Wednesday, July 4, 2012

Drama Korea terbaru

Saya akan listkan beberapa drama korea yang saya sedang ikuti sekarang. Kebiasaannya pada waktu malam saya ambil masa sejam sebelum tidur untuk menonton episod terbaru drama yang saya ikuti. Sekarang nie boleh dikatakan setiap hari saya akan ambil peluang untuk menonton selama sejam sebelum tidur. Saya sudah jarang menonton Astro atau channel TV yang lain sekarang nie....saya sudah tidak tahu apa drama terbaru yang sedang keudara di TV sekarang.

Episod terbaru bagi setiap drama berikut saya akan tonton keesokkan harinya di internet kerana apabila episod terbaru disiarkan pada waktu malam di korea, keesokkan harinya barulah kita boleh menonton sebab ia untuk disubtitle ambil masa.

Isnin dan Selasa

1. Big

Drama ini baru disiarkan di channel Astro 391 tetapi di internet ia sudah masuk ke episod 10 pada hari semalam. Drama ini adalah satu lagi hasil karya Hong Sisters.


 Da Ran adalah seorang guru sekolah tinggi yang berusia 26 tahun, begitu gembira apabila mendengar kisah cintanya terpilih disiarkan di radio dan dia memenangi periuk nasi. Tanpa sedar kegembiraan dia menarik perhatian semua penumpang bas termasuk seorang remaja Kang Kyung Joon yang tersenyum melihat gelagatnya. Da Ran perasan dan sangkakan remaja itu berminat terhadapnya.
 Apabila turun bas, remaja itu juga turut turun dan tiba-tiba memegang payung Da Ran. Da Ran dengan tersipu-sipu malu menyatakan bahawa dia telah bertunang tetapi remaja itu berkata dia tidak berminat tetapi dia cuma hendak ambil semula payungnya. Rupanya Da Ran terambil payung kepunyaan remaja itu tanpa disedari. Da Ran termalu
 Lebih memalukan lagi apabila remaja itu adalah pelajar baru dari Amerika yang akan belajar disekolah tinggi tersebut dan dia adalah pelajar Da Ran.
 Da Ran telah bertunang dengan seorang doktor iaitu Seo Yoon Jae tetapi hubungan mereka kelihatan kaku. Da ran tidak menjadi dirinya apabila bersama Yoon Jae, dia kaku dan terlalu berusaha untuk berlagak sempurna. Dia sentiasa menunggu panggilan telefon Yoon Jae....dia sentiasa menunggu Yoon Jae dan dia sentiasa berlagak seperti tidak ada apa-apa apabila Yoon Jae melupakan janjinya atau membiarkan dia menunggu begitu lama. Bagi Da Ran, Yoon Jae adalah terlalu sempurna dan dia cuba untuk menyesuaikan diri dan menjadi wanita yang memahami dirinya. Memang sedih melihat keadaan Da Ran seolah-olah menagih cinta dari lelaki itu dan tidak dihargai langsung.
