Filem Papa ditayangkan pada awal tahun 2012, ia adalah satu filem yang dibuat oleh Korea untuk cuba menembusi pasaran antarabangsa. Setelah menonton filem ini, komen saya ia agak menyentuh perasaan, sebuah filem yang bagus dan menghiburkan walaupun jalan ceritanya adalah simple.
Kisah dimulakan seorang lelaki talent manager dari Korea yang tidak fasih bertutur bahasa inggeris telah ke Amerika untuk mencari penyanyinya yang lari dengan talent manager yang lain. Episod awal adegan kejar mengejar antara kedua-dua lelaki ini.
Talent manager ini bernama Choon Sub telah membayar US5000 kepada seorang wanita yang 10 tahun tua daripadanya untuk berkahwin bagi membolehkan ia duduk lebih lama di Amerika kerana jika dia pulang ke Korea tanpa penyanyi tersebut dia akan susah.
Wanita tersebut adalah rakyat Amerika yang berketurunan korea. Ketika dalam perjalanan untuk pulang kerumahnya, Choon Sub meminta supaya kereta diberhentikan ditepi jalan sebab dia nak terkencing. Sedang dia kencing diseberang jalan, sebuah lori yang dipandu laju telah melanggar kereta 'isteri palsu'nya itu. Wanita itu mati serta merta.
Choon Sub dimasukkan ke hospital dan dia berpura-pura menangis kesedihan dihadapan 2 orang pegawai imigration yang sedang menyiasat kesnya. Tiba-tiba seorang kanak-kanak kecil berlari masuk dan memanggil 'papa.....papa' serta memeluk Chon Sub. Coon Sub yang terpinga-pinga tidak menolak pelukan kanak-kanak itu. Dibelakang kanak-kanak itu seorang gadis remaja yang berbangsa korea hanya memandang sahaja.
Gadis itu adalah June, anak sulung isteri palsunya. Dia yang baru kehilangan ibu memerlukan seorang penjaga bagi mengekalkan hak penjagaan semua adik-adiknya dan supaya mereka tidak dipisahkan oleh jabatan kebajikan masyarakat. Choon Sub lega sebab dia juga masih mempunyai peluang menetap di Amerika jika dia menjadi penjaga kepada 2 orang anak isteri palsunya. Bila dia sampai ke rumah isterinya.....dia bertambah terkejut sebab isteri palsunya tidak memiliki 2 anak sebaliknya bertambah lagi 4 orang dan menjadi 6 orang kesemuanya. Kesemua anak-anak isteri palsunya adalah berlainan bangsa. Anak sulung June berketurunan Korea, kedua Gordon berketurunan Amerika Afrika, Maya Hashim beragama islam, 2 anak lelaki kembar berkulit putih dan yang bongsu Rosie, anak kacukan.
Pada awal cerita Choon Sub tidak dapat membiasakan diri sebagai papa, dia seorang lelaki yang bersikap kasar, biadap dan mementingkan diri sendiri. Dia diburu oleh penghutang dan ketuanya seorang produser yang merupakan seorang gangster. Dia perlukan duit untuk membayar hutang dan bila dia mendengar June menyanyi semasa di gereja....dia tersenyum sambil menyimpan niat jahat untuk mempergunakan anak tirinya itu.
Dia pujuk June untuk memasuki satu pertandingan nyanyian. Setelah dipujuk akhirnya June bersetuju ke tempat pertandingan itu dengan syarat semua adik-adiknya harus dibawa bersama. Choon Sub berjanji bahawa dia akan menyediakan tempat penginapan first class kepada mereka tetapi apabila sampai ketempat audition tersebut, Choon Sub berbohong sebaliknya membawa mereka ke Motel yang sempit. Persembahan tarian June mendapat perhatian seorang production manager. Production manager tersebut berjanji akan menjadi June sebagai artis rakaman syarikatnya.
Choon Sub mula tidak senang hati sebab dia sebenarnya hendak membawa June balik ke Korea dan ikat kontrak dengan syarikat rakaman bossnya. Dia hanya mahukan June dan berhasrat untuk tinggalkan ke lima-lima anak tirinya yang lain di Amerika. Selama mereka berada di Motel itu, Choon Sub tanpa sedar telah membiarkan dirinya mendekati anak-anak tirinya terutama Rosie yang amat manja dengannya dan Gordon yang boleh bertutur dalam bahasa korea. Sifatnya sebagai papa dapat kita lihat bila lima anaknya itu kelaparan, Choon Sub sanggup masuk ke sebuah parti dan membuat persembahan dengan semua anak-anaknya bermain muzik supaya mereka boleh makan. Mereka makan dengan banyak di parti tersebut sehingga menyebabkan Rosie tidak selesa perut. Di motel Choon Sub cuba menghilangkan ketidakselesaan Rosie dengan mengunakan kaedah jarum cara Korea sambil menyanyi lagu korea antara liriknya adalah 'i love u unconditionaly....unconditionaly". Rosie meniru sebutan korea 'unconditionaly----unconditionaly dengan suara cutenya. Hati kita tersentuh sangat ketika ini. Choon Sub cuba bertutur bahasa Inggeris dengan membacakan buku cerita kepada Rosie....kita akan lihat bagaimana sikecil Rosie membetulkan sebutan Inggeris Choon Sub.
June cuba mempertahankan adik-adiknya tetapi Maya telah memohon untuk dijadikan anak angkat kepada pasangan keluarga dari Arab yang beragama islam. June tidak menghadirikan diri ke studio untuk memilih dan berlatih lagu yang akan dinyanyikan dalam pertandingan. Ini menyebabkan peluangnya menjadi artis hilang. Choon Sub pula telah mengambil kesempatan mengikat kontrak dengan bossnya. Dia tinggalkan anak-anaknya itu secara senyap-senyap dan semasa keluar dia bertembung dengan Maya. Dia berkata kepada maya "kita berdua adalah manusia yang pentingkan diri sendiri".
