Bunga Daisy membawa maksud 'missing you, innocence, loyal love, i'll never tell and purity'. Drama korea yang diterbitkan pada tahun 2006 dengan kerjasama antara Korea dan Hong Kong adalah filem melodrama yang sangat indah. Sesuai dengan maksud daisy, pengarah mentaksirkan kesucian cinta, kerinduan, kesetiaan dan cinta yang tidak terluah dalam drama ini. kenapa saya boleh terlepas untuk menonton filem ini sedangkan semua filem atau drama lakonan Ji Hyun Jun saya ikuti ?. Filem ini ditulis dan diarahkan oleh Jae Young Kwak. Anda pernah menonton filem 'windstruck" (2004), saya menangis teresak-esak ketika menonton filem ini....selepas itu saya mula meminati lakonan Ji Hyun Jun dan filem ini juga tulisan Jae Young Kwak begitu juga dengan My Sassy girls, My mighty princes, the classic dan cyborg she.
Ji Hyun Jun membawa watak Hye Young seorang pelukis yang tinggal bersama bapanya yang membuka kedai antik di Amsterdam. Setiap hari tepat jam 4.15 petang, Hye Young akan menerima bunga daisy. Pengirimnya adalah lelaki misteri. Semua ini bermula apabila satu hari Hye Young pergi ke satu kawasan yang penuh dengan bunga daisy dan untuk ke kawasan ini dia terpaksa meniti sebatang kayu balak untuk keseberang. Satu hari ketika meniti kayu balak itu, Hye Young tergelincir dan terjatuh kedalam sungai. Seorang lelaki iaitu Park Yi yang berada di situ berlari untuk menyelamatkan beliau tetapi Hye Young sempat keluar dari sungai itu dan terus berlalu. Beg alat lukisannya di hanyutkan dan Park Yi mengambil beg tersebut. Keesokan harinya Hye Young datang lagi ke kawasan itu dan dapati batang balak itu telah digantikan dengan jambatan kayu dan diatas jambatan itu tergantung beg peralatan lukisan beliau. Hye Young menyiapkan lukisan pemandangan bunga daisy dan meletakkan di tempat begnya digantung sebagai hadiah kepada orang yang membina jambatan tersebut. Selepas dari hari itu, setiap hari tepat jam 4.15 petang....Hye Young akan terima bunga daisy dan Hye Young mula merindui dan menanti kemunculan lelaki misteri tersebut.
Lelaki misteri itu adalah Park Yi, seorang pembunuh upahan. Dia penjenayah dan pembunuh......dia mencintai Hye Young dan sentiasa mengikuti gadis itu seperti bayang-bayang. Tepat jam 4.15, beliau akan kirimkan bunga daisy untuk Hye Young dan memerihati reaksi Hye young dari jauh. Dia terpaksa menyembunyikan dirinya sebab identiti dirinya dan mencintai wanita adalah sama seperti mengacu pistul ke arah dirinya sendiri dan wanita yang dicintainya akan mati, sebab itu dia hanya mecintai gadis itu dari jauh.
Setiap hari Hye Young akan melukis di dataran ini dan upah yang diterima adalah $30 untuk sekeping potrait. Park yi pula akan berada di apartment yang bertentangan dengan tempat hye Young melukis....memerhati dan menemani beliau dari jauh.
Satu hari seorang lelaki yang bernama Jeong Woo duduk dikerusi dihadapannya dan meminta wajahnya dilukis. Ditangan Jeong Woo ada sebekas bunga daisy, Hye Young menyangkakan bahawa inilah lelaki misteri yang selama ini dia tunggu. Jeong Woo adalah polis interpol yang sedang melakukan penyamaran di kawasan itu dalam penyiasatannya berkaitan dengan dadah. Park Yi nampak Hye Young senyum dan mesra dengan lelaki itu. Park Yi mula risau akan keselamatan Hye young apabila mengetahui Jeong Woo adalah polis yang sedang menyamar dan mempergunakan Hye Young.
Hubungan Hye Young dengan Jeong Woo mula mesra dan Hye Young telah jatuh cinta dengan lelaki ini kerana beranggapan bahawa lelaki inilah lelaki mesteri yang dia tunggu selama ini. Hye Young menujukkan lukisan jambatan kayu kepada Jeong Woo dan berkata bahawaa beliau menunggu Jeong Woo sejak dari hari itu dan dia tahu Jeong Woo yang menghantar bunga daisy kepadanya. Jeong hanya mendiamkan diri dan tidak berterus terang memberitahu bahawa bukan dia lelaki yang Hye Young tunggu.
Satu hari ketika Hye Young sedang melukis wajah Jeong Woo, tiba-tiba Jeong Woo diserang oleh kumpulan pengedar dadah yang menyedari bahawa mereka diiintip. Park Yi yang berada di apartmentnya cuba melindungi Hye Young dengan melepaskan tembakan ke arah pengedar dadah tersebut. Berlaku adegan tembak menembak antara Park Yi, Jeong Woo dan pengedar dadah.....Hye Young yang berada ditengah-tengah mereka terkena tembakan dileher. Akibat tembakan tersebut, Hye Young hilang suara dan jeong Woo pula cedera dan dihantar balik ke Korea.
