Thursday, August 2, 2012

Rich Man Poor Women, Episode 3


Episode 3

Sawaki dalam perjalanan ke pejabat Next Innovation dengan berkemeja dan skirt yang lebih mengambarkan  dirinya sebagai office lady dengan ditangannya memegang dokumen yang dipenuhi dengan sticker pebagai warna. Dari kejauhan dia melihat motosikal Hyuga dan dibonceng oleh seseorang. Yoko turun dari motosikal dan mengucapkan terima kasih kepada Hyuga....hyuga hanya mengangguk dan kemudian berlalu pergi


Sawaki yang berdiri terpegun telah dilanggar oleh seorang lelaki dan semua dokumennya jatuh berterabur....dia tunduk mengutip. Yoko membantu dan ketika ini Yoko melihat riak wajah Sawaki yang terganggu sambil matanya masih memandang Hyuga. Yoko menerangkan bahawa Hyuga hanya memberinya tumpang dan kemudian berkata Sawaki adalah pesaingnya dalam cinta.


Hyuga telah diinterview oleh wartawan dalam bilik meeting. Wartawan lebih berminat untuk mengetahui kisah peribadinya daripada produk baru syarikat. Hyuga mula bengang dan bersikap sini dengan wartawan. Dia meminta mereta tidak memberikan gelaran 'Toru Hyuga in the top leaders' kepadanya. Sementara itu Sawaki sedang mengendap dan membongkok dipintu bagi menarik perhatian Asahina untuk memberitahu bahawa satu mesyuarat penting akan diadakan. Asahina meminta dia masuk. Tiba-tiba wartawan menanyakan tentang latarbelakang Hyuga...wajah Hyuga berubah menampaknya dia bertambah bosan...wartawan berkata bahwa Hyuga telah ditinggalkan pada umur 6 tahun dan bertanya samaada dia ingin menemui ibubapa kandungnya. Hyunga menjawap bahawa dia tidak peduli sebab difikirannya ibubapanya hanyalah penyumbang DNA sahaja. Dia terus berlalu keluar dan Sawaki yang berdiri disitu agak terpana mendengar jawapan Hyuga.

Sawaki memasuki pejabat Hyuga untuk menyerahkan dokumen. Hyuga yang sedang leka membuat programming tidak memperdulikannya...sawaki berlalu pergi tetapi tiba-tiba Hyuga panggil dan meletakkan kotak atas meja. Sawaki membuka kotak dan ia mengandungi business kad....yang tertera nama palsunya iaitu Chihiro Sawaki.

Hyuga menerangkan bahawa semua pekerja membuat kad business mereka sendiri tetapi untuk Sawaki dia sendiri yang melukis avatar. Dia make fun dengan menayang kad nama ke muka Sawaki sambil berkata bahwaa dia tolong buat dengan niat untuk mengena Sawaki.

Business cards dibuat dengan cantik dengan warna pink dan avatar dilukis dalam pakaian job hunting yang membosankan sambil ditangannya memegang timbunan dokumen dengan kata-kata 'I want homework'. Avatar tersebut dilukis dengan comel dan bibir seksi bergincu merah....bagi seseorang yang tidak dapat mengingati wajah dan nama orang...dapat melukis avatar yang semirip ini menunjukkan bahawa dia memberi perhatian terhadap orang tersebut.


Sawaki gembira menerima kad tersebut tetapi wajahnya berubah apabila Hyuga menyebut nama palsunya "Chihiro Sawaki'. Dia keluar dari bilik itu dengaan perasaan bersalah.

Sawaki mengadu kepada kawannya berkaitan dengan rasa bersalahnya terhadap pengunaan nama palsu tersebut. Kawannya mahu mengetahui bagaimana semua ini berlaku dan bagaimana dia mengenali Hyuga. 
Sawaki membuka cerita ..... bahawa sebenarnya dia gagal dalam peperiksaan kemasukan university of Tokyo pada kali pertama. Dia telah mengadu kepada seorang pemilik restoran yang dia kenal rapat iaitu Mrs Okami bahawa dia telah mengecewakan ibubapanya. Bagaimana dia hendak beritahu mereka?. Okami memberi semangat untuk Sawaki berterus terang dengan keluarganya dengan berkata bahwa mereka tidak akan kecewa dgnnya.

