Sunday, December 12, 2010

Mengenali Thebiggestloserclub dan saya

Saya mengawal pengambilan makanan dengan mengunakan thebiggestloserclub sebagai alat bantuan. Saya baru bermula 9 minggu yang lepas. Hasil diet yang mengawal pengambilan kalori dan mengira setiap kalori makanan yang saya makan menampakkan hasil bila saya sudah berjaya menurunkan 8.2 kg dalam tempoh 9 minggu.

Masalah berat badan saya bermula dalam tahun 2001, iaitu ketika saya menghadapi saat-saat paling sukar dalam hidup saya. Daripada seorang gadis yang pernah digelar sebagai 'cicak kobing' dan selalu dipersendakan apabila angin bertiup kuat kerana risau saya diterbangkan sbb terlalu kurus, berat saya naik berkali ganda. Makanan adalah ubat yang paling mujarab ketika itu. Saya mengalami kemurungan yang paling teruk dalam hidup saya, keluar masuk hospital, beberapa kali dibawa ke ICU. Saya hampir hancurkan hidup saya.
Kemudian saya nekad untuk berubah dan mendapat hidup saya kembali. Saya lihat diri saya dicermin "apa yang saya dah buat dengan diri saya'. Selama 3 tahun saya 'berkurung' di Maahad Tahfiz, saya membuang semua pakaian pejabat saya dan tukar memakai jubah sepanjang 3 tahun. Satu hari saya mendapat surat pangillan temuduga di KL, saya tak ada baju nak pakai. Saya beli baju kurung bersaiz XL untuk dipakai. Masa nie baru saya terkejut dengan 'kezaliman' yang telah saya buat pada tubuh sendiri.

Ketika interview saya pandang semua calon yg berada disitu, kebanyakannya lelaki memakai kot kemas, berjenama, kasut berjenama dan memegang folder tebal. kebanyakannya adalah bekas manager dan macam-macam jawatan tinggi. Saya mula gelabah tambahan pula penampilan saya tidak menarik, berbaju kurung besar. Saya nampak peluang saya nipis. Reseki saya, dua bulan lepas tu saya dapat surat untuk melapur diri ditempat bertugas baru iaitu di Petaling Jaya.

Dalam tahun 2006, saya daftarkan diri ke Fitness First dan mengupah personal trainer untuk menolong saya menguruskan badan dan belajar buat senaman dengan betul. Setelah hampir setahun saya berjaya mengurangkan berat badan sehingga 66kg dari 86kg. Selepas tu saya mula abaikan diet apabila berkursus panjang di sebuah hotel selama 4 bulan. Berat saya mula naik sedikit demi sedikit tanpa saya sedar, sehinggalah satu hari saya tidak boleh memakai jean dan terpaksa membeli jean baru, kebaya tidak boleh disarung, seluar2 saya dah tak boleh dikancingkan. Saya duduk termenung di gym memandang personal trainer......yang mana satu yang nak saya pilih untuk latih saya semula.

Satu hari saya serve internet dan terbaca dalam satu blog berkenaan dengan thebiggestloserclub. Saya daftar diri pada petang itu juga dan ambil pakej 6 bulan dengan bayaran RM30 lebih sebulan. Saya mengambil keputusan untuk belajar sendiri kawal pemakanan saya dan jalani pemakanan sihat tanpa perlu berlapar sebagaimana yang orang sangka bila kita sebut perkataan DIET. Dari dulu saya tak pernah percayakan ubat pelangsingan badan dan crazy diet. Saya nak makan tapi berapa banyak yang boleh saya makan, semuanya ada dalam thebiggestloserclub. So jom kita lihat apa yang ada dalam thebigestloserclub (TBLC)

 


Ini adalah had kalori yang boleh saya ambil setiap hari. Pengunaan kalori saya adalah 2100 sehari so untuk kurangkan berat maka saya perlu kurangkan 500 dalam kemasukkan kalori dalam badan. Jadi 1600 adalah limit saya. Ini berdasarkan umur dan aktiviti saya. Ia berbeza bagi setiap individu.

