Friday, January 14, 2011

U pakai girdle ke?

Gambar ini hanya sekadar hiasan sahaja, tiada kaitan dengan cerita ini.


Dalam perjalanan diet saya, kegembiraan utama adalah apabila ukuran waist berkurangan. Biarpun angka di scale tidak berubah tetapi jika tali tape berkurangan 1 cm, kegembiraan tidak terkata. Every women hendakkan perut yang kempiskan.

Beberapa hari lepas saya bersama seorang kawan wanita masuk lif....hanya kami berdua. Dia pandang saya dan berkata "u nampak kurus betul......perut u pun dah leper". saya cuma senyum aje. Dia sambung lagi sambil pandang ke arah perut saya " U pakai girdle kan". Saya jawap "tak adalah". "ye keeeee!!!!!!", mata dia asyik pandang ke arah perut saya.

Saya tahu dia tak percayakan cakap saya.....sebab dalam hati dia, dia harap saya cakap ya supaya dia tahu ada produk yang boleh dia pun cuba sama.......the easy way as usual. oleh kerana hari itu saya pakai kemeja maka saya angkat kemeja saya dan tunjukkan perut saya....."saya tak pakai girdle.....saya jaga makan dan bersenam". Hope dia puas hati.

Dan kemudian dia berkata " U tak apalah.....pergi gym sebab tu u boleh kurus". Pada tahap nie saya dah terdiam, dia letakkan halangan pada diri dia untuk kurus....dia bagi alasan sebelum mencuba pun. Tak guna saya bercakap panjang lebar tentang makanan sihat, jaga pengambilan kalori atau sebagainya sebab awal-awal lagi dia dah bagi alasan (alasan menolak). Pergi gym bukan alasan.....dulu saya pergi gym setiap hari jugak tapi berat saya bertambah sebab saya tidak jaga kalori saya. Lepas keluar gym lepas buat exercise sejam dua, saya melantak kat Secret Recipes. Sebelum hidangan utama sampai saya pesan brownie lepas tu ambil spageti dan order lemon tea. Secret Recipes adalah my favorite places.

Saya pernah pakai girdle (sebelum sy aktif gym). Saya beli girdle tu RM2500 u. Seksa oiiiiiii sakit kulit perut.....sampai merah, tulang belakang sakit dan memang rasa tak selesa sangat. Ini disebabkan kulit saya jenis sensitif.......ia cepat luka dan melecet. Tak sampai 2 minggu saya pakai....last sekali ia tersimpan dalam almari saya tu lepas my personal trainer minta saya jangan pakai lagi sebab sebenarnya girdle membahayakan tulang belakang wanita. personal trainer kata adalah lebih bermakna mengempiskan perut dengan usaha keras sendiri berbanding dengan bantuan produk.

Untuk pengetahuan anda semua, saya bekerja dibidang yang membolehkan saya tahu apa yang orang ramai tidak tahu (faham tak...tak boleh terang detail sangat) tapi tak boleh bagitahu sbb mulut kami telah dilekatkan dgn tape (akta). Produk girdle yang saya beli dengan harga RM2500 diatas sebenarnya hanya berkos RM300 dan semua benefit2 yang diwar-warkan adalah gimik belaka. Saya tidak perolehi maklumat ini dari cakap orang atau internet tapi dari mata sendiri. Tepuk dahi semua pegawai bila tengok angka-angka tersebut......sebab bukan saya saja yang dah terbeli girdle tu tapi beberapa pegawai lain dah beli penapis air yang hanya berkos RM300 juga tapi dijual dengan harga ribu-ribuan. 

So my friend, cuba lawat blog ini . Bacalah dengan hati yang terbuka kerana this person buat homework sebelum tulis dan belajarlah menerima pendapat dari pihak lain dan kemudian pertimbangkan dengan hati yang terbuka. Tiada sesiapa yang memaksa anda untuk bersetuju tapi anda sendiri yang harus menentukan sama ada ia benar atau tidak.

2 comments:

  1. Salam.kak bdaria, link yg akak bg tuh tak leh bukak la..nak try tgok baca..bole bg nama blog tu?..

    Saya mmg pakai grdle dulu, tak suka bersenam langsung dari kecik.huh pakai kononnya sbb nk bagi shape kat badan..tapi sgt menyeksakan dan sakit..start tahun lepas, saya tak pakai dah..bermcm diet n ubt kurus sampi kesian kat badan..

    start tahun lepas gak saya dapat kesedaran utk bersenam/berjoging yg sblm ni byk alasan sgt utk tak dilakukn..nak seribu daya,n mula2 saya berjoging dlm rumah..tawaf hehhe oleh sbb kekangan masa& kewangan utk ke gym, 7bln lps tu saya beli treadmill..n juga mnjaga kalori..

    lepas bsenam baru tahu, byk problm saya solve, berat tentulah..(hehhe odw lagi..), jerawat, kelumumur..alhamdulilah

    hehhe membebel panjang plak kat blog org ye..

    ReplyDelete
  2. Tahniah sebab dah solve masalah berat badan. Bila kita makan makanan sihat dan bersenam memang banyak masalah kesihatan dapat diatasi. Ini link ke blog tu http://aididmuaddib.blogspot.com/search/label/Premium%20Bloodyfool, tulisan dia nie mmg pening sikit nak baca sbb panjang sgt tapi isi tu ada. Ttg kos produk nie mmg betul spt yg dia nie tulis.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...