Mrs Okami membuka cerita bahawa dia sebenarnya tidak layak menasihati Sawaki sebab dia telah mengabaikan anak sendiri dengan meninggalkannya ketika anaknya itu masih kecil. Dia berharap agar anaknya itu tidak mencarinya sebab dia tidak tahu bagaiman hendak menerangkan sebab mengapa dia buang anak itu. Dia meminta Sawaki berjanji jika seseorang mencarinya...sawaki haru berpura tidak mengenalinya.

Sawaki pulang kerumah dan berterus terang dengan ahli keluarganya. Ketika abang dan ayahnya sedang bertelagah sebab ayahnya memarahi Sawaki....kamera menunjukkan seorang lelaki yang berpakaian seperti seorang pelajar (nerd) iaitu Hyuga yang rupanya telah menyewa bilik di rumah mereka. Keluarga Sawaki menjalankan perniagaan rumah tumpangan.


Sawaki duduk di tebing shore dan Hyuga berjalan ke arahnya sambil mulutnya komplein berkenaan perniagaan keluarga Sawaki yang menjalankan rumah tumpangan dikawasan yang terpencil dibandar kecil yang tidak mempunyai apa-apa tarikan atau mata air panas. Sawaki perasaan bahawa mengenakan orang dan mempermainkan orang adalah sifat Hyuga. Sawaki bertanya jika begitu mengapa dia datang ke tempat ini. Dia dengan mood nak bercerita telah memberitahu bahwa dia datang mencari ibunya yang bernama Chihiro Sawaki dan tempat terpencil ini adalah kampung halaman ibunya.


Hyuga bertanya Sawaki jika dia pernah mendengar nama itu. Sawaki ketika itu terus teringat akan cerita Mrs Okami dan dia juga mengetahui nama sebenar Okami adalah Chihiro Sawaki seperti yang tertulis dalam sijil Chef yang tergantung di restorannya. Dia teringat akan janjinya kepada Mrs Okami dan membohongi Hyuga dengan mengatakan bahwa dia tidak mengenali sesiapa dengan nama itu.Hyuga terus melompat turun dan berlalu pergi.

Pada malam hari...Hyuga berada dimeja makan yang dipenuhi dengan puluhan jenis makanan yang  boleh dimakan oleh 10 orang hanya untuk Hyuga seorang dengan harapan bahawa dia akan datang kembali ke situ jika dilayan dengan baik.


Sawaki membawa minuman dan berkata bahawa Hyuga tidak perlu makan jika dia tidak mahu...Hyuga sekali lagi dengan sikap sinisnya telah memperendahkan keluarga Sawaki sebagai 'so impractical'. Mereka memasak hidangan jamuan untuknya dan meraikan kegagalan anak sendiri memasuki universiti. Sawaki memarahinya sambil berkata jangan menghina fikiran orang biasa seperti ibubapanya. Hyuga berkata dia tidak menghina.....dia rasa itu adalah layanan istimewa dan makanan juga sangat lazat. Sawaki memandang wajahnya dengan bingung....hina tetapi dengan niat memuji...manusia pelik. Hyuga berkata dia tidak mempunyai keluarga dan dia kagum bagaimana keluarga Sawaki mahukan yang terbaik untuknya. Dia datang ke tempat terpencil ini untuk cari ibunya dan dia akan tetap mencarinya. 


Ibu Sawaki tawarkan untuk menyediakan makanan lagi....Hyuga senyum sambil berkata bahwa dia berharap agar ibunya juga seperti itu. Sekali riak wajah Sawaki berubah apabila mendengar kata-kata Hyuga ini.


Keesokkan paginya...Sawaki berlari pergi ke restoran Mrs Okami dan merayu kepadanya supaya berjumpa dengan anaknya. Sawaki berkata walaupun dia adalah lelaki pelik tetapi berbaloi bagi Mrs Okami berjumpa dengannya. Mrs Okami menolak untuk menemui Hyuga. Sawaki kemuddian berlari pulang ke rumahnya dan dapati bahwa Hyuga telah pulang....dia berlari ke tepi laut untuk mencarinya.


