Sunday, January 16, 2011

Theory Lamont





Saya suka menonton filem @ drama bersiri yang berkaitan dengan penyiasatan jenayah seperti cerita ini The Risk. Saya bukan nak bercerita tentang filem ini tapi saya nak kaitan dengan apa yang berlaku dalam diri saya dan membuatkan saya tertekan dan kecewa kebelakangan ini. Saya ingin luahkan disini supaya beban di bahu saya ini ringan sedikit.

The risk berkisar berkenaan dengan seorang District Attorney iaiatu Mornique Lamont adalah seorang wanita yang bercita-cita tinggi dibidang politik. Beliau ingin mencalonkan dirinya sebagai Gabenor, untuk merealisasi impiannya beliau mempergunakan orang lain. Beliau mencari publisiti dengan membongkar kes-kes lama dan memerangkap detektif Win Garano untuk menyelesaikannya dan kemudian dengan megah berdiri depan wartawan mengatakan beliau yang menyelesaikan kes tersebut. Diakhir cerita garano mengelarkan dirinya berada dalam situasi ' Lamont Theory", iaiatu orang lain yang bekerja keras tapi orang lain yang dapat nama dan kenaikan pangkat.

Inilah situasi saya sekarang. Di ofis saya ada seorang rakan sekerja yang amat bercita-cita tinggi untuk naik pangkat. Itulah yang beliau akan war-warkan tanpa segan silu.....sentiasa mencari jalan untuk menonjolkan diri. Sebelum dia masuk ke jabatan kami, beberapa kawan telah memberitahu saya berkaitan perangai buruk beliau iaitu suka melaga-lagakan orang dan mempergunakan orang lain. Mereka berpesan 'berhati-hati dengan manusia nie". Keadaan bertambah buruk apabila saya satu kumpulan dengan beliau. Ketika kemasukkan saya dalam kumpulan beliau, beliau amat gembira sebab "ada orang boleh dipergunakan'. Kerja tak lah pandai sangat tapi mulut banyak manis punya.....bila bercakap gunung pun boleh runtuh. Hebat sangat.....kelebihan dia. Bila bercakap pasal politik, rasannya ahli politik yg dia pertahankan tu adalah kembar dia sebab dia tahu serba serbi......hebat sangat, bila bercerita gah gila....dalam kata lain jika dia nie bertanding jawatan wakil rakyat boleh menang punya.

Dia cuba pergunakan saya supaya dia cemerlang tahun nie.....yelah orang nak naik pangkat kan. Telahan dia meleset sebab saya bukan Garano. Saya menentang. Saya memperlahankan kerja saya......saya tak berkerjasama dengan dia. Bila gagal dengan matlamat dia maka dia jalankan strategi MEMBURUK-BURUKKAN saya. Dia memang pakar bab-bab memburuk2kan orang lain. Dia jadikan saya sebagai 'the ugly person' kat ofis. Macam-macam fitnah dia taburkan keatas saya.....semua cerita2 buruk yang disebarkan tentang saya...saya tahu.  Mula2 saya tak pedulikan sangat tapi beberapa hari lepas dia cuba untuk memperngaruhi rakan2 lain memboikot saya......dia berjaya dan dia gelak dengan kuat dalam bilik dia. Dia gelak sebab dia berjaya dalam misi dia. Ada saya heran ke.....saya tak heran dengan boikot dia tapi saya sedih bila kawan-kawan lain ikut terpengaruh dengan manusia ini.

Saya doakan semoga Allah berikan apa yang lelaki ini impikan. Tercapailah impian dia untuk naik pangkat dan permudahkan perjalanan dia untuk jadi what ever he want to be. Dia ni dah letih 'jilat jubur' orang....harap usaha dia tu berbaloilah. Supaya dia tingalkan pejabat kami secepat mungkin....Amin.

Jika diakhir cerita The Risk, Garano berdua bersama teman wanitanya menonton Lamont mendapat pengiktirafan atas usahanya menyelesaikan kes (Garano yang bergadai nyawa menyelesaikannya). Garano hanya ketawa. Kadang-kadang saya terfikir mengapa saya tidak sebaik Garano. Kenapa saya tak jadi seperti Garano. Garano menjalankan tugasnya sebaik-baiknya. Beliau tidak kisah tentang Lamont yang mempergunakan beliau. Kenapa saya tentang 'lamont' ini dan biarkan diri saya dalam situasi begini.....kan senang kalau saya jadi 'kuli batak' dia. Buat kerja.....kemudian biar dia bermegah-megah. tak perlulah saya bersedih dan tension kerana lelaki tak guna nie sehingga merosakkan diet saya minggu nie. Lelaki lebih teruk dari perempuan dalam bab mengumpat dan memburuk-burukkan orang.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...