Monday, July 16, 2012

Rich Man, Poor Women : Episode 1

Ini adalah sebuah drama jepun terbaru yang menarik minat saya untuk terus menonton. Drama yang baru ditayangkan pada minggu lepas. Selepas menonton....wowwwww...I like it, so saya akan buat recap untuk drama ini pada setiap minggu ia ke udara.

Episode 1

Seorang lelaki muda yang sedang berbaring dilantai rumah tradistional jepun sambil memegang handphone dan menaip 'Chihiro Sawaki' tetapi cariannya hanya tertera perkataan 'no entry found'. Dia mengeluh ahhhhh.....tetapi bila handphonenya berbunyi bip menunjukkan harga pasaran saham....dia terus teruja. Lelaki muda ini adalah Tohru Hyuga.

Di Las vegas, rakan kongsinya Mr Asahina yang berada di International Digital IT Festival sedang mencarinya. Dia bersama setiausaha mencari dibilik hotel tetapi Hyuga tiada disitu dan hanya email auto reply yang terpasang di skrin komputer. Hyunga telah terbang balik ke Jepun meninggalkan dia di Las vegas.

Asahina menerima panggilan telefon dari Hyuga yang memaklumkan bahawa beliau ingin membeli saham dalam jumlah yang besar, akauntan beliau yang berada ditalian satu lagi cuba menghalang tetapi Asahina hanya ketawa.....so tiada tentangan daripada Asahina maka transaksi belian tersebut berjalan dengan hanya satu butang....buy.

Bagi Hyuga, hanya persetujuan Asahina yang penting....hubungan mereka bukan sekadar rakan kongsi tetapi mereka adalah rakan baik dan mereka saling memahami antara satu sama lain.


Kamera membawa penonton melihat suasana syarikat Next Innovation. Suasana santai dalam pejabat yang serba moden dan mewah dengan kewujudan oxygen capsule untuk pekerja merehatkan diri ketika kebuntuan, gym yang serba lengkap, fun room, cafeteria yang moden serta diatas bumbung pejabat terdapat kebun yang digelar the green oasis untuk pekerja bercucuk tanam bagi melepaskan tension. Presiden syarikat Next Innovation adalah Tohru Hyuga, lelaki muda yang memiliki aset sebanyak 2.5 billion dollars pada usia ketika ini iaitu 29 tahun. Gaji beliau adalah 60,000 dollar perjam.


8 tahun dahulu ketika Tohru Hyuga dan Asahina berada di tahun pertama universiti...mereka telah memulakan syarikat Next Innovation di bilik asrama mereka. Hyuga adalah genius IT. Dia tinggalkan universtiti apabila perniagaannya berjaya.

Beliau mengwujudkan suasana kerja 'creativity blossoms in a relaxed atmosphere'. Ia satu utopia baru dalam suasana bekerja di Jepun

Haruka adalah siswazah lepasan universiti yang sedang dalam proses mencari pekerjaan. Selepas menghadiri interview dan sentiasa gagal memenuhi setiap kehendak penemuduga....Haruka berjalan lesu sambil mulutnya mengeluh dan membebel. Tiba-tiba muncul secara mendadak sebuah motosikal besar dan Haruka yang hampir dilanggar....terkejut sambil menyumpah marah kearah penunggang motosikal tersebut. Penunggang motosikal itu adalah Hyuga. Dia berhenti dihadapan bangunan tinggi dan seorang lelaki berlari ke arahnya dan mengambil halmet dari tangannya sambil menyebut namanya dan memberikan lapuran berkenaan dengan perkembangan saham. Hyuga tiba-tiba berhenti dan bertanya 'who are you'. Itulah diri Hyuga...walaupun dia adalah genius IT dan genius businesman tetapi beliau mempunyai satu kelemahan iaitu beliau tidak boleh mengingati wajah dan nama orang. Penyakit ini bernama prosopagnosia (face recognition defisiency). Pekerja itu mengeluh dan berkata ini adalah kali ke 15 beliau menyebut namanya tetapi Hyuga masih bertanya 'who are you'.

Haruka duduk di taman dihadapan bangunan tinggi tersebut sambil memerhati para pekerja bangunan itu yang begitu gembira dan mereka kelihatan begitu bergaya dan santai dengan pakaian yang menarik. Haruka merenung ke bangunan tinggi tersebut yang mana ketika itu Hyuga sedang berada dalam lif kaca sambil memandang kebawah. Haruka berkata ' what's the difference between them and me'. Dia kemudiannya menudukkan wajahnya sambil mengeluh.


