Sunday, January 2, 2011

Tip dan teknik memasak


Tip dan teknik memasak
  1. Hindari dari penggunaan garam yang berlebihan. Garam mengikat air dan lemak dalam badan kita. Rasa masin akan keluar dari bahan masakan itu sendiri. Garam diperlukan hanya untuk mengenakkan makanan sahaja.
  2. Untuk membuatkan hidangan campur atau tumisan, adalah lebih baik membiarkan sayuran yang agak keras direbus dalam air mendidih selama 30 saat, kemudian diangkat dan direndam dalam air sejuk. Cara ini menghindari proses masak terlalu lama supaya protein yang terkandung dalam sayuran tidak akan hilang.
  3. Tekan bahagian daging ayam dengan jari untuk memeriksa tahap kesegaran ayam. Apabila tidak berlubang atau hancur, ayam sesuai digunakan untuk masakan. Jika hancur dan berbau, buangkan sahaja.
  4. Jangan menyimpan bekas makanan tin dalam peti sejuk. Jika masih dilakukan demikian, ia akan mempercepatkan proses karat. Jika mahu disimpan dalam peti sejuk, alihkan kedalam bekas plastik atau kaca.
  5. Untuk membuat stik yang berkhasiat dan sedap, dalam proses memanggang daging, jangan terlalu kerap ditekan atau diperah supaya kandungan protein yang ada dalam daging tidak keluar. Daging yang kerap ditekan-tekan akan menjadi keras dan tidak berjus.
  6. Bawang besar atau bawang benggala setelah dicincang atau dihiris adalah seeloknya dicuci dengan air yang mengalir supaya getahnya hilang. Setelah itu ditapis supaya masakan tidak akan berbau pedas.
  7. Untuk menyimpan sayuran dalam peti sejuk, sebaiknya dibungkus dengan kertas yang telap air supaya sayuran lebih tahan lama dan terjaga kelembapannya.
  8. Untuk masakan yang ada campuran bawang besar dan lada benggala, sebaiknya ditumis berasingan supaya rasa dan warna akan lebih menarik.
  9. Jangan mengunakan minyak masak yang telah digunakan ketika dipanaskan. Minyak tersebut sudah tidak sesuai lagi dan akan menyerap ke dalam makanan.
  10. Mengoreng ikan akan lebih garing jika sebelum digoreng, ikan ditaburkan tepung terlebih dahulu.
  11. Untuk tumisan yang sedap dan menyihatkan, cukuplah sekadar menambah sedikit garam, gula dan lada hitam.

Sumber: Majalah sedap Bil 30


3 comments:

  1. salam..aka leh tolong sya..tolong bgtau cara diet yg bleh saya wat..
    saya ni masih lagi belajar tp masalah berat bdn saya ni dah teruk sgt..dr pun dah pesan kt saya...
    leh tolong..

    ReplyDelete
  2. Salam Anonymous,

    Boleh email saya kat bdaria10@gmail.com. Saya perlu maklumat lanjut sebelum saya bagi advise. Sy bukan pakar, saya cuma boleh nasihat berdasarkan pengalaman saya sahaja.

    ReplyDelete
  3. nak advice camne nak build a week meal plan... xde idea la.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...