Friday, August 10, 2012

Tatta Hitotsu No Koi (Love of my life)

Sejak akhir-akhir ini saya lebih gemar menonton drama atau filem Jepun. Drama jepun tidak perlu tunggu sampai berpuluh episode untuk dihabiskan....paling banyak episode dalam satu drama adalah 15 sahaja. So kita tidak perlu ambil masa sampai seminggu untuk tahu ending.

Lagi satu drama jepun tidak fokus kepada tema noble idiocy sebagaimana drama korea. Kadang-kadang kita jadi bosan bila tonton drama korea yang terlalu fokus kepada noble idiocy. Bila hidup kita didunia ini sudah terlalu sukar.....kita tidak harapkan untuk melihat penderitaan tersebut didalam drama....kita mahukan ketenangan....kita mahukan drama yang menunjukkan bahawa hidup ini tidak sukar jika buat pilihan yang betul.



Tatta Hitotsu No Koi (THNK) adalah drama yang bertemakan percinta muda mudi dan ia adalah versi Romeo & Juliet karya William Shakespeare's. Bila drama mengunakan versi Romeo & Juliet maka isu perbezaan darjat, cinta terhalang dan tragic love akan ditimbulkan.....tetapi THNK berbeza walaupun isu perbezaan darjat, cinta terhalang adalah intipati drama tetapi pengarah tidak menjadikan ending drama ini sebagai tragik love tetapi lebih kepada kematangan berfikir....pengarah ingin memberitahu bahawa kematian bukan jalan terakhir bagi percintaan terhalang. Pengarah ingin menyampaikan bahwa cinta remaja adalah lebih rapuh daripada yang disangka....buat keputusan dengan kematangan fikiran dan cinta bukan segala-galanya. Inilah yang menyebabkan saya suka drama ini. Tidak kisahlah berapa banyak drama yang mengunakan tema Romeo & Juliet dalam cara dan latarbelakang yang berbeza tetapi konfliknya adalah sama...cuma THNK menukar endingnya daripada tragik love kepada happy ending love.

Apabila mengunakan tema Romeo & Juliet maka konflik perbezaan darjat adalah intipati utama drama. Drama dimulakan dalam bentuk penceritaan oleh Kanzaki Hirato tentang percintaannya....cinta sejatinya yang dia temui semasa berusia 20 tahun. Bagaimana dia mula terbabit dalam percintaan tersebut.

Kanzaki Hiroto adalah remaja yang matang sebelum masanya selepas kematian ayahnya yang membunuh diri akibat hutang perniagaan dan meninggalkan perniagaan kepada anaknya yang masih muda untuk meneruskannya. Diusia belasan tahun dia cuba untuk pertahankan perniagaan membaiki kapal kecil ditepi limbungan disamping malangnya nasibnya mempunyai ibu yang bersikap jalang....bekerja dikelab malam diwaktu malam untuk mencari lelaki dan sentiasa terlibat dengan lelaki tidak guna sehingga berhutang dengan lintah darat. Tidak cukup dengan itu, Hiroto memiliki adik lelaki bernama Ken yang sakit dan hanya mengunakan kerusi roda untuk bergerak. Setiap sen duit yang diperolehinya akan digunakan untuk membayar bil rumah dan bil hospital adiknya sehingga anak muda ini tidak mampu memiliki celular phone. Tidak cukup dengan itu, mereka hidup berhimpit di tingkat atas kilang tersebut. Diusia muda...Ken hidup bergelumbang dengan minyak hitam dan kerja-kerja buruh dikilangnya dan diwaktu malam....dia dan 2 rakan baiknya akan menyeludup masuk ke power plant bagi menangkap ikan untuk dijual direstoran-restoran pada keesokkan paginya bagi mencari duit lebih.

Pertemuan dengan Tsukioka Nao adalah secara tidak sengaja apabila dia dan rakan-rakannya hendak menghantar ikan ke sebuah restoran di atas bukit berhampiran dengan Yoko Jyo Women College....kolej anak-anak orang kaya. Disangka mereka adalah pelajar elite Keio Universiti...maka undangan untuk party yang diadakan antara Yoko Jyo Women College dan Keio Universti telah diberikan ketika mereka menaiki tangga dan mereka pula berpura-pura bahwa mereka memang dari Keio University. Tsukioka Nao secara tidak sengaja telah melanggar bakul ikan mereka dan bajunya yang dibeli khas untuk party tersebut telah kotor. Pertemuan ini bukan cinta padang pertama kerana Nao tidak notice kehadiran Hiroto.

