Tuesday, August 7, 2012

Rich Man Poor Women, Episode 4

Episode 4

Chihiro Sawaki dalam keadaan muram di lab universiti dan masih memikirkan peristiwa kemarahan Hyuga. Kawan baiknya menasihati supaya dia melakukan sesuatu untuk menebus kesalahannya daripada duduk mengeluh di situ. Kuga masuk dalam lab dengan tergesa-gesa sambil meminta Sawaki mengantikan kerja part time nya di station minyak. Kawannya menasihati Sawaki untuk mencari kerja kerana kerjayanya di next Innovation telah musnah dan Sawaki mengeluh bahawa dia kembali semua ke job hunting.


Sementara itu dipejabat Next Innovation, Hyuga berada di conference room bersama dengan beberapa orang programmers. Dia semak kerja staffnya.... 3 biji laptop yang berada dihadapannya...kemudian dia tutup salah satu laptop dan tolak dengan kuat sehingga meluncur jatuh dari meja. Semua orang dalam pejabat mula tegang dan setiap kali hempasan laptop menunjukkan Hyuga sedang mengamuk.
Hyuga menolak satu lagi laptop dan jatuh kebawah...... laptop terakhir...Yasuoka cuba tangkap sebelum jatuh terhempas. Hyuga menjerit marah sambil berkata bahawa dia mengharapkan mereka memberikan kejutan kepadanya tetapi yang dia dapat adalah interface yang tidak menarik. Dia mengingatkan mereka bahawa maruah Next Innovation adalah kebolehan berfikir diluar kontak dan mereka hanya menguna semula idea lama. Kehendaknya dalam rekaan interface adalah sesuatu yang berinovasi, high-performance, design yang cantik, pantas serta funcional dan mereka hanya ada 4 hari sahaja lagi.

Hyuga bertanya berkenaan isu server space dan Asahina menberi jaminan bahwa hal tersebut berjalan lancar. Dibilik sebelah kita lihat bagaimana Yamagami menarik staff yang fasih berbahasa Inggeris untuk membantunya menterjemahkan percakapannya dengan kakitangan India cloud computing company untuk mendapatkan gym yang akan digunakan sebagai server space.

Hyuga diberitahu bahawa JI Tech syarikat pengeluar produk electronics utama juga memasuki persaingan mendapat tender tersebut dan ia menyukarkan bagi sebuah syarikat yang baru seperti mereka. Yasuoka berkata bahawa mereka mempunyai peluang sebab Sawaki rapat dengan Vise Director Fujikawa tetapi lelaki itu terkejut bila Hyuga beritahu bahawa dia sudah pecat Sawaki. Hyuga bangun sambil berkata bahawa jika mereka tidak mampu mengatasi syarikat besar maka mereka perlu menghasilkan sesuatu yang tidak ada sesiapa pernah lihat dan terus keluar.

Kemudian dilewat malam ketika Asahina dan Hyuga sendirian dipejabat...Hyuga bertanya samada dia mengendalikan perkara ini dengan cara yang salah. Seperti biasa Asahina menjawap ' not at all do it your own way'.  Mata Asahina memandang dinding motivasi sambil berkata semua pekerja ini menkagumi Hyuga. Hyuga dengan nada sedih berkata begitu malang sebab dia tidak ingat kesemua mereka dan kebanyakan mereka terpaksa tinggalkan next Innovation sebab tidak mampu mencapai kehendaknya. Dinding itu sepatutnya menjadi dinding kebencian...tetapi Asahina berkata bahawa dinding itu mengandungi jiwa mereka.


Flashbacak bagaimana pertemuan Hyuga dan Asahina. Hyuga berjumpa dengan sebuah syarikat teknologi yang berminat untuk membeli portal site business yang direkanya dan mahu melantiknya sebagai system developer tetapi Hyuga menolak. Asahina yang berada didalam mesyuarat itu telah mengejar Hyuga dan berkata bahawa Hyuga salah....portal sitenya itu sebenarnya boleh mencecah 10 juta penguna dan mungkin lebih. Asahina terus berhenti kerja dan mereka berdua membuka syarikat disebuah apartment kecil. Asahina menyerahkan marker pen kepada Hyuga sambil berkata bahawa ini adalah syarikat kamu maka berikan nama syarikat. Hyuga menulis perkataan next Innovation didinding dan mereka berdua mengambil gambar kenangan dihadapan dinding tersebut.

