Showing posts with label Petua dapur. Show all posts
Showing posts with label Petua dapur. Show all posts

Saturday, April 16, 2011

Supaya tahu tahan lama disimpan

Saya suka masukkan tahu dalam mee atau mihun yang saya masak. Masalah bila beli tahu adalah ia tak boleh disimpan lama. Tahu nie saya beli kat pasar tani Shah Alam ahad lepas. Beli 3 ketul RM1. Saya nie masak untuk makan sorang so macam mana nak habiskan tahu nie. Ini petua yang saya buat.


Tuangkan air panas yang mendidih ke atas tahu. Biarkan air tersebut sejuk dan kemudian barulah bekas tu ditutup dan disimpan didalam peti ais. Jika anda lakukan begini, insyaalah tahu anda tu akan tahan lama.


Buktinya......ini tahu yang saya simpan tu. Petang tadi saya buat mihun goreng mengunakan tahu yang disimpan. Rasanya masih segar seperti baru dibeli. Tahu nie sudah 6 hari dalam peti ais so petua tu memang berkesan dan menjadi.

Yeeeeeehhhh mihun goreng sempoi hanya guna tahu dan fishcake sahaja. yang penting sedap ditekak saya......makan sorang sapa nak komplen kan.

Thursday, February 17, 2011

Segarkan ikan yang disimpan lama



Ini adalah ikan siakap yang saya beli sebelum tahun baru cina. Saya simpan dalam peti ais hampir 2 minggu. Bila nak masak sudah tentu ikan siakap nie tidak segar lagi seperti ketika ia baru dibeli. Untuk mengatasi masalah ini saya telah gunakan petua ini iaitu:-

SELEPAS DIBASUH BERSIH IKAN TERSEBUT. MASUKKAN DALAM BEKAS DAN TUANGKAN SUSU SEGAR KEDALAMNYA. BIARKAN IA SELAMA 30 MINIT ATAU LEBIH. BILA HENDAK MASAK BARU BERSIHKAN IKAN TERSEBUT.

Saya sudah mencuba dan ternyata ia memang berkesan. so andapun boleh mencuba juga.

Saturday, January 22, 2011

Acuan bahulu/kemboja tidak melekat.


Acuan bahulu atau acuan kuih kemboja yang baru dibeli selalunya akan menyebabkan kuih melekat. Ini ada satu petua bagi mengelakkan acuan baru melekat apabila kita buat kuih cara, bahulu atau kuih kemboja.

Langkah1 : Ambil sejemput asam jawa, bancuhkan dengan segelas air dan masukkan bancuhan air asam jawa tersebut kedalam lubang2 acuan bahulu atau acuan kemboja. Pastikan bancuhan air asam jawa dituang didalam lubang acuan sahaja.




Langkah 2 : Biarkan ia semalaman. Keesokkan harinya anda akan dapati keadaan begini pada acuan bahulu anda

Langkah ke 3 : Bersihkan acuan anda dari perapan asam jawa, jangan guna sabun. Basuh dengan air sahaja.

Langkah ke 4 : Panaskan oven anda dengan kepanasan yang rendah seperti 60 C.

Langkah ke 5 : Masukkan acuan tadi dan biarkan selama 30 minit sehingga ia betul2 kering.

Langkah ke 6 : Masukkan minyak masak kedalam lubang acuan bahulu atau kuih kemboja anda dan panaskan ia selama beberapa jam dengan oven bersuhu 60 C.



Note: Sila abaikan oven buruk saya tu. Memang dah lama oven tu, sampai berkarat dah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...