Pertemuan kedua berlaku apabila Hiroto dan rakan-rakannya menghadiri parti tersebut. Mereka mengunakan peluang ini untuk memikat pelajar wanita golongan elite ini dan mungkin keluar dating beberapa kali sebelum tinggalkan mereka. Bagi Hirato yang bencikan golongan elite ini...inilah caranya dia ingin melepaskan kemarahannya terhadap golongan elite yang memandang rendah kepada orang miskin sepertinya. Dia gunakan daya pemikat dan wajah tampannya untuk mendapatkan nombor telefon pelajar wanita dan kemudiannya membuangnya dalam tong sampah. Tiba-tiba dia melihat Nao yang berdiri keseorangan...dia hanya merenung Nao sehingga gadis itu perasaan dan tidak selesa. Nao adalah gadis yang berani...dia terus berjalan ke arah Hirato dan bertanya kenapa merenungnya, Nao tidak cuba menguratnya seperti gadis-gadis lain....tiba-tiba Nao perasaan dia kehilangan purse dan Hirato tolong cari bersamanya.

Mereka duduk ditepi kolam dan tiba-tiba stray firecracker yang dibakar menghala ke arah Nao dan menyebabkan Nao terkejut dan tersandung jatuh kedalam kolam...manakala Hirato yang cuba memegang Nao turut terjatuh bersama...pergerakan perlahan-lahan yang dibuat oleh kamera (agak berlebihan sangat adegan ini) sehingga menjadikan mereka berdua seolah-olah terbaring atas air berbanding terhumban dalam air. Kedua-dua masuk masuk dalam kolam dan Nao kehilangan contact lensenya sehingga menyebabkan Hiroto menyelam untuk mencarinya.

Hirato dan rakan-rakannya keluar dari party dan Nao mengejarnya dari belakang....Hirato menyangkakan bahawa gadis itu telah terpikat dengannya cuba mengajar untuk dating tetapi Nao lebih selesa jika mereka keluar beramai dan mengajak mereka untuk pergi parti Halowen. Hirato salah anggap dan menyangkakan bahawa Nao menolak ajakannya sambil berkata kepada rakannya ' why am i rejected by someone I don't even like". Pada malam halloween, Nao menunggu keseorangan manakala Hirato dan rakan-rakannya tidak datang...setelah lewat malam barulah Hirato muncul dan melihat Nao masih menunggu dalam kesejukkan.

Kisah percintaan mereka tidak bermula serta merta.....jika tidak kerana rakan-rakan Hirato dan rakan Nao iaitu Yoko yang berusaha menyatukan mereka.....Hirato masih cuba menafikan perasaannya dan bertindak dingin dengan Nao. Nao pula memang jelas telah jatuh hati.

Akhirnya lelaki dingin ini membuka hatinya apabila secara tiba-tiba apabila menghulurkan tangannya untuk Nao pegang...disaat ini dia berkata "inilah permulaan penderitaan kami". Percintaan mereka menjadi suram kembali apabila Hirato mengetahui bahawa Nao adalah anak perempuan tunggal seorang hartawan kedai emas yang mempunyai 36 cawangan dan rumah mewah. Hirato menjauhkan diri dan menghindari Nao. Sekali lagi rakan-rakan Hirato dan Nao masuk campur dengan membuat cerita bahawa Ayuta dan Nao sedang keluar bersama dan akan dating disebuah hotel....Hirato keresahan dirumahnya dan akhirnya dia berlari ke hotel tersebut untuk berterus terang dengan Nao yang juga ditipu oleh rakannya sebab dia ke hotel itu untuk makan malam bersama Yoko bukan berdating bersama Ayuta.