Pada hari laman web mereka mencecah 10 juta pengguna, Hyuga menjerit keriangan dan berlari ke balcony sambil memerhati Asahina yang sedang membakar bunga api keseronokan. Mereka berdua kemudiannya menghadiri perjumpaan dengan para banker bagi menilai syarikat bagi memasuki bursa saham tetapi para banker menilai value syarikat rendah kecuali Yamagami yang memberikan pandangan positif. Dari sini kita dapat lihat bagaimana Yamagami memasuki syarikat mereka sebagai penasihat kewangan.

Syarikat telah memasuki bursa saham dengan penilaian yang tinggi dan saham mereka mendapat sambutan hangat. Kedua-dua mereka meraikan kejayaan itu dnegan mengambil electric saw untuk memotong dinding yang Hyuga tulis perkataan Next Innovation dan impian mereka. Mereka pindahkan dinding itu ke sebuah pejabat yang mewah iaitu pejabat mereka sekarang. Hyuga dan Asahina berdiri ditengah pejabat sambil memandang dinding tersebut.

Keesokkan harinya....Asahina yang terpandang Hyuga memegang busines kad Sawaki sebelum Hyuga cepat-cepat meletakkan kembali kedalam kotak. Asahina berkata bahawa memecat Sawaki adalah tindakan salah sebab ia akan menyebabkan hubungan syarikat dengan Mrs Fujikawa dingin tetapi Hyuga berkata melantik pekerja yang mengunakan nama palsu hanya akan merosakkan imej syarikat yang sedang berusaha untuik menguruskan data peribadi seluruh rakyat jepun. Asahina bertanya jika Hyuga mengingati pertemuan dengan Sawaki dimasa lepas...Hyuga menjawap tidak ingat. Asahina berkata malangnya dan berlalu pergi. Komen Asahina menyebabkan Hyuga cuba mengingati dimana dia mula bertemu dengan Sawaki.

Sawaki yang sedang bekerja di station minyak mengantikan rakannya...mengeluh hari panas dan tiba-tiba dia terkejut bila hon kereta berbunyi kuat. Didalam kereta Lexus putih itu kelihatan Hyuga sedang khusyuk dengan handphonenya telah meminta supaya minyak diisi penuh. Sawaki terpaksa bersembunyi dan tunduk mengelap cermin tingkap supaya wajahnya tidak dilihat oleh Hyuga.

Hanya ketika Hyuga memandu keluar dia memandang cermin sisi kereta dan dia cam Sawaki tetapi dia terus memandu.

Yoko yang sedang berkerja didapur restoran telah melecur ditangannya akibat perbuatan sous chef yang cemburu kepadanya. Hyuga yang lalu ditepi restoran telah memandang meja yang diidamkannya itu dan kemudian apabila dia melihat meja kedua idamannya juga dibeli oleh Yoko dia terus meluru masuk restoran untuk bertanya kepada Yoko tetapi dia terdiam apabila melihat tangan Yoko melecur dan kemudian muncul sous chef tadi sambil memerli Yoko. Yoko meminta supaya Hyuga keluar dahulu.

Selepas menukar pakaian kerjanya, Sawaki berjalan keluar dari stesyen minyak sebelum tuan punya stesyen memanggilnya dan meminta pertolongan berkenaan beberapa dokumen kerajaan. Sawaki mula sedar bahawa bagaimana orang awan sering keliru dengan data yang perlu diisi dalam borang-borang atau dokumen kerajaan. Dia pulang kerumah dan mengkaji bagaimana hendak menguruskan kajian dan mendapatkan statistik...dia perlu 300 interview dengan orang awam bagi daerah tersebut bagi membolehkan data dipercayai. Dia berikrar untuk mendapatkandata tersebut bagi membantu projek Next Innovation.

Berbalik kepada pejabat Next Innovation, Hyuga sedang mencampak beberapa buah laptop pekerjanya...menunjukkan bahawa beliau tidak berpuas hati dnegan hasil kerja mereka. Dia mengumumkan jika programmer tidak mampu menghasilkan seperti yang dikehendaki...dia sendiri yang akan buat rekaan tersebut. Yamagami komen bahawa Hyuga lebih bersikap kasar terhadap pekerja tetapi Asahina meminta beliau mempercayai Hyuga...Hyuga akan menghasilkan sesuatu yang luarbiasa.


Hyuga memulakan kerja programingnya tanpa berhenti  walaupun selepas semua pekerja pulang dan kembali semua bekerja keesokkan paginya....Hyuga masih bekerja. Yasuoka menyedari Hyuga telah bekerja 32 jam berterusan dan beliau cuba untuk mengeluarkan Hyuga dari pejabatnya dan ambil angin diluar.

