Sunday, November 28, 2010

Panduan cepat berkaitan nutrisi

Jika anda hendak diet, ini perkara pertama yang anda perlu tahu iaitu berkaitan dengan nutrisi yang diperlukan oleh badan. Pastikan hidangan diet anda dipenuhi dengan semua nutrisi yang diperlukan oleh tubuh.

Jom kita melihat setiap komponen nutrisi yang diperlukan.

1. Karbohidrat

Jika anda keliru berkaitan dengan definisi karbohidrat, fikirkan segala yang merupakan daun, batang, buah, bijian, kacang atau grain malah tumbuhan spt daun bayam sekalipun mengandungi karbohidrat.

karbohidrat terbahagi kepada 2 kategori, simple dan komplek. Mereka terdiri dari 3 bentuk iaitu gula, kanji dan fiber.

Karbohidrat simple adalah gula:-
  • Lactose - ditemui didalam susu dan produk tenusu
  • Glucose - ditemui dalam sayuran, buah-buahan dan madu
  • Sucrose - ditemui dalam buah dan sayur
  • Fructose - ditemui dalam buah dan madu
  • Maltose - ditemui dalam barley, malt extract, grains
Karbohidrat komplek pula adalah dalam bentuk kanji yang berada dalam roti, kentang, nasi, pasta, cereal dan kacang manakala fiber pula ditemui dalam 'unrefined food'.

Kebanyakan karbohidrat di serap ketika proses penghadaman kecuali insolube fible.  Fiber yang bagus pula adalah soluble fiber, yang mana ia lebih mudah diserapka oleh usus dan ia adalah;-
  • Quaker oats
  • Buah-buahan
  • Sayur-sayuran
So pastikan dalam diet anda mengandungi soluble fiber.

2. Protein

20% dari nutrisi harian yang diperlukan oleh badan adalah protein dan setiap sel dalam badan kita memerlukan protein. Tanpa protein, tisu badan tidak boleh diperbaiki dengan efektif atau sel baru tidak boleh tumbuh.

Jika kita mengabaikan pengambilan protein disebabkan crazy diet, ia akan memberi kesan jangkapanjang kepada rupa kita. Protein seperti keratin dan colegen penting untuk kulit dan 'young looking' serta rambut yang kuat dan elestik. Jika rambut anda kerap gugur, anda tahu akan sebabnya....anda kekurangan protein. Protein juga menolong menentang jangkitan dan menolong penghadaman.

Protein datang dari 2 sumber iaitu tumbuhan dan haiwan. 
  • Protein haiwan - cheese, fish, daging, puultry, susu dan telur
  • protein tumbuhan - gandum, beans, roti, kentang, nasi dan nut
Protein tidak boleh disimpan dalam badan. Lebihan protein akan ditukarkan kepada glucose oleh hati.Jika dalam diet, anda mengambil terlalu banyak cheese dan daging maka berkemungkinan anda berhadapan dengan masalah osteoporosis, terlalu banyak protein akan menghasilkan kekurangan kalsium.

3. Lemak

Lemak adalah keperluan. Tanpa lemak, vitamin A, D dan E tidak boleh diserap oleh usus dan anda akan menjadi kekurangan vitamin dan akan membawa kepada sakit.

Lemak datang dari 2 sumber iaitu tumbuhan dan binatang.  Ketakutan kepada lemak telah menyebabkan pengamal diet mengabaikan kepentingan lemak. lemak datang dari 2 sumber iaitu:-

Lemak binatang
  • makanan berasaskan susu
  • susu
  • daging
Lemak tumbuhan
  • olive oil, sunflower oil, minyak kacang mengandungi unsaturated yang paling tinggi. Ia selalu disangkakan sebagai baik untuk kesihatan, hakikatnya ia bukan begitu. Semua lemak mengandungi angka kalori yang sama bagi setiap aun.
Satured dan unsatured
  • Lemak saturated - solid dalam suhu bilik seperti butter, yg ditemui dalam kebanyakan produk berasaskan binatang seperti telur, susu dan daging
  • Lemak unsaturated adalah cecair seperti minyak bunga matahari. unsaturated juga terbahagi kepada 2 iaitu monounsaturated dan polyunsaturated.  Sumber monounsaturated adalah termasuk dari avocado, kacang, bijian, minyak zaitun dan minyak ikan.
  • Polyunsaturated tidak boleh dihasilkan oleh badan makan sumber luar perlu diambil dalam bentuk makanan iaitu omega 6 (minyak sayur) dan Omega 3 (minyak soya, minyak ikan, sardin, herrings, mackerel, salmon)
  • Orang dewasa memerlukan 4 gm omega 6 sehari ( segengam almond atau 2 sudu kecil minyak sunflower). Pemgambilan berlebihan akan membahayakan.
  • Omega 3 pula diperlukan dalam kuantiti yang kecil sahaja. 1-2gm sehari (segengam walnut atau sedikit minyak ikan). Kekurangan Omega 3 akan membawa kepada lambat pembesaran, masalah kulit dan sistem imunisasi lemah.
4. Transfat

Transfat ditambah dalam produk untuk menghalang ia dari menjadi keras dan 'rancid'. Lihat kepada perkataan 'hydrogenated' pada label makanan seperti margarine. Ia banyak ditemui dalam makanan yang diproses seperti chips, cakes dan cookies.

Jika anda hendak menulakan proses diet, jauhkan diri dari makanan yang diproses.

5. Vitamin dan mineral

Setiap individu memerlukan nutrisi yang berbeza. Vitamin dikelaskan kepada water-solube dan fat-soluble. Vitamin water-soluble adalah Vitamin B dan C. Vitamin ini tidak boleh disimpan dalam tubuh jika ia berlebihan, ia akan dikeluarkan melalui air kencing so tak perlu bazirkan duit mengambil vitamin C setiap hari. Jika ambil vitamin berlebihan akan menjadi racun kepada sistem badan, jadi pastikan anda baca arahan dibotol dengan betul.

Vitamin A, D, E dan K adalah fat-soluble, ia akan disimpan dibadan. jika ambil berlebihan dan ia akan disimpan dibadan maka ia amat berbahaya untuk kesihatan.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...