Dalam sehari saya harus mengawal pengambilan makanan dan memastikan ia tidak melebihi 1600 kalori. Ia dibahagikan kepada:-

Breakfast dan mid-morning       300 kalori

Lunch dan mid-afternoon          500 kalori

Dinner                                      500 kalori

Snack                                      200 kalori

Didalam TBLC juga disediakan menu diet untuk diikuti berdasarkan pembahagian diatas. Kadang-kadang saya ikut dan kadang2 saya adjust ikut kesesuian tapi tidak boleh melebihi kadar kalori yang ditetapkan.


Ini adalah My Diary. Didalam diari nie kita akan catatkan semua makanan yang telah diambil dan berapa kalori. Nak tahu berapa kalori makanan semua maklumat tersedia disini. Kita hanya perlu taip nama makanan dan enter.


Ini adalah graf maklumat pemakanan atau nutrisi. Berdasarkan makanan yang telah dimasukkan dalam diary, kita dapat lihat berapa protein, karbohidrat, sat fat dan good fat yang telah diambil. Ia harus seimbang. Macam graf saya nie, karbohidrat yang telah saya ambil melebihi had yang di sepatutnya dan saya kurang ambil protein.

Ini pula adalah detail maklumat nutrisi yang telah saya ambil dalam seminggu. Dari sini saya dapat lihat samada saya ambil lebih sodium (garam), lemak, protein atau karbohidrat.


Senarai latihan yang perlu dibuat juga ada diberikan malah ada video untuk menunjukkan bagaimana sesuatu senaman dilakukan. Ada ruangan forum untuk kita berinteraksi dengan penguna2 TBLC yang lain. Ada banyak resepi2 didalam ini sebagai panduan untuk memasak. Makanan yang kita boleh makan bukanlah terhad dalam menu yang diberikan tapi kita diberikan kelonggaran untuk adjust mengikut kesukaan kita asalkan ia dalam lingkungan kalori yang dibenarkan.

Kepada anda yang lihat saya ada publishkan sandwich atau ayam bakar dalam blog saya, janganlah ingat saya hanya makan itu saja. Saya bekerja, saya balik rumah selepas habis gym dalam jam 7.30petang so apakah masakan yang paling cepat untuk disediakan bila dalam kelaparan begitu dan untuk elak makan terlalu lewat maka jawapnya adalah roti dan salad kan. So sebab tulah banyak resepi asyik2 ayam panggang dengan sandwich. Anda tak perlu ikut cara saya......makanlah makanan kesukaan anda asalkan ia berkalori rendah dan menyihatkan.

Jika anda berminat untuk mengunakan TBLC maka cuba-cubalah jenguk laman web ini. Anda perlu ingat ini bukan 'ubat pelangsing', ini cuma satu alat untuk menolong kita. Soalnya adalah diri kita sendiri, kita cukup berdisplin. Jika anda hendak berubah janganlah letakkan banyak alasan dihadapannya sebagai penghalang.

"Saya pun nak diet jugak tapi saya tak pergi gym". Kenapa letakkan gym sebagai penghalang. Banyak lagi cara untuk mengerakkan badan. Sapu sampah, mop lantai, lap tingkap, kemas rumah juga adalah satu senaman.




2 comments:

  1. sis..mcm mane nk join???

    ReplyDelete
  2. Salam anonymous,

    Saya dah letakkan link kat atas iaiatu thebiggestloserclub.asia. Sila masuk kelaman web ini dan daftar masuk sebagai ahli. Sebagaimana yg saya nyatakan diatas, ini program berbayar ye. Sebulan dalam RM30(byrn bulanan utk tempoh 6 bulan). Sila email saya di bdaria10@gmail.com jika anda ingin bersembang dengan lebih privasi dengan saya.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...