Hyuga keluar dari pejabat dengan fikiran yang masih  teringat akan kerjanya dan kemudian bertembung dengan Yoko. Mereka berdua berehat selama 30 minit bersama sebelum menyambung kembali kerja.


Sawaki yang sedang menjalankan surveynya telah bertanya kepada seorang nenek tua berkenaan kesukaran nenek itu mengeluarkan wang daripada bank. Perbualannya itu didengari oleh seorang polis dan polis itu mengesyaki Sawaki sebagai swindler. Apabila mendengar perkataan itu, tiba-tiba sahaja nenek tua itu menjerit mengatakan buku banknya hilang. Sawaki ditahan polis.


Hyuga berada dibilik perbincangan bersama beberapa orang pekerjanya dan Asahina. Dia menunjukkan hasil rekaan interface yang mana terlalu futuristic. Semua pekerja mengkagumi rekaan tersebut dan salah seorang pekerja mencadangkan Hyuga membuatnya dari mula sebab dia yang terbaik. Ini menyebabkan Hyuga meluat dan menghalau mereka keluar dari bilik tersebut sambil memberitahu mereka bahwa mereka dikeluarkan daripada projek tersebut.

Asahina pulang kerumah lewat malam dan dia tersandung kaki Yoko yang terbaring dihadapan pintu sebab terlalu letih. Yoko bertanya kenapa abangnya pulang lewat... adakah sebab Next Innovation sedang memasuki projek besar. Asahina menjawap bahawa dia sedang membuka laluan supaya Hyuga boleh mengkagumkan dunia dengan hasil rekaannya. Yoko senyum sambil berkata abangnya memang perfect number 2 kepada Hyuga. kata-kata yang menikam kalbu keluar dari mulut Yoko. Yoko hairan adakah Hyuga hilang ingatan tetapi abangnya berkata itu bukan hilang ingatan tetapi ketidakupayaan untuk mengecam dan mengingati nama dan wajah seseorang.

Sawaki menghabiskan makanannya didalam bilik tahanan dibalai polis...tiba-tiba pintu dibuka dan dia melompat bangun apabila melihat Hyuga. Hyuga menjamin sawaki keluar dengan mengaku dia adalah pekerja Next innovation dan bila pegawai polis berkata bahwa dia sangka Sawaki menipu bekerja disitu...Hyuga menjawap dia memang pakar penipu. Sebelum keluar, seorang pegawai polis memberitahu bahawa wanita tua itu sebenarnya tidak kehilangan buku banknya...Sawaki menjeling kearah mereka dan berlari keluar mengikut Hyuga.


Dia meminta maaf kerana menyebabkan Hyuga terpaksa datang kebalai polis sambil memberitahu bahawa sebenarnya dia meminta polis menghubungi Asahina. Hyuga menerangkan bahawa Asahina tiada dipejabat pada jam 1 pagi begini dan dia berada disana sebab sedang siapkan major projek. Tiba-tiba Hyuga terfikir sesuatu dan meminta Sawaki masuk dalam kereta.

Sawaki berada di pejabat Hyuga untuk menguji interface yang Hyuga sedang kerjakan....dia terpegun dengan kecanggihan interface tersebut tetapi apabila dia hendak menguna...dia hadapi masalah sebab terlalu canggih. Hyuga membaling kacang ke arahnya sambil memanggilnya bodoh. Tiba-tiba Hyuga bangun dari kerusi dan menyedari bahawa Sawaki tidak melakukan kesalahan apa-apa. Dia mengunakan analogi sambil mengambarkan bahawa jika esok Sawaki akan memandu kereta dan tidak akan berjalan lagi adakah Sawaki akan memilih kereta yang hanya pemandu F1 sahaja yang tahu pandu atau kereta simple yang mempunyai segala kelengkapan asas sehingga orang bodoh seperti Sawaki tahu bagaimana nak pandu....Sawaki mengerutkan dahinya sambil menjawap kereta simple.


Hyuga terus delete semua program yang dia telah tulis untuk interface yang canggih tersebut dan mula dari kosong semula. Apabila siap dia minta Sawaki semak interface baru yang dihasilkan....interface ini mudah digunakan. Dia mula khusuk menyambung kerjanya tanpa mempedulikan Sawaki. Sawaki membawa satu mug kopi dan meletakkan atas meja kemudian menyusun laptop dan tablet dimana tiba-tiba tablet itu menunjuk homepage Chihiro Sawaki...Hyuga berpaling sambil bertanya adakah dia yang mereka homepage tersebut...sawaki menjawap tidak dan bertanya adakah Hyuga memasuki tender personal file database ini untuk mencari ibunya....Hyuga tidak menjawap dan terus menumpukan perhatian ke komputer.

