Monday, January 10, 2011

Apa itu diet ikut kalori

Seorang rakan dalam FB telah bertanya kepada saya "apa yang saya maksudkan makan berdasarkan kiraan kalori dan ikut portion sarapan 20%, lunch 35%, dinner 35% & snak 10%". Saya berjanji dengan dia untuk terangkan dalam blog kerana ia akan lebih jelas berbanding saya terang dalan FB sebab dalam blog saya boleh tunjukkan visual. Buat rakan tersebut, saya benar-benar mintak maaf sbb ambil masa yg lama nak penuhi janji tersebut....kebelakangan nie time sy untuk berinternet agak terhad.

Makan ikut had kalori

Saya terangkan bagaimana diet saya berjalan. Saya makan berdasarkan had kalori yang ditetapkan. Contoh had kalori diri saya adalah 2100 kalori sehari. Untuk turunkan berat badan saya perlu kurangkan 500 kalori maka had kalori saya sehari adalah 1600 kalori (anda dapatkan kadar kalori badan anda sendiri....ini keperluan kalori badan saya....ia berbeza bagi setiap individu & jantina). Jangan sesekali diet dengan had kalori dibawah 1000 kalori sehari secara mendadak sebab ia akan mengelirukan metabolisma anda dan merosakkan diet anda untuk jangka masa panjang. jangan sesekali keterlaluan dan ambil jalan terburu-buru nak kurus cepat......biar ia berkurang sedikit demi sedikit.

Sebelum saya berdiet dengan mengunakan cara ini, saya dinasihatkan supaya menjauhkan diri dengan nasi. Nasi sering disalah anggap sebagai musuh kepada diet.  Saya tidak menjauhkan nasi....dan anda saksi sendiri penurunan berat badan saya setiap minggu (bg yg mengikuti blog resepidaria.blogspot). Saya buktikan sendiri kepada anda.....saya tidak bercakap kosong semata-mata. Saya tidak percaya kepada 'keajaipan' @ 'jalan mudah'....TIDAK kepada ubat-ubatan, ubat pelangsing, tonik, krim sapu dll. Saya pegang kepada konsep "Tiada kejayaan tanpa usaha". Anda bersenam....badan sihat, anda makan makanan sihat......kesihatan terjamin, anda kurangkan kalori 500 sehari....anda turunkan berat badan sedikit demi sedikit.  

Jom kita tengok apa yang dimaksudkan pula dengan makan dalam portion kalori. Saya paparkan menu diet untuk 7 hari yang diberikan oleh TBLC kepada saya untuk minggu ini. Ini adalah menu diet untuk had portion 1500 sehari.

Makan berdasarkan portion kalori

Sarapan:-

Had bagi sarapan adalah 300 kalori iaitu 20% daripada 1500 kalori. Kalau had kalori anda 1800 maka untuk sarapan anda perlu ambil 360 kalori.

Contoh:

anda makan karipap 2 biji utk sarapan sbb tak tahan tengok godaan rakan maka kalori anda sudah 340(sebiji 190 kalori). Anda kena berhenti makan setakat itu utk sarapan sbb kalori anda sudah mencukupi.....dan perlu minum air kosong. Dah tak boleh ambil milo, kopi atau teh lagi. Oleh sebab itulah maka anda perlu ambil makanan yg akan mengenyangkan perut dalam tempoh yang lama dan rendah kalori seperti oat, bijirin, bubur, roti dll supaya anda boleh menikmati secawan kopi dan 4 keping biskut (bkn biskut manis) pada jam 10 pagi.

Lunch:-

Lunch pula adalah 33-35% daripada 1500 maka untuk lunch had kalori yang perlu saya ambil adalah sebanyak 499 @ 500 kalori. Untuk lunch, makanlah hidangan yg ringgan sikit seperti meehoon sup, kway teow goreng (krg minyak) dll.

Dinner:-

Had kalori untuk dinner adalah 35% daripada 1500 iaitu 550 kalori. Untuk dinner anda boleh ambil karbohidrat komplek iaitu nasi atau pasta. Tapi harus ingat bukan banyak ye...hanya 1/2 cawan nasi putih dimasak sudah ada 190 kalori, sejenis lauk 280 dan 3/4 pinggan sayur hijau dalam 80 kalori.

Snack:-

Ini adalah baki kalori anda. ia boleh dimakan sebagai dalam jam 4 petang atau lewat malam apabila anda terasa sangat lapar.....tapi ia harus buah-buahan atau kekacang tanpa garam.


Contoh menu diet ikut portion kalori

Untuk lebih detail sila lihat menu diet dari plan diet saya dalam TBLC. saya letakkan menu diet untuk 7 hari untuk anda lihat apa yang pakar cadangkan (bukan saya cadangkan). Saya ikut menu ini cuma saya gantikan dengan hidangan lain jika saya susah nak dapatkan menu tersebut asalkan ia dalam portion had kalori saya.

