukan menceritakan kisah romantik tetapi lebih kepada pergolakan politik....perbezaan pemikiran dan pergelutan Mazuru dalam menutup identitinya sebagai wanita dan hidup sebagai lelaki. Drama ini jauh berbeza dengan SS.

Drama ini berkisar tentang zaman kurun ke 19, kerajaan Ryukkyu iaitu sebuah pulau kecil yang menjadi pelabuhan perdagangan yang terkenal. Jika dibaca tentang sejarah kerajaan Ryukkyu anda akan menemui fakta sejarah yang menyatakan bahawa ketika kurun ini Ryukkyu menjadi pelabuhan terkemuka yang menjadi tumpuan pedagang dari China, India, Siam dan Kesultanan Melayu Melaka (nama kerajaan melayu melaka disebut dalam sejarah Ryukkyu). Pulau ini yang berada ditengah-tengah antara China dengan Jepun (ketika ini disebut Nippon) telah menerima pengaruh Shin, Qing dan Satsuma (tokyo sekarang). Perlu diingat ketika ini.....jepun dan china belum disatukan dan mereka adalah terdiri dari kerajaan-kerajaan tersendiri.

Bapa Mazuru menanti kelahiran bayi yang diharapkan sebagai lelaki dan nama yang disediakan untuk bayi ini adalah Son Neion. Bapanya berdarah raja Ryukkyu terdahulu dan mengharapkan bayi lelaki ini untuk mengambil alih tahta dari raja Ryukkyu sekarang. Bila bayi yang dilahirkan adalah perempuan.....bapanya kecewa dan mengabaikan bayi ini. Bayi ini tidak diberi nama sehinggalah ia besar dan menamakan dirinya sendiri sebagai Mazuru. Bapanya telah mengambil anak angkat dan diberi nama sebagai Son Shiyu dan melatih budak lelaki ini untuk memasuki istana dengan mengambil peperiksaan kerajaan. Mazuru secara sembunyi telah membaca buku-buku abangnya dan belajar dengan seorang mubaligh Inggeris.

Mazuru seorang gadis yang amat cerdas akalnya dan periang. Ketika sedang membaca buku tulisan chinese (buku yang digunakan untuk peperiksaan kerajaan Ryukkyu)....seorang samurai muda dari Satsuma yang bernama Asakuro Dono telah mendengar dengan kagum atas kepetahan gadis kecil ini. Dia telah menulis 2 baris puisi atas sekeping papan kecil dan menyerahkan kepada gadis ini. Mereka berdua telah jatuh cinta pandang pertama.

Abangnya Sho Shiyu telah melarikan diri dan Mazuru telah cuba menyelamatkan abangnya dari kemarahan bapanya telah mencadangkan untuk mengantikan tempat abangnya mengambil peperiksaan tersebut. Bapanya telah menukarkan namanya sebagai Son Neion dan identitinya adalah sebagai eunuch bagi membolehkan ia memasuki istana. Demi mengejar minatnya untuk belajar dan mencapai status masa depan sebagaimana lelaki, Mazuru dengan nekad telah menghapuskan identiti sebagai wanita dan cintanya kepada Asakuro.