 Pertama kali Da Ran menangis dan memarahi Yoon Jae apabila lelaki itu sekali lagi melupakan janjinya dan bertanya samaada Yoon Jae benar-benar mencintai dirinya atau hanya bersimpati kepadanya. Dia marah dan kemudian tutup telefon. Tidak lama kemudian Da Ran kembali kepada sifat 'tak apanya' dan cuba untuk menelefon Yoon Jae semula untuk minta maaf sebab marah tetapi handphonenya dirampas oleh Kyung Joon sambil berkata Da ran perlu ada harga diri. Kyung Joon bawa Da Ran ke tepi sungai dengan motosikalnya. Yoon Jae telefon dan beritahu bahawa dia akan datang berjumpa Da Ran untuk memberi jawapan terhadap soalan Da Ran. Kyung Joon meninggalkan Da Ran di tepi sungai itu dan menunggang motosikal untuk pulang manakala Yoon Jae dalam perjalanan berjumpa Da ran. Dipertengahan jalan, berlaku kemalangan dan Kyung Joon serta Yoon Jae cuba mengelak tetapi kereta dan motosikal mereka terhumban kedalam sungai. Yoon Jae cuba menyelamatkan Kyung Joon dan akhirnya kedua-dua mereka berada di hospital dimana doktor mengesahkan kematian Yoon Jae.
Da Ran berlari ke hospital apabila diberitahu tentang berita kematian Yoon Jae.....dia menangis meraung tetapi kemudian Yoon Jae yang disahkan mati dan telah ditolak ke bilik mayat, tiba-tiba berdiri dihadapannya dan memanggilnya 'Gil Da Ran Teacher". Roh Kyung Joon telah memasuki tubuh Yoon Jae dan hanya Gil Da Ran sahaja yang mengetahui tentang hal ini. 
 Seperti biasa dalam cerita Korea mesti ada watak bitchy women. Bitchy women dalam cerita korea walaupun tahu mereka bertepuk sebelah tangan tetapi mereka tetap nak ganggu jugak. Doktor wanita ini adalah bekas kekasih Yoon Jae. Watak Yoon Jae bukan lagi Yoon Jae yang lama, dia adalah Kyung Joon. Bila doktor wanita ini cuba mengodanya dia berkata dengan tegas " I dont like U...so get lost".
 Ini satu lagi watak annoying dalam cerita ini. Suzy melakonkan watak Mari, kawan baik Kyung Joon sejak kecil dan mereka sama-sama menetap di Amerika. Mari menyedari dan mengesyaki sifat Kyung Joon dalam diri Dr Seo. Bila rahsia terbongkar....Mari mula tidak boleh berenggang dengan Yoon Jae+Kyung Joon. Walaupun Yoon jae + Kyung Joon berkata ' i dont like u.... so go home (Amerika)' tetapi gadis ini tidak tahu malu dan berlagak seperti stalker.
Gil Da ran dan Yoon Jae+Kyung Joon berkahwin kerana hanya Gil Da ran yang boleh melindungi Kyung Joon. Gil Da Ran telah melupakan Yoon Jae selepas mengetahui bahawa Yoon Jae tidak menyintai dirinya. Dalam episod 10, minggu ini....drama ini mula membongkar rahsia hubungan Yoon jae dengan Kyung Joon dan perasaan Gil Da Ran terhadap Kyung Joon. Gil Da Ran dalam dilema apabila menyedari dia menyintai Kyung Joon sedangkan Kyung Joon adalah studentnya dan baru berusia 19 tahun. Mereka berdua sudah berjanji untuk tidak menyintai satu sama lain tetapi kedua-dua mula menyintai satu sama lain.