Sawaki berkata ssehingga kini dia merasa terkilan sebab merasakan bahawa ssebab dirinya Hyuga tidak menemui ibunya pada hari itu.

Ditempat kerja pada keesokkan haarinya....Saawaki terkejut bila melihat suasana pejabat berubah dengan para pekerja begitu tekun dan datang sangat awal. Rupanya hari itu adalah hari "Death Mail" yang berlaku setiap 3 bulan bagi programmer untuk memyambung perkhidmatan mereka. Semua orang kelihatan dalam keadaan gusar.



Detik pengiraan bermula....pekerja yang terima death mail akan terpaku didepan komputer dan pekerja yang masih belum terima mula bertindak kelam kabut. Sakaguchi Tetsuyu, pekerja yang berlagak dan angkuh yang merasakan dia akan selamat telah menyuruh Sawaki membawa kopi kepadanya dan meminta semua pekerja relax. Apabila pekerja-pekerja lain cuba menunjukkan product mereka kepada Sawaki sebab beliau dikatakan rapat dengan Hyuga....Sakaguchi memerli menyatakan bahwa dia hanyalah pencari kerja.

Hyuga muncul dengan indoor scooter peliknya dan dia ketawa melihat bagaimana hari ini akan menjadi menarik. Seorang programmer berlari ke arahnya dan cuba menunjukkan hasil kerja dia tetapi terpana apabila beliau terima 'death mail' dari Hyuga.

Hyuga akan menghantar email pemecatan kepada programer yang tidak produktif...dan Asahina pula akan bertindak sebagai good guy. Tanaka cuba mendapatkan bantuan Asahina tetapi Asahina telah menasihati Tanaka bahawa peluangnya lebih cerah jika dia bekerja di tempat lain dan menyerahkan kad perniagaannya sambil menawarkan bantuan nasihat career dimasa hadapan dan Tanaka boleh menghubunginya pada bila-bila masa.


Hyuga komplain yang Asahina tentu suka berperanan sebagai Good Guy. Asahina menjawap bahawa dia cuma memanupulasi perasaan kecewa pekerja yang di pecat dengan memberi sedikit rangsangan dan harapan daripada menghabiskan wang untuk membaiki kerosakan yang akan mereka buat apabila keluar dari pintu. Inilah diri sebenar Asahina....dia begitu pandai memanipulasi orang dan mempamirkan imej baik walaupun sebenarnya dia tidak ingin membantu langsung.

Sakaguchi yang merasakan dirinya selamat sebab beliau telah menghasilkan game yang memberikaan keuntungan tertinggi kepada syarikat terkaku didepan komputer apabila dia menerima 'death mail'. Dia meluru masuk ke bilik Hyuga dan meminta penjelasan berkaitan pemecatannya sedangkan dia menghasilkan game kedua terbaik bagi syarikat. Asahina menerangkan bahwa Sakaguchi hanya cemerlang diawal kemasukkan kemudian dia lalai dan hanya buang masa selama setahun dan hanya buat perubahan serba sedikit dalam game beliau. Sakaguchi menerangkan bahwa keuntungan yang harus ditekankan dan game yang dihasilkan telah memberi keuntungan kepada syarikat...that's good enough. Hyuga senyum dan bangun memegang kad pekerja Sakaguchi bagi menunjukkan 'non-negotiable'.

Sakaguchi terima pemecatan tersebut dan packing barangnya dan keluar. Semua orang terpegun dan bertambah takut. Sawaki memberikan minuman yang Sakaguchi minta....Sakaguchi terima kenyataan bahwa dia 'trick monkey' dan dia masih memuji Hyuga dengan menyatakan bahawa Hyuga berbeza "he's just that good'. Asahina menunggu Sakaguchi dipintu keluar dan cuba bertindak sebagai good guy. Sakaguchi bertindak kasar dengan menjatuhkan kotak dihadapan Asahina....Asahina tunduk kutip dan memasukkan semula dalam kotak. Sakaguchi mendedahkan walaupun dia dipecat...dia masih respect Hyuga sehingga sekarang. Dia rasa Hyuga amazing tetapi Asahina yang sebenarnya menjengkelkan dia. Asahina seperti dirinya...mahukan kemasyuran dan nasib baik tetapi Asahina langsung tidak berani mencuba kerana Asahina takut gagal. Sakaguchi menyatakan dia berbeza dengan Asahina...dia mencuba dan terima kegagalan. 


