Friday, December 10, 2010

Bagaimana nak kurangkan nasi

Ini adalah hidangan makan malam saya pada hari nie. Sebenarnya dah lama saya tak ambil nasi, malam nie teringin pulak nak makan nasi.

Masa ceramah, penceramah underweight tu beritahu yang kalau boleh kurangkan makan nasi dan kalau boleh jangan makan nasi (dia tak terangkan sebab mengapa pengambilan nasi berlebihan akan menyebabkan kenaikan berat badan - kat sini kesilapan dia). Para peserta yang melayu semuanya dah tentu tak boleh hidup tanpa nasi kan. So ramailah yang dok mengeluh....macam mana nak tahan kalau tak makan nasi.

So hari nie saya bagikan tips buat anda bagaimana untuk mengurangkan nasi dalam hidangan anda. Memang agak terkejut kalau saya katakan bahawa nasi dalam pinggan 19cm kat atas tu hanyalah 1/4 cawan. Mesti anda cakap 'kenyang ke'. Kenyang....sangat2 kenyang, tak percaya cuba buat.

Tips nya ialah makan sayur dahulu. Dalam pinggan nie sayur siew pak choy goreng nie meliputi 2/4 pinggan, kari daging hanya 1/4 pinggan dan nasi 1/4 bahagian pinggan. Bila kita makan sayur dulu maka perut kita akan cepat merasa kenyang sebab sayur adalah fiber......ingat tak nota saya dulu berkenaan dengan fiber. Serat fiber cepat mengenyangkan perut. lepas tu barulah ambil nasi dan kari daging/lauk.



Lihat, kan saya dah kata. Nasi yang 1/4 cawan tu langsung tak habis pun. Berhenti bila terasa kenyang ok. Setelah 9 minggu mengamalkan makan dengan kerap dalam kuantiti yang sedikit, 'tangki' perut saya seolah-olah dah kecil, bila makan sedikit saya dah rasa kenyang dan tak boleh teruskan makan lagi bila dah dapat signal perut dan kenyang.

 Inilah caranya bagaimana saya mengurangkan nasi dalam hidangan saya. Saya tak memaksa perut saya menghindari nasi sbb nasi juga perlu untuk karborhidrat. Perlahan-lahan, lama-lama perut kita akan terbiasa.



Kepada isteri yang inginkan suaminya atau ahli keluarganya yang obes berdiet @ mengamalkan pemakanan sihat. Anda boleh menjayakannya sbb anda adalah tukang masak. Buat sup sayur, masukkan sayur2 berdaun hijau....masak sedap2. Hidangkan sup sayur terlebih dahulu, jangan keluarkan nasi dan lauk lain. Mintak suami anda makan sup ini dulu, kemudian bila dia dah habiskan semangkuk sup sayur barulah anda hidangkan nasi dan lauk. Insyaallah dia akan makan sedikit nasi dan sedikit lauk sbb perut dia dah penuh.....secara halus sebenarnya anda dah ajar dia berdiet tanpa dia sedarpun.


3 comments:

  1. wargh...ni info yg berguna gak ni....

    ReplyDelete
  2. Assalam... sy setuju dgn yg ini... sy juga mgamalkan cara yg sama sjak sekian lama pernah di tanya "kenyang ke mkn nasi sikit mcm ni?"
    Mgkin yg bertanya tu dh biasa mkn byk tapi sy dah latih perut sy ambil nasi dlm kuantiti yg sedikit tapi lbhkan sayur dan lauk..alhamdulillah sy kenyang jugak malah berat bdn tetap maintance tanpa perlu telan pil langsing.

    Terus terang sy suka sgt baca blog kamu ini.. salam kenal dr sy !!

    ReplyDelete
  3. salam...2 tahun lpas berat sy 86kg..skrg alhamdulilah dh trun ke 65kg, plg berat pun 67kg...maintain la kiranya...sy setuju dgn anda..kita tak perlu elakkan nasi,cuma kurangkan shj pengmbilannya..buat pengetahuan anda, sy jd kurus pun sbb tak amik apa2 pil plangsingan, kuncinya adlh dgn melihat bgmna cara kita mkn,off course senaman itu ada...variasi mknnlah punca kita bole kurangkn berat, n jgn biar kita lapar..info ni pun sy dpt sbb rajin buka web2 n search sites ni...semoga anda mnjadi inspirasi buat semua.tahniah
    info-
    SEX-male
    AGE-24
    HEIGHT-171CM
    WEIGHT-Bfore-86kg,Now-65kg

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...