Haruka bertemu rakan universitinya untuk mengadu masalah. Rakannya menyerahkan sebuah majalah yang memaparkan berkenaan dengan lelaki muda yang berjaya dalam perniagaan di usia yang muda iaitu Tohru Hyuga. Rakan wanitanya melihat berita dalam internet menyatakan bahawa syarikat Hyuga akan mengadakan 'recruting session' pada minggu depan dan meminta Haruka untuk mencuba nasib. Haruka masih merenung wajah Hyuga dalam majalah.

Di bilik sewa yang tertampal puluhan post it note interview yang Haruka telah pergi dan beliau gagal dalam setiap interview. Setelah 5 bulan keluar unversiti dan menghadiri lebih 50 sessi interview dan tiada satupun dia berjaya. Haruka membaca info berkenaan dengan syarikat Next Innovation dan tiba-tiba handphonenya berbunyi. Abangnya menelefon dan berkata mengapa haruka tidak menelefon keluarganya kembali dan bertanya samaada dia telah menerima bungkusan yang dikirim oleh ibunya. Abangnya memberikan kata-kata semangat dan berkata Haruka akan berjaya sebab dia seorang gadis yang sangat bijak. Haruka bangun dari kerusi dan pergi membuka bungkusan tersebut dan melihat barangan yang dikirim ibunya termasuk sekeping envelop yang mengandungi sedikit duit. Haruka bertambah sedih dan berkata dia perlukan sesuatu untuk menaikkan semangatnya. Tiba-tiba komputernya memaparkan video mesej dari Hyuga dari laman web Next Innovation yang dibuka tadi. Dalam video mesej tersebut Hyuga berkata " Even a single person can change the world. Make impossible, possible. Break the shackles of old values nad discover a new comman sense. NEXT INNOVATION will gine a shock to the world". Kata-kata Hyuga memberi semangat buat Haruka.

Dengan mengunakan wang yang dikirim oleh ibunya dia membeli sepasang kasut baru bagi mengantikan kasut lamanya yang telah lusuh akibat dipakai lebih daripada 50 kali untuk menghadiri interview.


Hyuga merenung komputernya dan cuba menaip 'adakah anda adalah ibu saya' kepada seorang wanita yang bernama Chihiro Sawaki yang namanya baru tertera selepas dia google. Hyuga memadam mesej itu dan flash back bagaimana ibunya meninggalkan dia yang ketika itu dia masih kecil....dia menangis dan meraung memanggil ibunya tetapi ibunya langsung tidak memandang ke belakang dan meninggalkannya sendirian.

Haruka memasuki dewan persidangan di syarikat Next Innovation. Semua orang begitu kagum dengan kemodenan dewan itu. Haruka memilih untuk duduk dihadapan sekali. Hyuga muncul di atas pentas dengan pakaian suit mahalnya tetapi memakai sepasang kasut sukan. Gaya sempoi. Haruka begitu kagum dengan karisma Hyuga. Hyuga memulakan sessi taklimat. Selepas berucap dan memberikan kata aluan yang ringkas, beliau turun dari pentas dan memulakan pertanyaan.

" What did you come here for?"

Lelaki pertama menjawap "I want to work with you". Hyuga membalas dengan nada sarcastic "So once you're in, you are fullfilled, you belong to the passive crowd'.

Beliau berjalan ke arah lelaki kedua dan bertanya soalan yang sama. Lelaki kedua menjawap " If I enter Next Innovation, I can start something new". Hyuga ketawa mengejek sambil berkata "You'll be loafing around in our company hoping for newness to happen?. It will never come. I Pay 208 employees to bring up newness".

Semua calon tertunduk takut untuk menjawap jika di soal termasuk Haruka tetapi nasibnya malang sebab Hyuga sedang memandang ke arahnya.


Hyuga bertanya kepada Haruka "How many job offers have you got?". Haruka menjawap dengan keadaan terketar-ketar " Not one yet". "You graduated from an abscure university, right". Haruka menjawap "No.....i'm from the University of Tokyo". Haruka berkata dengan sinis " we live in an era where iilustrious universities are not rewarded". Hyuga terus provoke " Do you have any fundamental flaw?". Haruka tergamam dan hanya memandang Hyuga.

Hyuga berdiri dan terus buat pengumuman " Those who haven't had any offers...Please Go. Only those who have turned down these 2 offers can enter my company". Semua calon-calon bangun dan keluar dalam keadaan marah dan yang tinggal hanya segelintir calon yang cemerlang.

