Alhamdulillah.....puasa ke 3 nie saya masih mampu menahan godaan makanan. Dalam jam 3.35 petang semalam seorang rakan sekerja telah mengemailkan kupon promosi Pizza Hut 3 keping pizza berharga RM33 sahaja. Promosi bermula dari 1hb hingga 3hb....jadi semalam adalah hari terakhir promosi tersebut. Wahh sapa tak tergoda dengan promosi tu kan. Saya nie excited sungguhlah nak beli pizza tu.....tapi takan nak habiskan 3 pizza tu. Saya tanya kawan2 yang nak kongsi tapi malangnya tak ada orang pulak nak kongsi. Bila tak ada orang nak kongsi saya kata 'tak kisahlah nanti boleh simpan dalam peti'.....huhhhh nak jugak tu. Lepas habis waktu kerja saya drive pergi kat Pizza Hut Kota Damasara Sek.6.....tapi boleh batalkan niat nak beli sebab hati berat sangat nak rosakkan diet.....azam kuat. Alhamdulillah....dalam diet 'keazaman' adalah penting. Bukan senang nak dapatkan 'keazaman' dan kekal dengan azam itu......bila dah dapat azam maka segala usaha jadi senang sahaja. Jika anda tanya saya tak lapar ke berbuka dengan makanan macam nie. Biar saya beritahu pengalaman saya setakat ini....puasa tahun inilah saya rasa tidak terlalu letih, malas, lapar atau mengantuk. Dah 3 hari berlalu tapi saya terasa tidak lapar langsung dan tidak letih serta mengantuk.....saya rasa segar. Mungkin sebab saya jaga pengambilan air yang mencukupi.
Ini adalah makanan yang saya ambil untuk hari ini.
Sahur
1 gelas air suam
1 mangkuk kecil oat segera +1/2 cawan susu HL+1 sudu makan kismis+1 sudu kecil madu
3 biji kurma
Milo kosong
1 gelas air suam
Iftar
3 biji kurma
2 gelas air suam
1 mangkuk kecil bubur kacang hijau
Makan malam/lepas magrib
2 gelas air suam
1 pinggan kecil sayur campur
1 mangkuk kecil sup ikan merah
1/4 cawan nasi kukus
Makan lewat malam
1 biji Dragon Fruit - 60 cal
1 gelas air suam
Kalori pada hari ini adalah 1420 (sebab makan bubur....bubur nie sahaja dah 350 kalori)
Tips untuk makan sedikit adalah guna pinggan kecil dan mangkuk kecil. Mangkuk kecil dot-dot biru kat atas tu adalah berukur lilit 16sm sahaja. Itulah mangkuk yang saya guna untuk menghadkan pengambilan makanan saya.
No comments:
Post a Comment