Hye Young patah hati dan kesedihan. Park Yi tidak sanggup melihaat keadaan Hye Young....dia muncul dihadapan Hye Young sebagai kawan. Park Yi terlalu mencintai gadis ini, dia sanggup meniru apa sahaja yang gadis ini suka....lukisan dan muzik klasik. Dia menemani Hye Young dan dia sangup belajar untuk membaca pergerakan bibir supaya dia boleh faham apabila Hye Young cuba bercakap (Hye Young bisu akibat tembakan dikerongkongnya). Jeong Woo datang menemui Hye Young dan meminta maaf sebab dia telah membahayakan diri HY....dia mengaku dia adalah polis dan mengunakan HY untuk cover penyamarannya sehingga menyebabkan gadis itu bisu. Dia tunduk minta maaf dan terus berlalu....HY cuba panggil tetapi tiada suara keluar.....dia meraung dan memukul pintu kuat-kuat, PY yang berada disebalik pintu menangis mendengar raungan HY. Disini lah kekuatan lakunan Ji Hyun Jun, dia mampu sampaikan adegan gadis bisu yang cuba panggil kekasihnya kembali....tanpa suaara hanya pandangan mata, hentakan dan air mata. Saya memang kagum dengan lakunan beliau.
JW cuba mencari penembak kedua yang melepaskan tembakan ke arah pengedar dadah dan mencederakan dirinya apabila dia mengejar penembak tersebut di apartment bertentangan. Dari jenis peluru yang digunakan, dia tahu penembak itu adalah pembunuh profesional. Dia berpakat dengan ketuanya untuk menjerat pembunuh tersebut dengan menjadikan dirinya umpan. PY menerima bunga tulip hitam (tugasan baru untuk membunuh) dan sasarannya kali ini adalah JW. PY tidak sanggup tembak JW sebab ini akan membuatkan HY akan bertambah menderita tetapi pembunuh upahan lain yang telaah tembak JW tepat didahi.
HY mula mengesaki PY membunuh JW selepas ketua polis memberitahu bahawa radio kereta JW memainkan muzik klasik daan JW tidak suka muzik klasik tambahan pula sebelum itu JW berkata dia menemui seorang rakan. HY pergi ke rumah PY dan menemui beg yang mengandungi gambar-gambar sasaran bunuh termasuk gambar JW. Ketua PY mengetahui hal ini dan cuba untuk membunuh HY. PY cuba melindungi HY dengan memasukkan dadah dalam minumannya dan pengsankan HY sebelum beliau menyelesaikan tugas terakhirnya.
HY tersedar dan nampak lukisan yang dihadiahkan kepada lelaki misteri yang ditunggu selama ini. Lukisan yang memulakan segala-galanya. Dia baru sedar bahawa Park yi adalah lelaki yang dia tunggu selama ini. Dia terus berlari dan pergi ke medan tempat dia melukis dimana ketika itu PY sedang menjalankan tugas terakhirnya.
Park Yi yang ketika itu sedang bersedia untuk menembak sasaran di atas bumbung bangunan. Tiba-tiba HY berlari ditengah medan dan mengangkat lukisan sambil mulutnya cuba untuk bercakap. Dari teropong senapangnya, Park Yi membaca pergerakan bibir HY. HY berada ditengah-tengah sasaran antara penembak profesional yang hendak membunuh PY dengan pihak polis yang sedang berkerjasama dengan PY untuk menangkap kumpulan pembunuh tersebut.
Stop it!!!!!
Stop it!!!!!
Do you see this painting?
You made me so happy....
This painting i gave it to you
i'm sorry......
I'm sorry, I didn't recognize you
Now i know that
You're the one i've been waiting for
Untuk selamatkan HY, PY turun dari tempat persembunyiannya dan pergi kearah HYtetapi pembunuh upahan ketuanya cuba menembak PY dan HY cuba melindungi PY telah menghadang tembakan tersebut.
HY cedera parah dan dia memandang PY dan cuba untuk memyampaikan sesuatu. HY tenat dan PY menjerit menita supaya Hy tidak meninggalkannya.
The love i've been dreaming of......
....is all so close to me
But all i can do is.....
...just watching you without words
in this city of strangers
I live day by day painting love
waiting and hoping that you'll be here
...with the scent of daisies
It is too late but now....
..... i finally recognize you
but maybe we were not meant to be
I never wanted to let this love fly away
but i am sorry i have to leave
....with you still breathing here.
PY tidak tinggal seorang disitu....dia ingin mati bersama HY. Dia serang pejabat ketuanya dan bunuh kesemua mereka yang telah menembak HY dan JW. PY keluar dari bangunan itu dengan kesan tembakan...berjalan terhoyong hayang. Filem tamat tanpa penonton mengetahui kesudahan PY cuma ia disembolikkan dengan adegan HY berlari dalam hujan dan berlindung dibawah tempat berteduh dimana JW sedang berdiri dan PY sedang mencangkung sambil memerhati titisan warna cat yang mengalir dari lukisan HY sambil tersenyum. Disisinya ada sepasu bunga daisi. Simbolik bahawa PY juga mati.
Anda boleh menonton di Youtube di sini
No comments:
Post a Comment