Selepas 3 tahun, Son Neion yang berusia 18 tahun telah berjaya memasuki istana dan menjadi pegawai kerajaan bersama-sama dengan Asanabu Kisyaba. Son Neion adalah seorang pegawai yang 'thingking outside the box' dan mempunyai ideologi yang bersifat innovative dan lebih berfikiran terbuka. Kebijaksanaannya telah mendapat kepercayaan raja ketika itu dan beliau sering dijadikan tempat rujukan raja. Beliau diberikan tugas untuk menyiasat berkenaan masalah kewangan dalaman istana. Ookimi Kikoe adik perempuan kepada raja telah menyalahgunakan kuasanya sebagai priestiess dengan hidup serba kemewahan dan penuh kekejaman. Ookimi telah mengetahui tentang rahsia Son Neion dan mengunakan rahsia tersebut untuk mengugut beliau dan menjadikan Son Neion sebagai anjingnya. Abangnya Son Shiyu yang ketika ini adalah seorang penari telah ditangkap oleh Ookimi sebagai sebagai tebusan supaya Son Neion mengikut segala arahannya. Dengan mengunakan keperjayaan raja kepadanya Son Neion telah dethrone permaisuri (atas arahan Ookimi). Tidak cukup dengan itu Ookimi mengarahkan Son Neion supaya menjual kertas soalan peperiksaan kepada Satsuma bagi membolehkan orang-orang Satsuma memasuki istana dan menguasai pentadibiran. Ookimi melakukan semua ini bagi mendapatkan duit untuk menampung perbelajaan mewah hidupnya. Son Neion bertemu dengan diplomat Saksuma ditepi tebing tinggi tepi laut.....daripada menyerahkan kertas soalan itu, Son Neion telah mengambil keputusan untuk bunuh diri dihadapan diplomat Saksuma. Diplomat Saksuma itu telah menyelamatkan Son Neion dan ketika menyelamatkan Son Neion, rahsianya sebagai wanita terbongkar. Diplomat itu adalah samurai muda yang jatuh cinta pada Mazuru beberapa tahun dahulu dan bila dia mengetahui bahawa Son Neion adalah Mazuru....dia memeluknya gembira tetapi Son Neion menolak beliau dengan menyatakan bahawa dia adalah lelaki dan dia adalah eunuch.

Asakuro telah berkerjasama dengan Son Neion untuk menjatuhkan Ookimi Kikoe dan rancangan mereka berjaya. Ookimi Kikoe telah dilucutkan jawatannya serta statusnya sebagai puteri dan dihalau keluar dari istana. Oleh kerana hutang yang banyak maka Ookimi telah dijual kepada rumah pelacuran oleh penghutangnya. Dirumah pelacuran, Ookimi bertemu dengan Jyo Telgai....enunuch dinasti Qing yang menjadi diplomat di Ryukkyu dan menguna peluang ini untuk membalas dendam kepada Son Neion.
Jyo Telgai watak evil yang dilakunkan oleh Gackt. Jyo telgai adalah seorang eunuch yang sangat licik dan hidup dengan berfoya-foya dengan wanita. Watak Jyo Telgai dilakunkan dengan cemerlang oleh Gackt...walaupun kemunculan beliau hanya dibeberapa episod tetapi wataknya anda akan ingat terutama dengan lidahnya yang seperti lidah ular apabila menjilat wanita. Ia menjijikkan dan menjadikan Jyo Telgai watak evil yang sangat menakutkan. Jyo telgai pada mulanya membantu Son Neion dalam kes penyeludupan candu. Son Neion telah menganggap Jyo Telgai sebagai rakan tetapi terkejut apabila Jyo Telgai mengetahui rahsia penyamarannya dan mengunakan rahsia itu untuk mengugut Son Neion membawa masuk dirinya dalam pentakbiran Ryukkyu. Campurtangan Jyo Telgai dalam pentadbiran Ryukkyu boleh membahaya Ryukkyu sebagai negara bebas dari pengaruh Shin dan Nippon. Jyo Telgai juga mengetahui tentang kisah cinta Son Neion dengan Asakuro. Dia cuba mempengaruhi pemikiran Asakuro dengan menyatakan bahawa Son Neion juga telah mengoda dia dan mengunakan dirinya untuk naik jawatan pegawai tinggi dalam kerajaan. Tidak cukup dengan itu...Jyo telgai juga telah mencabul kehormatan Son Neion. Son Shiyu mengetahui bahawa Jyo Telgai telah mencemar maruah adiknya telah cuba membunuhnya. Ketika pergelutan tersebut, Son Neion cuba melindungi abangnya telah membunuh Jyo Telgai dengan menikam lehernya dengan pencucuk rambut.

