Selamat berpuasa kepada anda semua. hari nie dah 9 hari kita semua berpuasa, cepatkan masa berlalu. Ini hidangan yang saya ambil pada hari semalam. Pulang sahaja dari kerja....ada jugak jeling kat pasar ramadan dekat rumah tu (dalam hati teragak-agak nak singgah atau tidak sebab tak ada mood nak masak). Sampai sahaja kat rumah, terus bukak peti ais tengok apa yang hendak dikeluarkan untuk dimasak. Baki ayam panggang dahulu ada lagi tersimpan dalam tupperware so ambil keluar untuk defrost. Saya keluarkan semua sayur yang ada dalam peti ais sebab hari nie nak pergi sayur baru kat pasar Paya Jaras.
Untuk jaudah berbuka, saya buat nasi goreng ayam panggang bersama dengan sayur-sayur yang banyak. Banyak sayur daripada nasi. Nasi saya kukus hanya 1/2 cawan beras dan kemudian hanya guna 1/2 dari nasi tu. Seperti biasa bila berbuka, saya dahulukan dengan 3 biji kurma dan 3 gelas air suam kemudian masuk sembahyang. Selalunya saya rehat sebentar sebelum memakan makanan berat supaya perut saya tidak terkejut terima makanan mendadak. Saya akan habiskan drama kasih Alia. Masa nie saya akan ambil lagi segelas air suam dan minum sambil tengok tv. Lepas tu batulah ke meja makan dan makan nasi goreng. Mesti mak saya sedih bila tahu anak dia berbuka dengan nasi goreng je.....kalau berbuka dengan mak....semua makanan kegemaran saya, saya mintak dia buat. Lepas terawih saya ambil rockmelon 2 hiris dan minum lagi air suam. Masa nie terus terang saya katakan saya teringin nak makan makanan manis. Akhirnya saya pergi kedapur dan ambil sekeping tart shell yang dibuat sebelum ini dan makan.....ahhhhh hilang rasa teringin tu. Dasyatkan.
Baru-baru nie saya ada menonton drama korea. Cerita pendek tu berkisah tentang seorang puteri yang sangat gemuk sehingga dayang2 cakap belakang mengatakan ia puteri lembu. Satu hari ketika bersiar-siar, si puteri nampak seekor anak burung atas pokok dan dia cuba naik pokok tu untuk ambil anak burung. Oleh kerana dia gemuk sangat, dahan yang dia pijak patah dan jatuh kebawah tapi disambut oleh seorang pemuda yang kebetulan lalu disitu. Puter jatuh cinta pada pemuda itu dan minta abang dia (raja) kahwinkan dia dengan pemuda tu. Pemuda tu tak suka pada puteri sebab gemuk tapi disebabkan takut atas lawan perintah raja dia terpaksa berkahwin jugak. malam perkahwinan mereka, putera tu mabuk dan bila pandang puteri tu dia nampak macam seekor babi berada dihadapannya sehingga dia memanggil puteri itu babi. Puteri cuba pelbagai cara supaya suaminya suka pada dia. Puteri minta suaminya beritahu padanya mengapa beliau tidak pernah hendak memandang diri dia. Suami dia kata tak ada apa-apa (bimbang puteri berang dan mengadu pada raja)
Satu hari puteri terserempak suaminya tengah berasmara dana dengan dayang beliau. Suaminya memburukkan puteri dan menghina puteri dengan gelaran yang buruk sambil gelak ketawa bersama dayang. Puteri menangis disebalik pokok dan esoknya dia arahkan orang tangkap dayang tersebut dan dibunuh. Puteri berjumpa dayang dan bertanya mengapa dayang mengkhianati dirinya sedangkan dia amat baik melayan mereka. Dayang dengan berani mengatakan 'lihatlah diri tuan puteri....gemuk macam lembu, tuan puteri fikir dengan membunuhnya akan merubah hati suami puteri. Suami puteri akan cari dayang-dayang lain yang cantik kat istana dan adakah puteri akan bunuh mereka semua.". Puteri menangis mendengar kata-kata dayang dan berikrar untuk diet. Raja mengupah seorang pakar untuk tolong puteri. Puteri tidak tahan dengan godaan makanan dan sentiasa curi-curi makan. Wp hati puteri sakit dengan penghinaan yang diterima tapi ia masih belum dapat melawan godaan makanan yang sedap-sedap.
Pengasuh puteri dapat menangkap puteri ketika puteri sedang mencuri-curi masuk ke dapur untuk mencuri makan. Pengasuh bawak puteri ke tempat suami puerti berasmaradana bersama dayang. Puteri sekali lagi diperdengarkan dengan kata kejian dari mulut suaminya. Pengasuh itu berkata puteri harus balas balik penghinaan itu dengan menjadikan dirinya cantik dan kurus sebagaimana yang didamkan oleh suaminya dan kemudian puteri boleh hukum suaminya dengan hukuman sepatutnya. Puteri menangis dan kali ini azam puteri bertambah kuat dan dia mula berdisplin dalam berdiet. Akhirnya dia kurus dan suaminya mula tergila2 kat dia tapi dia tolak sebagai hukuman kepada suaminya dan halau suaminya dari istana bersama dengan dayang tu. Sebenarnya cinta puteri amat tulus pada suaminya, diakhir cerita beliau terima kembali suaminya yang telah insaf dan hidup bahagia dan puteri jadi gemuk semula selepas lahirkan 2 putera tapi kali nie suaminya sudah boleh terima dirinya sebagai wanita gemuk. Tamat.
Jadi pengajaran cerita nie, hanya keazaman yang kuat sahaja yang dapat menjadikan diet kita berjaya. Ia bukan perkara mudah.....ia amat susah nak dapat tapi bila anda sudah dapat azam ini....anda akan dapat mengawal diri anda dari mengambil makanan yang tidak sihat dan hanya makan yang sihat sahaja bukan hanya untuk kurus tetapi untuk kesihatan diri. Jika anda gagal dalam diet anda...ini kerana anda gagal dapatkan keazaman itu so usahalah cari keazaman anda sendiri. Saya tak kata ia mudah.....saya sendiri sedar ia amat susah dan yang paling susah adalah untuk kekal kurus bila dah kurus.......
Dalam minggu nie saya dapati TBLC telah mengurangkan kadar metabolisma saya kepada 1989 sahaja sehari. Kadar metabolisma saya telah turun. Memang saya sedar kadar metabolisma rendah sebab berat badan saya turun hanya 0.9kg sahaja minggu lepas. Bila kadar metabolisma rendah begini memang sukar untuk turun 1 kg seminggu jika tiada disertakan senaman. Rindu nak pergi gym tapi bulan puasa nie saya 'bekukan' keahlian kelab so tak boleh masuk gym. Senaman boleh dilakukan tetapi harus di waktu petang kira-kira sejam sebelum berbuka. Saya pernah masuk dalam satu forum kelab diet, seorang ahli forum beritahu dia hadkan kalori kepada 800 sahaja dalam bulan puasa. Wahhhhhh.....nekad gila. Jangan biarkan diet buat anda stress.
No comments:
Post a Comment