Dimatanya Hyuga sering memberi cabaran terhadap dirinya sendiri dan sentiasa berusaha untuk menjadi terbaik...manakala Asahina hanya menumpang tuah Hyuga dan mengambil manfaat. Sakaguchi panggil Asahina pengecut. Sekurang-kurang Sakaguchi ada sesuatu untuk menandingi Hyuga walaupun dia tahu dia takan menang tetapi Asahina langsung tiada keberanian untuk memasuki pertandingan. kata-kata kasar Sakaguchi membuatkan Asahina terpaku sebentar sebelum dia senyum dan masuk kepejabat.

Pada akhir hari....semua pekerja mengira minit-minit terakhir 'death mail' dengan masing-masing memandang skrin sambil semuanya kelegaan dan melompang riang apabila skrin menunjukkan minit terakhir. Hyuga yang menunggang scooter peliknya hanya ketawa melihat gelagat pekerja yang terselamat dari 'death mail'.

Sawaki melahirkan perasaan marahnya dengan kelakuan Hyuga yang menjadikan masa depan pekerja sebagai permainan. Hyuga kata kelakuannya mengingatkan dia kepada seseorang dari kelas sekolahnya yang sentiasa serious dan sincere dan masih mempermainkan kata-kata Sawaki.


Asahina berjalan keluar dengan Sawaki dan sawaki masih membincangkan bahawa sistem pemecatan itu kejam. Asahina menerangkan inilah kaedah syarikat untuk memberitahu para pekerja supaya sentiasa cemerlang dalam kerjaya mereka dan syarikat hanya membayar pekerja yang cemerlang sahaja. Sawaki terima penerangan ini sambil berkata bahawa tidak semua orang dilahirkan mempunyai bakat dan kebijaksanaan seperti Hyuga. Dia memuji Asahina dengan menyatakan bahawa Asahina adalah orang yang lebih bertimbangrasa....Asahina terpegun sebentar dan kemudian mengajar Sawaki untuk pergi minum.

Hyuga sedang meneliti meja disebuah kedai perabut....meja yang dia idamkan dan cari selama 2 tahun yang lepas...bila dia puas hati dengan kualiti dan ciri-ciri yang diingini...turn out meja tersebut telah dijual.
Dan yang membeli meja tersebut adalah Yoko...yang kebetulan memasuki kedai tersebut. Hyuga cuba memujuk Yoko menjual kembali meja tersebut kepadanya tetapi Yoko menolak.
Asahina dan sawaki minum di bar. Asahina mendedahkan bahawa dia telah mengupah penyiasat persendirian untuk mencari siapa Chihiro Sawaki dan maklumat yang diterima menyetakan Chihiro Sawaki adalah ibu Hyuga. Dia ingat Hyuga tidak peduli langsung berkaitan ibubapa kandungnya ternyata dia silap....Asahina suka Hyuga sebagai manusia yang 'merciles and cool' tetapi Sawaki berkata Hyuga yang mencari ibunya adalah Hyuga sebenar. Asahina letak minumannya dan berkata Sawaki merasa begitu sebab dia suka sisi tersebut dalam diri Hyuga. Asahina bertanya bila Sawaki akan berterus terang dengan Hyuga tentang siapa dirinya yang sebenar. Sawaki mengaku apa yang dia lakukan adalah salah dan dia tahu ia tidak boleh berterusan.

Tiba-tiba Hyuga dan Yoko muncul dibar tersebut. Mereka duduk bersama dan Yoko masih excited bercerita bagaimana citarasa dia dan Hyuga adalah sama dalam memilih meja.

Ketika Yoko menuturkan perkataan tersebut, dia memandang wajah Sawaki dan dia perasaan yang sawaki 'zoned out' apabila mendengar kata-katanya.