Asanabu Kisyaba, rakan baik Son Neion telah jatuh hati kepada Son Neion secara diam-diam tanpa mengetahui identiti sebenar Son Neion. Beliau amat cemburu apabila melihat kemesraan Son Neion dengan Asakuro. Jyo Telgai sebelum dibunuh telah mempengaruhi pemikiran Asanabu dengan menyatakan bahwa Son Neion adalah eunuch yang jahat sebab telah mengoda dirinya dan Asakuro demi jawatan. Jyo telgai juga telah memberikan buku sisalah keturunan Son Neion yang menunjukkan bahawa dia adalah keturunan Sho, pemerintah disnati Ryukkyu pertama dan memasuki istana untuk merampas kuasa. Asanabu mempercayai kata-kata Jyo Telgai dan menangkap Son Neion atas tuduhan membunuh Jyo Telgai dan merampas kuasa. Sekali lagi Asakuro cuba menyelamatkan Son Neion dengan mengugut kerajaan Ryukkyu jika menjatuhkan hukuman mati terhadap pembunuh Jyo Telgai sama seperti menyokong pengaruh Shin dan beliau akan mengadu kepada Kerajaan Satsuma dan meminta menyerang Ryukkyu. Raja Ryukkyu ketika ini adalah Sho Tai, raja muda yang baru berusia belas tahun. Sho Tai telah jatuh hati pada Son Neion ketika pertama kali Son Neion muncul di istana semasa pemerintahan bapanya. Sho Tai merasakan dirinya pelik sebab jatuh cinta kepada lelaki telah bersetuju dengan hukuman membuang Son Neion ke Pulau Yaeyama bagi menjauhkan Son Neion dari darinya.

Son Neion telah dibuang ke Yaeyama dan setiba disana beliau telah membantu pemerintah tempatan disana untuk berurusan dengan kapal inggeris yang cuba menyerang Yaeyama. Kebijaksanaan Son Neion dalam urusan diplomatik dan kepetahan beliau bertutur dalam bahasa asing telah membolehkan Yaeyama terselamat dari serangan tersebut. Malangnya balasan yang Son Neion terima adalah pengkhianatan atas dirinya. Dia telah dikurung didalam kandang babi dan mengakibatkan dia sakit. Peladang babi telah menghumban Son Neion yang sakit ini ke sungai. Son Neion telah diselamatkan oleh Oseidobe, bekas dayang utama permaisuri Ryukku yang telah dibuang ke Yaeyama. Untuk kembali ke Ryukkyu adalah mustahil dengan status Son Neion. Oseodobe telah mengajarnya menjadi wanita yang pandai menenun kain dan menari bagi membolehkan Son Neion kembali ke Ryukyyu. Selama 3 tahun Son Neion belajar menjadi wanita tulen.


Son Neion kembali ke Ryukkyu dengan identiti sebagai Mazuru. Mazuru telah dibawa ke istana, beliau menyangkakan bahawa beliau akan dijadikan penari istana...tanpa menduga apa-apa rupa-rupanya beliau telah dibawa masuk kedalam pemilihan gundik raja Sho Tai. Mazuru cuba mengagalkan dirinya dalam pemilihan ini tetapi rancangannya gagal sebab campurtangan Mimina, calun gundik yang merupakan anak menteri Ryukkyu. Akhirnya Mazuru dan Mimina telah dipilih sebagai gundik raja Sho Tai. Kapal Inggeris cuba untuk menyerang Ryukkyu bagi menakluki Jepun....Mazuru telah mendedahkan identitinya sebagai Son Neion kepada Sho Tai....mulanya Sho Tai terkejut dan tidak dapat menerima tetapi apabila mengetahui bahawa hanya Son Neion seorang sahaja yang mampu berurusan dengan pihak asing ini beliau telah memberikan identiti Son Neion semula kepada Mazuru. Siang hari dia adalah Son Neion, eunuch lelaki yang jadi pegawai tinggi kerajaan dan malam hari dia adalah Mazuru, gundik raja.

Asakuro setia pada cintanya kepada Mazuru. Beliau telah mengadaikan harta benda miliknya demi untuk menghantar wang kepada Mazuru di pulau yaeyama tanpa mengetahui bahawa wangnya itu telah disonglap oleh pegawai di Yaeyama. Selama 3 tahun dia menunggu Son Neion kembali ke Ryukyyu dengan identiti wanita. Anda akan merasa sedih dan simpati dengan cinta mereka berdua. Mazuru merindui Asakuro dan satu hari ketika berpeluang keluar dari istana (Gundik tidak dibenarkan keluar dari istana) beliau mengikuti Asakuro dari belakang dan dari situ beliau mengetahui bahawa Asakuro mengadaikan hartanya untuk mengirim wang kepadanya. Bila Asakuro menyedari kelibat Mazuru...beliau mengejarnya tetapi Mazuru menyembunyikan dirinya diladang tebu. Asakuro menjerit supaya Mazuru keluar bertemu dengannya sebab dia terlalu merindui Mazuru. Mazuru menangis menyembunyi diri walaupun sebenarnya dia juga terlalu merindui Asakuro.