Apabila mereka berdua mula mengucapkan cinta maka halangan pun muncul. Percintaan mereka begitu indah....pengaruh Nao terhadap Hirato memang kuat....dia berjaya menukarkan lelaki dingin dan sentiasa bersikap kasar kepada seorang yang romantik. Hirato mengikut segala perlakuan Nao yang baginya keanak-anakan. Nao tinggal ditingkat 45 sebuah kondo mewah ditengah bandar manakala Hirato tinggal disebuah limbungan kapal yang kotor dan kawasan miskin....setiap malam Nao akan melambaikan kelip-kelip cahaya dari toys yang dihadiahkan oleh Hirato manakala Hirato pula akan melambaikan cahaya lampu suluh ke arah kondo Nao...seolah-olah mereka berada dekat tetapi sebenarnya mereka berada jauh beratus batu dan hanya kelipan cahaya sahaja.




Halangan cinta mereka mula muncul apabila rakan sekolah Hirato (rakan dari kejiranan miskin yang membesar dan hidup sebagai penjahat dan hidup ala-ala genster) cuba menculik Nao untuk meminta tebusan. Hirato nampak perbuatan mereka dan cuba menyelamatkan Nao...bagaimana dia lindungi Nao dengan tubuhnya apabila mereka dipukul. Kejadian ini dilihat oleh abang kandung Nao....ini menyebabkan Abang Nao menghalau Hirato dan berkata inilah akibatnya apabila anak jalanan dibenarkan berkawan dengan anak orang kaya.

Konflik bertambah buruk apabila ibu Hirato siperempuan jalang telah membawa gambar anaknya dan Nao berjumpa dengan bapa Nao dan mengugutnya supaya diberikan duit jika tidak gambar tersebut akan tersebar di akhbar.



Didalam drama THNK, saya dapati ibubapa Nao bukanlah tipikal orang kaya yang akan menghalang percintaan disebabkan perbezaan darjat...halangan yang diberikan adalah disebabkan faktor keselamatan anak mereka. Bapa Nao pada mulanya ingin berjumpa dengan Hirato tetapi kehadiran ibu Hirato yang mengubah pandangannya menjadikan dia lebih melindungi anaknya. Itu tugasnya sebagai bapa....dia perlu lindungi anaknya. Ibu Nao pula adalah wanita bijak, lembut dan sangat baik hati....dia menerima kehadiran Hirato tanpa memandang hina akan pakaian Hirato yang comot akibat minyak hitam malah ibunya mempelawa Hirato masuk kerumah sebagai tetamu tetapi akhirnya dia halang hubungan mereka apabila mengetahui anaknya diculik dan ibu Hirato mengugut suaminya. Abang Nao sangat sayangkan Nao sebab dia telah korbankan nyawanya untuk selamatkan Nao ketika Nao sakit leukemia.....apabila dia menyaksikan sendiri persekitaran hidup Hirako yang membahaya Nao maka dia halang percintaan tersebut. Keluarga Nao tidak halang membabi buta disebabkan mereka kaya. Inilah kelainan THNK....anda akan rasai kasih sayang keluarga Nao. Seperti biasa remaja memberontak apabila mereka dihalang maka Nao melarikan diri dari rumah dan berjumpa Hirato.

Hirato dibesarkan dan dibebankan dengan tanggungjawap dalam usia muda....dia matang dan dia berfikir panjang sebelum bertindak. Dia tolak untuk larikan diri dengan berkata dia tidak akan tinggalkan tanggungjawapnya sebagai anak dan abang kepada adiknya yang sakit dan para pekerja kilangnya...disebabkan itu dia minta Nao pulang dan putuskan hubungan mereka.

Pengarah ingin tunjukkan bahwa percintaan remaja adalah sangat rapuh....dalam tempoh 3 tahun perpisahan mereka.....Nao bertunang dengan orang lain dan akan berkahwin. Manakala percintaan Ko san dengan Yoko hambar dan hanya mampu teruskan sebagai kawan sahaja....ia hangat dan berapi-api disebabkan jiwa muda mereka tetapi apabila lama percintaan tersebut menjadi hambar dan mereka apabila menjadi dewasa mula merasakan ada yang lebih penting dalam hidup.

Hirato dan Nao akhirnya bersama semula selepas tunang Nao putuskan pertunangan mereka kerana dia merasakan Nao tidak mencintainya. Ketika ini percintaan Hirato dan Nao tidak dihalang lagi sebab mereka telah dewasa dan mereka mampu membuat keputusan sendiri.

Jadi jika anda minat kisah-kisah percintaan seperti Romeo & Juliet....drama ini adalah salah satu drama yang perlu ditonton.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...