Monday, February 28, 2011

Week 20, Weight in results


Ini results timbangan hari ahad lepas. Agak terkejut jugak bila tengok angka kat timbang.....turun 1.4 kg minggu yang ke 20. Alhamdulillah semakin hampir ke target ke 2, sekarang dah turun 12.6kg. Untuk minggu ke 21 nie ada sedikit cabaran sebab saya berada di asrama.....makan makanan yg disediakan oleh katering, sarapan pagi tadi hanya disediakan nasi goreng, tengahhari pulak ada 3 jenis lauk iaitu ikan masak merah, daging goreng merah dan kurma ayam berserta sup dan sayur campur....seee banyaknya pilihan....mengoda sungguh.



Kepada pengunjung baru yang melawat blog ini, adalah dimaklumkan bahawa diet saya ni tidak mengunakan apa-apa produk pelangsingan badan/ubat kurus atau apa-apa sahaja yang sewaktu dengannya. Saya happy jika anda berjaya menurunkan berat badan dengan mengunakan produk....good for u....tapi saya terpaksa delete komen anda dari dipaparkan sebab saya tak percayakan produk dan saya tidak mahu ia dipromote diblog ini. Saya berdiet berdasarkan pengiraan kalori....saya makan dalam had kalori so saya berdiet tanpa bantuan ubat-ubatan atau produk....saya publishkan perkembangan diet saya dalam blog ini dan blog resepidaria.blogspot adalah untuk menunjukkan bahwa tiada mustahilnya berdiet tanpa produk yang penting kita tahu apa yang kita makan......dan tanpa berlapar.

2 comments:

  1. tahniah kak....terbuktikan tanpa ubat2an pun sebenarnya berat badan boleh turun.cuma perlu kesabaran dan tahu kira kalori...

    ReplyDelete
  2. baru nak start diet. umur akak dah 50an jadi payah nak turunkan berat badan, metabolism dah slowdown. but i am trying to shed a few kilos. i am what you were, weight wise.adoii...camna ni?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...