Tuesday, December 21, 2010

bertemu kawan lama

Semalam lepas balik dari gym, saya singgah jap kat Ikea untuk beli satu dua barang dan redem tiket parking. Bulan depan saya akan dapat kunci rumah baru so sekarang saya dah start beli sikit demi sedikit barang2 keperluan rumah baru.

Masa nak masuk ke Ikea, saya bertembung dengan seseorang kawan lama. Bila saya nampak dia, saya buat-buat tak nampak dan berharap dia juga tak nampak tapi dia boleh panggil nama saya....nama penuh saya. Ya allah, terpaksalah saya senyum dan berjalan berjumpa dengan dia dan family dia. Dia dah ada dua anak yang comel......lelaki ini yang dahulunya seorang yang sangat handsome (bekas pramugara Singapore Airline), kini begitu berubah. Dia kelihatan sakit dan memegang tongkat, rambutnya juga kelihat beruban putih....berubah habis....mana perginya lelaki handsome 10 tahun yang lepas. Oh ya lelaki nie bukanlah teman lelaki saya cuma seseorang yang saya kenal dimasa lepas.

Saya pandang isterinya.....kasihan sekali wanita ini. Wanita ini ketika berkahwin dengan kawan saya nie adalah seorang wanita yang lewat usia.....menerima lelaki ini wp tahu lelaki ini tidak bekerja. Selepas tinggalkan singapore, lelaki ini cuba mencari pekerjaan di malaysia dan akhirnya bertemu dengan wanita malaysia lalu berkahwin. Dimasa beliau bercinta dan berkahwin, wanita ini banyak membantu dari segi wang ringgit. Mujurlah wanita ini mempunyai pekerjaan yang bagus dan jawatan yang bagus juga.....jika tidak teruk nak tanggung hidup bersama lelaki yang tidak bekerja. Saya berbual sebentar dengan mereka dan kemudian meminta diri dan masuk ke Ikea.

Saya tak semulia wanita itu. Saya adalah seorang wanita yang tidak akan bertolak ansur dalam hal sebegini. Sewaktu kecil dahulu, jiran sebelah rumah kami adalah lelaki yang tidak bekerja, berbadan amat gemuk, setiap hari duduk di beranda rumah tunggu geng main karom. Isteri dia bertungkus lumus mencari rezeki. Jam 5 pagi dah keluar rumah untuk menoreh, jam 11 balik rumah untuk masak bagi suami gemok dia makan lepas tu pergi ladang kelapa sawit. Balik rumah, kemas rumah, masak makan malam dan kemudian layan laki. Anak setahun seorang, sampaikan saya tak tahu berapa belas orang. Anak2 jiran saya nie sentiasa dalam keadaan comot dan tak berbaju serta kelaparan. Tiap-tiap petang mereka akan berada dibawah rumah saya sbb saya suka masak dan selalunya merekalah yang akan menghabiskan makanan yang saya masak tu.

Saya cakap pada mak saya.....Mak cik esah tu bodoh betul.....kenapalah nak hidup dengan lelaki tak guna macam tu. Mak saya cakap ' Jika mak cik esah reda dan terima ketentuan Allah tanpa mengeluh sedikitpun serta taat kepada Allah....syurga ditangan dia". memang betul mak cik esah tak pernah merungut sedikitpun tentang keadaan hidup dia. Dia hidup dengan suami seperti itu sehingga ke akhir hayat suaminya.

Saya tidak boleh menjadi wanita semulia mak cik esah atau semulia isteri kawan saya tadi. Saya ditakdirkan Allah, kerap kali bertemu dengan jenis lelaki yang tak guna sepanjang usia saya.....mungkin benar kata orang lelaki yang terbaik dah jadi milik orang hehehe. Teman lelaki saya dulu pun adalah salah seorang dari jenis lelaki tak guna ini. Terus terang saya katakan, sewaktu bersama teman lelaki saya......saya amat tertekan dengan sikap dia yang memilih pekerjaan dan malas berusaha....mengharapkan saya menanggung beliau tapi ketika tu cinta mengabuli mata saya....kerana cinta saya pendamkan sahaja. Syukur kepada Allah, ketika saya dalam kesusahan, lelaki itu tinggalkan saya. Saya benci dia ke......takkkk. mak saya kata masa saya sakit dan dibawa ke hospital, mulut saya tak berhenti panggil nama dia mungkin sebab saya terlalu rindukan dia.

Sekarang saya dah tidak memikirkan soal perkahwinan lagi. Jika inilah jenis lelaki yang saya temui, saya rela tidak berkahwin. Perkahwinan adalah sesuatu yang amat mulia bagi saya dan saya amat menghormati ikatan itu tapi bagaimana saya nak hormatinya jika lelaki yang menjadi suami saya tidak mampu saya hormati.

1 comment:

  1. i am proud of u sis..ttg pandangan anda mengenai hidup..betul wat apa kwin ngan lelaki tak bekerja..mengabihkan savings kita je..kita savings untuk kita enjoy life..bukan nk tanggung biawak hidup..

    rina

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...