Drama ini adalah satu drama yang saya tidak sabar menunggu setiap hari Selasa (untuk lihat episod yang disiarkan pada malam Isnin) dan hari Rabu. Laman web yang begitu cepat menyiarkan episod terbaru adalah Dramacrazy. So anda boleh ke sana untuk menonton update episod terbaru lebih cepat daripada yang disiarkan dalam Astro

Hari Rabu dan Khamis

(1)  I Do I Do

Drama ini menampilkan kemunculan Kim Suh Ah selepas lama menyepikan diri. Minggu nie episod 11 dan 12 akan disiarkan. selalunya saya akan tonton drama ini di Viki.com sebab lebih cepat diupdate dan subtitle cepat dimasukkan sebab Viki mempunyai team translator mereka sendiri. Dramacrazy lambat beberapa jam.

 Kim Suh Ah membawa watak Ji An, seorang pereka kasut terkenal disebuah syarikat besar. Dia berusia 36 tahun dan merupakan wanita yang amat serius dalam kerjayanya. Dia digelar sebagai Mendusa oleh rakan sekerjanya.

Dia begitu obses dengan kasut dan didalam apartmennya terdapat sebuah bilik khas untuk pamirkan kasut-kasut rekaannya.

 Terlalu obses dengan kerja, Ji An terlupa pada janjinya kepada ayahnya. Dia kesedihan apabila ayahnya berkata untuk memutuskan hubungan mereka. Kemarahan ayah Ji An didengari oleh Tae Kang, lelaki yang dilanggar oleh Ji An semalamnya dan datang untuk menuntut gantirugi. Daripada membayar gantirugi sebaliknya Ji An mengajak lelaki itu untuk minum arak. Mereka berdua mabuk dan telah tidur bersama. One night stand ini telah merubah hidup Ji An apabila dia mengandung dan lelaki yang menidurinya adalah pemuda yang berusia 26 tahun dan baru berkerja sebagai pelatih di syarikatnya.
 Calon menantu pilihan bapanya adalah Dr Eun Sung, lelaki yang berjaya, mempunyai pendapatan tetap, bersopan santun dengan orang tua dan paling penting dia setaraf dengan Ji An. Ji An berkata jika dia ingin berkahwin....lelaki pilihannya adalah Dr Eun Sung tetapi rancangannya musnah apabila dia dapati dirinya mengandung dan Dr Eun Sung membatalkan pertunangan mereka selepas mengetahui hal tersebut. Tae kang pula menyangka bayi kandungan Ji An itu adalah anak Dr Eun Sung bukan anaknya. Ji An merahsiakan siapa bapa bayi tersebut.

Dalam cerita ini watak kedua-dua lelaki ini boleh diibaratkan sebagai kasut. Dr Eun Sung adalah sepasang kasut tinggi yang elegen, apabila memakainya wanita akan jadi lebih berkeyakinan dan berjalan dengan bangga. Walaupun wanita terseksa dan ambil masa yang lama untuk menyesuaikan kaki dengan kasut tinggi ini.

Tae kang pula adalah adalah seperti sepasang selipar. Mudah untuk digunakan, selesa untuk dipakai dan murah. Apabila letih memakai kasut tinggi seharian dipejabat....amat melegakan apabila menyarung selipar apabila sampai dirumah. Itulah diri Tae kang kepada Ji An. Kita ingin mengetahui siapakah yang dipilih oleh Ji An, lelaki yang setaraf dengan dirinya atau budak muda yang baru nak memulakan hidup tetapi dia selesa berada disisnya.


Dalam drama Korea, tidak sah kalau tidak ada bitchy women. Watak bitchy women dalam drama ini adalah Na Ri anak pengarah utama syarikat dan anak tiri pengarah syarikat kasut itu. Na Ri beranggan-anggan untuk menjadi CEO yang mana jawatan itu hendak diberikan kepada Ji An tetapi masalah timbul apabila Ji An mengandung anak luar nikah. Ji An dalam dilema...kerjaya dan janin yang dikandungnya. Bitchy women ini telah ugut akan buang Ji An jika beliau jadi CEO. Watak bodoh yang direka oleh penulis bagi menjadikan drama ini lebih konflik. Na Ri dibesarkan di Paris...sepatutnya dia harus bijak dan terbuka....mengugut untuk memecat dewa kasut adalah keputusan paling bodoh dan dangkal bagi seseorang yg mendapat pendidikan dan pendedahan hidup diluar negara sebab Na Ri tidak ada langsung bakat mereka kasut....dia perlukan Ji An.

Biasanya saya akan forwardkan apabila terdapat watak Na Ri sebab bagi saya watak ini tidak perlu dan hanya menjelakkan. Hope drama ini tidak akan jadi seperti drama Feast Of The Gods dimana saya forward hampir setiap masa bila watak bitchy women muncul. Akhir sekali drama tersebut berkualiti seperti sampah....tidak pernah lagi dalam drama, pengarah terpaksa mengundurkan watak hero dan bagi peluang kepada pelakon kedua sebab penonton lebih sukakan pelakon kedua walaupun mereka benci kepada kebodohan dan dungunya watak heroin. kali pertama dalam drama, saya benci tengok hero dan heroin tetapi suka kepada second lead. Drama yang paling lemah dan berkualiti sampah yang pernah saya tonton.

(2) Ghost

Episod minggu ini adalah yang ke 11 dan 12. Drama berkisar tentang kisah misteri dan penyiasatan jenayah siber.


