Friday, August 3, 2012

Kaneko Misuzu Story-everyone is different and everybody is wonderful



A Bird, A Bell and I

No matterr how wide i spread my arms
I can't fly into the sky at all
But that little bird who can fly up in the sky
He can't run on the ground as fast as me

No matterr how much i shake my self
I will not make a beautiful sound
But that beautiful sounding bell
It doesn't know as many songs as i do

A bell, a bird and I
Everyone is different and everyone is wonderful


Drama Kaneko Misuzu Story mengisahkan kisah hidup penulis puisi untuk kanak-kanak iaitu Kaneka Teru atau nama pena Kaneko Misuzu. Kaneko misuzu (Teru) dilahirkan pada 11 April 1903 di daerah Yamaguchi. Kampung halamannya adalah di Senzaki iaitu sebuah perkampungan nelayan yang mengadap laut Jepun.


Dalam tahun 1920, Teru yang berusia 17 tahun pulang kerumah dengan keriangan dimana nenek nya sedang tunggu. Hari ini adalah hari tamatnya pengajian Teru di sekolah tinggi. Sesampai dirumah dia mendengar gesekan biola.


Gesekan biola itu dimainkan oleh Masasuke yang merupakan sepupunya. Masasuke sering datang berkunjung ke kampung halamannya kerana Masasuke mencintainya. Dia sentiasa mencari peluang untuk mendampingi Teru tetapi sejak akhir-akhir ini Teru sering mengelakkan diri.

Teru amat meminati bidang penulisan puisi dan Masasuke juga amat meminati bidang seni dan bercita-cita untuk menjadi seorang pemuzik tetapi bapanya Matsuzo memaksa beliau belajar perniagaan bagi mengambilalih perniagaan beliau. Teru mempunyai sahabat baik yang bernama Hohoyo yang sentiasa menyokong cita-citanya dan hanya beliau tempat Teru mengadu dan rahsia Teru juga diketahui oleh Hohoyo. Dia sering membacakan sajak dan puisi ciptaannya kepada Hohoyo malah beliau menghadiahkan buku catatan puisi dan sajak kepada Hohoyo.


Selepas abang angkatnya berkahwin, Teru tidak disukai oleh kakak iparnya dan Masasuke mengetahui kesukaran Teru...beliau merayu kepada bapanya supaya Teru dibenarkan tinggal bersama mereka di Shimonoseki. Sebenarnya ibu Teru iaitu Michi telah menyerahkan anak lelakinya kepada kakak dan abang iparnya Matsuzo. Matsuzo telah menjaga anak itu sebagai anak kandung sendiri dan menjadi anak itu sebagai pewaris empayar perniagaannya. Atas alasan itu identiti asal Masasuke haruslah dirahsiakan dan tidak ada sesiapapun dibenarkan menceritakan hal sebenar kepada Masasuke. Semua orang begitu takut kepada Matsuzo. Selepas kematian kakaknya, Michi mengahwini abang iparnya Matsuzo supaya dia dapat menjaga sendiri anak kandungnya walaupun anak itu menganggapnya sebagai ibu tiri. Michi tinggalkan Teru di bawah jagaan ibu mertuanya di Senzaki.

Menyangkakan bahawa mereka adalah sepupu.....Masasuke sangat mencintai Teru. Beliau memujuk bapanya supaya membenarkan Teru bekerja di kedai buku mereka di Shimonoseki. Bapanya mengetahui bahawa anaknya mencintai Teru dan dia cuba untuk memisahkan mereka. Walaupun Michi adalah ibu kandung Teru dan Matsuzo adalah bapa saudara/bapa tirinya tetapi Matsuzo mengarahkan Teru memanggilnya Tuan dan Masasuke sebagai Tuan muda dan Teru hanyalah pekerja disitu. Bagi memisahkan Teru dan Masasuke...Matsuzo menghantar Masasuke ke Tokyo sebaik sahaja Teru sampai di Shimonoseki.

Teru bekerja di kedai buku...Teru berpeluang untuk menulis puisi dan menghantar puisi-puisi tersebut ke beberapa syarikat penerbitan. Dalam tahun 1924, puisinya disiarkan di beberapa majalah.

Teru menerima berita kematian sahabat baiknya Hohoyo dan akibat terkejut beliau telah jatuh sakit. Masasuke telah menjaganya dengan baik dan hubungan mereka sangat rapat sehingga merisaukan bapanya Matsuzo.

Matsuzo telah merancang perkahwinan Teru dengan salah seorang pekerja kedai bukunya yang bernama Kirihara. Kirihara bukanlah seorang lelaki yang baik dan ibu serta Teru sendiri mengetahui hal ini tetapi tiada sesiapa yang berani menentang arahan Matsuzo. Matsuzo hanya ingin memisahkan Masasuke dengan Teru dan dia tidak peduli samaada lelaki yang dikahwini oleh Teru itu baik atau tidak.

