Sunday, January 16, 2011

Berapa kalori untuk 2 sudu milo?



Berapa kalori untuk 2 sudu makan milo?. Jika anda membaca post saya yang sebelum ini, saya dah tunjukkan bagaimana hendak mengetahui kalori makanan yang anda ambil, anda tentu sudah tahu bagaiman hendak mengetahui berapa kalori bagi milo ini.


Dekat tin atau paket milo anda akan temui maklumat ini. Jadikan ia tabiat apabila anda shopping atau hendak makan, tengoklah maklumat makanan kat paket seperti gambar diatas. Ini bagi membolehkan anda mengetahui berapa kalori, berapa sodium yg akan atau telah anda ambil.

Untuk menjawap soalan, saya tangkap gambar maklumat makanan kat tin milo dan sukat 2 sudu makan milo. 2 sudu makan milo adalah seberat 30gm. Maka kalori bagi 30gm milo adalah 121 kalori. Ini milo kosong ye hanya serbuk milo dan secawan air maka secawan milo tersebut sudah 121 kalori. Jika anda tambah susu maka nilai kalorinya akan lebih bertambah. Harap maklumat ini dapat membantu anda.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...