 Kim Woo Hyun adalah pegawai polis unit khas yang menyiasat berkaitan dengan jenayah siber. Dia menyiasat kes bunuh diri seorang pelakon muda yang diganggu oleh siber hacker.
 Turn out, siber hacker tersebut adalah Ki Young(rakan baik Woo Hyun dan bekas polis unit siber). Hades adalah wartawan untuk internet paper iaitu True Story. Dia menyiasat berkaitan dengan fail Phanthom yang diterimanya dan file itu berkaitan dengan pelakon muda itu. Dia ceroboh komputer pelakon itu dan mengintip pergerakan pelakon itu.
 Melalui kamera komputer pelakon itu dia nampak pembunuh tersebut. Pelakon itu bukan bunuh diri tetapi dibunuh. Pembunuhnya adalah lelaki yang amat berkuasa dan terlalu bijak. Lelaki ini boleh menjadikan pembunuh tersebut adalah hades. Akibatnya hades terperangkap dan diburu oleh polis. Lelaki ini digelar phanthom oleh Hades.
 Kim Woo Hyun menemui Ki Young disebuah gudang terbiar....dia bukan hendak menagkap Ki Young atau Hades tetapi untuk membunuhnya sebab didalam file phanthom...dia adalah salah seorang yang membunuh dan Ki Young telah membuka file tersebut. Tetapi rancangannya tidak berjaya apabila gudang itu meletup sebab phanthom ingin menghapuskan kedua-dua lelaki ini. Ki Young dapat diselamatkan tetapi tubuhnya melecur teruk.....setahun kemudian (dengan magik atau kononnya kecanggihan dunia perubatan pembedahan plastik di Korea) Ki Young muncul dengan wajah Kim Woo Hyun. Terima sajalah sebab dramalah katakan.....tidak lojikpun tak kisahlah.

Drama diteruskan dengan Ki Young yang mengunakan identiti Kim Woo Hyun mencari identiti phanthom dan mendedahkan kejahatannya tetapi usahanya sukar sebab seluruh balai polis telah 'dibeli' oleh phanthom. Dia tidak mengetahui siapa yang boleh dipercayai. Ditambahi pula seorang detektif polis yang digelar crazy cow begitu nekad ingin mendedahkan kejahatan Kim Woo Hyun. Ki Young yang hidup dalam identiti Woo Hyun cuba untuk mencari kebenaran bahawa kawan baiknya itu tidak bersalah.

Setakat ini drama ini dalam kategori 'boleh tahanlah' tak adalah sampai addict. kadang-kadang terlupa nak tengok pun. Tak tunggu sangat. Anda boleh tonton di Dramacrazy.

(3). I Need Romance 2012

Drama nie hanya sesuai ditonton oleh orang dewasa sahaja. Ia berkisar tentang persahabatan 3 wanita. Ia lebih menyerupai drama Sex and  The City tetapi dalam edisi Korea.  Dilema wanita dalam perhubungan percintaan dan kehidupan sex mereka. Ia lebih 'dewasa' dan meninggalkan elemen tradisional drama korea....ia lebih berunsur moden dan terbuka. Mereka bercakap tentang sex seperti mereka bercerita tentang cuaca....bersahaja dan selamba. Seorang wanita yang mengadu kepada rakan-rakannya bahawa dia tidak puas apabila melakukan hubungan sex dengan tunangnya, rakannya yang seorang ini pula menghadapi dilema apabila gagal menghapuskan perasaan terhadap bekas kekasihnya dan hubungan mereka hanya setakat sex partner manakala rakan ketiga yang berlagak seperti isteri bahagia kepada seorang ahli politik tetapi sebenarnya kebahagian itu palsu.

Minggu nie episod 5 dan 6 dan anda boleh tonton di dramacrazy cuma ia agak lambat disubtitlekan sebab mungkin tidak ramai translator berminat dengan drama ini.

(4) Gaksital (Bridal Mask)