Day 1, Monday


Day 2, Tuesday


Day 3, Wednesday


Day 4, Thursday

Day 5, Friday

Day 6, Saturday

Day 7, Sunday

Anda dah lihat menu plan saya di TBLC. Pelik sangat ke.....boleh ikutkan kalau macam nie. Makanan pun bukan yang pelik-pelik. Ishhhhh ada nasi ayam dan nasi goreng!!!!!!......ingat ye kita janganlah tiru bulat2 cara mat saleh diet. Makanan ruji mereka bukan nasi so sbb tulah mereka asyik ambil salad dan ayam bakar....dah mereka makan macam tu. Kita makanlah makanan yang biasa kita makan cuma kurangkan saja.....kurangkan portionnya.....makan sikit. Kurangkan pengunaan minyak dan masaklah sendiri makanan anda supaya anda boleh kawal kalori.

Exercise Program

Ini adalah program latihan saya untuk seminggu. Saya pilih program di gym maka mereka design program excersice seperti ini. Jika anda berlatih dirumah/ditaman(outdoor activity) maka program exercise anda berbeza dengan ini. Ia ikut pilihan anda yang penting keluar peluh dan anda bergerak. Tidak semestinya apa yang saya buat anda perlu buat....Tidak sekali-kali. Ia bergantung pada keupayaan anda. Jika anda minat kepada aktiviti outdoor maka jadikan ia amalan excersice anda. Anda boleh berbasikal sekitar taman tapi ada teknik dia ye. Tips nya.....kayuh dalam kelajuan yang sederhana laju dalam 4 minit lepas tu kayuh laju 1 minit dan kemudian kayuh perlahan balik selama 4 minit, ulang sampai 30 minit (minima exercise sehari). Begitu juga kalau nak berjoging....guna konsep yang sama (jalan laju 4 minit lepas berlari 1 minit dan kemudian jalan laju lagi 1 minit dan seterusnya). Kalau sambil berjoging, anda masih boleh berbual/gelak ketawa dengan rakan disebelah anda......itu bukan exercise untuk kuruskan badan....itu dinamakan makan angin.

Inilah exercise program saya untuk minggu nie. RPM tu adalah kelas exercise mengunakan basikal gym.




Akhir sekali, jika anda berhajat untuk mengikuti diet cara ini maka anda harus tahu apa itu makanan sihat. Makan makanan sihat sebab ia rendah kalori dan mengenyangkan anda dan memudahkan anda untuk ikut portion tanpa rasa lapar yang teruk. Apa itu makanan sihat?.

Jawapannya banyak di internet...google ajelah (Jawapan anak saudara saya yg berusia 7 tahun bila saya tanya macam mana dia boleh dapat macam2 games). Makanan sihat adalah yang tumbuh dari pokok, dikeluarkan dari pokok, yang dijadikan Allah untuk anda makan secara semulajadi.....itu makanan sihat.

Makanan yang bukan sihat pula adalah yang dikeluarkan dari kilang, yang nenek/moyang anda tak pernah makan  serta makanan yang tidak busuk (sebab ada bahan pengawet). Makanan harus rosak sebab setiap benda hidup harus mati jika ikan disimpan berhari2 tanpa rosak maka ia bukan lagi makan sihat. Jika kuih pau anda boleh disimpan berhari2 (diluar) tanpa rosak maka ia bukan makanan sihat sbb ada bahan pengawet didalamnya. Makanan yang digoreng dalam minyak banyak, makanan segera bukan makanan sihat sbb terlalu banyak bahan2 yang dikeluarkan dari kilang didalam makanan tu. Minyak tu dikeluarkan dari kilang bukan.....ia diproses dari bahan mentah seperti jagung/kacang/kelapa sawit sbb tu ambilah dalam amaun yg sikit sahaja atau kalau boleh jangan ambil langsung.

Untuk memudahkan anda berdiet ikut had kalori, dapatkan 1 pinggan berukur lilit 20cm dan 1 mangkuk 16 1/2 cm. Makan sebanyak yang dalam pinggan itu sahaja, jangan tambah dan jangan bumbun. Dan satu lagi cawan penyukat untuk sukat nasi anda.  

Internet menawarkan banyak info tentang kalori makanan so carilah. Anda akan seronok bila anda dapat banyak knowledge melalui internet. Banyakkan membaca dan tolonglah jangan percaya pada produk2 yang menawarkan jalan singkat untuk diet. Selamat mencuba.

3 comments:

  1. Betul cara awak ni kebanyakkan kat forum forum internet ni banyak yg buat diet drastik lepas tu berat naik .

    Inilah cara diet yg sihat dan tak menyeksakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assallamualaikum wbt,

      Sy suka perkongsian sis ni.. bukan hanya mementingkan diet dr segi pemakanan.. tp juga exercise..sebenarnya kalau x excersize... ianya x lengkap.. mungkin akan kurus...tp mudah untuk naik balik..sebab muscle tu longgar... jom ke blog sy juga sis.. ada kongsi tips untuk kekal sihat dengan cara yang selamat dan mudah.,..alternative ways.. insyallah.. >>>Tips untuk kurus secara semulajadi! <<<

      Delete
  2. betul diet yg sihat dan ta berpenyakit kebanyak kannya diforum kelab diet banyak yg drastik dan seksa tgk diorang berdiet

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...