Beautiful Rain, drama jepun yang sedang di siarkan di TV Jepun sekarang. Jika anda pengemar drama-drama yang berkisar tentang keluarga.....ini adalah satu drama yang bagus untuk ditonton. Saya suka tonton dan yang paling menarik minat saya adalah lakonan kanak kanak ini.....itu yang menyebabkan saya ikuti drama ini walaupun ia belum sampai tahap addict.
Pelakon kanak-kanak ini adalah seorang pelakon cilik yang sedang meningkat naik sekarang dan beliau menerima bayaran paling tinggi. Lagu dalam drama 'beautiful rain' dinyanyikan oleh Ashida.
Cuba anda tonton drama ini....anda akan percaya cakap saya bahawa kanak-kanak ini sangat bagus. Keletah dan lakonan dia cukup menghiburkan.
Drama ini berkisar berkenaan dengan seorang bapa tunggal yang kematian isteri ketika melahirkan anak, telah membesarkan anak tersebut seorang diri. Dia yang berkerja sebagai craftsman di kilang besi yang mana tuan kilang adalah juga merupakan tuan rumah dimana dia tinggal bersama dengan anaknya. Dia seorang bapa yang sangat bertanggungjawap dan menyayangi anaknya Kinoshita Miu. Dia akan memasak, membersih rumah dan membasuh pakaian.....dia melakukan semua kerja rumah sendirian. Dia akan pastikan bekalan makanan untuk anaknya bawa kesekolah.
Episode pertama hanya memperkenalkan kita dengan persekitaran kehidupan kedua anak beranak ini dan hubungan rapat mereka. Konflik mula berlaku dalam episode ini apabila si bapa Keisuke telah disahkan mengidap early-onset Alzheimer selepas dia mendapat rawatan akibat cedera dikepala. Doktor mengesahkan penyakit beliau dan konflik dalam dirinya untuk menerima hakikat tersebut. Harijadi Miu pula semakin hampir. Minggu sebelum majlis harijadi Miu, anaknya itu meminta supaya dibelikan botol air berwarna merah untuk dibawa ke perkelahan. Keisuke berjanji akan membelikan dan pastikan anaknya akan membawa botol tersebut tetapi beliau terlupa. Miu merajuk dan mula buat perangai. Penonton akan tersentuh hati apabila melihat bagaimana Keisuke bergegas mengetuk pintu kedai dipagi hari hanya untuk dapatkan botol air tersebut.
Episode 2 menunjukkan keadaan ingatan Keisuke yang semakin merosot dengan ketara. Dia mula lupakan temujanji dan mesyuarat yang perlu dihadiri dan yang paling teruk dia lupa jalan balik ke rumah sendiri. Keisuke lupa untuk membeli hadiah harijadi Miu iaitu kasut skateboard. Dia bergegas kekedai yang terletak di kawasan tengah bandar iaitu agak jauh dari kediaman mereka.....dia belikan kasut beroda yang berwarna merah jambu bersaiz 19. Ketika hendak pulang dia terlupa jalan balik kerumah. Cara gambar diambil dan bagaimana riak wajah keisuke kita dapat menghayati ketakutan yang beliau alami iaitu bagaiman hendak cari jalan balik....beliau anbil masa lebih 1 jam hanya untuk cari jalan balik ke rumah yang tidak sampai 10 minit perjalanan.
Anaknya Miu dan jiran-jiran sedang menunggu dirumah.....Miu mula merajuk dan apabila melihat bapanya sampai kerumah. Bagaimana Miu buat perangai dan bagaimana keisuke cuba pujuk Miu betul-betul menyentuh perasaan. Saya suka betul tengok budak nie berlakon. Bila Miu tenang sedikit....dia ambil hadiah tersebut tetapi bila tengok kasut tersebut bersaiz 19 sekali lagi dia mengamuk. Dia kata ayahnya sudah tidak sayangkan dia lagi sebab sudah ada kekasih baru.
Perkataan ini dikeluarkan apabila kawan baiknya....budak lelaki gambar atas tu memberitahu versi ceritanya apabila orang dewasa sering termenung dan mengeluh. Budak lelaki itu berkata bahwa ibunya sering mengeluh sendirian bila dia mempunyai teman lelaki. So Miu menyangka ayahnya juga mempunyai teman wanita sebab itu ayahnya selalu termenung, mengeluh dan asyik terlupa.
Episode ke 3 pula memaparkan bagaimana keadaan Keisuke semakin bertambah teruk. Dia berjanji dengan anaknya Miu bahawa mereka harus berterus terang antara satu sama lain tetapi dalam situasi penyakitnya ini dia menyembunyikan dari Miu dan daripada orang disekelilingnya walaupun semua orang mula tertanya-tanya mengapa beliau sering lupa dan sering melakukan kesilapan dalam kerja. Keisuke tersilap memberi arahan kepada pekerja dan mereka berkerja hingga ketengah malam untuk siapkan tempahan yang akhirnya Keisuke baru tersedar bahawa produk itu salah. Dia bekerja sendirian sehingga kepagi manakala Miu pula dikehendaki oleh gurunya menulis esei berkenaan 'apa yang paling berharga dalam hidupnya" untuk dibaca dihadapan kelas dan dihadapan semua ibu bapa.
Keisuke telah berjanji dengan Miu untuk pergi ke sekolah Miu dengan pakaian kemas tetapi oleh kerana hingga ke pagi baru kerja di kilang siap....dia terlewat sampai ke kelas Miu. Dia berlari ke sekolah tanpa memakai kasut dan dengan baju kotor dan kesan minyak hitam penuh dimukanya. Miu merasa marah sebab bapanya lambat dan merasa malu dengan keadaan bapanya yang berpakaian kotor dan tambah memalukan apabila bapanya berdengkur ketika majlis berlangsung. Ketika giliran Miu membaca eseinya.....Miu berkata dia tidak menyiapkannya. Diwaktu malam ketika Miu sedang tidur....bapanya masuk dan merenungi anaknya itu. Dia kemudian nampak kertas esei dalam beg sekolah Miu....dia ambil baca esei tersebut....Miu menulis perkara yang paling berharga dalam hidup Miu adalah bapanya. Bagaimana bapanya menjaganya seleps kematian ibunya dan dia tidak mahu kehilangan bapanya. Keisuke menangis teresak-esak membaca esei tersebut. Saya juga menangis bila melihat adegan ini. Keisuke imbas kembali kata-kata doktor bahwa akan sampai satu tahap dia akan lupa dan tidak mengenali ahli keluarga sendiri. Bagaimana dengan Miu jika hal ini berlaku?.
Drama ini memang menyentuh perasan dan menyedihkan. Anda merasa konflik dalam diri Keisuke dan dalam diri Miu yang masih binggung dengan perubahan diri bapanya.
Jika anda ingin menonton, sila ke sini
1. Gooddrama
No comments:
Post a Comment