Haruka masih berdiri tegak dan tergamam, Hyuga memandang ke arahnya sambil berkata " Miss 'University of Tokyo", Its over". Haruka tunduk kecewa dan berpaling untuk keluar tetapi tersungkur jatuh dan sebelah kasutnya terpelanting apabila Hyuga berkata dengan nada menghina " She is the living example of our japanese educational system's failure or rather a victim. She has been studying as she was told, yet she's grown to be an redundant person". Haruka yang mendengar hinaan tersebut...memandang kasut baru yang dibelinya dengan duit kiriman ibunya dan dibeli selepas mendengar kata-kata semangat dari Hyuga. Haruka mengambil kasut tersebut dan memakainya sambil berpaling ke arah Hyuga dan menyebut tentang sejarah penubuhan Next Innovation, menyebut semua personal next Innovation yang berdiri ditepi pentas dengan nama penuh, jawatan dan kejayaan mereka. Semua orang tergamam. Hyuga memotong percakapan Haruka sambil berkata Haruka hanya menghafal fakta yang tidak berguna. Haruka melawan sambil berkata 'before coming here, I studied your company in every detail becouse I sincerely want to enter it".

Haruka kesal kerana Hyuga melayan calon-calon yang datang interview seperti dirinya sebegitu tanpa diberi peluang. Hyuga menjawap jika dia memberi peluang hanya mereka yang masih tinggal dalam dewan ini sahaja yang akan berjaya dan calon seperti Haruka akan tetap terkeluar juga akhirnya.

Hyuga memanggilnya " Miss university of Tokyo".
Haruka menjawap " That is not my name"
Haruka menyebut " Chihiro Sawaki". Dia adalah Chihiro Sawaki......Hyuga tergamam.

Hyuga merapatkan dirinya kepada haruka sambil berkata " Saya akan ingat nama kamu walaupun saya mungkin akan melupakan wajah kamu". Dia kemudiannya berjalan keluar dari dewan.

Perbincangan antara Asahina, Hyuga dan akauntannya berkenaan dengan projek teknologi Next Innovation 'the census' yang mengfokus kepada organisasi kerajaan. Masalah Hyuga adalah dia tidak digemari oleh Masako Fujikawa yang digelarnya sebagai 'homework lady'. Masako adalah Vice director at ministry. Tiba-tiba dia teringat kepada seseorang yang baginya menyerupai Masako dan dia pasti wanita itu akan diterima oleh Masako.....dia berjalan dan mengambil resume Haruka dan berkata bahawa dia ingin mengupah Haruka untuk tugasan ini.

Haruka menerima panggilan dari Next Innovation dan berjalan ke arah pejabat Next Innovation dengan perasaan gemuruh dan rendah diri terutama apabila dia melihat pakaian pekerja Next Innovation yang bergaya. Sesampai di ruang pejabat Next Innovation, Hyuga yang sedang menunggunya di tingkat atas terus menjerit namanya " Chihiro Sawaki". Semua pekerja terkejut sebab Hyuga menyebut nama pekerja baru tersebut. Hyuga tidak pernah menyebut dan memanggil para pekerja disitu dengan nama mereka.

Haruka dibawa masuk ke bilik pejabatnya dan dia bertanya kepada Haruka berapa gaji yang dia inginkan jika Hyuga ingin mengunakannya selama 48 hours. Dia menunjukkan fail tebal yang mengandungi semua maklumat berkenaan dengan profile Masako, jurnal dan biodata kakitangan kerajaan serta maklumat penting yang lain. Dia minta Haruka membaca dan menghafal maklumat-maklumat tersebut sebab Haruka begitu bagus dalam bab-bab menghafal dan daya ingatan Haruka yang mengkagumkan.



Ini adalah homework untuk Haruka sambil berkata "You and Her are very similar".

Haruka balik dan mula membaca fail tebal yang diberikan. Keesokkan harinya dia ke pejabat dan Hyuga akan membawanya ke majlis yang akan dihadiri oleh Masako tetapi apabila dia memandang pakaian Haruka dia mengelengkan kepada. Haruka adalah gadis yang smart dan sangat bijak tetapi haruka kurang keyakinan diri, clumsy dan tidak pandai bergaya.

Hyuga membawa Haruka ke butik pakaian yang mahal dan meminta haruka memcuba beberapa pakaian. Satu adegan yang sama seperi Pretty Women.



Dari butik pakaian, mereka ke butik kasut dan kemudian ke butik makeup. Asahina datang berjumpa Hyuga sambil menyerahkan kunci kereta kepada Hyuga. Asahina terkejut melihat tranformasi yang berlaku kepada Haruka. Haruka telah diubah menjadi seperti 'princess' oleh Hyuga.



Walaupun ia kelihatan sangat cantik tetapi Sawaki masih kekok. Ketika sampai ke majlis....Sawaki yang masih didalam kereta Hyuka tercari-cari tempat untuk menyimpan kasutnya.....Asahina meminta Hasuka meletakkan dibawah tempat duduk penumpang dihadapan.