Anak-anaknya mencari papa mereka yang hilang. ketika mereka semua kembali ke rumah, pegawai kebajikan masyarakat tiba dan memaklumkan kepada June bahawa dengan arahan kelima-lima adik-adiknya akan dibawa kerumah kebajikan dan urusan pengambilan anak angkat akan dibuat untuk adik-adiknya itu. June menangis keseorangan dalam rumah. Ketika ini, boss Choon Sub datang dan memujuk June untuk mengikutinya ke Korea.
Choon Sub yang melarikan diri kerumah kawannya dan duduk disana beberapa hari sebelum pulang ke Korea. Dia berjaya dengan rancangannya iaitu menyerahkan June kepada bossnya dan memecahkan keluarga itu. Dia sepatutnya happy tetapi dia tidak merasa happy. Dia buka komputer....di skrin komputer terpampang gambar dia bersama anak-anak tirinya yang tersenyum gembira. Tiba-tiba mesej keluar....dia buka rakaman video tersebut. Dia lihat 4 anak-anaknya cuba menyampaikan sesuatu dengan Gordon menjadi penterjemah mereka. Jimmy dan kembarnya meminta maaf. Gordon meminta Rosie bercakap tetapi Rosie berkata dia tak boleh bercakap bahasa Korea. Kanak-kanak kecil itu merajuk dan enggan bercakap. Hanya Gordon yang bercakap tetapi tiba-tiba sikecil Rosie menyanyi lagu korea yang bermaksud 'unconditionly.....unconditionly....I Love U....I love U unconditionly....unconditionly'. I Love U papa. Choon Sub menangis teresak-esak.
Dia berlari keluar....dia cuba halang bossnya membawa June ke Korea. Dia minta rakannya melarikan anak-anaknya dari Rumah kebajikan. Maya yang ketika itu sedang dalam perjalanan untuk memasuki kereta penjaga barunya berhenti apabila melihat keemat adik-adiknya berlari. Adik-adiknya yang sedang berlari tiba-tiba berhenti memandang Maya. Maya memndang keluarga angkatnya sambil berkata "saya lebih cantik kalau bermake up tebal" dan terus berlari kearah adik-adiknya. Mereka pergi ketempat audition June dan menunggu June disana.
Choon Sub berjaya memujuk dan melarikan June daripada bossnya walaupun dia dipukul teruk. Mereka sampai ke tempat audition tetapi June tidak menyediakan note lagu untuk ahli muzik bersedia sebab ia adalah persembahan live. Maya yang sebelum ini bertindak pasif tiba-tiba kedepan sambil berkata dia dan adik-adiknya akan memainkan alat muzik mengiringi lagu yang akan dinyanyikan oleh June. June membuat persembahan dan persembahan itu cukup mengkagumkan juri tambahan pula adik-adiknya menyanyi dan menari bersama-sama dnegannya. Sikecil Rosie merealisasi impiannya untuk menari apabila dia berlari naik kepentas dan menari bersama June. Produser melihat persembahan ini dan dia berkata kepada Choon Sub bahawa dia akan mengikat kontrak dengan June dan dia juga amat berminat dengan kebolehan anak-anak Choon Sub yang lain yang boleh bermain alat muzik. Choon Sub memeluk produser dengan gembira dan kemudian menari-nari gembira melihat anak-anaknya. Tiba-tiba boss dan konco-konconya datang dan menarik beliau keluar. Produser cuba membantu tetapi dihalang dan Boss jahatnya berkata bahawa June adalah kepunyaan mereka dan dia telah tandatangan kontrak dengan Choon Sub. Oleh itu June tidak boleh tandatangan dengan syarikat lain. Choon Sub yang cuba menyelamatkan anak-anaknya berkata bahawa dia bukan penjaga June yang sah sebab dia memalsukan perkahwinannya dengan ibu June, oleh itu kontrak tersebut adalah tidak sah. Perkataannya didengari oleh pegawai imigration dan Choon Sub digari dan dihantar balik ke Korea.
Beberapa tahun berlalu....Choon Sub masih bercerita tentang anak-anaknya kepada kawan-kawannya. Dia begitu gembira menceritakan hal anak-anaknya terutama Rosie. Rupa-rupanya apabila tiba di Korea, Choon Sub tidak menjadi talent manager lagi sebaliknya bekerja sebagai pemandu kepada seorang artis. Satu malam ketika sedang memadu kereta tiba-tiba keretanya dihalang oleh sebuah kereta. Dia keluar dan dapati pemadu kereta itu adalah kawannya yang berkata bahwa ada orang sedang mencarinya sambil menunjuk ke arah beberapa kereta mewah. Kereta mewah itu berhenti dan keluar June, sikembar dan maya dan Gordon. Tiba-tiba seorang remaja yang cantik keluar sambil berlari ke arahnya....Choon Sub mambayangkan remaja itu sebagai Sikecil Rosie yang berlari membawa teddy bear kearahnya. Rosie yang telah remaja memeluknya sambil berkata menyebut 'papa.... i miss u papa'. Choon Sub memandang kesemua anak-anaknya sambil menjerit thank youuuuuu....thank youuuuuu. Anak-anaknya yang lain berlari kearahnya. June memandang dengan senyuman. Anak-anaknya telah menjadi penyanyi, penari dan pemuzik terkenal. Rozie mencapai impiannya menjadi penari dan penyanyi yang berjaya.
Jika anda berminat untuk menonton filem ini bolehlah kesini
No comments:
Post a Comment