Friday, December 10, 2010

Nak membebel sikit

Dalam 3 hari nie saya mengikuti kursus menangani stress dan pemakanan sihat. Kursus dikendalikan oleh orang yang bukan berkelayakan dalam bidang tersebut......terasa amat-amat bosan dan stresssssss bila berada dalam kursus nie.

Saya nak bercerita berkenaan dengan salah satu ceramah yang diikuti iaitu gaya hidup sihat dan senaman. Penceramah tersebut adalah seorang lelaki yang underweight (spt gambar diatas tu) berceramah berkenaan dengan gaya hidup sihat dan senaman. Bagaimana nak terima cakap seorang yang tak pernah tahu bagaimana hidup bergelut dengan turun naik badan dan hidup sebagai seorang yang overweight. Awak tak pernah rasa bagaimana berkeadaan obes, tiba2 bercakap bagaimana nak kurus. Bukan semua manusia Allah jadikan bertuah seperti anda, boleh makan apa sahaja tanpa risau takut gemuk. Dia siap tanya kami macammana nak gemuk ye.....hampehhhhh ada ke macam tu.

Dia bagi ceramah berdasarkan semua nota yang diperolehi dari infosihat.gov.my. Dia tahu saya berdiet sbb salah seorang rakannya tegur saya ketika hari pertama "kenapa tak pergi makan" bila lihat saya hanya duduk main games hp bila time makan jam 10.30 pagi. 'tak nak sebab nasi lemak, saya dah sarapan tadi'. Ohhh U diet.

Bila hari kedua, dia masuk bagi ceramah. Sebelum mula dia tanya, siapa kat sini yang bersenam 2 hari lepas. Tak ada seorang pun angkat tanggan kecuali saya. Dia pandang saya...ohhh u ke yang berdiet tu. Dia mula perli saya.....sebab berlapar....kenapa nak kurus sampai sanggup berlapar, dia kritik aerobik. Dia kata saya pergi gym hanya bererobik. "saya tak sukalah kalau bersenam sambil menari nie". " saya tak suka gym sbb gym nie berbau sikit, saya tak suka bau peluh".

Dia sebenarnya tak layak untuk beri ceramah tentang gaya hidup sihat sebab nota yg diberikan adalah sebijik dalam infosihat.gov.my. Saya nampak banyak kekurangan dalam penyampaian beliau sebab saya banyak study tentang diet nie. Beliau tak pernah pergi gym tapi masih nak kritik berkenaan gym. Gym bukan tempat yang berbau....ia sebuah tempat yang luas dan bersih, ada sauna, ada shower, ada tempat persalinan yg lengkap, ada skrin plasma bila kita buat latihan kardio, kelas yg besar, bilik khas untuk yoga dan pilates, ada bilik khas untuk senaman basikal, ada instructor, ada sudut minum dan ada internet. Dangkalnya dia sebab tak pernah masuk gym tapi nak kritik tentang gym. Dia kritik yg saya hanya melakukan erobik dan bukan senaman......dia tahu ke apa maksud aerobik. latihan saya dekat gym bukan hanya menari ikut muzik macam yg dia lihat kat taman2 waktu petang tu atau tarian poco-poco. Saya buat latihan dengan memasuki kelas angkat berat (body pump), kelas art martial (body combat), kelas step (pergerakan laju atas papan step, ini utk dapatkan bentuk punggung dan paha yang cantik), kelas pilates (utk dapatkan perut yang leper), body balance (untuk ketenangan dari stress) dll bukan kelas poco-poco seperti tanggapan beliau pada saya.

Saya diperli diet dengan cara berlapar hanya kerana saya tak makan nasi lemak jam 10.30 pagi. How stupid penceramah tu, boleh perli saya macam tu. Nasi lemak kalorinya tinggi sedangkan saya dah ambil sarapan dengan kalori 300, kenapa saya nak tambah kalori lagi dgn begitu banyak sedangkan tengahhari nak makan lagi. Dia tak tanya saya langsung tentang apa jenis diet saya. Cepat saja buat conclusion.

Dalam ceramah beliau, beliau minta semua peserta senaraikan makanan harian yang diambil. Saya buat senarai saya begitu juga denga peserta yang lain. Dia pilih sesiapa yang kurus, kebanyakkannya adalah anak muda yang masih berusia awal 20an. Dah tentu mereka nie kurus sbb masih muda, metabolisma tinggi.....dia boleh cakap "ok jom kita lihat kawan kita yang kurus nie bagaimana dia menjaga badan beliau". Bila budak tu bacakan senarai pemakanan beliau.....semuanya penuh dengan pemakanan yang tidak sihat. Rasa nak tergelak saya dengan beliau.....yang pasti dia tak pandang pun saya wp saya ada angkat tangan untuk kongsikan teknik diet yang saya amalkan tapi beliau tak pandang. Saya semasa berusia 20an juga kurus, berat saya hanya dalam lingkungan 54-55 dengan ketinggian 5 kaki 4 inci. Nak pelik apa sbb metabolisma saya tinggi ketika tu....makan apapun tak risau gemuk.

Ketika ini saya bersyukur sebab disebabkan inginkan berbadan sihat dan mengurangkan berat badan maka saya banyak membaca, serve internet cari info so saya boleh nilaikan tahap pengetahuan penceramah nie.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...