Ketika sampai di majlis, Chihiro sawaki (Haruka) diperkenalkan kepada Masako dan seperti perancangan Hyuga.....Sawaki berjaya dengan homeworknya apabila dia berjaya menarik perhatian Masako dengan mengulas perkembangan terkini kementerian Masako. maklumat-maklumat dalam fail tersebut dikeluarkan dengan teratur sehingga semua tetamu begitu kagum dengan pengetahuan Sawaki tentang isu-isu terkini jabatan kerajaan.

Hyuga begitu bangga memperkenalkan Sawaki sebagai staffnya sambil menepuk-nepuk belakang sawaki sambil diperhatikan oleh Asahina yang duduk dimeja belakang. Tiba-tiba Masako berkata dia ingin memperkenalkan pengarahnya. Hyuga memandang lelaki yang disebut sebagai pengarah tersebut sambil wajahnya kelihatan panik dan serba salah. Asahina yang memahami keadaan Hyuga yang tidak mengingati nama lelaki tersebut walaupun mereka telah bertemu minggu lepas, telah bangun dari kerusinya dan berjalan ke arah Hyuga tetapi Sawaki yang mengesan perubahan wajah Hyuga telah berbisik perlahan ke telinga Hyuga dan memberitahu nama lelaki itu serta jawatannya dan memaklumkan Hyuga bahawa dia telah bertemu dengan lelaki itu pada minggu lepas.




Persoalannya bagaimana Haruka atau sawaki mengetahui kelemahan Hyuga. Hanya orang terdekat hyuga sahaja yang mengetahui tentang penyakit Hyuga. Haruka tersenyum sementara Asahina kembali ketempat duduknya sambil berkata ' that girl is so unexpected. he can use her".

Kegembiraan Haruka @ Sawaki tidak berpanjangan sebab sifat clumsynya telah menyebabkan dia menyinggung perasaan masako dengan mengungkit kegagalan projek pension yang dikendalikan oleh Masako. Sawaki memusnahkan peluang kontrak yang hampir diserahkan ke tangan Next Innovation. Yahhhhh Hyuka mengamuk dan memarahi Sawaki dengan teruk sehingga ditenteramkan oleh Asahina yang menyatakan Hyuka telah keterlaluan.

Hyuga keluar dari bangunan itu dengan marah sambil memandu kereta sport warna putihnya. Ketika memandu dia teringatkan Sawaki...dan kemudian memandang sepasang kasut hitam Haruka yang ditinggalkan di bawah tempat duduk penumpang disebelahnya. Dia membelok keretanya dan kembali semula ke bangunan tersebut. Dia berhentika kereta ditepi bangunan dan dia melihat Asahina dan Sawaki (Haruka) sedang berjalan ke kereta sambil berbual mesra. Asahina cuba melegakan hati Haruka.


Hyuga memadang mereka berdua dengan perasaan kecewa dan terus meninggalkan bangunan tersebut apabila Sawaki menaiki kereta Asahina. Didalam kereta Asahina berkata bahawa Sawaki patut dibelanja makan atas tugas cemerlangnya pada hari ini. Asahina berkata kepada Sawaki....sebelum kita pergi makan saya ingin bertanya kepada anda sesuatu.

"Who are you?"
"You're not Chihiro Sawaki?"
"It's a pseudonym. You real name is........"

Haruka memintas percakapan Asahina dan berkata dengan perlahan " Who cares about my name. He doesn't remember anything anyway"

" You changed its to get closer to Hyuga"
"Who's Sawaki Chihiro?"
" Why would that name stick to his memory"
"How do you know that name?"

Yessss Mr Cool Asahina. I like this guy. He's very smart and cool. Saya begitu teruja hendak mengetahui berkenaan Haruka.....dia gadis clumsy, tidak berkeyakinan diri tetapi bagaimana dia mengetahui rahsia Hyuga?. Bila dia memperkenalkan diri sebagai Chihiro Sawaki....saya dah hahhhhhhhh.

So apa jawapan Haruka....kena tunggu minggu nie. Drama jepun nie ditayangkan satu episode bagi setiap minggu. Drama nie disiarkan pada setiap malam isnin di Jepun so untuk didownload dan di subtitlekan akan ambik masa. Hope hari selasa boleh tonton episode ke 2 sebab drama nie sangat hot. Semua orang menunggu drama ini.

Untuk menonton episode ini sila ke sini.

http://www.dramacrazy.net/japanese-drama/rich-man-poor-woman-episode-1/

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...