Sawaki pergi ke tandas dimana Yoko juga turut berada disitu dan mereka berdua membincangkan hal Hyuga. Sawaki nampak kekok dan wajahnya menampakkan semua emosi ketika itu...ini menyebabkan Yoko terus mengistiharkan bahawa dia suka Hyuga dan Hyuga adalah lelaki idamannya. Dia percaya kepada takdir dan setiap kali ada kebetulan pertemuan antara Hyuga dengan dirinya maka dia semakin yakin bahawa Hyuga adalah untuk dirinya sambil terus keluar dari tandas. Sawaki merunggut berkata bahawa dia menemui Hyuga dahulu.

Ketika keluar Sawaki cuba mencari peluang untuk berbincang dengan Hyuga dengan menyatakan bahawa dia ada sesuatu yang penting yang ingin diberitahu tetapi Hyuga tidak berminat mendengar sebaliknya meminta supaya dia dapatkan meja yang diminatinya itu dari Yoko barulah dia dengar apa yang sawaki ingin perkatakan.

Sakaguchi menemui Sawaki di universitinya....dia gagal mendapatkan pekerjaan yang disangkakan sebagai terlalu mudah. watak Sakaguchi yang angkuh berubah dan dia datang meminta pertolongan Sawaki menyerahkan tumbdrive yang mengandungi game terbaru yang dicipta olehnya. Sawaki bertanya mengapa meminta pertolongan darinya....Sakaguchi berkata sawaki adalah wanita Hyuga...kata-kata Sakaguchi menyebabkan dulang yang dipegang Sawaki terjatuh dan dia mula berperangai kelam kabut sambil menafikannya. Sakaguchi berkata sawaki tidak sedar akan potensi diri sendiri dan sawaki kurang berkeyakinan diri....itu kelemahannya.

Sawaki menyerahkan tumpdirive tersebut dan Hyuga melihat game terbaru itu dan berkata ia menarik. Sawaki bertanya adakah Sakaguchi akan diterima berkerja semua...Hyuga berkata tidak. Hyuga meminta Sawaki keluar apabila Asahina masuk...Sawaki teragak-agak hendak keluar dan kemudian berhenti dan berkata sekurang-kurangnya Hyuga beritahu sendiri kepada sakaguchi bahawa dia bagus sebab kata-kata dari idoal adalah lebih bermakna bagi Sakaguchi. Asahina bertanya samaada Hyuga akan mengambil semua Sakaguchi bekerja sebab game terbaru ciptaannya itu bagus tetapi Hyuga berkata dia tidak akan mengulangi circle yang sama.

Hyuga panggil Sakaguchi kepejabatnya dan berkata bahawa game ciptaannya itu bagus dan mengalakkan supaya sakaguchi menubuhkan syarikat sendiri. Sawaki memandang mereka berdua dari bawah dan apabila Hyuga turun ke bawah...Sakaguchi mengikut dari belakang sambil mengucapkan terima kasih. Dia tunduk hormat dan mengulangan ucapannya terima kasihnya...Hyuga berkata dia akan melabur dalam syarikat sakaguchi dan ini mengembirakan Sakaguchi. Ketika hendak keluar Hyuga memanggil nama Sakaguchi dan ini mengembirakan lelaki itu dan Hyuga berkata Sakaguchi akan berjaya sebab ideanya menarik. Perubahan personaliti Hyuga telah mengembiraan Sakaguchi dan mengharukan Sawaki.

Asahina bertanya mengapa dia melabur atas Sakaguchi....Hyuga menerangkan dia seronok mengena Sakaguchi. Jika mereka upah Sakaguchi semula, dia akan kembali ke perangai asal...hanya duduk sahaja tanpa buat apa-apa...sekarang Sakaguchi bermotivasi sebab masa depan ditangannya sendiri dan dengan cara itu dia akan berjaya. Dia mahu sakaguchi buktikan kemampuan diri sendiri. Yamagami risau Sakaguchi akan menjadi pesaing mereka kelak tetapi Asahina berkata Hyuga tidak takut kepada persaingan.