Son Neion berjaya menghalau kapal perang Inggeris tersebut tetapi beliau telah menyebabkan Jepun diserang dan ditawan. Ini menyebabkan hubungan antara beliau dengan Asakuro menjadi konflik. Asakuro mengunakan isu tersebut untuk masuk campur dalam urusan pentadbiran Ryukkyu dan menjatuhkan Ryukkyu. Baginya hanya dengan menjatuhkan Ryukkyu, Son Neion akan kembali sebagai Mazuru. Dia ingin berjumpa Mazuru bukan Son Neion.....ketika inilah hatinya bertambah sakit apabila Son Neion mendedahkan bahawa Mazuru tidak mungkin akan kembali kepada Asakuro sebab Mazuru adalah wanita milik raja Sho Tai.

Rancangan Asakuro gagal dan dia diminta kembali ke Satsuma. Raja Sho Tai yang gembira dengan berita Mazuru mengandung telah mencari Son Neion tetapi yang dia nampak adalah Son Neion memeluk Asakuro sambil menangis. Raja Sho Tai telah memerintahkan supaya Son Neion dilucutkan jawatan dalam kerajaan dan sebagai gundik, Mazuru ditegah berjumpa dengannya. Mazuru yang hilang identiti Son Neion telah menghabiskan masa menunggu kelahiran bayinya tanpa perhatian dari Raja Sho Tai.

Mazuru melahiran putera dan putera itu adalah bakal pewaris kerajaan Ryukkyu. Dalam majlis meraikan kelahiran putera tersebut, abangnya Son Shibu telah menari. Son Shibu telah dihasut oleh Ookimi dan ketika sedang menari, Son Shibu seperti dirasuk telah menjerit menyatakan bahawa Mazuru melahirkan anak luar nikah dan mempunyai hubungan dengan diplomat Satsuma yang bernama Asakuro. Beliau mendedahkan kepada umum bahawa Mazuru adalah Son Neion yang menyamar sebagai eunuch untuk memasuki istana bagi merampas tahta dan sekarang beliau berjaya sebab anaknya akan menjadi raja. Raja Sho Tai tidak melindungi Mazuru ketika ini dan meminta supaya menteri menjatuhkan hukuman kepada Mazuru dan meragui putera tersebut adalah anaknya.

Mazuru telah dikhianti oleh 3 lelaki yang menyintai dirinya dan dikhianti oleh abangnya sendiri yang selama ini dilindungi dengan nyawanya sendiri. Mazuru berjaya melarikan diri bersama puteranya dengan bantuan Gundik Mamina. Dia hapuskan identiti Son Neion selama-lamanya dan hidup sebagai ibu kepada Son Min. Dia besarkan anaknya itu dengan kebijaksanaan sepertinya. Dalam usia 15 tahun Son Min memasuki istana dan menjadi pegawai di kerajaan ayahnya sendiri. Selama 5 tahun beliau berkhidmat dibawah pemerintahan ayahnya dan sehingga jatuh kerajaan beraja Ryukkyu ke tangan Jepun dan Jepun menukar nama Ryukkyu kepada Okinawa.

Sehingga akhirnya...Mazuru tidak memaklumkan kepada Raja Sho Tai bahawa anaknya masih hidup dan Son Min adalah putera tersebut. Mazuru mengunakan nama keluarganya iaitu Son dan bukan nama Sho iaitu nama diraja Ryukkyu. Betapa kerasnya hati Mazuru apabila Raja Sho Tai meragui kejujuran dirinya. Pengarah mengakhirkan drama ini dengan menemukan Asakuro dengan Mazuru. Selepas 20 tahun, barulah Mazuru muncul dihadapan Asakuro sebagai wanita dan bukan Son Neion. Asakuro mendeklimasi puisi yang ditulis pada plate yang diberi kepada Mazuru ketika mula-mula mereka bertemu.

Jika anda ingin menonton, boleh melawat laman web ini


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...