Wednesday, July 18, 2012

Mitsu No Aji (A Taste of Honey)


Satu lagi drama jepun yang saya telah saya tonton dan bagi saya jalan cerita menarik, lakonan hidup, walaupun seperti biasa drama jepun kebiasaannya bermula a bit slow terutama episod2 awal tetapi ia memberi peluang kepada penonton untuk menghayati watak dan memahami dilema dan konflik dalam diri mereka. Salah satu sebab mengapa drama jepun menarik minat saya untuk terus menonton adalah mesej yang hendak disampaikan oleh pengarah. Ada mejej yang ingin disampaikan dalam setiap drama dan ia bukan hanya untuk tontonan semata-mata. inilah yang membezakan drama jepun dengan drama-drama lain. Jika anda juga peminat drama jepun....anda akan faham maksud saya dan anda juga sama seperti saya....iaitu kita akan tetap terus menonton walaupun perjalanan dramanya slow sebab kita nak tahu apa yang pengarah ingin sampaikan.

Ini satu lagi drama yang pengarah jepun berani terbitkan berkenaan dengan dengan isu 'Morality Vs Love" iaitu Cinta terlarang. Dalam drama A million stars falling from the sky(AMSFFS) yang pernah saya buat entri di sini, juga berkenann cinta terlarang. Cinta terlarang antara seorang abang dengan adik kandungnya sendiri dan sudah tentu Cinta Terlarang akan berakhir dengan tragis dimana kedua-dua mereka mati.

Apabila melihat sinopsis drama ini yang menyebut berkenanan cinta terlarang antara bapa saudara dan anak saudara maka saya ingin terus menonton untuk melihat bagaimana pengarah menghukum cinta ini. Bunuh kedua-dua mereka sebagaimana AMSFFS atau menderitakan mereka.

Drama dimulakan dengan paparan perkataan

"Within all people's hearts there lives a demon called love"




Naoko Morimoto adalah penuntut sekolah tinggi di perkampungan Okoyama menunggu bapa saudaranya Masato Ikezawa di stesyen keretapi yang pulang bercuti semester (ketika ini mereka berada dalam tahun 2003). Mereka berjalan pulang dari stesyen keretapi dimana hari hujan dan mereka berpayung sambil berbual tiba-tiba sebuah bas lalu dan Masato menarik Naoko ketepi.....tetapi tindakan Masato telah memberi mesej yang salah kepada gadis remaja ini. Dia menyedari bahawa dia menyintai bapa saudaranya itu....apabila Masato memberitahu bahawa selepas ini dia tidak boleh pulang lagi ke Okoyama bercuti sebab dia telah menjadi doktor pelatih.....Naoko nekad untuk masuk ke universiti yang sama dengan Masato dan menjadi doktor seperti Masato hanya semata-mata untuk mendekati dirinya dengan bapa saudaranya itu.

Tanpa diketahui oleh Naoko, bapa saudaranya itu telah mempunyai seorang kekasih yang juga teman sekuliahnya iaitu Aya Harada. Mereka telah berkawan selama 3 tahun dan setiap kali Masato mengajaknya berkahwin, Aya akan menolak sebab bagi Aya kerjayanya sebagai penyelidik adalah lebih penting dari segala-galanya.

Naoko belajar bersungguh-sungguh bagi membolehkan dia layak masuk ke Hospital Universiti  di Tokyo dan berada disisi Masato. Naoko berjaya memasuki hospital universiti dengan Masato dan apabila sampai disana.....impiannya berkecai apabila Masako muncul bersama Aya menemuinya.

Aya....a devil women, berkelakuan seperti 'perfect girlfriend' dihadapan semua orang tetapi hanya Naoko dapat melihat bahawa wanita ini sebenarnya tidak mencintai Onii-channya. Wanita ini merasa tergugat dengan kehadiran Naoko terutama bila dia dapat mengesan bahawa Naoko berperasaan lain terhadap Masako. Bagi Aya, Masako miliknya dan dia akan pastikan Masako akan menjadi miliknya dan tiada sesiapa boleh menghampiri dan mengambil Masako.

Tiba-tiba Aya bersetuju untuk berkahwin dan mereka berkahwin dengan tergesa-gesa. Watak Aya dilakunkan dengan amat cemerlang sekali, pelakon ini tidak perlu memakai taring atau make-up untuk kelihatan seperti syaitan sebab riak wajah Aya sahaja sudah cukup untuk menakutkan kita sebagai penonton. Aya berlagak seperti wanita sempurna dan berhati mulia dihadapan orang lain tetapi apabila memandang Naoko, riak wajahnya berubah menjadi seperti wanita berhati syaitan. Dia merasa takut sendiri.....mereka-reka cerita bahawa naoko ingin merampas Masako.



