Sunday, December 19, 2010

Bagaimana mengira kalori makanan

Seorang daripada pembaca blog resepidaria.com bertanyakan berapa kalori dalam sup sayur yang beliau buat. Sebenarnya saya tak boleh nak bagi jumlah yang tepat....sebab saya tak tahu apa yang dimasukkan dalam sup tersebut. Saya bagi contoh yang mudah untuk difahami. Katakanlah ada 2 lelaki pergi ke kedai mamak masing-masing memesan  secawan kopi susu. lelaki A pesan kopi susu yang kaw-kaw so mamak masukkan 4 susu besar susu pekat dalam kopi manakala lelaki B pesan kopi susu kurang manis, mamak hanya masukkan 2 sudu besar susu so wp ini adalah kopi susu tapi jumlah kalori dah berlainan. Kalori kopi susu lelaki A ialah 285 secawan dan lelaki B adalah 143 kalori secawan.

Oleh sebab itulah amat-amat penting anda tahu bagaimana hendak mengira sendiri kalori anda. Tak perlulah ambil kalkulator cukuplah conggak dan campur sendiri. Saya akan tunjukkan bagaimana anda hendak mengetahui kalori makanan yang anda masak sendiri. Makanan dikedai amat susah nak diketahui kalori dengan tepat sebab kita tak tahu apa yang mereka masukkan dalam makanan tersebut.

                                                                         

Saya buat Pita pizza ini dan jom kita kira berapa kalori didalam sekeping pita pizza ini. Resepi anda boleh semak diblog masakan saya.

1) Belajar baca maklumat makanan yang terdapat di paket makanan yang kita beli. sentiasalah tengok maklumat nie bila bershopping di supermarket.


1 keping roti pita seberat 80 gm = 240 kalori

(Cuba lihat pada saiz hidangan utk seorang adalah 60gm sahaja tapi satu keping roti pita tersebut 80gm)


1 keping cheese slice = 32 kalori (Enegy di pek itu ditunjukkan dalam unit kilojou (kj) 1 kj = 0.24 kcal )


40gm pasta paste = 15 kalori


1 ketul premium Italian chicken sosej = 143 kalori
5 gm mayolite lady choice = 16 kalori
1/2 biji lada capsicum = 10 kalori

JUMLAH KALORI BAGI SEKEPING PITA PIZZA DIATAS ADALAH 456 KALORI

2) Perkara kedua pula, bila membaca maklumat permakanan diatas sentiasalah menyemak kadar saturated fat yang terkandung dalam makanan. Kadar saturated fat dalam pita pizza ini adalah 6.3gm. (Anggaran had yang dibenarkan adalah 11gm sehari)

3) perkara ketiga, sentiasalah melihat kadar sodium dalam makanan kita. Sodium(garam) memang diperlukan dalam tubuh tetapi tidak boleh melebihi had yang diterima oleh tubuh kita. jika berlebihan, kita berisiko mengidap penyakit darah tinggi. Dalam maklumat makanan diatas, hanya paket cheese slice sahaja yang memasukkan kadar kandungan sodium iaitu 242mg sedangkan sodium dalam sebatang sosej lagi tinggi daripada cheese. Had yang dibenarkan diambil sehari adalah dalam lingkungan 2000mg (ini berdasarkan web thebiggestloserasia). Ukuran nie berdasarkan miligram(mg) ye bukan gram.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...