Sunday, November 28, 2010

Khasiat pisang

Pisang....buah tanpa musim. Setiap masa ia ada disekitar kita, mudah didapati dan murah. Jom kita lihat pula khasiat dan kalori yang terkandung dalam sebiji pisang.

Pisang amat terkenal kerana kandungan potassium tetapi pisang juga amat tinggi dengan vitamin B6. Vitamin B6 amat penting dalam menjaga metabolisma yang sihat dan sistem kekebalan tubuh. Manfaat lain pisang adalah untuk membantu menghalang radang perut terutama jika anda gabungkan pisang dengan segelas susu sebagai satu kombinasi bersama. Ia akan membantu menurunkan mengurangkan jumlah asid yang terpendam dalam perut. Isi pisang yang lembut melapisi dinding-dinding perut dan usus sehingga boleh menjadi lapisan anti radang. 
Oleh kerana pisang mengandungi potassium yang tinggi maka pisang adalah cara yang mudah untuk meningkatkan tahap tenaga. Hari sabtu, selalunya saya hanya mengambil minuman protein sebagai sarapan sebelum ke gym, setelah beberapa jam melakukan excersice maka saya perlukan tenaga segera sebelum mengambil makan tengahhari jadi sebiji pisang sentiasa ada sebagai bekalan saya dalam beg gym. 


Pisang amat berkhasiat kan, jom kita tengok pula apa mineral dan kalori yang terkandung dalam pisang.

Untuk setiap pisang bersaiz sederhana (7-8" panjang), anda akan dibekalkan dengan:-

Kalori: 105
Protein: 1.3 grams
Karbohidrat: 26.9 grams
Lemak: 0.4 grams
Fiber: 3.1 grams

Pisang harum manis mengandungi kalori yang lebih sedikit dari diatas. So anda dah tahu berapa biji yang anda perlu ambil sehari. Jangan lebih dari sebiji jika anda dalam proses mengawal kalori. pisang memang sedap dimakan tapi janganlah sampai sesikat pisang sekali makan. Melampau sangat.....monyet hanya makan pisang sahaja sehari2, mereka tak makan nasi, daging, ayam, bugger, roti sebab tu kalau mereka makan sesikatpun tak apa.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...