Apabila berlaku kemalangan berhampiran kawasan perumahan Masako, Naoko yang berada disitu hanya berdiri ketakutan sebab dia adalah pelajar baru perubatan dan dia tidak mengetahui bagaimana hendak bertindak. Aya yang menguruskan mangsa tersebut dan kemudian Masako datang membantu....apa bila Aya menyedari kehadiran Naoko....dia berkata kepada Masako "Naoko ingin melihat dia gagal". Dia sentiasa salah faham dan membuat andaian sendiri. Dia membenci Naoko walaupun Masako berkata bahawa Naoko adalah anak saudaranya dan tidak melayan Naoko seperti musuh.



Aya dan Masako berkahwin, sejurus selepas majlis perkahwinan.....mereka terus masuk bekerja kerana bagi Aya....kerjaya perlu diutamakan dari segala hal. Selepas perkahwinan Masako, Naoko menjauhkan diri dan mula bergaul dengan rakan-rakan sepengajiannya. Masako mula merasa perubahan diri Aya selepas berkahwin. Dia tidak dipedulikan dan Masako tidak gembira hidup bersama Aya. Aya mengabaikan Masako dan lebih menumpukan terhadap penyelidikan dan walaupun mereka hidup serumah tetapi mereka seperti orang asing.

Apabila menyedari rumahtangganya bermasalah....Aya menyalahkan Naoko walaupun Naoko telah menjauhkan diri dan tidak pernah menghubungi bapa saudaranya itu. Ketika bercinta, apa yang Masako nampak dalam diri Aya adalah seorang wanita yang amat sempurna dan dia mula menyedari bahawa dia mengahwini wanita yang menakutkan. Nurse di hospital berkata bahawa Aya adalah scary women dan ketika ini Masako teringat akan kata-kata Naoko "orang itu menakutkan". Naoko mengunakan perkataan 'orang itu' apabila merujuk kepada Aya.

Mereka sentiasa bergaduh. Aya tidak cuba menyelesaikan masalah rumahtangganya sebaliknya cuba serang Naoko lagi. Kali ini dia jemput Naoko datang makan malam dirumahnya. Oleh kerana Naoko takut datang seorang diri, dia ajak kawan-kawannya. Di sini Aya berlakon sebagai isteri yang penyayang dan menunjukkan kepada mereka terutama Naoko betapa bahagianya rumah tangga mereka. Semua orang memuji Masako bertuah....Masako hanya mendiamkan diri dan kali ini dia dapat lihat sendiri sifat sebenar Aya...... Aya berlakon dan bertindak kejam terhadap Naoko malah memaksa gadis itu memakan ikan yang tidak disukainya. Selepas tetamu balik....mereka bergaduh besar dan Masako berkata bahawa dia menyedari ada sesuatu yang pelik apabila tiba-tiba Aya bersetuju kahwin malah mendesak supaya dipercepatkan.....rupanya Aya hanya takut kepada Naoko dan bukan sebab mencintai dirinya. Dia lakukan semua ini sebab dia tidak mahu 'barang miliknya' menjadi perhatian orang lain.


 Aya tidak menyalahkan dirinya sebaliknya menyalahkan Naoko dan mula menganggu Naoko dirumah sewanya. Dia datang berdiri depan pintu rumah Naoko dan kemudian menakutkan gadis itu. Naoko yang ketika itu sedang bercakap dengan Masako yang menelefon untuk meminta maaf atas kelakuan Aya dan dia mula mengesan nada ketakutan apabila anak saudaranya beritahu ada orang dihadapan pintu rumahnya. Naoko sejak hari pertama bertemu Aya sentiasa berada dalam ketakutan apabila melihat pandangan mata wanita syaitan ini. Masako yang bimbang akan keselamatan anak saudaranya itu telah pergi kerumah sewa Naoko dan melihat Naoko menangis ketakutan. Naoko memberitahu bahawa Aya datang menakutkan dirinya.