Tanaka menuntut janji Asahina tetapi Asahina mula mencipta pelbagai alasan untuk mengelak. Tanak mengikut Hyuga yang sebenarnya tidak mahu berjumpa dengannya. Tanaka seorang yang optimistik dan dia masih menganggap Asahina membantunya apabila dia bertemu Hyuga.

 

Hyuga terpandang Sawaki yang sedang menunggu seseorang disebuah restoran mewah sebelum dia dipanggil oleh Tanaka.
Hyuga selesai urusannya dengan Tanaka sambil mengomel 'what a bastard Asahina is" dan memandang ke arah restoran...Sawaki masih menunggu. Dia masuk kedalam restoran dan menegur Sawaki dengan berkata adakah gadis itu menukar status pencari kerja kepada pencari suami...Sawaki menerangkan dia sedang menunggu professor universitinya tetapi kelihatan orang itu telah terlupa. Hyuga duduk dihadapan Sawaki sambil berkata sinis bahawa sawaki kini sedang panik memikirkan bagaimana nak buat jika orang yang ditunggu tidak muncul dan dia perlu pesan makanan yang kelihatan semuanya mahal. Hyuga bertanya apa hal penting yang ingin dicakapkan tempohhari tetapi Sawaki berkata dia ingin makan dahulu. Sawaki lihat menu dan terperanjat melihat harga makanan...disebalik buku menu dia mengintai  wajah Hyuga sambil berkata hari ini dia perlu berterus terang.

Sementara itu dipejabat Asahina seorang diri berdiri dihadapan Next Innovation goal board dan menyedari tulisannya disitu yang menyatakan dia akan mengatasi Hyuga dalam tempoh 5 tahun. Dia teringat kata-kata Sakaguchi yang memanggilnya pengecut yang takut gagal dan kata-kata sawaki yang mengambarkan dia sebagai seorang yang baik hati.

Untuk menghilangkan gementar, Sawaki memesan minuman keras bagi membolehkan dia mendapat keberanian untuk berterus terang. Apabila dia mula mabuk....Sawaki ketawa apabila Hyuga menjadi baik terhadap Sakaguchi...itu menunjukkan bahawa dia masih mempunyai hati yang baik. Bila Hyuga berkata dia bukan menolong Sakaguchi tetapi dia menolak Sakaguchi ke jalan yang sukar supaya lelaki itu menderita. Sawaki ketawa kuat dan berkata itu membuatkan Hyuga menjadi S & M. Dia mula ketawa kuat sehingga semua orang memerhati mereka.


Sawaki berkata Hyuga mengetahui bahawa sakaguchi perlukan cabaran sebab itu dia tolak lelaki itu kejalan tersebut. Hyuga berkata dia hanya ingin mencuba sesuatu yang baru iaitu memberi galakan kepada orang lain. Sawaki mempermainkan maksud nama Toru Hyuga dan menyebabkan Hyuga ketawa. Mereka ketawa dan gembira berbual.
Sawaki masuk ke tandas dan memarahi dirinya sebab mengapa masih belum berani hendak berterus terang sebaliknya buat stupid jokes pula dengan Hyuga. Ketika keluar dari tandas dia lagi terpana apabila melihat Hyuga senyum memandangnya.....Ohhh bagaimana dia hendak beritahu.

Mereka keluar dari restoran dan dalam keadaan mabuk...sawaki cuba menarik Hyuga untuk minum lagi dan kali ini dia pula yang akan belanja. Mereka turun anak tangga dan Sawaki masih berterusan menyatakan bahawa Hyuga adalah seorang yang baik dan Hyuga menafikan bahawa menjadi baik kepada orang dan bersosial adalah meletihkan...sebolehnya dia memilih untuk bersendirian sepanjang hidupnya. Sawaki hampir terjatuh dan Hyuga menarik lengannya...mereka terkedu sebentar dan Hyuga melarikan matanya kearah lain...Sawaki ketawa dan berkata bahawa Hyuga tipu sebab dia telah datang ke tempatnya untuk mencari ibunya.
Ohhhhh....rahsia terbongkar....Hyuga renung tajam kearah sawaki dan bertanya bagaimana dia tahu nama ibunya. Wajahnya berubah dengan riak yang begitu terkejut. Sawaki tunduk meminta maaf. Dia mengaku telah mengunakan nama tersebut untuk menarik perhatian Hyuga. Sawaki angkat muka memandang wajah Hyuga...dia nampak mata Hyuga yang begitu terluka.