 

Masasuke berang dengan tindakan bapanya dan mereka bergaduh besar apabila Masasuke berkata bahawa dia akan bawa Teru lari dan mereka akan berkahwin. Masasuke memujuk Teru mengikutnya larikan diri dan mengahwininya. Dia tidak mahu Teru mengikut perintah bapanya. Apabila Teru tidak bersetuju....Masasuke menjerit memberitahu dia mencintai Teru dan kenapa dia tidak boleh mencintai Teru. Ketika ini barulah Teru buka rahsia...mereka adalah adik beradik kandung...Michi bukan ibu tiri Masasuke tetapi ibu kandungnya dan Matsuzo adalah bapa angkatnya.

Nenek Teru memujuk Teru supaya menolak perkahwinan tersebut dan dia sanggup menyampaikan tolakan tersebut kepada Matsuzo tetapi Teru berkata bahawa dalam dirinya ada 'monster'. Dia perlukan seseorang untuk menyelamatkan dia. Dia sebenarnya mencintai adik kandungnya Masasuke dan dia sanggup berkahwin dengan Kirihara jika itu membolehkan dia melupakan Masasuke.

Selepas Teru berkahwin...Masasuke melarikan diri ke Tokyo dan tidak pulang-pulang. Sikap dan tembelang Kirihara terbongkar selepas perkahwinan mereka sehingga Matsuko terpaksa memecat Kirihara dan meminta supaya Teru bercerai tetapi Teru berkata dia sedang mengandung dan demi anaknya yang bakal lahir...dia perlu terus menjadi isteri Kirihara. Teru dibawa oleh Kirihara tinggal dikawasan terpencil dan miskin.

Teru melahirkan anak perempuan bernama Fusae....hidup Teru sangat sukar dan kemiskinan. Dia masih terus menulis puisi dan berhubung dengan sahabat-sahabat penanya. Kirihara pula menghabiskan banyak masa dengan pelacur dan telah menjangkitkan penyakit 'venereal disease' kepada Teru. Teru yang sakit kelihatan kurus dan sangat menderita tetapi dia tidak menceritakan hal tersebut kepada sesiapa termasuk sikap buruk suaminya.

Satu malam apabila suaminya balik dan menghinanya serta memukulnya serta menghalangnya daripada menulis puisi lagi. Menghalangnya daripada menulis puisi seperti cuba merampai satu-satunya kebahagian yang dia miliki....Teru memohon untuk bercerai. Dalam 1930, Teru diceraikan oleh suaminya dan beliau dibenarkan membawa anaknya Fusae.

Kirihara kemudiannya menukar fikiran dan meminta kembali anak tersebut. Mengikut undang-undang jepun ketika itu...wanita yang diceraikan tidak dibenarkan mengambil anak dan anak harus diserahkan kepada suami. Teru yang menderita sakit telah pergi melutut dihadapan rumah suaminya merayu supaya jangan pisahkan dia dengan anaknya. Suaminya menghalau dia dan menolak dia keluar dalam hujan.

Teru kembali kerumah....dia mandikan anaknya dan memeluknya. Sikapnya berlainan sekali malam itu. Dia begitu teruja melihat bulan dan begitu gembira memberitahu ibunya betapa cantik bulan pada malam itu.

Diawal pagi keesokkan harinya....matsuzo yang sedang bersiap untuk berjumpa Kirihara untuk memujuk beliau membenarkan Fusae dibela olehnya terkejut apabila Masasuke masuk kedalam rumah dengan tergesa-gesa. Masasuke menunjukkan 3 buah buku catatan yang mengandungi puisi-puisi Teru yang dikirimkan kepadanya. Ibu dan Masasuke berlari naik ke bilik Teru.....Teru telah mati...dia bunuh diri kerana itulah satu-satu jalan baginya supaya anaknya dijaga oleh ibunya dan bukan suaminya. Dia mati diusia 26 tahun.

 

Dia tinggalkan surat kepada ibu dan bapa tirinya meminta mereka supaya menjaga anaknya dan meninggalkan surat kepada Kirihara supaya membenarkan anaknya itu dijaga oleh ibunya.

 

Diakhir filem.....anaknya itu dijaga oleh Masasuke sebagaimana amanah Teru.

Filem ini memang menyedihkan. Simpati sungguh dengan nasib Teru....akibat kedegilan dan kenagkuhan bapa saudaranya yang menyimpan rahsia demi menjaga maruah dan perniagaannya telah menghancurkan jiwa Teru dan Masasuke apabila mereka mencintai satu sama lain kerana menyangkakan mereka adalah sepupu tanpa mengetahui bahawa mereka adalah adik beradik. Teru menerima Kirihara sebagai suami dengan harapan lelaki itu akan menyelamatkan dirinya daripada perasaan cinta terlarang tersebut tetapi kebahagian yang dia harapkan tidak muncul dan sebaliknya dia hanya menderita hidup miskin, jauh dari keluarga dan akhirnya menderita sakit akibat kejahatan suaminya.



Inilah wajah sebenar Kaneko Misuzu....520 sajak dan puisi yang ditulis dalam 3 buku catatan tulisan tangan telah diterbitkan oleh Jula Publishing Bureu dalam bentuk 6 volume anthologi dalam tahun 1982. Sejak itu puisi dan sajak Kaneko Misuzu terkenal.

Anda boleh menonton disini

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...