Apabila Masako bertanya kepada Aya mengapa ganggu Naoko, Aya dengan wajah innocent memberitahu bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada Naoko dan dia mengatakan bahawa gadis itu delusi dan mereka perlu hantar dia ke pakar psikitrik untuk memeriksa sebelum ia bertambah teruk. Wowwwww....Aya memang hebat dalam mereka cerita tetapi Aya tersilap sebab Masako berkata bahawa Naoko adalah anak saudaranya yang dia lihat membesar dari kecil dan dia kenal anak saudaranya itu lebih dari orang lain....anak saudaranya itu tidak akan menipu.  

Mereka bergaduh besar dan Masako bertindak keluar dari rumah dan memberitahu bahwa dia ingin bercerai. Masako menerima tawaran menyambung pelajaran untuk menjadi doktor pakar di Pittsburgh. Masako mengambil keputusan ini bagi melindungi Naoko dari gangguan Aya dan ketika ini Naoko telah meluahkan perasaannya kepada Masako tetapi Masako hanya mendiamkan diri sahaja. Ketika ini kita penonton hanya berharap bahawa perasaan Naoko tersebut adalah sebab ia masih remaja dan dia keliru dengan perasaan sendiri....mungkin sebab dia terlalu sayangkan bapa saudaranya dan sebab itu dia menganggap bahawa itu adalah cinta.

Tetapi kita sebagai penonton begitu kecewa sebab Masako yang sebelum bertolak ke luar negara telah makan malam dirumah sewa Naoko. Dia beritahu bahwa dia akan ke Pittsiburgh selama beberapa tahun dan meminta anak saudaranya itu belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi doktor. Naoko pula berkata bahwa dia akan mencari teman lelaki dan dia akan memperkenalkan kepada Masako nanti. Selepas Masako keluar dari rumah, Naoko menangis teresak-esak dan penonton juga terkejut sebab Masako juga menangis teresak-esak ditepi jambatan. Selepas itu bunyi ketukkan kuat dipintu rumah Naoko dan bila dibuka....kelihatan Masako yang sedang menangis terus memeluk Naoko dan menciumnya seperti kekasih. Masa nie kita sebagai penonton terasa amat marah sebab Masako sebagai lelaki dewasa tidak dapat mengawal perasaaannya dan dia juga mencintai anak saudaranya itu.

8 tahun berlalu, Naoko telah tinggal serumah dengan Yasushi Narisugi teman sekuliahnya yang amat menyintai dirinya. Sebagaimana yang dijanji kepada Masako....dia akan lupakan cintanya kepada Masako.

Aya menghantar mesej kepada Masako yang ketika itu telah berada dilapangan terbang Tokyo menyatakan bahwa dia bersetuju untuk tandatangan surat perceraian. Masako balik ke jepun sebab dia ingin mengendalikan pembedahan cancer terhadap profesornya iaitu Takinohara. pembedahan itu dilakukan secara rahsia sebab Takinohara tidak mahu masalah kesihatannya menjejaskan peluang untuk menjadi CEO hospital (ofis politik). Pembedahan tersebut akan dibantu oleh doktor pelatih kepercayaannya iaitu Naoko. Kali pertama Naoko bertemu Masako Ikezawa sejak mereka berpisah. Naoko telah menjadi wanita yang matang dan doktor yang dipercayai manakala Ikezawa telah menjadi pakar pembedahan yang terkenal.

Naoko terpaksa berbohong kepada Norisugi menyatakan dia pergi tempat yang jauh untuk berkursus tetapi rahsia terbongkar apabila kawan baiknya Rai Yoka bersama teman lelakinya Hosokawa ternampak Naoko bersama Masako di hotel di Tokyo. Ofis politik sekali lagi.....Hosokawa mengunakan info ini sebagai ugutan kepada Aya bahawa dia akan memberitahu Director Kirishima bahawa ada satu pembedahan rahsia berlaku di Hospital ........ dan Naoko serta Ikezawa terlibat sama. Aya serta merta menjadi syaitan kembali....dia mula mengunakan info ini untuk mencucuh api dalam hubungan Norisugi dan Naoka.

Norisugi yang dipengaruhi oleh Aya mula meragui Naoka. Ikezawa minta diperkenalkan kepada Norisugi dan mereka makan malam dirumah sewa Naoka. Ketika Norisugi menghantar Izekawa balik, dia tiba-tiba teringat tentang handphone yang tertinggal so dia patah balik dan dalam masa yang sama Rai datang berjumpa Naoko. Norisugi mendengar perbualan Naoka dengan Rai dan barulah dia mengetahui bahawa lelaki yang dicintai oleh Naoka adalah bapa saudaranya sendiri.