Dalam minggu ini, episod 11 dan 12 akan ditayangkan. Astro 391 baru hendak menayangkan drama ini.
 Drama ini mengisahkan mengenai Lee Kang To seorang pegawai polis dibawah pentadibiran jepun di zaman joseon. Lee kang dibenci oleh masyarakat tempatan sebab dia adalah barua jepun yang menyiksa rakyat joseon sendiri. Dia terpaksa menjadi barua dan pembelot kepada bangsanya sendiri atas alasan dia ingin kehidupan yang lebih baik untuk keluarganya dan mengumpul wang untuk rawatan abangnya yang tidak siuman selepas ditangkap dan diseksa oleh tentera jepun.
 Keamanan pemerintahan Jepun digugat dengan kemunculan Gaksital yang membantu penduduk tempatan apabila dibuli dan dizalimi oleh polis jepun. Kang To berikrar bahawa dia akan membunuh Gaksital, hero rakyat jeseon tanpa mengetahui bahawa Gaksital adalah abang kandungnya sendiri iaitu Lee Kang San.
 Lee Kang San telah ditangkap dan diseksa teruk ketika mengetuai reformasi pelajar terhadap pemerintahan jepun. Kang To berkerja keras untuk menanggung pengajian abangnya di universiti. Apabila abangnya ditangkap, dia menjadi terlalu kecewa dan memasuki polis jepun supaya boleh membiayai perubatan abang dan kehidupan ibunya lebih terjamin. Abangnya berpura-pura gila bagi membolehkan dia keluar daripada penjara tapi kebenaran bahawa dia tidak gila hanya diketahui oleh dirinya dan pembantunya sahaja. Ibunya sendiri dan adiknya sendiri tidak mengetahui.

Ibunya dibunuh oleh polis jepun ketika cuba melindungi kang San selepas topeng Gaksital jatuh dikakinya. Kang San hanya mampu melihat...ibunya ditembak sebab dia adalah orang yang 'tidak siuman'. Bila pasukan polis beredar dari rumahnya.....dia mengangkat mayat ibunya dan letakkan ditempat tidur ibunya dan memakai topeng untuk pergi membunuh polis tersebut. Ketika cuba menyerang polis itu, Kang To muncul dan selamatkan rakan polisnya itu dan menembak Gaksital.

Kang To mengejar Gaksital dan tersenyum apabila melihat Gaksital memasuki rumahnya. Dia mendekati Gaksital yang telah rebah dihalaman rumahnya.....ketika dia buka topeng Gaksital......dia terkejut bahawa Gaksital adalah abangnya. Kang San mati. Dia menjerit memanggi ibunya.....tetapi jeritannya tidak berjawap. Dia masuk bilik ibunya dan melihat mayat ibunya terbaring dengan kesan tembakan. Sekarang barulah dia tahu mengapa abangnya cuba bunuh pegawai polis tersebut. Dia berlari keluar untuk bunuh polis tersebut tetapi separuh jalan dia dipengsankan oleh pembantu abangnya dan bawa balik kerumah tetapi sesampai mereka dirumah....rumah telah dibakar dan mayat ibu dan abangnya rentung.


Kang To memakai topeng Gaksital untuk membalas dendam kematian abangnya. Dia bunuh pegawai polis tersebut dan pembunuhan ini disaksikan oleh Shunji sahabat baiknya yang berbangsa jepun. Shunji adalah guru sekolah dan lelaki yang sangat baik tetapi sifat dan sikap Shunji berubah apabila dia mengantikan tempat abangnya sebagai ketua polis dan berazam membunuh Gaksital. Konflik antara 2 sahabat baik ini. Kang To memakai topeng gaksital hanya untuk membalas dendam atas kematian abangnya dan meneruskan tugas abangnya membunuh 4 orang pegawai korup Jepun yang telah mengkhianati dan membunuh ayahnya. Dia bukan berniat sebagai pejuang bangsa.....dia hanya hendak balas dendam dan dia masih pegawai polis jepun atau barua/pengkhianat bangsa.

Drama ini boleh ditonton di Dramacrazy. Bagi saya drama ini dalam kategori 'boleh tahan' tidaklah addict sangat. Episod 10 minggu lepaspun saya belum tengok lagi. Saya hanya tengok bila kelapangan sahaja......tidaklah sampai tahap menunggu episod baru setiap minggu. A bit boring sebenarnya.

Hari Sabtu dan Ahad

(1) Dr Jin

Minggu nie akan ditayangkan episod 13-14. Drama ini mengisahkan seorang doktor pakar bedah zaman moden yang 'travel' ke zaman joseon 150 tahun kebelakang. Bagaimana dia boleh travel memang melucukan.

Kehidupan Dr Jin dalam zaman 150 tahun yang mana kaedah perubatan masih mengunakan peralalatan kuno. bagaimana doktor moden boleh hidup pada zaman ini. kadang-kadang rasa tidak lojik bila tengok doktor zaman moden bedah otak manusia tanpa peralatan moden. Nampak macam cerita fairy tale. Cerita dongeng.

