Tuesday, January 4, 2011

Handbook 2011

Ini azam dan janji saya untuk 2011. Actually this handbook adalah yang 2010 punya tapi ada beberapa janji yang saya telah capai dan ada yang gagal so untuk 2011 nie saya perbaharui azam ini dan cuba buat yang terbaik untuk menjayakannya. Handbook 2010 @ janji saya dalam 2010 telah dipublishkan dalam blog yg satu lagi (telah diprivasikan), ini cuma pembaharuan untuk azam atau janji tahun lepas


KESIHATAN ROHANI DAN JASMANI

  1. Jangan lewat-lewatkan sembahyang dan bersembahyanglah dengan sempurna dan tertib (alhamdulillah.....hope tahun 2011 janganlah leka)
  2. Minum banyak air. (yang nie dah tercapai dalam 2010, ini pun kena azam ke!!!!!!!! ye sebab saya tak suka minum air kosong...2010 dah capai dan 2011 cuma perlu teruskan sahaja)
  3. Makan sarapan seperti raja, makan tengahari seperti seorang puteri dan makan malam seperti pengemis. Saya gantikan dengan makan ikut keperluan kalori dan ia berjaya so teruskan untuk 2011. Makan kerap ( 6 kali sehari) tetapi dalam amaun yang sedikit dan dalam lingkungan had kalori.
  4. Makan banyak makanan yang dihasilkan dari pokok dan kurangkan makanan yang dikeluarkan dari kilang. (alhamdulillah dah ikut....tahun 2011 cuma perlu teruskan)
  5. Hidup dengan 3 E iaitu Energy, Enthusiasm dan Empathy
  6. Baca buku lebih banyak daripada tahun 2010 terutama Al-Quran (tahun lepas kurang berjaya....kena lebihkan tahun 2011)
  7. Tidur secukupnya iaitu 7 jam (yang nie ok...sekarang pun memang cukup)
  8. Ambil masa 10-30 minit berjalan setiap hari dan bila berjalan, senyum. (heee....boleh buat ke sbb klu yg kenal saya....tentu tahu saya seorang yang susah nak senyum)
  9. Tambahan untuk 2011. Turunkan lagi 7-8kg untuk berada di normal weight. Mesti berjaya.
PERSONALITI:
  1. Jangan sesekali membandingkan hidup anda dengan orang lain. You have no idea what their journey is all about.
  2. Jangan mempunyai fikiran negative terhadap perkara yang kita sendiri tidak boleh kawal. Lebih baik tumpukan tenaga kita terhadap perkara positif berlaku pada masa sekarang.
  3. Jangan sesekali over do. Hadkan limit.
  4. Don't take yourself so seriously. No one else does
  5. Jangan buang masa anda yang amat bernilai dengan mendengar gosip.
  6. Dream more while you are awake
  7. Envy is a waste of time. You already have all you need
  8. Lupakan semua perkara yang telah lepas. Jangan ungkit kesilapan orang lain yang telah lepas. Itu hanya akan merosakkan kebahagian pada masa kini. (saya akan cuba)
  9. Hidup ini terlalu singkat untuk dibuang dengan membenci seseorang. jangan benci orang lain. (saya akan cuba)
  10. Make peace with your past so it won't spoil the present
  11. Tiada siapa yang boleh memberikan kebahagian dalam hidup anda kecuali anda sendiri.
  12. Realize that life is a school and you here to learn. Problems are simply part of curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
  13. Senyum dan ketawalah selalu (saya akan cuba....mesti my fren ketawa mengekek bila dia baca saya nak senyum dan ketawa...hahahaha)
  14. Kita tidak selalunya harus menang dalam setiap perbalahan. Oleh itu belajarlah mengalah. Agree to disagree

KEHIDUPAN SOSIAL:

  1. Kena selalu telefon mak dan adik-adik.
  2. Setiap hari saya berjanji akan cuba berikan sesuatu yang baik kepada orang lain.
  3. Maafkan orang lain untuk segala-galanya
  4. Luangkan lebih masa dengan orang yang berumur diatas 60 tahun dan dibawah 6 tahun.
  5. Cuba buat sekurang-kurangnya 3 orang senyum setiap hari (yang nie payah sikitlah gamaknya.....)
  6. Apa yang orang fikir tentang saya bukan masalah saya tapi masalah mereka so buat tak tahu.
  7. Kerja anda tidak akan ambil berat terhadap diri anda ketika anda sakit tapi kawan-kawan terdekat...ya. Oleh itu jangan putuskan persahabatan anda dan sentiasa hubungi mereka.

HIDUP:

  1. Buatlah perkara yang betul
  2. Jauhilah perkara-perkara yang tidak berguna, tidak mengembirakan dan sia-sia
  3. Allah menyembuh semua perkara. Oleh itu mengadulah 'kesakitan' kepada Allah.
  4. Walaupun baik atau buruk sesuatu situasi....ia akan tetap berubah. Oleh itu janganlah terlalu gembira dan terlalu berduka.
  5. Walau apa sekalipun perasaan anda ketika ini.....dress up and show up.
  6. Bila bangun setiap pagi....bersyukurlah kepada Allah kerana masih hidup.
  7. Sentiasa gembira
  8. You are what you eat. Oleh itu pastikan rezeki yang diterima adalah berkat. berkerjalah dengan tekun....jangan culas, buatlah kerja dengan ikhlas....berdoalah supaya Allah jauhkan rasuah/suapan dari menghampirimu. Memang yr boss tak nampak tapi Allah nampak. Bekerjalah kerana Allah.
SEMALAM ADALAH SEJARAH, ESOK ADALAH MISTERI DAN HARI INI ADALAH SESUATU YANG PASTI.....BERSYUKUR DAN BUATLAH YANG TERBAIK


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...