Sunday, December 4, 2011

Bad Guy


Lamanya saya tidak mengup-date blog nie. Sebenarnya tidak ada cerita yang hendak saya bualkan. 

Sebulan yang lepas saya telah membeli laptop XPs dell. Dengan laptop baru memang seronok bila tengok movie di internet. My fren minta saya tengok drama korea Bad Guy....katanya drama yang paling best dia pernah tengok.

Drama 17 episod nie saya tengok sehingga habis episod dalam tempoh seminggu. Betul kata kawan saya....ini drama korea terbaik yang saya tonton setakat ini. Bagi pendapat peribadi saya, drama ini bagus disebabkan watak Shim Gun Wook lakonan Kim Nam Gil. Kim nam Gil berjaya membawa watak lelaki 'jahat'/pengoda dengan baik sekali.....lelaki yang terpaksa sembunyikan perasaan cinta, sedih, marah diwajahnya tetapi mata nya mempamirkan semua perasaan tersebut. Mata Shim Gun Wook mempamirkan semua perasaan beliau. beliau cemburu....dapat dilihat dari lirikan matanya walaupun wajahnya seperti tiada perasaan.

Disebabkan lakonan terbaik Kim nam Gil....sekarang saya mula menonton drama-drama lakonan beliau.


Daripada seorang lelaki cute.....beliau berubah menjadi lelaki seksi dan mengoda setiap wanita dengan personalitinya sebagai Shim Gun Wook dalam Bad guy


Plot drama bad Guy dimulakan dengan kisah seorang stunt man iaitu Shim Gun Wook cuba mendekati waris kumpulan Haeshin Group. Dendam terhadap Haeshin Group telah menyebabkan Shim Gun Wook mendekati Hong Mo Ne bagi memusnahkan Haeshin Group. Dendamnya terlalu dalam sehingga akhirnya memusnahkan dirinya.


Hong Mo Ne...anak manja yang sentiasa dapat apa yang dikehendaki. Tergila-gilakan Shim Gun Wook dan  terlalu mudah jatuh cinta. Kesempatan ini diambil oleh Shim Gun Wook untuk mendekati Haeshin Group. Dalam drama ini, Shim Gun Wook hanya memainkan peranannya sebagai pengoda dengan bermain dengan perasaan Mo Ne. 
Han Ga Im pula melakunkan watak Moon Jae In, rakan kepada Mo Ne dan pekerja kepada Mrs Shin...ibu Mo Ne. Moon Jae In membawa watak wanita mata duitan.....mengejar lelaki yang kaya. Salah sangka dengan Shim Gun Wook dengan menyangkakan bahawa beliau adalah Hong Tae Sung....waris Haeshin Group. Watak Moon Jae In dalam drama ini adalah sangat annoying.....wanita yang sentiasa salah sangka. Walaubagaimanapun beliau adalah wanita yang dicintai oleh Gun Wook.


Hong Tae Ra adalah kakak kepada Hong Mo Ne. Beliau wanita kerjaya yang berkelibar dalam Haeshin Group. Terpaksa berkahwin atas kehendak keluarga....sangat taat kepada ibu dan bapanya. mempunyai suami yang tidak dicintainya dan seorang anak perempuan. Bertemu dengan Shin Gun Wook menyedarkan beliau akan cinta. Beliau sanggup bercerai dengan suami dan melawan ibunya semata-mata kerana sangkakan Shim Gun Wook cintakan dirinya. Watak wanita yang kesepian.....dimanipulasikan oleh Shim Gun Wook tanpa disedari bahwa wanita ini adalah kakak tirinya.


Dalam drama Bad Guy ini, watak yang paling saya suka adalah watak adik kepada Moon Jae In.....watak yang timbul sekali sekala. Hanya watak dia sahajalah yang memaparkan wanita itu bersikap rasional. watak dia sahajalah memaparkan bahwa wanita itu tidak bersikap buruk. Bila berada bersama adik Moon Jae In ini....Shim Gun Wook memaparkan wataknya yang sebenar.....dia senyum dan gembira. Watak ini sahajalah yang begitu menyenangkan......sehingga kadang-kadang terfikir bahawa budak ini lebih matang berfikir berbanding dengan kakaknya Moon Jae In.

Inilah watak jahat dalam drama ini. lakonan Mrs Shin sebagai wanita kejam dan tidak berhati perut. Watak dia terlalu hidup sehinggakan kita boleh rasa perasaan benci yang amat sangat terhadap Mrs Shin. 

Walaubagaimanapun....ending drama ini tidak menyeronokkan. Mrs Shin tidak dihukum atas kesalahannya malah beliau tidak insaf langsung.....kemenangan berada dipihaknya apabila anak perempuan beliau dari hasil perkahwinan terdahulu berjaya dilantik sebagai waris utama Haeshin Group. Anak luar nikah suaminya iaitu Shim Gun Wook dihukum atas kesalahan sendiri.....Shim Gun Wook ingin membalas dendam tetapi akhirnya 'dihukum' apabila ditembak oleh adik perempuannya sendiri iaitu Hong Mo Ne. Shim Gun Wook tidak berjaya dalam membalas dendamnya sebaliknya terpaksa menerima hakikat bahawa perbuatanya itu mengakibatkan dia bermain dengan perasaan adik kandung dan kakak tirinya sendiri. Shim Gun Wook mati tanpa dikesan....beliau yang cuba melindungi adik perempuannya telah membuang semua pengenalan diri dan mati sebagai seorang yang tidak dikenalpasti identiti (tak lojik kan.....mana perginya detektif yang terlalu busybody).

Walaupun tajuk cerita ini Bad Guy tetapi cara plot drama ini digarap....ia hanya memaparkan bahawa wanita yang menyebabkan lelaki jahat. Ibu Shim Gun Wook menjalinkan hubungan luar nikah dengan pengarah Haeshin Group sehingga melahirkan anak lelaki dan kemudian dengan mudah menyerahkan anak lelakinya kepada keluarga ini. Wanita tamak dan kejam seperti Mrs Shin telah menyebabkan Shim Gun Wook hilang identiti sebagai Hong Tae Jung.....membunuh ibu dan bapa nya yang bisu dan pekak. Watak Mo ne.... perempuan yang ingin memiliki semua yang diingini.....merasa telah dicintai apabila sedikit perhatian diberikan....mengejar Shim Gun Wook walaupun berkali-kali tidak diindahkan oleh Shim Gun Wook. Menyalahkan lelaki itu dan kemudian menembaknya. Mo Ne boleh balik kerumah dan kemudian melakukan yoga......sifat jahat semulajadi yang diwarisi dari ibunya Mrs Shin. Moon Jae In pula adalah wanita mata duitan....materialistik.....wataknya amat menjengkelkan.....sebagai wanita yang sentiasa berperangsangka buruk.....pada awal, penonton menjadi menyampah dengan watak Moon Jae walaupun ia adalah watak wanita utama dalam drama ini.

Jika anda ingin menonton boleh kesini....


Jacinda.....gambarnya cantik tetapi ada episod yang broken manakala kat mysoju......terlalu sakit hati nak tengok sebab komen penonton ditayang kat skrin. Ia seolah-olah anda menonton wayang kemudian ada orang duduk memgulas setiap tingkahlaku watak.....terlalu annoying. Kat Maaduu....drama ini tiada dalam list.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...