Saya hanya ikuti episod awal sahaja dan kemudian berhenti menonton sebab ia semakin boring dan boring. Anda boleh menonton drama ini di Viki.com sebab tayangan episod baru dan subtitle dibuat dengan cepat.

(2) A Gentlement Dignity

Hari sabtu dan Ahad minggu ini akan menyiarkan episod 13-14. Saya tonton di Dramacrazy tetapi agak lambat sikit sebab subtitlenya hanya muncul dalam waktu tengah hari Ahad bagi eposid malam sabtu.

 A Gentlement Dignity adalah sebuah drama yang lari sedikit daripada kebiasaaan drama korea. Ia sesuai untuk tontonan orang dewasa dan lebih kepada berunsur moden dan kebaratan. Kisah berkenaan 4 orang sahabat baik yang berkawan dari zaman remaja dan telah bersahabat lebih 20 tahun. Masing-masing telah berusia 41 tahun.

Jung Rok (yang berada atas meja kopi) adalah lelaki yang mengahwini wanita berumur tetapi sangat kaya. Dia hidup dengan duit dan kemewahan isterinya. Dia lelaki pengoda dan kaki perempuan. Kemana dia pergi....ada sahaja wanita yang dia ingin pikat dan bawa masuk hotel. lelaki penakut kepada isteri dan mengunakan ketiga-tiga sahabatnya untuk melindungi dirinya atau sebagai saksi jika isterinya mencari. Do Jin (kanan) adalah arkitek berjaya, lelaki kacak, bujang dan kaki perempuan. Dia hanya pikat perempuan untuk dijadikan teman tidur sahaja dan bila jemu dia tinggalkan mereka. Tae San (tengah) lelaki yang bersifat gentlemen, baik dan pandai ambil hati perempuan serta amat kaya tetapi seorang yang mementingkan diri.....dalam falsafah hidupnya....dirinya harus diutamakan dahulu dan dia tidak pedulikan orang lain. Yoon pula adalah peguam dan merupakan lelaki idaman wanita....dia sangat baik dan bukan kaki perempuan. Dia duda yang kematian isteri tetapi masih mengingati isterinya dan masih duduk dirumah mentuanya sehinggalah mentuanya meminta sahabat-sahabatnya memindahkan barang Yoon ke rumahnya sendiri supaya dia boleh memulakan hidup baru sebab isterinya telah 3 tahun meninggal dunia.
 Dalam drama ini, hero tidak semestinya mendapat heroin yang baik dan hero tidak semestinya baik. Do Jin jatuh cinta pada Yi Soo seorang guru sekolah tinggi. Yoon pula mencintai adik Tae San yang berusia 24 tahun secara diam-diam tetapi menafikan perasaannya sebab persahabatannya dengan tae San yang menentang hubungan cinta tersebut.
Yi Soo seorang guru sekolah tinggi. Watak baik dalam drama ini dan seperti biasa orang baik akan dibuli. Dia dibuli oleh hausematenya iaitu Se Ra watak bitchy women. Yi Soo mencintai Tae San tetapi Tae San hanya mencintai Se Ra perempuan yang mementingkan diri sendiri. Mereka berdua serasi sebab sama-sama pentingkan diri. Im Maeri, adik Tae San bencikan Se Ra sebab dia nampak Se Ra bercumbu dengan dengan lelaki lain apabila Tae San pergi tandas. Bitch women ini memjelakkan terutama apabila dia mengetahui bahawa Yi Soo ada hati pada Tae San dan dia dengan sengaja mengejek dan menjatuhkan maruah Yi Soo dihadapan Tae San.

Drama ini mengutarakan watak baik tidak semestinya disatukan dengan watak baik juga. Yi Soo akhirnya menerima cinta Do Jin lelaki kaki perempuan.

Drama ini penuh dengan babak-babak lucu dan menghiburkan. Kita akan ketawa apabila melihat kelakuan keempat-empat sahabat ini...mereka melindungi antara satu sama lain.

Drama ini memang saya tunggu setiap petang ahad dan isnin. Anda boleh tonton di Dramacrazy, dalam tengahhari Ahad dan tengahhari Isnin....episod baru sudah boleh ditonton.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...