Hyuga gengam lengan Sawaki dengan kuat beberapa ketika sebelum menolak sawaki dengan kuat sehingga gadis itu terpelanting jauh.

Sawaki tunduk meminta maaf sekali lagi. Dengan wajah yang penuh kekecewaan dan terluka....dia berkata dia tidak ingin pandang muka gadis itu buat selama-lamanya.


Bersambung.....


Ok dalam drama jepun kita tidak perlu tunggu lama untuk mengetahui jawapan bagi setiap persoalan yang timbul. Segala-galanya didedahkan satu persatu.

Persoalan bagaimana gadis itu mengetahui nama Chihiro Sawaki sudah terjawap. Asahina mula menampakkan sisi gelapnya dan imej lelaki budiman yang ditunjukkan adalah untuk tujuan manipulasi orang sahaja. Asahina bergelut dengan konflik dirinya sendiri yang masih berselindung disebalik bayangan Hyuga dan setelah 8 tahun berlalu dia tetapi dia masih dibelakang Hyuga dan menjadi orang kedua untuk selama-lamanya. Kata-kata perangsang yang ditulis di Next Innovation Goal Board bahawa dia akan menandingi Hyuga dalam 5 tahun seperti mengejek dirinya. Kata-kata pedas dari mulut Sakaguchi seperti membangkitkan ego dirinya.

Sepertimana kata-kata Sakaguchi kepada sawaki bahawa gadis itu tidak menyedari akan kelebihan diri dan masih tidak yakin kepada diri sendiri...bersikap clumsy....kalut dan semua emosi boleh dibaca diwajahnya...hakikatnya Sawaki sahajalah pekerja yang berani menasihati Hyuga dan berani mengkritik beliau. Tanpa dia menyedari Hyuga sebenarnya agak terpengaruh dengan kata-kata Sawaki. Dia melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Inilah kuasa gadis itu yang tidak disedari olehnya.

Yoko pula adalah satu contoh wanita yang begitu berkeyakinan tinggi. Sifat yang bertentangan dengan Sawaki. Dia berterus terang mengaku dan tanpa berselindung dia istiharkan Hyuga adalah lelaki idamannya dan dia akan pikat lelaki itu. Dia tidak perlu menjadi bicth women untuk dapatkan lelaki ini....sebaliknya dia hanya guna keyakinan dirinya sahaja. Dia boleh baca riak wajah Sawaki dan gadis itu akan jadi kelam kabut apabila berhadapan dengannya. Yoko sangat bijak mencari peluang supaya dia boleh terus bertembung dengan Hyuga....membeli meja yang menjadi idaman Hyuga dan kemudian pelawa Hyuga untuk makan direstorannya jika ingin melihat meja yang diminatinya itu. Gadis yang bijak. Kita sebagai penonton tidak akan benci dengan watak dia sebab inilah contoh wanita yang berani dan berkeyakinan tinggi.

Ending episode ini memang mengejutkan dan menyedihkan. Kita tidak harapkan bahwa mereka berdua yang menghabiskan waktu petang dengan ceria akan berakhir dengan kebencian. Hyuga apabila bersama sawaki...dia akan mengusik dan mengena gadis itu...dia akan ketawa dan berbual tanpa sekatan. Tindakan Sawaki mengunakan identiti palsu iaitu nama ibunya bagi mendapat perhatian dirinya benar-benar melukakan dirinya sebab dia yang selalu mempergunakan orang lain dan dia tidak harapkan orang mempergunakan dirinya. Dia tidak kecewa ditipu oleh sawaki sebab dia juga menipu apabila meminta gadis itu menyamar tetapi dia kecewa bila di permainkan. Riak wajahnya yang terluka jelas kelihatan diakhir drama. Ketika ini Hyuga masih tidak menampakkan bahawa dia tertarik kepada Sawaki atau mana-mana wanita.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...