Sawaki turun ke bawah dan menunggu Hyuga menyiap interface.....untuk menghilangkan kebosanan menunggu dia buat excersice ditangga....apabila dia perasan Hyuga merenungnya...dia berhenti dan memberikan isyarat semangat...Hyuga hanya senyum sebelum sambung semula kerjanya.


Sawaki berada dipejabat Hyuga semula dan berbincang bagaimana manusia sering terlupa password terutama warga tua. Berdasarkan pendapat Sawaki, Hyuga mereka password encryption method...iaitu dengan imej seekor anjing...penguna hanya mengunakan jari untuk log in. Sawaki teruja melihat kaedah yang comel begitu. Apabila Sawaki hampir-hampir tertidur kerana terlalu mengantuk....Hyuga meminta dia log in semula....dengan keadaan separuh sedar Sawaki log in interface tersebut dan tiba-tiba muncul tengkorak di screen...sawaki terkejut dan melompat bangun sambil menjerit...Hyuga ketawa keseronokan sebab berjaya mengena Sawaki.

Apabila hampir pagi...Hyuga minta Sawaki balik. Sawaki berjalan perlahan ke pintu sambil menunggu jika Hyuga akan memanggilnya semula atau memberitahu apa-apa tetapi Hyuga hanya diam dan khusyuk di komputer. Kemudian hyuga turun ke lobi pejabat dan melihat nota anak panas yang menghala ke bawah board....dia tunduk dan baca tulisan halus Sawaki. Sawaki menulis alamat ibu Hyuga....Hyuga baca sambil mengomel tulisan Sawaki rapi dan kemas sebagaimana tuannya.

Asahina membawa Hyuga menemui ahli lembaga JI Technology...Asahina mahu berkerjasama dengan syarikat besar ini dalam projek data pendaftaran data peribadi. Apabila mereka tiba ke tempat pertemuan tersebut....Hyuga tergamam bagaimana ahli perniagaan syarikat besar menikmati makanan mewah dengan lahap sambil bersikap bangga diri dan seolah-olah mengejek kerjasama tersebut walaupun salah seorang daripada ahli perniagaan tersebut menghulurkan kertas perjanjian kerjasama. Hyuga ambil perjanjian tersebut dari tangan Asahina dan kemudian menekan kertas tersebut didalam pinggan makanan sambil mengumumkan bahawa dia tidak berminat untuk bekerjasama dengan mereka.

Asahina dan Hyuga bertekak dihadapan para pekerja Next Innovation...Asahina berkata bahawa mereka perlukan rakan kongsi dengan syarikat besar dan stabil yang telah lama bertapak bagi mendapatkan kepercayaan kerajaan dan orang ramai. Hyuga menolak untuk berlindung dibawah payung syarikat besar. Asahina bertanya adakah Hyuga ingin syarikat mereka berkembang besar...Hyuga menjawap ya tetapi bukan dengan cara begini.

Hyuga tunjukkan interface baru yang dia reka bersama Sawaki....ini menambah lagi kemarahan Asahina kerana rekaan terdahulu lebih berinovasi. Hyuga mengingatkan Asahina bahwa interface ini adalah untuk penguna/orang awam dan ia harus bersifat frendly user. Hyuga jalan keluar sambil berkata inilah kali pertama Asahina menghampakannya.



Sawaki mendapat panggilan daripada Next Innovation dan diberitahu bahawa Hyuga ingin berjumpa dengannya. Dia guna peluang perjumpaan ini untuk meminta maaf sekali lagi.Hyuga pelik mengapa Sawaki asyik menyebut nama Chihiro Sawaki jika dia ingin menebus balik kesalahannya dan mengapa dia tulis alamat ibunya di dinding pejabat. Sawaki menerangkan bahawa dia rasa Hyuga perlu diberitahu bagaimana hendak berjumpa ibunya. Hyuga menerangkan bahawa dia membawa Sawaki masuk kedalam syarikat adalah disebabkan dia diperlukan dalam projek tersebut bukan atas sebab lain.

Dia tunjukkan rekaan interface terbaru dan meminta Sawaki untuk log in. Sawaki senyum apabila hyuga memberitahu bahawa dia membantu dalam rekaan tersebut. Hyuga menarik laptop apabila sawaki ingin melihat lebih....reaksi kecewa diwajah sawaki seperti kanak-kanak yang merajuk membuatkan reaksi mereka berdua begitu cute apabila bersama.

Sawaki dibawa bertemu dengan semua pekerja dan memperkenalkan dia sebagai pelatih baru dan kemudian Hyuga berpaling untuk tanya nama sebenar beliau....dia menjawap Natsui....Makoto.



