Saturday, January 22, 2011

Acuan bahulu/kemboja tidak melekat.


Acuan bahulu atau acuan kuih kemboja yang baru dibeli selalunya akan menyebabkan kuih melekat. Ini ada satu petua bagi mengelakkan acuan baru melekat apabila kita buat kuih cara, bahulu atau kuih kemboja.

Langkah1 : Ambil sejemput asam jawa, bancuhkan dengan segelas air dan masukkan bancuhan air asam jawa tersebut kedalam lubang2 acuan bahulu atau acuan kemboja. Pastikan bancuhan air asam jawa dituang didalam lubang acuan sahaja.




Langkah 2 : Biarkan ia semalaman. Keesokkan harinya anda akan dapati keadaan begini pada acuan bahulu anda

Langkah ke 3 : Bersihkan acuan anda dari perapan asam jawa, jangan guna sabun. Basuh dengan air sahaja.

Langkah ke 4 : Panaskan oven anda dengan kepanasan yang rendah seperti 60 C.

Langkah ke 5 : Masukkan acuan tadi dan biarkan selama 30 minit sehingga ia betul2 kering.

Langkah ke 6 : Masukkan minyak masak kedalam lubang acuan bahulu atau kuih kemboja anda dan panaskan ia selama beberapa jam dengan oven bersuhu 60 C.



Note: Sila abaikan oven buruk saya tu. Memang dah lama oven tu, sampai berkarat dah.

7 comments:

  1. salam bdaria, bagus juga petu ni ya, t/kasih atas info yg brguna ni, tapi acuan dh diguna boleh juga ke buat cam ni..? oven brkarat tu tandanya mmg rajin memasak..!

    ReplyDelete
  2. Salam kembali Am, acuan yang dah digunakan boleh ikut langkah akhir tu. Masukkan minyak dalam lubang acuan dan kemudian panaskan selama beberapa jam dgn suhu 60-70C. Cara nie dibuat oleh chef Noraini masa mengajar kelas bahulu. Chef asma guna asam jawa. So saya combine dua petua nie dan cuba....hasilnya memang elok.

    ReplyDelete
  3. salam...semasa panaskan...dlm oventu perlu ltk minyak masak tak?...tq

    ReplyDelete
  4. SR HMC, untuk langkah ke 5, acuan tu dipanaskan bagi tujuan nak keringkan air sahaja so tak masukkan minyak lagi. lepas acuan betul2 kering barulah masukkan minyak.

    ReplyDelete
  5. Bagusnye ada petua ni,selamat la nanti klu buat kuih baulu..thanks.

    ReplyDelete
  6. Mama sy baru belajar buat bahulu. bahulu dia asyik duk melekat smpai dia tension.so, sy dh bg petua ni kt dia.. harap2 menjadi la.. kalo ada apa2, sy tanya kt sini lg.. thank u..

    ReplyDelete
  7. Beberapa jam tu berapa lma.?.berapa jam..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...