Norisugi bertindak terburu-buru.....menuduh Naoka tanpa mendengar penjelasan terlebih dahulu. Sebagai penonton, kita akan bersimpati dengan Norisugi sebab selama 8 tahun dia bersama dengan wanita yang tidak langsung mencintai dirinya dan mempergunakan dirinya sebagai alat untuk melupakan cinta terlarangnya. Norisugi merasa dirinya dipergunakan dan mula berdendam manakala dalam masa yang sama Aya mengoyak surat perceraian.





Ini satu lagi percintaan terlarang. Rai mencintai seniornya iaitu Yuji Hasokawa. Hasokawa adalah lelaki yang telah beristeri dan isterinya pula sedang mengandung. Rai asyik mendesak Hasokawa menceraikan isterinya. Kita sebagai penonton merasa benci kepada Rai...perempuan perosak rumah tangga orang. Lelaki beristeri seperti Hasokawa tidak akan menceraikan isterinya.....perempuan seperti Rai hanyalah sebagai alat hiburan. Mencintai suami orang adalah perkara terbodoh yang dibuat oleh Rai. Inilah mesej yang pengarah drama ini cuba sampaikan....dari percakapan Hasokawa dengan rakannya, dia menyatakan bahwa dia hanya ingin berseronok dengan Rai sahaja sebab dia cute.


Aya berjumpa dengan Ikezawa dan memberitahu bahawa dia sudah koyakkan surat petition perceraian mereka dan Izekawa akan menjadi miliknya buat selama-lamanya. Dia berkata bahwa dia akan membuat apa sahaj untuk menghalang hubungan Naoka dengan Izekawa.


Salah satu rancangan Aya adalah mempergunakan Norisugi untuk memisahkan hubungan tersebut. Aya hanya mereka cerita.....Aya terlalu berilusi dan Aya adalah syaitan jahat yang sebenarnya tidak mencintai Izekawa tetapi dia menganggap Izekawa adalah 'barang miliknya' dan tidak akan benarkan sesiapa memilikinya walaupun dia sendiri yang menderita dan hidup dalam keadaan tertekan. Dia sakit jiwa.

Aya mengunakan kepakarannya untuk memanipulasi orang....mempengaruhi Norisugi dengan tangisan dan cerita sedihnya dan menyatakan bahwa mereka adalah manusia malang yang telah dipergunakan oleh Naoka dan Izekawa. Dia sanggup mengunakan sex sebagai godaan kepada Norisugi.


Sekarang musuh bagi Naoka dan Izekawa adalah Aya dan Norisugi. Kedua-dua mereka bergabung untuk membalas dendam dan menghancurkan hubungan tersebut sedangkan realitinya Naoka dan Izekawa tidak menjalinkan hubungan. mereka berdua masih menjarakkan diri dan menjauhkan hubungan terlarang tersebut. Mereka berusaha untuk mengelak tetapi manusia berdua ini yang sebenarnya menjadikan hubungan cinta terlarang tersebut benar-benar terjadi.


Aya sangat bijak.....dia manipulasi dan mempergunakan Norisugi secara licik. Norisugi telah menaikkan kuantiti dos ubat pesakit yang dijagai oleh Naoka sehingga menyebabkan pesakit tersebut mengalami serangan kebas kaki dan tangan akibat dos ubat yang berlebihan yang telah disuntik oleh jururawat mengikut arahan dalam komputer Naoko. Norisugi mengetahui tentang no ID dan Password Naoka. Ikezawa yang cuba melindungi Naoka mengaku bahawa dia memberi arahan tersebut tetapi doktor-doktor lain tidak percaya dan menyatakan bahawa hubungan saudara yang menyebabkan Ikezawa cuba melindungi Naoko dan Ceo hospital pula meminta supaya perkara kecuaian tersebut disembunyikan. Sudah tentu ia tidak boleh di sembunyikan sebab Norisugi telah mendedahkan kecuaian tersebut dalam majalah.



Syaitan ini ketawa kegembiraan walaupun sebelum ini dia berpura-pura memarahi Norisugi kononya telah melanggar etika sebagai doktor dan hampir membunuh pesakit. Wanita ini memang benar-benar menakutkan.