Hyuga memanggil 2 programmer yang dikeluarkan dari projek dan menunjukkan interface baru. Mereka dimasukkan semula dalam projek.

Hyuga berjalan melepasi Makoto ini lobi lif semasa gadis itu sedang menolak troli yang mengandungi beberapa kotak. Dia serahkan kotak kad perniagaan kepada Mokoto tetapi apabila gadis itu ingin mengambil....dia mengangkat tinggi sehingga Mokoto terpaksa melompat untuk mencapai.



Makoto capai kotak tersebut dan dengan gembira dia membuka dan melihat kad nama tersebut tertulis nama sebenarnya iaiatu natsui Makoto dengan avatar baru rekaan Hyuga untuknya dengan tulisan 'An Idiot is the best'. Makoto gembira dan mengucapkan terima kasih kepada Hyuga.


Hyuga dengan selamba berkata bahawa ibunya telah pulang ke kampung halamannya selama ini. Makoto meminta maaf atas peristiwa beberapa tahun yang lepas dimana dia merahsiakan hal tersebut apabila Hyuga bertanya kepadanya. Hyuga cuba mengingati kembali dan berkata bahawa dia ingat ada bertanya kepada seseorang tentang ibunya tetapi sedihnya dia tidak ingat siapa gadis tersebut. Wajah Makoto berubah kecewa tetapi dia berpura-pura berkata tidak mengapa.


Hyuga berpaling untuk cuba untuk menerangkan bahwa dia tidak mengingati wajah orang tetapi pintu lif terbuka dan dia masuk tanpa membuat sebarang penjelasan.

Hyuga duduk dimeja bersama Yoko dimana dia telah menghabiskan omurise yang disediakan oleh yoko sambil memberitahu ia sangat lazat. Hyuga tiba-tiba bertanya adakah dia telah melukakan perasaan Yoko dimasa lepas dan dia tidak mengingatinya adakah disebabkan ia sesuatu yang kejam. Yoko menerangkan bahawa mereka bertemu 9 tahun yang lepas di atas keretapi malam dan mereka telah berbual selama 2 jam dan turun di stesyen yang sama. Selepas mereka berpisah...meraka berjanji akan bertemu ditempat yang sama satu tahun kemudian.

Hyuga tiba-tiba teringat akan janji tersebut dan berkata bahwa sebenarnya dia tunaikan janji tersebut sebab dia pergi ke stesyen tersebut setahun kemudian dan bertanya kepada Yoko samaada dia juga pergi.

Yoko bangun dan berjalan keluar sambil berkata dia tidak pergi. Hyuga bangun dan ketawa....jadi dia adalah orang bodoh yang pergi ke stesyen itu. Yoko terus memegang lengannya sambil berkata dia tipu. Dia telah tunggu Hyuga seharian di situ. Yoko terus mencium Hyuga.

 


Kejadian tersebut disaksikan oleh Makoto yang berada diluar restoran tersebut.

Sementara dipejabat Next Innovation....Asahina berdiri dihadapan dinding harapan dan telah menumbuk dinding tersebut dengan kekecewaan.

Bersambung................


Dalam episod ini kita didedahkan bagaimana persahabatan antara Asahina dan Hyuga bermula kerana selepas ini Asahina akan mengkhianati Hyuga.

Makoto melompat terkejut apabila melihat Hyuga muncul dibalai polis dan menjamin dia keluar dengan mengaku dia sebagai pekerja Next Innovation. Hyuga mudah memaafkan gadis tersebut wp diakhir episode 3, kita lihat dia begitu terluka dengan tindakan gadis itu. Dia sedar gadis itu menipu bukan untuk mengkhianatinya tetapi hanya untuk mengambil perhatiannya dan dia juga yang memaksa gadis itu bertindak begitu.

Yoko telah berjaya mengambil langkah seterusnya dan Makoto hanya mampu memandang. Masih menjadi misteri mengapa Yoko menunggu seharian di stesyen jika Hyuga juga turut pergi ke stesyen yang sama. Hyuga hanya mempunyai penyakit dalam mengingati nama dan wajah seseorang tetapi dia jelas masih mengingati setiap peristiwa yang berlaku sebagaimana dia ingat bahawa dia pernah bertanya kepada seorang gadis tentang ibunya tetapi tidak ingat wajah gadis itu iaitu Makoto.

Hubungan Hyuga dengan Makoto memang cute....dia bergurau tanpa batasan walaupunkadang-kadang agak kasar dengan gadis itu. Dia suka menyakat dan mengusik gadis itu. Mereka cute apabila bersama.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...