Masa ini simpati kita kepada Norisugi bertukar menjadi benci. Norisugi bertukar watak menjadi lelaki yang menakutkan apabila dia berdendam. Dia cuba musnahkan hidup wanita yang dicintainya hanya semata-mata supaya wanita itu berpaling kepadanya dan dia membiarkan dirinya diambil kesempatan oleh Aya.  Naoka telah digantung kerja. Naoka balik kerumah sewanya tanpa menduga bahawa Norisugi berada didalam rumah tersebut dan mencari gambar-gambar  Naoka dan Izekawa untuk dihantar kepada majalah dan internet. Dia ingin mendedahkan hubungan terlarang ini kepada satu dunia. Ketika Naoka sampai dirumah...dia lihat Norisugi berdiri dibelakangnya sambil memegang gambar naoka dan Izekawa. Norisugi bagi pilihan kepada Naoka......kembali kepadanya atau hibingan mereka dibongkarkan didalam majalah dan Izekawa tidak akan menjadi doktor pakar lagi. Naoka cuba merampas gambar tersebut tetapi Norisugi yang dalam kemarahan telah cuba merogol beliau. Mujur Izekawa sempat sampai. Sambil menjerit Norisugi menghina jijiknya perbuatan mereka sambil menjerit marah,

You guy have no future
No matter where in the world, an uncle and niece go, there is no place where you can live!!!!!

There's no goal for you!!!!!!!!

Izekawa menjawap :

What ever it is you do........I will protect Naoko. Even if there's nowhere in the world we can go....I will protect Naoka. We won't seek either hapiness or blessings....We don't ask such a thing.....all we want is to live together.

Stupid Norisugi....dia telah memberi peluang kepada Izekawa dan Naoko untuk menerukan hubungan terlarang tersebut secara terbuka. Sebelum ini mereka cuba mengelak dan menjauhkan diri dari hubungan ini tetapi tekanan dari kedua-dua syaitan ini telah menyebabkan Izekawa bertindak melindungi Naoko.

Aya terkejut apabila mendengar Izekawa meletakkan jawatannya dan tinggalkan positionnya sebagai doktor pakar utama di hospital itu semata-mata untuk Naoko. Rancangan Aya tidak berjaya.....dia sangkakan Izekawa akan memilih kerjaya.

Ok final gamble yang Aya akan buat......membongkarkan cinta terlarang antara Naoko dan Izekawa kepada  abang dan kakak iparnya yang juga ibu dan bapa Naoko.


So sad melihat kedua-dua ibu bapa ini apabila mengetahui hal tersebut. Ibu bapa Naoko pergi kerumah sewa Naoko dan bapanya meminta ibunya membawa Naoko keluar untuk memujuknya dan bapanya pula menunggu adiknya Izekawa.

Kelihatan Hisako Morimoto bersama anak perempuannya disebuah restoran manakala Izekawa yang baru pulang terkejut apabila melihat abangnya berada di ruang tamu.

Not a soul would believe a word i said.....
If I told them that my own younger brother was in a relationship with my own daughter


tell me that wrong.......
tell me that everything written in here is lie!!!!!!!!
if you deny it..........
me and your sister will believe it......


 
Begitu sedih apabila melihat wajah si abang ini. Masa nie perasaan benci kita sebagai penonton kepada Izekawa dan Naoko memuncak. kenapa buat kedua-dua manusia ini kesedihan. Izekawa menjawap "...............is it true that Naoko and I are in love". Si abang bangun dan terus menumbuk adiknya. Dia merayu supaya Izekawa tidak meneruskan hubungan tersebut.

"Who do you think.....would allow their precious little brother dan their doughter to have fingers of derision pointed at them by the world!!!!!!!!!"

Izekawa dipukul teruk oleh abangnya.....biarpun abangnya menangis dan merayu tetapi Izekawa tetap dengan keputusannya untuk meneruskan hubungan mereka. Dia keluar dari rumah untuk mencari Naoko manakala Naoko walaupun ibunya memujuk dengan linangan airmata.....Naoko berkata kepada ibunya "saya akan memilih jalan yang salah dan tidak akan menyesal daripada memilih jalan yang benar tetapi akan menyesal dikemudian hari...." dan kemudian terus berlalu keluar dari restoran meninggalkan ibunya yang sedang menangis.





Izekawa berlari dan mencari Naoko didalam hujan lebat. Apabila bertemu dia memeluk Naoko sambil disaksikan oleh Aya yang kebetulan lalu disitu. Aya....you lost your final gamble. 

Dua manusia ini memilih untuk meneruskan hubungan terlarang tersebut. Mereka diberhentikan kerja oleh pihak hospital dan Norisugi masih mengeluarkan artikel berkenaan hubungan sumbang seorang pakar bedah terkenal kepada majalah.

Mereka berdua mencuba nasib di daerah Nagano. Pada mulanya sebuah hospital bersetuju untuk mengambil Izekawa bekerja dan mereka berjaya menyewa sebuah rumah berhampiran hospital tersebut.

Berita mengenai hubungan sumbang mereka terus dikeluarkan oleh majalah....kali ini siap dengan gambar rumah kediaman mereka di Okoyama. Tajuk artikel tersebut "home where their forbidden love was nurtured". Nurisugi....dia adalah bapak syaitan, kali ini kita sebagai penonton menjadi begitu takut melihat perubahan watak Nurisugi....adakah cinta begitu kuat sehingga menjadikan Norisugi manusia yang kejam. Naoko merenung artikel tersebut sambil berkata 'bagaimana dnegan ibubapanya". Sekarang baru kamu fikir tentang itu.


Selepas dihalau dari Nagano mereka pergi pula ke daerah Gunma dan bekerja disebuah klinik kesihatan kecil tetapi tidak lama....mereka dihalau pula dari situ. Mereka berdua pergi pula ke daerah Ishikawa dimana Izekawa bekerja disebuah klinik kecil manakala Naoko bekerja di pasar ikan.

Norisugi masih tidak puas hati....kali ini dia keluarkan satu lagi artikel mengunakan sebuah majalah terkenal. walaupun Izekawa dan Naoko disukai oleh penduduk nelayan disitu tetapi apabila berita memalukan ini sampai ke pengetahuan mereka....mereka tetap halau naoko dan Izekawa. Dalam majalah ditulis bahawa perbuatan mereka telah menyebabkan Hisako, kakak ipar Izekawa dan ibu Naoko tidak sedarkan diri dan disahkan mengidap kanser otak.

Aya yang disahkan kanser dan terlantar sakit telah merasa perbuatan dirinya hanya merapatkan hubungan mereka berdua. Aya menyerahkan surat perceraian kepada izekawa dan bersetuju untuk menguruskan pembedahan ibu Naoko.



Sebagaimana kata Aya....mereka mungkin telah menang tetapi manusia yang menang akan berdiri keseorangan. Mereka berdua telah dipulau dan mereka berdua tiada tempat untuk di tuju lagi. Naoko berkata 'let's go to a country where no one knows us".



Mereka berada dikawasan peperangan di negara asing. Mereka menjadi doktor perubatan di medan perang. Ditempat yang dikelilingi oleh jeritan kesakitan dan bunyi bom serta tiada manusia yang akan mengambil kisah tentang percintaan mereka. Drama diakhiri dengan Naoko dan Izekawa tidur sambil memegang tangan disebuah bangunan yang kotor dan gelap. Inilah ending kepada cinta terlarang ini.

Pengarang drama ini hanya menghukum hubungan cinta ini dengan menjadikan mereka orang pelarian. mereka kehilangan segala-galanya dalam hidup....keluarga, kerjaya, rakan dan masyarakat. Pengarang tidak menghukum percintaan ini dengan teruk sebab sebenarnya izekawa adalah adik tiri bapa Naoko dan mereka tidak mempunyai pertalian darah tetapi mereka tetap bapa saudara dan anak saudara dalam buku daftar keluarga. mereka tidak boleh berkahwin, mereka tidak boleh menjadi ibu dan bapa.

dalam satu episod Rai berkata Norisugi kehilangan Naoko bukan disebabkan Izekawa tetapi disebabkan Surisugi tidak mempercayai orang yang dicintainya. Naoko mencintai Izekawa sebelum dia mengenali Norisugi dan apabila dia menerima Norisugi....dia telah melupakan Izekawa. Begitu juga Aya....dia tidak mempercayai Izekawa....apabila Izekawa berkata 'jangan jadikan dia musuh....dia hanyalah anak saudara saya".

Jika kita menyintai pasangan kita....percayailah dia. Terlalu mengesyaki dan berperangsangka hanya memburukkan hubungan. Sepanjang menonton.....perasaan benci, marah bercampur baur dengan simpati dan kasihan. Kita tidak menyokong hubungan cinta ini dan ia terasa pelik dan jijik terutama apabila ada adegan intim antara Naoko dan Izekawa. Jika anda ingin menonton...boleh kesini

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...